Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini saya, Muhammad Firdaus bin Mohd Riduan ingin
menyampaikan ucapan terima kasih atas bimbingan dan motivasi yang telah diberikan
sehingga tugasan ini dapat diselesaikan. Dengan segala kerendahan hati saya
mengucapkan terima kasih kepada Sir Mohd Irwan bin Ismail selaku pengajar subjek
Kesihatan Komuniti. Rakan-rakan serta pihak lainnya yang telah membantu saya dalam
mengumpulkan data-data yang diperlukan dalam penulisan tugasan ini.
Saya sangat menyedari bahawa tugasan ini masih jauh dari kesempurnaan. Oleh
kerana itu saya mengharapkan saranan dan kritikan dari pembaca demi penyempurnaan
tugasan ini dimasa yang akan datang untuk perkembangan dan kemajuan akademik
saya. Akhir sekali, saya berharap semoga tugasan ini dapat memberi manfaat bagi kita
semua yang membacanya. Aamiin ya rabbal'alamin.

1
ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka surat

Penghargaan 1

Isi kandungan 2

1.0 Pengenalan:
1.1 Latar belakang 3
1.2 Objektif 4
2.0 Kandungan:
2.1 Mengenali Malaria 5
2.2 Definisi 5
2.3 Cara transmisi 5
2.4 Epidemiologi 6
2.5 Patogenesis 7
2.6 Faktor risiko 8
2.7 Tanda dan gejala 8
2.8 Komplikasi 9
2.9 Tempoh pengeraman 10
2.10 Investigasi Malaria 11
2.11 Rawatan 12
2.12 Prognosis 12
2.13 Langkah pencegahan 13
2.14 Langkah kawalan 14

3.0 Penutup:
3.1 Kesimpulan 15
4.0 Rujukan dan lampiran 16-17

2
KAEDAH KAWALAN DAN PENCEGAHAN MALARIA

1.0 PENGENALAN:
1.1 LATAR BELAKANG:
Malaria mungkin semakin pudar daripada ingatan kebanyakan penduduk negara ini
berbanding denggi, chikungunya mahupun Zika. Namun, jangan pandang remeh kerana seperti
mana-mana penyakit berjangkit, malaria cuma memerlukan satu sumber, satu pesakit (patient
zero) untuk menjadi wabak besar.
Malaria boleh dikatakan penyakit yang seangkatan dengan denggi, chikugunya, untut
dan Zika dari segi penyebarannya kerana semua penyakit itu boleh disebarkan melalui
vektor tertentu terutama nyamuk.
Vektor penyebab bagi penyakit malaria ialah nyamuk betina spesies Anopheles (tiruk).
Perkataan malaria sendiri berasal daripada bahasa Itali kuno yang bermaksud udara
buruk kerana penyakit ini dikaitkan dengan kawasan paya dan berair (tempat pembiakan
nyamuk).
Malaria bukan penyakit baru dan dipercayai mula menjangkiti manusia sejak lebih 50,000
tahun dengan beberapa spesies parasit yang masih boleh ditemui dalam chimpanzi.
Setiap tahun malaria menyerang lebih 500 juta dan membunuh sehingga tiga juta
penduduk dunia di 109 negara benua Afrika, Asia dan Amerika Latin. Eropah dan
Amerika Syarikat juga tidak terkecuali dengan kes itu dan mula muncul sejak 60 tahun
lalu dan dijangka boleh meningkat jika pemanasan global yang menambah sebaran
habitat nyamuk tiruk.

3
1.2 OBJEKTIF
Objektif penulisan ini adalah:
1) Untuk mengetahui pengertian penyakit Malaria.
2) Untuk mengetahui penyebaran penyakit Malaria.
3) Untuk mengetahui gejala penyakit Malaria.
4) Untuk mengetahui kaedah kawalan penyakit Malaria.
5) Untuk mengetahui kaedah pencegahan penyakit Malaria.

4
2.1 MENGENALI MALARIA

Penyakit Malaria adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh protozoa


parasit yang merupakan golongan Plasmodium, dimana proses penularannya melalui
gigitan nyamuk Anopheles. Protozoa parasit jenis ini banyak sekali tersebar di wilayah
tropika, misalnya di Amerika, Asia dan Afrika.

Ada empat jenis plasmodium parasit yang dapat meng-infeksi manusia, namun yang
seringkali ditemui pada kes penyakit malaria adalah Plasmodium falciparum and
Plasmodium vivax. Lainnya adalah Plasmodium ovale dan Plasmodium
malariae.Malaria merupakan penyakit yang menyerupai radang paru-paru tetapi tidak
diketahui puncanya (atypical pneumonia). Biasanya, ia disebabkan oleh virus sama ada
virus influenza, adenovirus dan lain-lain virus yang menyebabkan penyakit respiratori.

2.2 DEFINISI:
Malaria adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang
hidup dan berkembang biak di dalam sel darah manusia.

2.3 CARA TRANSMISI:


Parasit Plasmodium boleh masuk dalam aliran darah melalui gigitan nyamuk tiruk betina.
Parasit kemudian masuk ke sel hati lalu berkembang biak.
Ketika sel hati pecah, parasit Plasmodium keluar lalu menyerang sel darah merah. Di
situ, parasit terus berlipat ganda.
Ketika sel darah merah pecah, parasit keluar dan menyerang lebih banyak sel darah
merah.
Kitaran itu terus berulang dan orang yang terjangkit biasanya mengalami tanda demam
malaria setiap kali sel darah merah pecah.

5
2.4 EPIDEMIOLOGI:

Malaria merupakan penyakit endemis atau hiperendemis di daerah tropika mahupun


subtropika dan menyerang negara dengan penduduk padat. Diperkirakan prevalens
malaria di seluruh dunia berkisar antara 160-400 juta kes. Batas dari penyebaran malaria
adalah 64o lintang utara (Rusia) dan 32o lintang selatan (Argentina). Ketinggian yang
memungkinkan parasit hidup adalah 400 meter di bawah permukaan laut (Laut Mati) dan
2600 meter di atas permukaan laut (Bolivia). Plasmodium vivax mempunyai distribusi
geografi yang paling luas, mulai dari daerah yang beriklim dingin, subtropika hingga ke
daerah tropika, kadang-kadang dijumpai di Pasifik Barat. Plasmodium falcifarum tertama
menyebabkan malaria di Afrika dan daerah-daerah tropika lainnya.

Beberapa faktor yang berinteraksi dalam kejadian dan penularan penyakit malaria, antara
lain:
Faktor Host (Manusia)
Secara umum dapat dikatakan bahawa setiap orang dapat terkena penyakit
malaria. Perbezaan prevalens menurut umur dan jenis kelamin kerana berkaitan dengan
perbezaan tahap keimunan dan frekuensi pendedahan gigitan nyamuk. Faktor-faktor
yang mempengaruhi kerentanan seseorang adalah
1. Ras atau suku bangsa. Di Afrika, apabila prevalens hemoglobin S (HbS) cukup
tinggi, penduduknya lebih rentan terhadap infeksi P.falcifarum. penyelidikan terakhir
menunjukkan bahwa HbS menghambat P.falcifarum baik sewaktu invasi mahupun
berkembang biak.
2. Kurangnya suatu enzim tertentu. Kurangnya enzim G6PD (Glucosa 6-Phosphat
Dehydrogenase) memberikan perlindungan terhadap infeksi P.Falcifarum yang akut.
Walaupun demikian, kurangnya enzim ini merugikan ditinjau dari segi pengubatan
dengan golongan Sulfonamid dan Primakuin oleh kerana dapat terjadi hemolisis darah.
Defisiensi enzim G6PD ini merupakan penyakit genetik dengan manifestasi utama pada
perempuan.

6
2.5 PATOGENESIS:
Patogenesis malaria akibat dari interaksi kompleks antara parasit, perumah dan
persekitaran. Patogenesis lebih ditekankan pada terjadinya peningkatan kebolehtelapan
pembuluh darah daripada koagulasi intravaskular. Oleh kerana skizogoni menyebabkan
kerosakan eritrosit maka akan terjadi anemia. Akutnya anemia tidak sebanding dengan
parasitemia menunjukkan adanya kelainan eritrosit selain yang mengandungi parasit. Hal
ini diduga akibat adanya toksin malaria yang menyebabkan gangguan fungsi eritrosit dan
sebagian eritrosit pecah melalui limpa sehingga parasit keluar. Faktor lain yang
menyebabkan terjadinya anemia mungkin kerana terbentuknya antibodi terhadap
eritrosit.
Limpa mengalami pembesaran dan pembendungan serta pigmentasi sehingga mudah
pecah. Dalam limpa dijumpai banyak parasit dalam makrofag dan sering terjadi
fagositosis dari eritrosit yang terinfeksi mahupun yang tidak terinfeksi. Pada malaria
kronik terjadi hyperplasia dari retikulosit diserta peningkatan makrofag..
Pada malaria akut mekanisme patogenesisnya berkaitan dengan invasi merozoit ke
dalam eritrosit sehingga menyebabkan eritrosit yang mengandungi parasit mengalami
perubahan struktur dan biomolekular sel untuk mempertahankan kehidupan parasit.
Perubahan tersebut meliputi mekanisme, diantaranya transport membran
sel, Sitoadherensi, Sekuestrasi dan Resetting..
Sitoadherensi merupakan peristiwa perlekatan eritrosit yang telah terinfeksi P.
falciparum pada reseptor di bahagian endotelium venule dan kapilari. Selain itu eritrosit
juga dapat melekat pada eritrosit yang tidak terinfeksi sehingga terbentuk
roset.Resetting adalah suatu fenomena perlekatan antara sebuah eritrosit yang
mengandungi merozoit matang yang diselubungi oleh sekitar 10 atau lebih eritrosit non
parasit, sehingga berbentuk seperti bunga. Salah satu faktor yang mempengaruhi
terjadinyaResetting adalah golongan darah dimana terdapatnya antigen golongan darah
A dan B yang bertindak sebagai reseptor pada permukaan eritrosit yang tidak terinfeksi.

7
2.6 FAKTOR RISIKO:
Kaitan dengan kebanjiran warga asing
Di Malaysia, malaria yang secara umumnya sudah terkawal dan hampir berjaya
dihapuskan, dilihat kembali meningkat dalam tempoh dan di kawasan tertentu.
Menurut Ahli Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia Dr Tunku Shahrul
Anuar Tunku Ahmad Basri, ia dikaitkan dengan kebanjiran warga asing terutama
pendatang tanpa izin yang masuk tanpa melalui pemeriksaan kesihatan dan kuarantin
jika mereka membawa penyakit berjangkit.
“Di samping itu, sebanyak 2,584 daripada 3,923 kes atau 66 peratus penyakit malaria di
negara ini pada 2014 dikesan berpunca daripada monyet (zoonotik) dengan
membabitkan paling banyak pesakit di Sabah, Sarawak dan Kelantan.
“Keadaan ini berlaku apabila nyamuk tiruk yang menggigit monyet mempunyai malaria
dan nyamuk yang sama kemudian menggigit manusia,” katanya.

2.7 TANDA DAN GEJALA:


Antara tanda dan gejala penyakit Malaria adalah:
• Demam berpanjangan
• Berpeluh
• Menggigil
• Sakit kepala
• Sakit otot
• Loya dan muntah
• Anemia
• Jaundis (kekuningan)
• Pembesaran hati dan limpa
• Cirit-birit

8
2. 8 KOMPLIKASI:
Beberapa komplikasi yang boleh terjadi akibat malaria adalah:
 Dehidrasi atau kekurangan cairan pada tubuh.
 Tekanan darah menurun secara tiba-tiba.
 Malaria Serebral: komplikasi ini cukup jarang berlaku, tapi malaria boleh
mengakibatkan pembengkakan pada Ini terjadi ketika sel darah yang dipenuhi
parasit menghalangi pembuluh darah kecil di otak. Terkadang boleh
menyebabkan kerosakan otak kekal, kejang-kejang, atau bahkan koma.
 Anemia akut: kerosakan sel darah merah yang disebabkan parasit malaria boleh
mengakibatkan terjadinya anemia pada peringkat Anemia adalah keadaan di
mana tubuh kekurangan sel darah merah yang berfungsi dengan baik dalam
membawa oksigen ke organ-organ tubuh.
 Kegagalan fungsi organ tubuh: malaria boleh menyebabkan kegagalan ginjal,
kegagalan hati atau pecahnya organ limpa. Semua keadaan ini boleh mengancam
nyawa seseorang.
 Gangguan pernafasan: pengumpulan cairan di dalam paru-paru atau edema paru
boleh menyebabkan anda kesulitan bernafas.
 Sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS).
 Hipoglikemia: malaria yang akut boleh menyebabkan hipoglikemia atau keadaan
gula darah rendah. Ubat antimalaria quinine, juga boleh akibatkan gula darah
rendah. Gula darah yang sangat rendah boleh akibatkan koma atau bahkan
kematian.
 Jaundice atau penyakit kuning.
Komplikasi dari malaria boleh menyerang siapapun, termasuk ibu hamil. Jika Anda
sedang hamil dan mengalami malaria, Anda berpotensi mengalami komplikasi serius
seperti kelahiran pramatang, pertumbuhan bayi di dalam kandungan terganggu, berat
badan bayi di bawah normal, keguguran, dan yang paling parah menyebabkan kematian
pada ibu dan bayi.

9
2.9 TEMPOH PENGERAMAN:
Masa pengeraman bagi malaria (masa dari jangkitan gejala pertama penyakit) adalah 1
hingga 6 minggu, kadang-kadang - sehingga 14 bulan. Selepas itu, dalam sesetengah pesakit
terdapat chilliness sedikit, kelesuan, sakit kepala (ini adalah tempoh apabila parasit malaria
berada di dalam hati). Maka ada serangan akut demam (serangan utama), berselang-seli dengan
tempoh demam.
Serangan malaria terdiri daripada dua fasa - menggigil dan berpeluh. Seram sejuk fasa
boleh bertahan dari beberapa minit hingga beberapa jam, suhu badan dalam tempoh ini
mencapai 39-40 ° C dan ke atas, pesakit kelihatan pucat dengan sedikit sianosis, kulitnya
sejuk, ditutup dengan jerawat . Sakit kepala yang sangat teruk bimbang Sakit kepala:
Punca dan Komplikasi , Meningkatkan sakit otot, muntah-muntah, dahaga, kadang-
kadang pening dan cahaya headedness. Meningkatkan haba menyebabkan kemerahan
muka, berdebar-debar. Setelah selesai fasa ini berlaku yang berpeluh , suhu badan jatuh
di bawah normal. Keadaan pesakit bertambah baik, hanya ada kelemahan.
Imuniti selepas malaria terbentuk perlahan-lahan dan hampir tidak melindungi daripada
berulang, walaupun dengan jangkitan berulang penyakit ini tidak begitu teruk.

10
2.10 INVESTIGASI MALARIA:
 Kaedah Makmal
Ujian Diagnostik Rapid adalah kaedah paling mudah yang digunakan dalam makmal.
Pengesanan antigen parasit adalah berdasarkan kepada kaedah immunokromatografik.
Keputusannya adalah sensitif tetapi perlu ditafsir bersama-sama dengan pemeriksaan
microskopi. Kelebihan ujian rapid tersebut adalah ianya cepat untuk dilaksanakan dan
aliran kerja kurang. Walau bagaimanapun, ujian rapid adalah mahal dan kurang spesifik.
Pemeriksaan Langsung Mikroskopik daripada Filem Darah (BFMP) untuk menentukan
parasit malaria merupakan standard emas untuk pengesahan parasit malaria di Malaysia.
Filem darah tebal dan nipis dilakukan atas slaid kaca dan dicelup dengan reagen Giemsa.
Parasit malaria boleh dikesan secara kualitatif melalui filem tebal. Sebaliknya, filem nipis
boleh menentukan spesies dan kuantitatif parasit. Walau bagaimanapun, kaedah ini
memerlukan juruteknologi makmal perubatan yang terlatih.
Tindakbalas Rantaian Polimerase (PCR) adalah satu kaedah yang sensitif yang
membolehkan amplifikasi pada bahagian tertentu DNA malaria. Walau bagaimanapun,
kaedah PCR adalah mahal dan memerlukan bioteknologis yang berkemahiran. Ujian ini
boleh dijalankan bagi kes-kes yang mempunyai gejala malaria tetapi parasit tidak
dijumpai dalam BFMP.
Penemuan makmal yang lain termasuklah analisis pengiraan penuh darah, bilirubin dan
aminotransferases.
 Senarai Kaedah dalam KKM
Lazimnya, Pemeriksaan Langsung Mikroskopik daripada Filem Darah (BFMP), Ujian
Diagnostik Rapid (RDT) dan Tindakbalas Rantaian Polimerase (PCR) merupakan
diagnosis makmal malaria yang utama di Malaysia. Kebanyakan diagnosis di hospital
menggunakan BFMP manakala RDT biasanya digunakan di klinik tertentu. PCR hanya
dijalankan di beberapa hospital pakar major, pusat penyelidikan dan makmal kesihatan
awam.
 Pengambilan Spesimen
Jari pesakit disterilkan dengan alkohol dan dibiarkan untuk kering pada suhu bilik.
Kemudian hujung jari dicucuk dengan jarum atau lancet. Filem tebal dan nipis perlu
disediakan dalam satu slaid. Filem tebal disediakan dengan cara mengacau titisan darah
secara pergerakan membulat menggunakan sudut slaid. Untuk menyediakan filem nipis,
letakkan pinggir licin slaid dan sebarkan darah dengan melaraskan sudut antara slaid
dan spreader kepada 45°. Kemudian calitkan permukaan dengan menyapu secara
konsisten di sepanjang permukaan slaid. Filem nipis ditetapkan menggunakan metanol
selepas dibiarkan kering pada suhu bilik.

11
2.12 RAWATAN:
Dalam kebanyakan kes, malaria boleh dirawat dan pulih. Ubat antimalaria boleh diperolehi
dengan mudah di hospital dan klinik. Ubat yang biasa diguna chloroquine, quinine dan
primaquine. Regim ubat bergantung kepada usia dan tempat di mana mendapat jangkitan. (
parasit malaria dari kawasan tertentu kebal kepada ubat malaria yang biasa) dan alahan kepada
ubat.
Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika baru pulang dari luar negeri dengan gejala
penyakit malaria. Dalam kes yang teruk, pesakit yang menghidap malaria mungkin perlu
rawatan di unit rawatan rapi, terutama jika ada komplikasi yang melibatkan otak dan buah
pinggang.
Pesakit yang mendapat jangkitan, terutamanya malaria Falciparum perlu rawatan
kecemasan dan masuk hospital. Chloroquine ialah ubat yang biasa digunakan. untuk kes
kebal chloroquine, Quindinen atau quinine atau gabungan pyrimethamine dan
sulfadoxine diberi

2.13 PROGNOSIS:
Pesakit malaria pulih sepenuhnya selepas mendapat rawatan tetapi, kes jangkitan
Falciparum kurang memuaskan , kerana ketahanan ( resistant) parasit terhadap ubat
anti-malaria adalah tingg

12
2.14 LANGKAH PENCEGAHAN:
Cara Pencegahan Penyakit malaria:
i. Menghindari gigitan nyamuk, Tidur memakai kelambu, menggunakan obat
nyamuk,
ii. memakai ubat smear anti nyamuk, pasang kawat kasa pada ventilasi, menjauhkan
kandang ternak dari rumah, kurangi berada di luar rumah pada malam hari.
iii. Pengubatan pencegahan, 2 hari sebelum berangkat ke daerah malaria, minum
ubat
iv. doksisilin 1 x 1 kapsul/ hari hingga 2 minggu setelah keluar dari lokasi endemis
malaria.
v. Membersihkan persekitaran, Menimbun lopak air, membersihkan lumut, gotong
royong membersihkan kawasan sekitar.
vi. Membiakkan pemakan jentik-jentik, Mengurangkan kepadatan nyamuk dengan
menbiakkan ikan pemakan jentik. Seperti ikan kepala timah, tilapia merah, gupi,
mujair dll.
vii. Menggunakan kelambu (bed net) pada waktu tidur, lebih baik lagi dengan kelambu
berinsektisida.
viii. Mengolesi badan dengan obat anti gigitan nyamuk (repellent).
ix. Menggunakan pembasmi nyamuk, baik bakar, semburan mahupun lainnya.
x. Memasang kawat kasa pada jendela dan ventilasi.
xi. Letak tempat tinggal diusahakan jauh dari kandang ternak.
xii. Mencegah penderita malaria dan gigitan nyamuk agar infeksi tidak menyebar.
xiii. Membersihkan tempat hinggap/istirahat nyamuk dan memberantas sarang
nyamuk.
xiv. Hindari keadaan rumah yang lembab, gelap, kotor dan pakaian yang
bergantungan sertagenangan air.
xv. Membunuh jentik-jentik nyamuk dengan menyemburkan ubat anti larva (bubuk
abate) pada genangan air atau membiakkan ikan atau haiwan (cyclops) pemakan
jentik.
xvi. Melestarikan hutan bakau agar nyamuk tidak berkembang biak di paya payau
sepanjang pantai

13
2.15 LANGKAH KAWALAN:
1.Membuat semakan semula klasifikasi kawasan berdasarkan maklumat semasa
kejadian kes
2.Menilai semula aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) apabila berlaku kes Malaria
dan pengesanan kes secara pasif (PSD) sesuai dengan masalah penyakit Malaria di
Daerah yang terlibat.
3.Diagnosa makmal secara pemeriksaan contoh darah dan teknik ujian saringan cepat
4.Pengurusan klinikal dijalankan di lapangan dan hospital melalui penggunaan ubatan
yang disyurkan dengan betul
5.Kawalan penyakit melalui penyelidekan dan susulan kes
6.Kawalan vektor dijalankan secara mikrostratifikasi kawasan,semburan kimia,kaedah
kawalan vektor kekal seperti aktiviti anti-larva
7.Pengawasan entomologi melalui kajian taburan,kepadatan vektor dan perubahan tabiat
vektor
8.Mendapatkan kerjasama bagi mengawal penyakit di kalangan penduduk berisiko
tinggi.

14
3.1 KESIMPULAN:
Malaria merupakan penyakit berjangkit parasit yang disebabkan oleh
plasmodium yang menyerang eritrosit dan ditandai dengan ditemukannya bentuk
aseksual didalam darah. Jangkitan malaria memberikan gejala berupa demam,
menggigil, anemia dan splenomegali. Terdapat beberapa parasit yang dapat
menyebabkan penyakit malaria, yaitu plasmodium falciparum, vivax, malaria dan ovale.
Parasit ini menggunakan nyamuk sebagai hospes definitifnya, yaitu nyamuk Anopheles.
Gejala klinikal penyakit ini terdiri dari 3 tahap, yaitu tempoh dingin, tempoh panas dan
tempoh berpeluh.
Penularan penyakit ini berlaku secara semulajadi, yaitu melalui gigitan langsung
nyamuk anopheles dan secara tidak semulajadi yaitu secara bawaan dan secara
mekanikal. Diagnosanya dapat dilihat dari manifestasi klinikal yaitu terjadinya demam,
imunnoserologi yaitu ditemukannya antigen HRP-2, pLDH dan aldolase dan melalui
pemeriksaan mikroskopik yaitu melihat morfologi sel darah merah yang terinfeksi dan
melihat asid nukleik pada parasit. Malaria ini dapat menyebabkan rasa sakit, gangguan
otak hingga menyebabkan kematian.
Pemeriksaan dapat dilakukan dengan lima kaedah, yaitu yang pertama
menggunakan mikroskopik cahaya dengan melihat morfologi eritrosit yang terinfeksi,
yang kedua menggunakan mikroskop flouresensi dengan melihat asid nukleik yang
terdapat di parasit, yang ketiga dengan menggunakan kaedah rapid test yaitu
identifikasi antigen yang terdapat pada serum sampel, yang keempat menggunakan
dip-stick yaitu identifikasi antigen parasit malaria yang terdapat dalam serum sampel,
yang kelima dengan menggunakan PCR yaitu dengan menggandakan sekuens
DNA/RNA yang spesifik dengan menggunakan primer oligonukleotida yang spesifik
pula lalu dibaca menggunakan elektroforesis.

15
4.0 RUJUKAN:

BUKU / JOURNAL:
International Travel & Kesihatan, WHO 2006

INTERNET:
PORTAL RASMI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(http://www.myhealth.gov.my/en/malaria/) Diakses pada tarikh 17 March 2018

Yuesuf. Malaria.
(https://yuesuf.wordpress.com/2013/04/16/makalah-penyakit-malaria/) Diakses tarikh 17
March 2018.

ORANG SUMBER:
Mohd Irwan bin Ismail, Pengajar (PPP) U41 Institut Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia Johor Bahru.

16
4.1 LAMPIRAN:

Rajah 1: Nyamuk Anopheles

Rajah 2: Gambar parasit Malaria dibawah mikroskop

17

Anda mungkin juga menyukai