Anda di halaman 1dari 7

*Mash Potato + Ayam Grill + Salad + Tomato Cherry.

�Resepi Ayam Grill.


Bahan-bahan.
*Dada Ayam 100g (Buang kulit) *Black Pepper Secubit
*Cajun Secubit
*Lemon 2 slice

Cara Memasak.
**Perap dada ayam bersama cajun dan black pepper selama 30-40minit, perah
lemon, grill atas pan hingga masak. Siap!

�Resepi Mash Potato.


Bahan-bahan.
*100g Sweet potato

Cara Memasak.
**Cuci bersih Sweet Potato, Rebus atau kukus Sweet potato hingga empuk,
buang kulit lenyek2 kan sampai hancur. Siap!

�RESEPI IKAN SINGGANG.


Bahan-bahan.
*Seekor ikan kembung size sederhana.
*Lengkuas 2hiris
*Halia 2hiris
*Bawang Putih 1biji
*Bawang Merah kecil 1biji
*Serai 1 batang
*Asam keping 1 keping
*Garam Bukit secubit.
*Air Secukupnya.

Cara Memasak.
**Hiris nipis, halia, lengkuas, bawang putih bawang merah. Ketuk serai.
**Masukkan ikan dalam periuk, masukkan semua bahan lain, masukkan air.
**Biarkan menggelegak ganas, perlahankan api, tabur garam bukit secubit, gaul
mesra. Siap!

�Resepi Sayur Celur.


*Panaskan air dalam periuk, biarkan menggelegak ganas, masukkan brokoli, bunga
kubis dan carrot. Tunggu mendidih sekali lagi, Siap! No garam no perasa.

*Nasi Brown Rice + Ayam Masak Peria + Tomato Cherry.

�RESEPI AYAM MASAK PERIA


Bahan-Bahan.
*100g Dada Ayam (Buang Kulit, Potong kecil2).
*Peria Ikut Suka. (Hiris Nipis)
*1 Biji Bawang Putih.
*1 Biji Bawang Merah.
*1 Sudu Pure Olive Oil.
*Garam Bukit Secubit.

Cara Memasak.
**Tumbuk bawang putih dan bawang merah, Panaskan minyak dalam non stick
pan, tumis bawang hingga wangi, masukkan dada ayam, peria, dan secubit
garam bukit, gaul sebati, masukkan sedikit Air, tutup pan, biarkan sekejap, 3-
4minit, bagi peria empuk, buka penutup, kacau sebati, dah nampak air nak
kering, gaul mesra, siap!

*Nasi Brown Rice + Udang Grill + Sayur Celur Brokoli + Carrot.

�RESEPI UDANG GRILL


Bahan-Bahan.
*5-7 Ekor Udang. (Buang Kepala, ekor dan kulit ambil isi sahaja).
*Daun Bawang Secukup nya. (Hiris nipis)
*Rempah Cajun Secubit.
*Lemon 2 Slice.
*Cili Padi 1 biji (hiris nipis)

Cara Memasak.
**Perap udang bersama Cajun selama 30minit.
**Perah lemon.
**Panaskan non stick pan, Masukkan Udang, tabur daun bawang bersama cili
padi, grill hingga masak. Siap!

�RESEPI SAYUR CELUR.


Bahan-Bahan.
*Brokoli secukupnya.
*Carrot suku Batang.
*Air untuk mencelur secukupnya.
Cara Memasak.
**Panaskan periuk, masukkan air, biar menggelegak ganas, masukkan sayur
celur 3-4minit, angkat, toskan. Siap!

�Resepi Rolled Oats Pancakes


Bahan-Bahan.
*5 Sudu Organic Rolled Oats (blend kering sampai halus).
*50ml Skim Milk.
*Sebiji Telur.

Cara Memasak.
**Bancuh semua bahan sekali, susu letak sikit2, sampai bancuhan likat.
Masak atas non stick pan.
**Peanut butter sesudu bancuh bersama air panas 3Sudu. Sapu di setiap
lapisan. Makan bersama Dry Cranberry.

�Resepi Egg Rolls.


Bahan-bahan.
*2 Biji Telur (1 Whole, 1Putih Sahaja)
*Salad Secukupnya.
*Tomato besar 1/2 biji.
*Black pepper
*Mayo Kewpie 1 Sudu.

Cara Memasak.
**Pecahkan telur, tabur black pepper, pukul sampai berbuih.
**Panaskan pan, masak telur atas non stick pan.
**Angkat telur, sapu Mayo kewpie, Susunkan salad dan tomato, gulungkan,
potong ikut suka, Siap!

�Resepi Meat Pattys.


Bahan-bahan.
*300g daging (Dikisar)
*1/2 biji Capsicum (Tak kisah merah atau hijau)
*1/2 Batang karot (dipotong dadu/disagat)
*Daun Sup (Cincang halus)
*Daun Bawang (Cincang halus)
*1/2 biji bawang Holand (Dipotong dadu)
*Cajun Sesudu
*Secubit garam bukit
*Sebiji Telur.

Cara Memasak.
Mix kan semua bahan2, dah digaul sebati, bentukkan macam bentuk patty,
grill kan atas pan. 1 bancuhan boleh dapat 4-5 patty, bergantung pada size,
dah sejuk boleh masukkan dalam peti ais, bahagian chiller, nak makan
panaskan ja, tahan 4-5hari.

�Sayur Celur.
*Celur Brokoli dan carrot tanpa garam.

Anda mungkin juga menyukai