Anda di halaman 1dari 1

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR (TEMA BERBEZA)

KEMAHIRAN Mendengar dan Bertutur


TINGKATAN 1 Melur
MASA 8.15 pagi – 9.15 pagi
TEMA Sukan dan Rekreasi
TAJUK Sihat Berekreasi
STANDARD 1.1.1 Mendengar dan mengenal sebutan perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai
PEMBELAJARAN ujaran dengan betul dan tepat.
OBJEKTIF Pada akhir PdP, murid dapat mendengar dan menyebut rangkai kata dalam pelbagai
ujaran berdasarkan rakaman audio dengan betul dan tepat.

EMK Ilmu PKJR: HP 5.1.1 (Menghuraikan kepentingan menggunakan alat


perlindungan ketika menunggang basikal) – Aktiviti 10, Halaman 18
Kosa Kata: Flying fox, panjat tembok, berbasikal, meluncur, sukan permotoran,
topi keledar, sarung tangan, pad siku, pad lutut, jaket pemantul cahaya

BAHAN BANTU Rakaman audio (disediakan oleh guru)


BELAJAR Buku Teks (halaman 134)
BAM
AKTIVITI 1. Murid mencari perkataan tersembunyi menerusi permainan bahasa.
2. Murid mendengar rakaman audio. (Buku Teks halaman 134)
3. Murid menyebut rangkai kata yang didengar berdasarkan rakaman audio.
4. Murid membincangkan dan berkongsi maklumat berkaitan alat-alat perlindungan
yang digunakan oleh penunggang basikal. (BAM) -(PKJR)
5. Murid mendengar dan menyebut rangkai kata tentang alat perlindungan dan
menyatakan kepentingannya semasa proses pembentangan. -(PKJR)
6. Pengayaan: Permainan Siapa Cepat Dia Hebat
 Murid mencabut undi untuk memilih tugasan. Murid lain mendengar
berdasarkan rakaman audio yang dipilih dan menyebut rangkai kata yang
didengari.
 Jika sebutan rangkai kata itu jelas dan betul, murid dikehendaki memadankan
rangkai kata dengan kad ayat.
 Pemenang ditentukan melalui jumlah rangkai kata yang disebut dengan betul.
7. Pemulihan:
 Secara berpasangan, murid memilih kad perkataan
 Murid pertama menyebut perkataan yang tercatat pada kad, pasangannya
mendengar dan menyebut rangkai kata tersebut semula.
 Murid memadankan rangkai kata dengan gambar.
8. Murid ulang sebut rangkai kata yang dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai