Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Nahaba, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Sempena Hari Kesihatan Sedunia ini, saya
ingin menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “Cara-cara Penyediaan Makanan Yang Bersih
dan Sihat”.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Makanan yang bersih dan sihat adalah makanan yang bebas daripada pencemaran.
Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan. Kita
harus sentiasa menjaga kebersihan diri semasa menyediakan makanan.
Sebagai langkah pertama, kita harus mencuci tangan sebelum menyediakan makanan.
Basuh tangan dengan betul terutama sekali selepas keluar dari tandas, selepas
mengendalikan bahan mentah dan sebelum menyajikan makanan.
Hadirin sekalian,
Selain itu, kita harus membasuh makanan yang hendak dimasak. Cuci dengan
menggunakan air yang bersih bahan mentah seperti ikan, sayur dan beras sebelum dimasak.
Ini untuk mengelakkan pencemaran bakteria.
Kita juga harus menyimpan makanan di tempat yang bersih. Jauhan tong sampah daripada
meja makan atau tempat penyediaan makanan. Jangan guna bahan bercetak seperti surat
khabar untuk membungkus makanan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Di samping itu, kita harus memastikan alat-alat memasak bersih sebelum digunakan.
Elakkan daripada menyentuh bahagian dalam permukaan sudip, periuk atau piring. Jangan
menggunakan peralatan seperti pinggan dan cawing yang pecah, retak atau rosak.
Akhir kata, marilah kita sama-sama mengamalkan cara-cara penyediaan makanan yang
bersih supaya makanan kita sihat dan selamat dimakan.
Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai