Anda di halaman 1dari 3

Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C.

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 – 4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kelawar tidur dengan berpaut __________ dahan pokok.


A ke C pada
B dari D daripada

2. “Berapakah harga lima __________ petai ini?” Tanya Puan Mariam kepada peniaga itu.
A biji C buah
B ulas D papan

3. Pendayung itu tidak dapat digunakan lagi kerana sudah __________.


A luluh
B koyak
C usang
D sompek

4. Perjalanan kakak ke Bandar Miri telah __________ kerana berlakunya tanah runtuh di kilometer
205.
A terkandas
B terhalang
C tergendala
D terbengkalai

Soalan 5 – 6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

5. Murid-murid diminta membawa sepasang kain buruk, sebatang penyapu lidi dan beberapa helai
A B C
plastik untuk aktiviti gotong-royong pada petang esok. Tiada kesalahan.
D
6. Para pengunjung dapat melihat berbagai-bagai barangan kraf tempatan semasa mengunjungi
A B
pameran kraf tangan yang diadakan sejak berapa hari yang lalu. Tiada kesalahan.
C

Soalan 7 – 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Pakaian yang dijemur di ampaian itu sudah kering.


II Tubuhnya kurus kering sejak menghidap penyakit misteri.
III Saya tidak kering gusi melihat telatah pelawak itu.
IV Saluran air yang menyalurkan air ke sawah semuanya hampir kering oleh sebab kemarau
panjang.

A I, II dan III sahaja


B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

8. I Lelaki itu telah tahan oleh pihak polis kerana dia terbabit dalam pergaduhan.
II Jambatan yang dibina semasa zaman pendudukan Jepun itu masih tahan.
III Makanan ini perlu dibungkus dengan baiknya supaya tahan lama.
IV Selepas bersara, ayah pulang ke kampung kerana tidak tahan dengan kos sara hidup yang tinggi
di bandar.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

Soalan 9 – 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa
dan mungkin juga tidak. Tandakan A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan.

9. Banyak cerita yang kami dapat dengar semasa pulang kampung baru-baru ini.
A dapat kami dengar semasa pulang ke kampung
B kami dapat dengari sewaktu pulang kampung
C kami dapat mendengar sewaktu pulang ke kampung
D kami dapat dengar semasa pulang kampung

10. Pertahanan udara akan menjadi lebih kukuh dan tidak dapat dilalui oleh musuh apabila kerajaan
membeli pesawat pejuang itu.
A tidak boleh diterokai oleh musuh
B tidak dapat dicerobohi oleh musuh
C tidak dapat dimasuki oleh musuh
D tidak dapat dilalui oleh musuh

Soalan 11 -12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I Puan Badariah berbual-bual dengan jiran tetangga di depan rumah.


II Raju pergi ke pekan untuk membeli buku dan alat tulis.
III Pak Hamid sedang membakar sate ayam yang dipesan oleh pelanggan.
IV Pelbagai usaha-usaha dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik murid-murid sekolah itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

12. I Setiap ahli-ahli sukan dikehendaki mengikuti latihan pada setiap petang.
II Mereka sedang bermesyuarat di dewan utama Hotel Purnama.
III Selain masalah pelajaran, murid boleh mengadu hal-hal lain kepada guru kaunseling juga.
IV Khairul adalah murid yang paling terpintar di kelasnya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

13. Maksud yang sesuai bagi peribahsa “daripada cempedak baiklah nangka” ialah
A sukar membuat pilihan yang terbaik
B lebih baik ada daripada tiada langsung
C jika tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga
D jika hidup mendapat celaan, lebih baik mati mendapat pujian

Anda mungkin juga menyukai