Anda di halaman 1dari 2

Kepada MBSA : 23hb.

Mac 2019
Aduan Lampu Jalan Tidak Menyala
Merujuk pekara di atas, saya mewakili suara penduduk di
Taman Subang Delima, Seksyen U4, Shah Alam, ingin meminta
perhatian Tuan/Puan atas budi dan jasa baik Tuan/Puan agar
pekara ini tidak berulang lagi.
Setahu saya dan beberapa penghuni di taman ini
( apabila kami berbual-bual ketika bertemu) berasa hairan
mengapakah baru-baru ini lampu-lampu di sekitar taman ini
ada sajalah yang tidak bernyala pada waktu malam?
Bila lebih serius memandang pekara ini kami risau dalam
keadaan ini pihak yang mengambil kesempatan ini akan
melakukan pekara yang tidak diingini!
Ada pula antara kami ini risau kes pecah pintu atau
mencuri akan berlaku. Selalu juga nampak orang yang tidak
dikenali keluar masuk ke taman ini! Siapkah mereka? Apakah
tujuan mereka ke sini?
Dengan keadaan yang gelap, lebih-lebih lagi pada waktu
malam, bayangkan apakah pekara bakal berlaku!
Untuk pengetahuan Tuan/Puan, taman ini pernah berlaku
kes pecah rumah , perkara maksiat berlaku di pondok taman
ini , peras ugut , sekataan dan rompakan dan lain-lain lagi.
Kami ada yang keseorangan pulang atau keluar pada
waktu yang sunyi ini akan mengundang pekara tersebut
berlaku!
Kami tidak mahu pekara ini berulang lagi!
“ Mengelak itu lebih baik daripada mengubati”, diharap
daripada jasa dan budi baik Tuan/Puan besarlah harapan kami
permintaan kami yang hanya satu ini ditangani.
Sekian. Salam hormat dari kami penduduk Taman Subang
Delima.

Wakil Taman Subang Delima,


En.Wong Peng Long
012-3861732.

Anda mungkin juga menyukai