Anda di halaman 1dari 34

Refleksi

Secara keseluruhan,aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar


seperti yang dirancangkan. Objektif pembelajaran satu dan dua adalah tercapai.
Semua murid berjaya menyatakan 4 ciri-ciri objek berkarat dan mereka juga dapat
mengelaskan sepuluh objek berkarat dan tidak berkarat. Walaubagaimanapun, 20/30
orang murid berjaya membuat kesimpulan manakala 10 orang lagi perlu dibimbing
untuk membuat kesimpulan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah
digunakan adalah sesuai kepada murid kelas 4 Bushra kerana mereka adalah sangat
aktif dan suka bercakap. Saya mendapati bahawa terdapat sesetengah murid tidak
memberikan kerjasama semasa membuat kerja berkumpulan. Mereka lebih suka
berbual dan membiarkan rakan lain yang membuat kerja. Jadi saya perlu membuat
penambahbaikan pada masa akan datang agar setiap murid dapat terlibat secara
aktif dalam kerja berkumpulan. Kebanyakan murid dapat memahami tajuk pengaratan
kerana mereka pernah melihat objek yang berkarat di sekeliling mereka. Pada fasa
refleksi, saya mendapati murid kelihatan seronok dan bersemangat semasa
menyanyikan lagu pengaratan. Mereka juga dapat faham dan dan belajar dengan
cepat melalui kaedah nyanyian.
Refleksi

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 20 daripada 24 orang murid berjaya mencapai objektif
satu dan dua manakala 4 orang murid perlu dibimbing bagi melaksanakan
penambahan dan penolakan nilai wang. Saya mendapati murid kebanyakannya
adalah cuai semasa melaksanakan operasi tambah dan tolak kerana mereka tidak
biasa melakukan penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor besar
sehingga juta. Jadi, mereka banyak membuat kesilapan semasa operasi tambah dan
tolak. Saya telah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
koperatif semasa menjalankan akiviti. Aktiviti berkumpulan mudah dilaksanakan
kerana susunan meja didalam kelas adalah mengikut kumpulan. Tetapi, saya
mendapati kebanyakan murid tidak terlibat secara aktif semasa aktiviti berkumpulan
kerana terdapat beberapa orang murid yang tidak membuat kerja dan suka
menganggu rakan yang lain. Aktiviti pengukuhan bagi penambahan dan penolakan
wang akan ditangguhkan kepada pengajaran yang seterusnya.
Refleksi

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini tidak berjalan dengan
lancar kerana murid masuk lewat ke dalam kelas menyebabkan rancangan aktiviti
terganggu. Saya terpaksa mempercepatkan masa bagi setiap fasa bagi memastikan
murid dapat mencapai objektif pada hari tersebut. Murid berjaya melakukan
penambahan dan penolakan dalam ringgit dan sen dengan tepat.
Walaubagaimanapun, terdapat 5 orang murid yang tidak dapat membuat
penambahan dan penolakan wang dalam bentuk lazim. Setelah mendapat bimbingan,
murid tersebut dapat melaksanakan penambahan dan penolakan dalam bentu lazim.
Refleksi

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 15 daripada 19 murid dapat mencapai objektif
pembelajaran pada hari tersebut. Murid kelihatan seronok semasa menjalankan
aktiviti simulasi pergerakan bumi. Mereka lebih faham menggunakan kaedah simulasi
berbanding penerangan secara lisan didalam kelas. Permainan puzzle yang
digunakan semasa fasa aplikasi idea juga berjaya menarik minat murid untuk
mempelajari pergerakan bumi.
Refleksi

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. Semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran
satu.Murid dapat memahami konsep pendaraban dengan baik. Walaubagaimanapun,
kebanyakan murid tidak berjaya menyelesaikan lima soalan pendaraban wang
kerana mereka keliru tentang titik perpuluhan bagi sen. Mereka salah meletakkan titik
perpuluhan. Selain itu, mereka juga tidak biasa melaksanakan pendaraban dalam
bentuk lazim. Kebanyakan mereka melaksanakan pendaraban dalam bentuk lettuce.
Oleh itu, saya perlu menggunakan kedua-dua kaedah pendaraban bagi memastikan
murid dapat menguasai pendaraban wang bagi ringgit dan sen.
Refleksi

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. Murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
Murid dapat menyenaraikan 4 sumber asas bahan dengan tepat berdasarkan
sumber-sumber asas kehidupan seharian. Murid dapat memerihalkan sumber asas
bagi satu objek selepas menjalankan aktiviti berkumpulan. Masa yang diperuntukkan
adalah mencukupi bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Semasa
menjalankan aktiviti berkumpulan, kawalan kelas adalah kurang baik kerana murid
aktif bercakap. Tetapi terdapat segelintir murid yang menganggu rakan dan tidak
menumpukan perhatian semasa pengajaran berlangsung. Semua murid dapat
memahami tajuk sumber asas kerana tajuk ini adalah berkait rapat dengan kehidupan
seharian murid.
Refleksi

12/08/2018
Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 25 daripada 30 orang murid dapat mencapai objektif
pembelajaran pada hari ini. Murid dapat menyatakan 5 jenis bahan yang menyerap
air berdasarkan eksperimen yang dijalankan. Mereka kelihatan seronok dan sangat
aktif semasa menjalankan eksperimen. Mereka juga berasa seronok bermain kotak
beracun. Belajar sambil bermain mampu menarik minat murid dan melatih murid
untuk berani menjawab soalan. Melalui tajuk ini, murid dapat kaitkan pembelajaran
dengan kehidupan mereka. Isi pelajaran yang ajar juga adalah sesuai dengan
kebolehan murid didalam kelas 4 Bushra.
Refleksi

12/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. Semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran satu
dan dua. Murid dapat membuat perkaitan antara bahagi dan penolakan berulang.
Walaubagaimanapun, hanya 19 orang dapat mengira soalan bahagi dalam bentuk
lazim dengan tepat manakala 5 orang murid tidak dapat melaksanakan operasi
bahagi dalam bentuk lazim dan memerlukan bimbingan. Aktiviti yang dirancang
adalah kurang menarik menyebabkan murid kelihatan tidak seronok dan berasa
sangat susah untuk mempelajari operasi bagi wang.
Refleksi

13/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini adalah tidak berjalan
dengan lancar kerana murid lewat masuk ke kelas. Masa pengajaran hanya 15 minit
sahaja. Saya terpaksa mengubah aktiviti pembelajaran supaya objektif pembelajaran
dapat dicapai oleh murid. Murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
Walaubagaimanapun, hanya 15 orang murid dapat menyelesaikan soalan berayat
bagi darab dan bahagi dengan tepat. 9 orang murid perlu dibimbing bagi memahami
soalan berayat tersebut. Aktiviti pengukuhan diberikan dan dijadikan sebagai latihan
kerja rumah kerana kesuntukan masa. Isi pelajaran adalah sangat padat untuk 30
minit pengajaran. Jadi, masa untuk pengajaran kali ini adalah tidak mencukupi.
Refleksi
14/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 13 daripada 19 orang murid dapat menyatakan 3 kesan
putaran bumi dengan tepat. Objektif pembelajaran yang kedua tidak berjaya dicapai
kerana murid tidak dapat memahami perkaitan perubahan kedudukan matahari
dengan perubahan panjang dan arah bayang-bayang. Jadi, objektif pembelajaran
kedua ditangguhkan kepada waktu pengajaran akan datang. Kawalan kelas adalah
baik. Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan baik.
Refleksi

15/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. Semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada
hari ini. Murid dapat mengaplikasikan proses jual beli dengan baik. Murid kelihatan
seronok mendapat duit kertas dan melakukan aktiviti jual beli. Selain itu, permainan
puzzle dapat menarik minat murid untuk belajar. Murid juga berjaya menyelesaikan
soalan yang melibatkan operasi gabungan dengan menyelesaikan puzzle tersebut.
Refleksi

16/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 27 orang murid dapat mencapai objektif pembelajaran
pada tersebut. Murid dapat menyatakan lima jenis objek yang terapung dan 5 jenis
objek yang tenggelam setelah menjalankan eksperimen. Isi pelajaran yang diajar
adalah sangat padat tetapi dapat dilaksanakan dengan baik dalam masa 60 minit
kerana murid sudah mengetahui sifat dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti
pembelajaran dapat dilaksankan dengan masa yang mencukupi. Saya juga
menerapkan kemahiran sains seperti memerhati, mengelaskan dan
mengeksperimen.
Refleksi

26/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. Semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada
hari ini. 27 daripada 30 orang murid dapat menyatakan maksud sifat bahan lut cahaya,
legap dan lut sinar secara tepat dan jelas. Murid seronok dan berminat semasa
menjalankan aktiviti eksperimen. Mereka juga dapat mengelaskan 5 bahan yang
bersifat lut cahaya, legap dan lut sinar secara tepat dan jelas. Eksperimen yang
dijalankan berjaya menerapkan semangat kerjasama dalam kumpulan antara murid.
Refleksi

26/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 17 daripada 24 orang murid berjaya mencapai objektif
pembelajaran pada hari tersebut. Murid sukar untuk memahami maksud faedah
mudah dan faedah kompaun kerana tajuk faedah adalah satu pelajaran baru bagi
mereka. Oleh itu, saya mengaitkan faedah dengan keuntungan yang diperoleh dalam
simpanan bank. Walaupun tajuk yang baru bagi mereka, mereka dapat
melaksanakan aktiviti yang dijalankan dengan baik. Kelas juga berada dalam
keadaan terkawal dan terurus.
Refleksi

27/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 15 daripada 24 orang murid dapat mencapai objektif
pembelajaran pada hari ini. Murid berjaya membuat pertukaran dekad kepada tahun
dan abad kepada tahun setelah melakukan aktiviti teka silang kata. Melalui aktiviti ini,
murid kelihatan sangat seronok dan mudah memahami pengajaran pada hari ini. Set
induksi yang dijalankan adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian murid dan
dapat menjana idea murid.
Refleksi

28/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 15 daripada 19 orang murid berjaya mencapai objektif
pembelajaran pada hari ini. Murid berjaya menyatakan tiga kesan putaran bumi
dengan terperinci. Aktiviti penyiasatan di padang adalah sangat sesuai kepada murid
5 syifa kerana mereka adalah sangat aktif. Setelah menjalankan aktiviti penyiasatan,
murid lebih memahami perubahan panjang dan arah bayang-bayang.
Walaubagaimanapun, perubahan bayang-bayang tidak dapat dibezakan dengan jelas
kerana masa yang tidak mencukupi.
Refleksi

29/08/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini tidak berjalan dengan
lancar seperti yang dirancangkan kerana waktu pengajaran bermula lewat 15 minit.
21 daripada 24 orang murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut.
Semua murid dapat menolak ukuran masa tanpa melibatkan penukaran unit.
Walaubagaimanapun, hanya 21 orang murid yang dapat menolak ukuran masa yang
melibatkan penukaran unit. Aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dengan
peruntukan masa selama 60 minit tetapi aktiviti yang dijalankan adalah tidak menarik
dan kurang merangsang minat murid kerana murid berasa sukar untuk menjawab
soalan penolakan bagi dekad, abad dan tahun.
Refleksi

30/8/2018

Pengajaran pada hari ini ditunda kerana sambutan hari kemerdekaan peringkat
sekolah. Rancangan pengajaran harian dibawa ke minggu hadapan.
Refleksi

3/09/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 15 daripada 24 orang murid dapat mencapai objektif
pembelajaran pada hari ini. Hampir kesemua murid dapat mendarab ukuran masa
dengan nombor satu digit tanpa melibatkan pertukaran unit. Walaubagaimanapun,
sesetengah murid menghadapi kesukaran semasa mendarab ukuran masa dengan
nombor satu yang melibatkan pertukaran unit. Kawalan murid adalah sangat baik
kerana murid menunjukkan minat semasa menjalankan aktiviti. Pada fasa persediaan,
aktiviti yang dijalankan adalah melebihi masa yang dirancang kerana murid
mengalami kesukaran semasa melakar peta malaysia. Mereka menganggap aktiviti
tersebut adalah sukar bagi mereka. Set induksi yang dijalankan adalah tidak
merangsang minat murid.
Refleksi

4/09/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. Seramai 19 daripada 24 orang murid berjaya mencapai
objektif pada hari ini. Kebanyakan murid dapat melakukan operasi pendaraban tetapi
mereka tidak membuat pertukaran unit selepas operasi pendaraban. Aktiviti yang
dijalankan adalah sangat ringkas kerana masa yang diperuntukkan adalah 30 minit.
Refleksi
4/09/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 17 daripada 19 orang murid berjaya mencapai objektif
pembelajaran pada hari ini. Murid mengetahui bahawa bulan tidak mengeluarkan
cahaya tetapi mendapat pantulan cahaya daripada matahari. Murid juga kelihatan
gembira semasa menjalankan simulasi putaran bulan di atas paksi dan peredaran
bulan mengelilingi bumi dari aspek arah dan tempoh. Murid juga kelihatan berminat
semasa mempelajari tajuk ini kerana tajuk ini merupakan pengetahuan baru kepada
mereka.
Refleksi

5/09/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 21 daripada 24 orang murid dapat mencapai objektif
pembelajaran pada hari ini. Kebanyakan murid dapat membahagi ukuran masa
dengan nombor satu digit dengan baik. Selain itu, aktiviti berpusatkan murid seperti
kerja berkumpulan adalah sangat berkesan diaplikasikan dalam kelas ini kerana
muridnya adalah sangat aktif. Aktiviti pengukuhan disambung sebagai kerja rumah
kerana waktu pengajaran yang terhad.
Refleksi

6/09/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan dengan lancar
seperti yang dirancangkan. 23 daripada 30 orang dapat mencapai objektif
pembelajaran pada hari ini. Murid menunjukkan minat dalam pembelajaran hari ini
kerana mereka dapat mengenali planet-planet. Pada fasa pencetusan idea, murid
kelihatan seronok semasa mewarna planet-planet yang mereka pelajari. Saya juga
mendapati kaedah nemonik adalah sangat berkesan kepada murid dalam menghafal
nama-nama planet. Diakhir pembelajaran, hampir kesemua murid dapat
memerihalkan ahli dalam sistem suria iaitu matahari, planet, satelit semulajadi,
asteroid, meteoroid dan komet.
Refleksi

10/9/2018

Secara keseluruhan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini tidak berjalan dengan
lancar seperti yang dirancangkan kerana murid lewat masuk ke dalam kelas selepas
rehat. Jadi, saya memulakan pengajaran pada pukul 11 pagi. Disebabkan kesuntukan
masa, saya terpaksa menyambung tajuk berikut kepada pengajaran yang akan
datang. 15 daripada 24 orang murid berjaya mencapai objektif pembelajaran pada
hari ini. Walaubagaimanapun, murid sukar untuk membuat pertukaran unit panjang
iaitu kilometer, meter, sentimeter dan milimeter kerana mereka tidak tahu mengukur
panjang. Mereka mengalami miskonsepsi semasa membuat pengukuran. Oleh itu,
saya telah menerangkan kepada mereka cara pengukuran yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai