Anda di halaman 1dari 6

2.

1 Pergerakan Plat Tektonik

Plat tektonik utama


1. Plat Amerika Utara
2. Plat Amerika Selatan
3. Plat Afrika
4. Plat Eurasia
5. Plat Indo-Australia

PERGERAKAN KESAN
Plat-plat ke arah yang sama Sempadan pertembungan

Plat-plat ke arah bertentangan Sempadan pencapahan/pemisahan

PERTEMBUNGAN ANTARA PLAT BENUA DENGAN PLAT LAUTAN


 Plat lautan menjunam ke bawah plat benua kerana plat lautan lebih tumpat
 Di kawasan junaman, terbentuk jurang lautan yang dalam
 Misalnya pertembungan Plat Pasifik dengan Plat Filipina menghasilkan Jurang
Mariana yang merupakan jurang terdalam di dunia

PERTEMBUNGAN ANTARA PLAT BENUA DENGAN PLAT BENUA

 Batuan termampat menghasilkan banjaran gunung lipat muda


 Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan cara ini
 Dalam pertembungan ini, pinggir plat benua akan terlipat
 Kejadian ini menghasilkan banjaran gunung di sepanjang sempadan
pertembungan

PERTEMBUNGAN PLAT LAUTAN DENGAN PLAT LAUTAN


 Salah satu plat akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang
dalam
 Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas
 Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi
 Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di dalam laut
 Gunung-gunung berapi di dalam laut kian menjadi tinggi akibat aktiviti tektonik
 Seterusnya, gunung berapi di dalam laut akan muncul di permukaan laut
 Terbentuklah rangkaian gunung berapi atau arka pulau seperti rangkaian
Kepulauan Hawaii, Kepulauan Kuril dan Kepulauan Ryukyu

PERGERAKAN PLAT SECARA PENCAPAHAN/PEMISAHAN


 Berlaku apabila dua plat tektonik bergerak ke arah yang berlawanan
 Sempadan antara kedua-dua plat berkenaan disebut sempadan pencapahan
 Plat berkenaan bergerak semakin jauh antara satu sama lain
 Magma panas dari mantel mengalir ke dasar lautan untuk memenuhi ruang
antara plat-plat tersebut
 Magma panas yang mengalir ke dasar lautan menyejuk dan membeku
 Bahan-bahan yang menyejuk ini akan merenggangkan lagi kedua-dua sempadan
plat
 Dengan cara ini terbentuklah permatang tengah lautan seperti Permatang
Tengah Lautan Atlantik
 Proses ini dikenali dengan nama perebakan dasar lautan
PERGERAKAN PLAT TEKTONIK SECARA PERTEMBUNGAN
Lipatan
 Terjadi akibat mampatan yang dihasilkan oleh pertembungan dua
plat
 Mampatan ialah daya yang bertindak terhadap sesuatu benda
 Sekiranya tindakan mampatan terhadap sesuatu benda itu
berbeza dari semua arah, mampatan tersebut dikenali dengan
nama mampatan pembezaan
 Batuan mengalami beberapa peringkat perubahan yang dapat
menghasilkan pelbagai jenis lipatan
Gempa  Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi.
Bumi  Gegaran berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembung dan
tergelincir
 Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak bumi kerana
tidak dapat keluar ke permukaan bumi
 Akibatnya gelinciran berlaku dan tenaga yang terpendam itu akan
terlepas dengan tiba-tiba
 Ini menyebabkan bahagian bumi berkenaan bergegar dan
berlakunya kejadian gempa bumi
Pergerakan plat tektonik secara
pencapahan/pemisahan
Gelinciran atau  Gelinciran atau sesaran ialah retakan dan rekahan di
sesaran dalam kerak bumi yang melibatkan anjakan lapisan
batuan secara mendatar atau menegak
 Apabila berlaku tegangan atau mampatan, lapisan-
lapisan batuan akan beranjak
 Proses perubahan atau anjakan ini disebut gelinciran
 Anjakan di sepanjang garisan gelinciran berlaku ke atas,
ke bawah atau secara menyerong
 Gelinciran berlaku hanya beberapa meter atau kilometer
Hanyutan  Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa
benua benua-benua yang ada sekarang berasal daripada
sebuah benua yang besar.
 Perubahan yang berlaku akibat hanyutan benua
 Kira-kira 200 juta tahun dahulu terdapat benua terbesar
yang diberi nama pangue
 Lima belas juta tahun kemudian benua luas ini mulai
retak dan pecah
 Akhirnya 50 juta tahun, plat-plat ini membentuk benua
di bahagian utara (Laurasia) dan bahagian selatan
(Gondwanaland)
 Bahagian utara terdiri daripada Amerika Utara, Eropah
dan ASIA
 Bahagian selatan terdiri daripada Amerika Selatan,
Afrika dan Australia
 Kira-kira 70 juta tahun kemudian, benua-benua mulai
menduduki secara kasar kawasan yang ada sekarang
 65 juta tahun selepas itu, barulah wujud kedudukan
benua seperti yang terdapat pada masa kini
Pergerakan plat tektonik secara pertembungan
Dua daripada fenomena tektonik yang dihasilkan ialah:

 Lipatan
  Gempa bumi

Lipatan
 Lipatan terjadi akibat mampatan yang dihasilkan oleh pertembungan dua plat
 Mampatan ialah daya yang bertindak terhadap sesuatu benda
 Sekiranya tindakan mampatan terhadap sesuatu benda itu berbeza dari semua arah,
mampatan tersebut dikenali dengan nama mampatan pembezaan
 Batuan mengalami beberapa peringkat perubahan yang dapat menghasilkan pelbagai
jenis lipatan

Anda mungkin juga menyukai