Anda di halaman 1dari 3

Tek Pengacaraan Majlis Xongsi Ga ya 2018

Nama Perkara
Not Ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yang

Lemah gemalai tuan puteri,


Berbaju kurung cantik sekali,
Pohon kemaafan di Aidilfitri,
Moga ukhuwah kekal abadi.

Yang dihormati Encik Frank Anak Lani Yang Dipertua


PIBK Sk Bandar Bintangor.

Yang dihormati Encik Muhamad Bin Mahmud Nain Yang


Dipertua PIBK Sk Bandar Bintangor

Yang Berusaha Encik Fathi Bin Haji Tar Guru Besar Sk


Bandar Bintangor

Puan Dayang Mahani Binti Abg Mahmud Guru Penolong


Kanan Pentadbiran Sk Bandar Bintangor

Encik James Anak Lima


Guru Penolong Kanan Hem Sk Bandar Bintangor

Encik Nur Rahman Bin Jahar


Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk Bandar
Bintangor

Barisan esco PIBK Sk Bandar Bintangor, Guru-guru,


Staf-staf AKP , hadirin dan hadirat sekalian.

Assalammualaikum

Gong Xi Fa Cai Wang Shi Ru Yi Selamat Ngiling Bidai


dan Salam Aidilfitri.
Sebelum tirai majlis dibuka, marilah kita sama-sama
mengaminkan doa yang akan dibaca oleh Ustaz Zahrul
Effendi Bin Marthan.
Dengan ini majlis mempersilakan.

Amin, amin ,amin ya Rabbal Alamin . Semoga dengan


bacaan doa itu tadi, majlis kita pada hari ini akan
berjalan lancar serta mendapat berkat dari-Nya.

Kak Mee Ucapan Guru Besar

Hadirin yang dimuliakan,

Tidak lengkap rasanya majlis pada petang ini sekiranya


tidak mendengar ucapan daripada Guru Besar yang kita
sayangi dan hormati. Oleh itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput an mempersilakan Encik Fathi
Bin Haji Tar untuk memberikan ucapan . Majlis
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Not Ucapan YDP

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan Encik


Fran Anak Lani untuk menyampaikan sepatah dua kata
bagi majlis Xongsi Ga Ya Sk Bandar Bintangor 2018.
Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Kak Mee Jamuan Makan

Terbang rendah burung tempua,


Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk


menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.

Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu


kepada Cikgu Azean Binti Zailani untuk meneruskan
acara.

Majlis mempersilakan ……..


PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon


mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan
majlis sambutan Xongsi Ga Ya dapat dilangsung dengan
meriahnya.

Anda mungkin juga menyukai