Anda di halaman 1dari 2

KITAB TAJUL MULUK

Emel yang sama panjang dengan padang bola ini saya terima daripada abnormalsuam. Menarik
kandungannya, menarik juga apa yang diketengahkan.

abnormalsuam juga menghantar dua imej gambar yang berkaitan. Tetapi saya mampu muatkan satu
saja. Tak kuasa la nak download sebab saiz failnya...mak oi, kalau diibaratkan perempuan, dah tentu
termasuk kategori yang kalau duit syiling jauh ke lantai, dia payah nak tunduk ambik. (Jangan marah
yang adik-adik dan kakak-kakak yang menjengah ke blog ni. Bergurau aje ni).

Okay, sekarang persilakan membaca emel kawan kita ni:

Antara kitab perubatan Melayu yang paling banyak diperkatakan sama ada menerusi karya-karya
klasik seperti Hikayat Melayu dan Hikayat Hang Tuah mahupun di kalangan golongan yang memburu
ilmu hikmah Melayu adalah Tajuk Muluk dan Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu
Perubatan). Berbanding Kitab Ilmu Perubatan, Tajul Muluk adalah lebih lama dan dikatakan menjadi
ilmu kitab-kitab perubatan Melayu yang lain. Kitab ini mengandungi 134 sohifah atau bab yang
merangkumi segala perkara, sama ada daripada gerak pada tubuh, mendirikan rumah, membuka
tanah, mimpi, perubatan lelaki, peredaran air mani wanita, mengalahkan musuh dan sebagainya.
Kitab ini sebenarnya dikatakan diadaptasi daripada sebuah kitab lain yang berasal dari Parsi dan telah
di'Islam'kan dengan kemasukan elemen-elemen Islam. Kitab ini ditulis (semula) pada zaman sultan
Acheh yang bernama Sultan Mansur Billah Shah ibni Al-Sultan Jauhar Al-Alam Shah. Pada bahagian
akhir kitab tersebut, dinyatakan bahawa kitab ini telah selesai diterjemahkan oleh Faqir Tuan Haji
Wan Hassan ibn Sheikh Tuan Ishak Fatani pada hari Jumaat pada waktu Dhuha enam likur haribulan
Muharram pada hijrah Nabi seribu dua ratus empat puluh sembilan di dalam negeri Makkah.
Mungkin kebanyakan generasi sekarang, sukar untuk membaca kitab ini walaupun ianya banyak
terjual memandangkan bahasa yang digunakan merupakan bahasa Melayu lama bercampur Arab.
Malah istilah-istilah yang digunakan adakalanya mendangkalkan fikiran kita, seperti kamkuha dan
sebagainya. Malahan ejaan untuk ayam pula apabila dibaca berbunyi hayam, sekaligus menunjukkan
pengaruh dialek banjar di dalamnya. Satu lagi kitab perubatan yang terkenal adalah Kitab Thoiyibil
Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu Perubatan). Kitab ini ditulis oleh Wan Ahmad bin Muhammad Zin bin
Mustaffa Al-Fatani dan selesai penulisannya pada bulan Safar tahun 1333 Hijrah. Kitab ini lebih
mudah bahasanya tetapi lebih nipis dengan 43 sohifah atau bab sahaja. Bagaimanapun, kitab ini
sama seperti tajuknya, lebih banyak menjurus kepada perubatan seperti 'Pada fasal yang pertama;
pada barang yang jadi penyakit daripadanya dan barang yang bergantung dengan demikian itu...
Suatu ketika dahulu, barangsiapa yang berhajat sangat nak jadi doktor tradisional (bomoh la tuh),
penguasaan Tajul Muluk - sama ada dibaca atau dihafal - memang perlu. Malah, dikatakan juga,
sesiapa yang menyimpan kitab ini dan dijadikan rujukan, seringkali mendapat penghormatan di
kalangan penduduk kampung. Sebenarnya ada lain-lain kitab perubatan yang lebih ekstrem yang
bercampur aduk antara agama (ilmu hakikat) dengan perubatan, malah termasuk juga di dalamnya
jampi serapah mahupun hizib dan sebagainya seperti Kitab Pati Rahsia yang dikaitkan penulisannya
dengan Paduka Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud dan sebagainya... Sayangnya, kitab-kitab ini
semakin lenyap dan tidak lagi mendapat perhatian, mahupun kajian daripada pihak yang sepatutnya.
Mungkin memandangkan ia datang dari zaman silam, bermakna ia adalah kuno dan ketinggalan.
Barangkali kesilapan kita ialah memandang mudah akan kecendekiawan orang Melayu sendiri yang
sudah pun menemui penawar demam malaria atau demam kura dengan penggunaan pati kulit
batang pokok kuinin sebelum 'orang putih' mempatenkannya sebagai penemuan barat awal abad ke-
20. Malah ketiadaan bomoh-bomoh yang benar-benar menjalankan peranan sebagai doktor
tradisional yang bukan bermodalkan air liur, hembus-hembus, pembohong-pembohong dan
temberang-temberang, serta asap kemenyan yang sekadar melengkapkan upacara perubatan,
membuatkan kitab-kitab ini terbiar begitu sahaja. Berbeza dengan masyarakat Cina yang berjaya
menaiktarafkan bidang perubatan sensei mereka untuk digandingkan dengan perubatan moden,
orang Melayu bagaikan kehilangan dalam keseronokan mereka mendabik dada bahawa Melayu
sudah bertamadun...

Anda mungkin juga menyukai