Anda di halaman 1dari 1

Ya wadud

Baru-baru ni saya pulang menziarah mak dan abah. Seperti biasa sebagai anak, apabila
saya pulang bermacam-macam nasihat yang diberikan oleh mak kepada saya. Salah satunya
ialah mak menasihati saya supaya menghormati suami, kerana suami adalah syurga seorang
isteri. Salah satu petua yang mak berikan ialah menjadi isteri yang setia dan sentiasa dicintai
suami. Iaitu dengan mengamalkan zikir asma ul husna iaitu 'Ya Wadud'. Mak mengingatkan saya
supaya membacanya ketika kita sedang memasak dan ketika melakukan kerja rumah. Mudah-
mudahan kita sentiasa dicintai suami.

Al-Wadud juga bermaksud Maha Penyayang. Memberi yang terbaik untuk hamba-Nya dan
mengasihi mereka yang beriman. Selain itu, Ya Wadud boleh baca untuk;

1. Meninggalkan tabiat meminum arak atau dosa besar - sekiranya kita


atau sesiapa sahaja yang meminum arak atau melakukan dosa besar yang lain
dan ingin mengembalikan diri ke jalan benar bacalah Ya Wadud 960
kali kemudian hembuskan ke dalam makanan atau minuman untuk ditelan dan
insya'allah ia akan meninggalkan dari melakukan dosa-dosa itu.
2. Memperbaiki urusan dunia (dan juga akhirat) - baca 1000 kai setiap hari
3. Isteri menjadi setia - bacalah Ya Wadud sebanyak 1000 kalioleh suami
yang mengesyaki isterinya curang. Insya'allah isteri akan sentiasa dengan
suaminya.
4. Musuh menjadi kawan - baca Ya Wadud 1001 kali, insya'allah musuh
kita akan menjadi kawan kita.
5. Keluarga bahagia - Bacalah Ya Wadud 10,000 kali setiap malam,
Insya'allah keluarga kita akan dilindungi rahmat dan kebahgiaan.

Semoga mulai hari ini kita saling sayang menyayangi sesama kita. Insya'allah

Amin, mbak

Anda mungkin juga menyukai