Anda di halaman 1dari 11

MAKSUD WAYANG KULIT

Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari

patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai

jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.Ia merupakan satu bentuk

persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang

daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak methologi dan

khayalan dimainkan oleh seorang Dalang.

Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan

atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Wayang Kulit

dipersembahkan dalam upacara atau perayaan tertentu. Fungsi Wayang Kulit ini adalah

sebagai medium hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat

dalam sesuatu masyarakat. Seni persembahan ini tersebar dan membentuk satu identiti

tersendiri dalam sesebuah masyarakat.


Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Thailand,Malaysia dan

Indonesia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand,Jawa

dan di sebelah timur dan utara semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah,

Perlis dan Terengganu.

Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain

putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian),

sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat

bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon),

penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya

tampil di layar.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


SEJARAH WAYANG KULIT

Pengertian istilah wayang dalam bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang

bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang yang melakukan persembahan

wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang di

sekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang.

Selain di Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga terdapat di Bali, Kemboja dan

China. Nama yang diberi kepada wayang kulit ini berbeza mengikut budaya dan bahasa

setempat, walaupun fungsi dan asas persembahannya adalah sama. Di Thailand,

wayang kulit dikenali sebagai Nang Yai, di Kemboja disebut dengan nama Nang Sbek

manakal di Jawa digelar Wayang Purwa.

Wayang Kulit Melayu dipercayai dibawa dari Tanah Jawa ke Kemboja oleh

seorang putera raja Kemboja yang bergelar Jaya Verman II. Beliau amat tertarik

kepada falsafah dan persembahan wayang kulit lalu membawanya ke Kemboja dalam

usaha untuk menyatukan kembali negaranya. Beliau berusaha mengubahsuai,

merekacipta semula dan menghasilkan wayang kulit Kemboja. Keseluruhan rupabentuk

dan cara persembahan wayang kulit kemboja telah berubah dan amat berbeza

daripada wayang kulit Jawa. Semua watak dan cerita wayang kulit Kemboja diasaskan

kepada cerita Ramayana. Kemungkinan di sinilah bermulanya asas bagi wayang kulit

Siam dan wayang kulit Melayu kemudiannya.


Walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi cerita dan rupabentuk patung

wayang, namun banyak yang telah diubahsuai mengikut budaya dan selera masyarakat

tempatan. Begitu juga dengan patung wayang kulit yang telah diubahsuai.

Patung wayang Jawa lebih ramping dan lampai berbanding dengan wayang

Melayu yang kelihatan lebih gagah dan tegap. Kedua-dua tangan patung wayang kulit

Jawa dapat digerakkan, tetapi patung wayang Melayu hanya dapat digerakkan sebelah

tangannya sahaja. Begitu juga dengan patung wayang Kemboja yang kelihatan lebih

besar dan memerlukan beberapa orang dalang untuk membantu dalam persembahan.

Dapat dikatakan bahawa setiap wayang kulit dari pelbagai negara mempunyai

ciri dan fungsi tersendiri. Kemungkinan inilah yang menyebabkan wayang kulit menjadi

satu persembahan tetater tradisional di kebanyakan negara Asia Tenggara.

Dipercayai tradisi persembahan wayang kulit bermula sejak lebih 3000 tahun di

Indonesia. Di Semenanjung Malaysia pula wayang kulit dianggarkan bermula sejak

beberapa ratus tahun lalu. Wayang kulit didapati mampu menggerakkan hati

seseorang.
Di awal abad ke-9, wayang kulit Melayu yang berasaskan cerita Ramayana

kerap dimainkan di Patani, Kelantan, Kedah dan Perak. Dalang wayang kulit dari utara

Semenanjung mengembara dan mengadakan persembahan di Pahang, Selangor,

Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai timur negeri Johor. Pada

pertengahan abad ke-9, sebilangan besar dalang wayang kulit hidup subur dan telah

sekian lama kukuh bertapak menjadi tradisi dan budaya dalam masyarakat Melayu

Kelantan. Falsafah yang dibawa dalam persembahan wayang kulit dipercayai

diasaskan pada pemahaman agama Islam yang mendalam.

Pada masa dahulu terdapat dua jenis persembahan wayang kulit di

Semenanjung Malaysia, dan kebiasaannya dimainkan di negeri-negeri Utara

Semenanjung yang bersempadanan dengan negara Siam (Thailand) dan juga Wilayah

iam dan Wayang Jawa. Adunan daripada kedua-dua jenis wayang inilah yang telah

menghasilkan Wayang Kulit Melayu. Wayang Kulit Jawa kini semakin pupus di Malaysia

dan kalau ada pun, hanyalah untuk segelintir masyarakat Jawa di negeri ini ataupun

dimainkan atas kehendak dan naungan para budayawan tempatan.


Biasanya persembahan wayang kulit dipentaskan sewaktu ada pesta dan

keramaian sosial, seperti pesta dan keramaian selepas menuai padi, di majlis

perkahwinan dan berkhatan. Dewasa ini ada sedikit perbezaan kerana persembahan-

persembahan wayang kulit dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan atau badan-badan

kebudayaan temapatan mahupun oleh badan perniagaan.

Sebilangan besar dalang wayang kulit mendiami kawasan-kawasan penanaman

padi. Ini bermakna musim permainan wayang kulit akan bermula sebaik sahaja padi

habis dituai dan akan berlarutan sehingga bermulanya musim hujan. Seseorang dalang

yang terkenal akan sentiasa mendapat jemputan mengadakan persembahan. Bagi

dirinya kerja ini akan dapat mengisi masanya terutamanya dari bulan Mac hingga

Oktober. Terdapat segelintir sahaja para dalang yang menampung hidup sepenuhnya

daripada pendapatan persembahan wayang kulit. Kebanyakan dalang mempunyai

pekerjaan sampingan, seperti menjadi pesawah ataupun menjadi penghibur dan juga

dukun.

http://korananakindonesia.wordpress.com
ASAL-USUL WAYANG KULIT

Mengenai asal-usul wayang ini, di dunia ada dua pendapat. Pertama, pendapat

bahawa wayang berasal dan lahir pertama kali di Pulau Jawa, tepatnya di Jawa Timur.

Pendapat ini selain dianut dan dikemukakan oleh para peneliti dan ahli-ahli bangsa

Indonesia, juga merupakan hasil penelitian sarjana-sarjana Barat. Di antara para

sarjana Barat yang termasuk kelompok ini, adalah Hazeau, Brandes, Kats, Rentse, dan

Kruyt.

Alasan mereka cukup kuat. Di antaranya, bahawa seni wayang masih amat erat

kaitannya dengan keadaan sosiokultural dan religi bangsa Indonesia, khususnya orang

Jawa. Panakawan, tokoh terpenting dalam pewayangan, yakni Semar, Gareng, Petruk,

Bagong, hanya ada dalam pewayangan Indonesia, dan tidak di negara lain. Selain itu,

nama dan istilah teknis pewayangan, semuanya berasal dari bahasa Jawa (Kuna), dan

bukan bahasa lain.

Sementara itu, pendapat kedua menduga wayang berasal dari India, yang

dibawa bersama dengan agama Hindu ke Indonesia. Mereka antara lain adalah

Pischel, Hidding, Krom, Poensen, Goslings, dan Rassers. Sebagian besar kelompok

kedua ini adalah sarjana Inggris, negeri Eropah yang pernah menjajah India.Namun,

sejak tahun 1950-an, buku-buku pewayangan seolah sudah sepakat bahwa wayang

memang berasal dari Pulau Jawa, dan sama sekali tidak diimport dari negara lain.
Budaya wayang diperkirakan sudah lahir di Indonesia setidaknya pada zaman

pemerintahan Prabu Airlangga, raja Kahuripan (976 -1012), yakni ketika kerajaan di

Jawa Timur itu sedang makmur-makmurnya. Karya sastra yang menjadi bahan cerita

wayang sudah ditulis oleh para pujangga Indonesia. Antara lain, naskah sastra Kitab

Ramayana Kakawin berbahasa Jawa Kuna ditulis pada masa pemerintahan raja Dyah

Balitung (989-910), yang merupakan gubahan dari Kitab Ramayana karangan pujangga

India, Walmiki.

Selanjutnya, para pujangga Jawa tidak lagi hanya menerjemahkan Ramayana

dan Mahabarata ke bahasa Jawa Kuna, tetapi menggubahnya dan menceritakan

kembali dengan memasukkan falsafah Jawa kedalamnya. Contohnya, karya Empu

Kanwa Arjunawiwaha Kakawin, yang merupakan gubahan yang berinduk pada Kitab

Mahabarata. Gubahan lain yang lebih nyata bedanya derigan cerita asli versi India,

adalah Baratayuda Kakawin karya Empu Sedah dan Empu Panuluh. Karya agung ini

dikerjakan pada masa pemerintahan Prabu Jayabaya, raja Kediri (1130 - 1160).
Wayang sebagai suatu pergelaran dan tontonan pun sudah dimulai ada sejak

zaman pemerintahan raja Airlangga. Beberapa prasasti yang dibuat pada masa itu

antara lain sudah menyebutkan kata-kata "mawayang" dan `aringgit' yang maksudnya

adalah pertunjukan wayang.

Mengenai saat kelahiran budaya wayang, Ir. Sri Mulyono dalam bukunya

Simbolisme dan Mistikisme dalam Wayang (1979), memperkirakan wayang sudah ada

sejak zaman neolithikum, yakni kira-kira 1.500 tahun sebelum Masehi. Pendapatnya itu

didasarkan atas tulisan Robert von Heine-Geldern Ph. D, Prehistoric Research in the

Netherland Indie (1945) dan tulisan Prof. K.A.H. Hidding di Ensiklopedia Indonesia

halaman 987.

Kata `wayang' diduga berasal dari kata `wewayangan', yang artinya bayangan.

Dugaan ini sesuai dengan kenyataan pada pergelaran Wayang Kulit yang

menggunakan kelir, secarik kain, sebagai pembatas antara dalang yang memainkan

wayang, dan penonton di balik kelir itu. Penonton hanya menyaksikan gerakan-gerakan

wayang melalui bayangan yang jatuh pada kelir. Pada masa itu pergelaran wayang

hanya diiringi oleh seperangkat gamelan sederhana yang terdiri atas saron, todung

(sejenis seruling), dan kemanak. Jenis gamelan lain dan pesinden pada masa itu

diduga belum ada.


Untuk lebih menjawakan budaya wayang, sejak awal zaman Kerajaan Majapahit

diperkenalkan cerita wayang lain yang tidak berinduk pada Kitab Ramayana dan

Mahabarata. Sejak saat itulah ceritacerita Panji; yakni cerita tentang leluhur raja-raja

Majapahit, mulai diperkenalkan sebagai salah satu bentuk wayang yang lain. Cerita

Panji ini kemudian lebih banyak digunakan untuk pertunjukan Wayang Beber. Tradisi

menjawakan cerita wayang juga diteruskan oleh beberapa ulama Islam, di antaranya

oleh para Wali Sanga. Mereka mulai mewayangkan kisah para raja Majapahit, di

antaranya cerita Damarwulan.

Masuknya agama Islam ke Indonesia sejak abad ke-15 juga memberi pengaruh

besar pada budaya wayang, terutama pada konsep religi dari falsafah wayang itu. Pada

awal abad ke-15, yakni zaman Kerajaan Demak, mulai digunakan lampu minyak

berbentuk khusus yang disebut blencong pada pergelaran Wayang Kulit.


Sejak zaman Kartasura, penggubahan cerita wayang yang berinduk pada

Ramayana dan mahabarata makin jauh dari aslinya. Sejak zaman itulah masyarakat

penggemar wayang mengenal silsilah tokoh wayang, termasuk tokoh dewanya, yang

berawal dari Nabi Adam. Sisilah itu terus berlanjut hingga sampai pada raja-raja di

Pulau Jawa. Dan selanjutnya, mulai dikenal pula adanya cerita wayang pakem. yang

sesuai standar cerita, dan cerita wayang carangan yang diluar garis standar. Selain itu

masih ada lagi yang disebut lakon sempalan, yang sudah terlalu jauh keluar dari cerita

pakem.

Memang, kerana begitu kuatnya seni wayang berakar dalam budaya bangsa

Indonesia, sehingga terjadilah beberapa kerancuan antara cerita wayang, legenda, dan

sejarah. Jika orang India beranggapan bahwa kisah Mahabarata serta Ramayana

benar-benar terjadi di negerinya, orang Jawa pun menganggap kisah pewayangan

benar-benar pernah terjadi di pulau Jawa.

Dan di wilayah Kulonprogo sendiri wayang masih sangatlah diminati oleh semua

kalangan. Bukan hanya oleh orang tua saja, tapi juga anak remaja bahkan anak kecil

juga telah biasa melihat pertunjukan wayang. Disamping itu wayang juga biasa

digunakan dalam acara-acara tertentu di daerah kulonprogo ini, baik di wilayah kota

Wates ataupun di daerah pelosok di Kulonprogo.

http://www.jabar.go.id

Anda mungkin juga menyukai