Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM PELANCARAN SEKOLAH

ANGKAT ANTARA SK TANJONG BELANJA & MRSM PARIT 2016

Masa Atur cara Pengumuman


2.30 ptg Ketibaan Hadirin yang dimuliakan,
tetamu
kehormat Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-
puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam
dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis saya bagi pihak majlis meminta


kerjasama tuan-tuan dan puan-puan supaya mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat


Yang Berhormat Dato’ Drs Mohd Nizar bin Hj Zakaria
EXCO Kerajaan Negeri Perak diiringi oleh

Yang Berusaha _______________________________________


Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah

Yang Berusaha En Khairudin bin Abu Hanipah, Guru Besar SK


Tanjong Belanja, dan dif-dif jemputan.

Yang Berusaha En Kherman Shah bin Ibrahim,


Pengetua MRSM Parit,

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

4.10 ptg Ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,


Aluan Salam 1 Malaysia dan salam Perak Excellent.
pengerusi
majlis Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
1
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berhormat Dato Drs Mohd Nizar bin Hj Zakaria


EXCO Kerajaan Negeri Perak

Yang Berusaha ______________________________________


______________________________ Pegawai Pendidikan Daerah
Perak Tengah

Yang Berusaha En Khairudin bin Abu Hanipah


Guru Besar SK Tanjong Belanja

Yang Berusaha En Kherman Shah bin Ibrahim,


Pengetua MRSM Parit

Yang Dihormati, Yang Dipetua PIBG SK Tanjong Belanja, En


Naharuddin bin Abd Hadi

Barisan penolong kanan MRSM Parit dan SK Tanjong Belanja


Dif-dif jemputan

Barisan guru-guru dan


Anak-anak didik yang dikasihi

Selamat datang ke :
Majlis Pelancaran Sekolah Angkat antara SK Tanjong Belanja
dengan MRSM Parit 2016

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah


kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada petang yang ceria ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada


semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini
terutamanya kepada Yang Berhormat Dato’ Drs Mohd Nizar bin Hj
Zakaria kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis
kami ini.

2
2.45 ptg Lagu Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Perak
Negaraku Excellent. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
Perak
Excellent ...................................(Lagu Negaraku & Perak Excellent)

Terima kasih. Semua hadirin dijemput duduk.


Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin sekalian,
Sebaik-baik majlis ialah majlis yang diberkati. Oleh itu, marilah
sama-sama kita menadah tangan memohon restu ke hadrat Ilahi,
semoga majlis mendapat berkat, rahmat dan syafaat. Pihak majlis
mempersilakan En Qamarul Arifin bin Mohd Saleh bagi memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

...................BACAAN DOA

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Qamarul


Arifin bin Mohd Saleh atas bacaan doa sebentar tadi.

4.30 ptg Ucapan Guru Sekapur sirih tiada berharta,


Besar Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Seterusnya, sebagai pembuka persada ucapan, pihak majlis dengan


penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha En Khairudin bin Abu
Hanipah, Guru Besar SK Tanjong Belanja untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

…………….UCAPAN GB

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha En Khairudin bin Abu Hanipah atas ucapan alu-aluan yang
disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Terbang di awan burung jentayu,


Pengetua Di atas papan batang selisih;
MRSM Parit Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.
3
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En
Kherman Shah bin Ibrahim, Pengetua MRSM Parit untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

…………………UCAPAN PENGETUA

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En


Kherman Shah bin Ibrahim atas ucapan tersebut.

Ucapan PPD Terbang di awan burung jentayu,


Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha ______________


____________________________________________ Pegawai
Pendidikan Daerah Perak Tengah untuk menyampaikan ucapan .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

……………..UCAPAN PPD

Terima kasih kepada _____________________________ atas


ucapan tadi.

4.45 ptg Ucapan Jangan tertawan alpa duniawi,


perasmian Hanya indah serupa mimpi;
penutup Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Tanpa melengahkan masa, pihak majlis dengan penuh takzim


mempersilakan Yang Berhomat Dato Drs Mohd Nizar bin Hj Zakaria
untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Program
Pelancaran Sekolah Angkat MRSM Parit Tahun 2016. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

………….UCAPAN YB

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berhomat Dato Drs Mohd Nizar bin Hj Zakaria atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.

Gimik Muzik GIMIK…………


4
Pelancaran
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berhormat Dato Drs Mohd Nizar Bin Hj Zakaria bersama-sama
_______________________________
En Kherman Shah bin Ibrahim dan En Khairudin bin Abu Hanipah
untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan gimik acara perasmian.

………………….perasmian
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
MOU Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan acara menandatangani MOU Sekolah
Angkat Antara SK Tanjong Belanja dengan MRSM Parit. Oleh itu,
pihak majlis mempersilakan Guru Besar SK Tanjong Belanja, En
Khairudin bin Abu Hanipah dan Pengetua MRSM Parit En Kherman
Shah bin Ibrahim untuk menandangani MOU disaksikan oleh YB
Dato Drs Mohd Nizar dan
_____________________________________.

……………MOU

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Dengan ini, termeterailah MOU Sekolah Angkat Antara SK Tanjong


Belanja dengan MRSM Parit Tahun 2016.

5.00 ptg Penyampaian Majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata kenang-
sijil dan kenangan daripada SK Tanjong Belanja.
cenderamata
Untuk itu dipersilakan En Khairudin bin Abu Hanipah diiringi En
Abdullah Radzi bin Abas untuk menyampaikan cenderamata.
Dipersilakan
1. Yang Berhomat Dato Drs Mohd Nizar bin Hj Zakaria, EXCO
Kerajaan Negeri Perak
2. En
3. En Kherman Shah bin Ibrahim, Pengetua MRSM Parit.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Penutup Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Pelancaran ‘Sekolah Angkat’ Antara SK


Tanjong Belanja dengan MRSM Parit 2016. Semoga melalui
5
kerjasama kedua-dua pihak ini, kita dapat membangunkan potensi
murid-murid SK Tanjong Belanja dari segi akademik, pembangunan
diri, kesihatan mental dan psikososial.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Marilah kita berkongsi ilmu,
Membina bangsa membangun Negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja majlis pada hari ini. Mohon maaf dari saya sekiranya
ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan
majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya
daripada Allah s.w.t. yang serba kekurangan itu adalah kelemahan
saya sendiri.

Rumpun nipah tepi telaga,


Diambil orang buat nira;
Hidangan di meja sudah tersedia,
Sebelum pulang jemput semua menjamu selera.

Sekian, Wabillahi taufiq Wal Hidayah


Wassalmualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai