Anda di halaman 1dari 5

Huraikan peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita.

Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam
kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus
bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan
sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabung ini diharapkan
terbawa-bawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab
untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa
perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut
tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu
bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat
dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana
suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-
anak. “Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”.
Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-
anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini
dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam
minda anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa
anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada
wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak
membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan
menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis
menjadi tokak”.

Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku
prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih
kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah
memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-
anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa
dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak
langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini
diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan
nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan
membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mengajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka,
siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan
amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi
bukit.

Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-
anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai contohnya,
jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup
sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah
dan setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang
sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat
"pengiktirafan" orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka
tidak berkemampuan. Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada
ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar
perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-
anak.

“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan
secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka
harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu
kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anak-
anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-
cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan
semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan
yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan
pujian”. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu
yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka
akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan
wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji
anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapan amalan menabung sudah terang seperti
“murai berkicau hari siang”.

Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus
menabung wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak
bahawa pada setiap bulan, mereka menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos.
Perbuatan ibu bapa menyimpan wang akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut
oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba anda
bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka
sendiri seorang yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan
betapa pentingnya imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga
mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika berkawan
dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, Kawan merupakan ‘magnet sakti’
yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan
anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman
yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak
kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-
anak untuk bercampur dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam
lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah dan
payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung
akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak
berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.

Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung
wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada
setiap bulan, mereka menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa
menyimpan wang akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku
ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan
contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba anda bayangkan,
macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang
yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya
imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana
acuan, begitulah kuihnya.

PERANAN IBU BAPA DALAM MENYEMAI AMALAN MENABUNG

Secara definisinya, menabung ialah menyimpan wang atau barang berharga di bank atau di tempat
yang selamat. Amalan menabung haruslah dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Menabung dapat melatih diri kita supaya sentiasa berjimat-cermat dengan
wang yang dimiliki. Apabila kita menabung setiap hari sedikit demi sedikit lambat laun pasti akan
menjadi banyak bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit dan sehari selembar benang lama-
lama menjadi kain. Hasil daripada tabungan dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang
memerlukan wang. Selain itu, menabung juga dapat membantu kita mewujudkan masa depan yang
terjamin. Hal ini dimanfaatkan apabila hasil tabungan digunakan untuk dijadikan modal perniagaan
yang ingin diusahakan. Natijahnya, menabung amat penting untuk kita semua supaya dapat belajar
mengatur kewangan. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting untuk membentuk anak-anak mereka
untuk menjadi seorang penabung sekali gus menjadi seorang yang berjimat-cermat.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan ibu bapa untuk memupuk amalan
menabung dalam diri anak-anak adalah penting. Membuka akaun bank untuk anak-anak mereka
merupakan langkah yang paling bijak. Amalan ini perlulah dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil lagi.
Sebagai contoh, apabila musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu anak-anak akan
mendapat duit raya tidak kira sedikit atau banyak. Lebihan duit tersebut perlulah disimpan dalam
akaun bank anak-anak mereka. Hal ini kerana, segala wang yang disimpan aka nada gunanya untuk
masa hadapan apabila mereka dewasa kelak bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain. Secara tidak langsung, amalan ini dapat digunakan oleh anak mereka dan menjadikan
ibu bapa mereka sebagai suri teladan. Oleh itu, amalan membuka akaun bank dapat member
manfaat kepada anak-anak dalam memupuk amalan menabung.

Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah kepada ibu bapa untuk
mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan
menabung dalam kalangan anak, sepantun peribahasa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Oleh
hal yang demikian, ibu bapa harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada usia
yang muda, anak-anak tidak dapat berfikir dengan rasional dan matang serta tidak membezakan
antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan mencontohi perlakuan dan tingkah laku ibu bapa.
Bagaimana acuan, itulah kuihnya. Peribahasa yang sering terngiang-ngiang di telinga kita ini masih
dapat dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan anak-anak akan mencontohi apa-
apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus mengamalkan tabiat menabung. Antaranya,
ibu bapa harus menyimpang wang yang berlebihan di dalam tabung. Sementelahan itu, ibu bapa
harus memberikan penerangan kepada anak-anak untuk memupuk amalan menabung dalam
kalangan anak-anak. Alternatif ini dapat diibaratkan sebagai perisai yang ampuh kerana dengan
adanya penerangan, anak-anak akan dapat meluaskan horizon mereka tentang kepentingan amalan
menabung. Sebagai contoh, amalan menabung dapat menggarap nilai berjimat-cermat dan megikis
sikap boros anak-anak. Anak-anak juga berupaya menguruskan kewangan dengan lebih efektif untuk
mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, ibu bapa harus memberitahu anak-anak tentang
kesan-kesan negatif sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Penerangan harus diberikan secara berhemah dan lemah lembut supaya lebih mudah diterima oleh
anak-anak. Ibu bapa juga wajar menjadikan cerita, teka-teki dan tayangan video sebagai saluran
untuk menyampaikan informasi tersebut kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana media-media
tersebut amat mujarab untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Sebagai
kesimpulannya, ibu bapa harus menggembleng tenaga dan mendukung obligasi untuk membentuk
generasi masa hadapan yang menyemai amalan menabung dalam sanubari.

Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan
secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Ibu
bapa seharusnya bijak dengan memberi galakan ataupun rangsangan kepada anak-anak untuk
mengamalkan tabiat menabung. Ibu bapa seharusnya mengelakkan menghadiahkan anak dengan
hadiah yang mahal seperti telefon bimbit, komputer riba dan permainan video. Hal ini kerana akan
memberi kesan sifat materialistik, ibu bapa sewajarnya menghadiahkan anak-anak dengan
tabung sebagai galakan amalan menabung. Amalan menabung juga seharusnya diberi rangsangan
kepada anak-anak sejak kecik bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di samping
itu, ibu bapa hendaklah memberikan kepada anak-anak yang telah menabung dengan banyak. Antara
penghargaan yang boleh diberikan ialah membawa anak-anak melancong di tempat yang menarik
seperti pantai, pulau dan taman tema.

Sebagai menyambung perbincangan di atas, tanggungjawab untuk memupuk amalan menabung


dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka
dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak akan putus, tepung tidak
berselerak. Dengan tiu, ibu bapa mestilah sentiasa membawa anak-anak ke kempen yang dianjurkan
oleh pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan (NGO). Antara kempen yang boleh dianjurkan ialah
kempen menabung. Kebiasaannya, kempen-kempen begini diadakan semasa cuti sekolah. Hal ini
demikian kerana pada cuti sekolah, ibu bapa boleh meluangkan masa bersama anak-anak mereka
dengan membawa mereka ke kempen-kempen yang dianjurkan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan
seperti sayembara puisi, menulis esei, kuiz pengetahuan am dan pertandingan melukis. Pertandingan
yang diadakan sesuai untuk setiap peringkat umur. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan
peranan untuk menyemai amalan menabung dengan cara membawa anak-anak mengunjungi
kempen-kempen yang diadakan.

Intihanya, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan anak-anak mereka
menjadi manusia yang berjaya pada masa hadapan. Gagal atau berjayanya seseorang anak itu
sangat berkait rapat dengan corak didikan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
menerapakan amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa seharusnya bersungguh-
sungguh menjadikan amalan menabung sebagai budaya anak-anak bak kata pepatah, genggam bara
api, biar sampai jadi arang. Hal ini kerana, amalan ini boleh menjana kestabilan ekonomi seseorang
individu dan mengekalkan keseimbangan Negara secara efektif. Perspektif negatif seperti biar papa
asal bergaya perlu diubah agar setiap individu mempunyai misi untuk keluar daripada belenggu
kehidupan yang begitu mencabar. Menabung boleh dijadikan benteng untuk mendepani realiti dunia
baru yang pantas berubah dan berkembang. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan
tebing bagi memastikan obligasi terhadap amalan menabung terus subur dalam diari ekonomi setiap
individu agar kemakmuran diri dan Negara dapat dikekalkan momentumnya. Oleh itu, setiap individu
perlu mengorak langkah untuk menabung kerana amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan
impian diri sendiri malahan Negara

Anda mungkin juga menyukai