Anda di halaman 1dari 7

BM T3

TEMA 1: SULUH MASA DEPAN

HALAMAN 2, BUKU TEKS TINGKATAN 3, KSSM

LAGU: MENGGAPAI CITA-CITA

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR PT3

DSKP (STANDARD PEMBELAJARAN): 1.1.1 mendengar, mengenal pasti dan menggunakan perkataan,
rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul, tepat dan jelas.

Latihan tambahan yang dapat dijanakan:

1. Mengenal pasti makna istilah

2. Mencari jenis kata kata nama dan kata kerja

3. Soalan pemahaman berdasarkan teks

4. Soalan KBAT (pendapat tentang cara mencapai cita-cita dan kepentingan bercita-cita dalam
kehidupan)

5. Menulis karangan tentang cara mencapai cita-cita

6. Mencipta lagu bertemakan keazaman, kemudian mempersembahkannya.

7. Mencipta sajak bertemakan keazaman, kemudian mendeklamasikannya.

8. Mencari bahan berita dalam akhbar yang berkaitan dengan cara menggapai cita-cita.

Saya berharap agar perkongsian ini memanfaatkan guru-guru yang masih kabur dan keliru serta
hilang arah tuju kerana terlalu berorientasikan peperiksaan pada tahun-tahun sebelum ini.

Jika ada silap dan salah, ampunkan hamba.

Sebelum format peperiksaan PT3 2019 diumumkan dan ditatar, kita berseronoklah dengan buku teks
dulu.

Selamat berkongsi ilmu.


TEMA 1: SULUH MASA DEPAN

HALAMAN 5, BUKU TEKS TINGKATAN 3

Halaman 5

FORMAT KARANGAN: LAPORAN

Latihan tambahan (untuk panduan guru)

1. Soalan pemahaman berdasarkan teks.

(a) Bilakah Orkestra Simfonik Sekolah Seri Puteri ditubuhkan?

(b) Nyatakan tiga anugerah bertaraf antarabangsa yang diperoleh Orkestra Simfoni Sekolah Seri
Puteri.

(c) Apakah usaha yang perlu dilakukan untuk meneruskan kegemilangan Orkestra Simfoni Sekolah
Seri Puteri?

2. Soalan KBAT

(a) Apakah strategi yang perlu dilakukan oleh sesebuah kelab atau persatuan di sekolah untuk
menarik minat murid menyertainya?

(b) Bagaimanakah caranya sesebuah orkestra sekolah meningkatkan kualiti persembahannya?

(c) Apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak supaya menyertai kegiatan
kokurikulum?

3. Soalan sistem bahasa

(a) Nyatakan 5 kata sendi nama yang terkandung dalam petikan tersebut kemudian bina ayat dengan
menggunakan kata sendi tersebut.

(b) Nyatakan 2 penanda wacana yang terdapat dalam petikan tersebut.

(c) Tukarkan ayat aktif yang terdapat dalam petikan kepada ayat pasif.

(d) Kenal pasti subjek dan predikat yang terdapat dalam setiap ayat dalam perenggan terakhir
laporan ini.

Latihan penulisan (idea tambahan)

1. Tulis karangan jenis berita berdasarkan idea-idea yang terdapat dalam petikan tersebut.

Tulis berita tersebut selengkapnya.


2. Anda ingin membalas surat daripada sahabat pena anda untuk memberitahu sahabat pena anda
tentang pencapaian satu daripada kegiatan kokurikulum yang anda sertai.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

3. Anda ditugaskan mewawancara Presiden Orkestra Sekolah tentang kejayaan yang diperoleh
pasukan tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

Tulis karangan jenis wawancara tersebut selengkapnya.

PERINGATAN:

1. Perhatikan format laporan tersebut. Ikutilah format dalam buku teks ini untuk karangan jenis
laporan. Jika pandangan anda tajam, perubahan format laporan ini pasti dapat anda kesan.

2. Senarai soalan dan aktiviti di atas hanyalah cadangan dan nukilan saya, tiada kena mengena
dengan mana-mana bahan orang lain. Jika suka, gunakan, jika tak suka, abaikan.

3. Manfaatkan buku teks, murnikan dengan buku kerja terbaik (NUSAMAS), sokonglah industri buku
negara.
Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MENGGAPAI CITA-CITA

Hari pertama ke sekolah


Kita atur langkah penuh iltizam
Semangat kita kian membaca
Ingin pulang bawa kejayaan.
Era baharu dunia pendidikan
Mencabar daya pemikiran
Usahlah leka berangan-angan
Nanti kita ketinggalan.
(Korus)
Ayuhlah kawanku
Kita berusaha
Menuntut ilmu sepanjang waktu
Kejayaan terbentang
Seluas lautan.
Andai kita gagal
Jangan putus asa
Tewas hari ini
Bukan selama-lamanya
Teruskan berusaha
Sehingga berjaya.
Bersama-sama kita ganding bahu
Tempuhi cabaran hari muka
Bersama-sama kita genggam tekad
Menggapai cita-cita.
Lagu : Kyra binti Muzafar
Lirik : Alias bin Derais
(i) Nyatakan maksud baris di bawah :
(3 markah)
Bersama-sama kita genggam tekad
Menggapai cita-cita.

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

(ii) Nyatakan dua nilai terdapat dalam sajak di atas. (3 markah)


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha perlu dilakukan oleh seorang
murid untuk mencapai cita-cita dalam kehidupan? (4 markah)
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
BERIKAN MAKSUD PERKATAAN

1. menggapai
2. iltizam
3. membara
4. berangan-angan
5. ganding bahu
6. genggam
7. tekad
8. tempuhi
9. kian
10. hari muka
TEMA 2: BERSIH SELALUSIHAT SENTIASA

HALAMAN 22-23, BUKU TEKS TINGKATAN 3

KEMAHIRAN:

1.2.1 mendengar dan menerangkan maksud perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam
pelbagai ujaran dengan betul dan tepat dengan mengikut konteks bertatasusila.

5.1.1 memahami dan menggunakan kata nama dan kata pinjaman dengan betul.

AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN

1. Maksud rangkai kata atau istilah

2. Maksud kata nama dan kata pinjaman

3. Maksud ungkapan

4. Hasilkan dialog dengan kata atau istilah serta ungkapan

LATIHAN TAMBAHAN

(SISTEM BAHASA)

1(a). Bina ayat dengan kata nama, kata pinjaman, dan ungkapan yang ada dalam teks.

1(b). Mengenal pasti jenis bahasa pinjaman berdasarkan nota daripada Tatabahasa Dewan, halaman
322-335

1(c). Mengenal pasti jenis kata nama dan kategorinya dengan berpandu pada Tatabahasa Dewan,
halaman 95-105

PEMINDAHAN MAKLUMAT

2(a). Membina ulasan dengan rajah pada halaman 22.

2(b). Menemu ramah/menyediakan borang soal selidik tentang ciri-ciri nomofobia daripada rakan-
rakan murid di sekolah.

2(c). Buat pembentangan tentang dapatan daripada temu ramah atau soal selidik.

PENULISAN - KARANGAN UMUM

3(a). Menulis karangan tentang kesan-kesan penggunaan telefon bimbit.

3(b). Menulis karangan tentang peranan ibu bapa mendidik anak-anak tentang penggunaan telefon
bimbit.
3(c). Menulis karangan tentang langkah-langkah mengatasi masalah penyalahgunaan telefon bimbit
dalam kalangan remaja.

PENULISAN - KARANGAN PENDEK

4(a) Murid mencari gambar tentang telefon bimbit lalu menulis karangan pendek tentang faedah
penggunaan telefon bimbit.

(cadangan: Karangan pendek kurang daripada 100 patah perkataan dengan unsur kohesi dan
koheren)

4(b) Murid mencari maklumat/keratan akhbar/rencana daripada majalah DBP tentang telefon bimbit
dan membandingkannya dengan telefon pintar.

(cadangan: Karangan pendek kurang daripada 100 patah perkataan dengan unsur kohesi dan
koheren dengan unsur perbandingan yang jelas dan kata hubung yang sesuai untuk menjelaskan
perbandingan)

4(c) Murid mencari video dalam youtube yang berkaitan dengan telefon pintar atau telefon
bimbit/telefon pintar lalu membuat karangan pendek tentang fungsi telefon bimbit yang bermanfaat
kepada murid dalam aspek pendidikan.

Kalau suka, gunakan.

Kalau tak suka, abaikan.

Yang di atas hanya cadangan saya.

Selamat menggunakan Buku Teks Tingkatan 3, KSSM.

Anda mungkin juga menyukai