Anda di halaman 1dari 8

SULIT 2 1103/2

www.lamanbahasa.wordpress.com

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang tanggungjawab sekolah dalam
melahirkan pelajar cemerlang dan kelebihan-kelebihan menjadi pelajar cemerlang. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Program transformasi pendidikan kini bergerak ke arah landasan yang tepat dan padu. Namun
demikian, untuk memastikannya dapat direalisasikan dengan jayanya, isu berkaitan dengan permasalahan
sosial yang dicetuskan oleh pelajar yang kelihatan semakin membimbangkan perlu diselesaikan. Di
sebalik pergolakan masalah sosial pelajar banyak faktor yang melatari permasalahan ini. Sebagai agen
atau unsur yang membawa perubahan dalam masyarakat, sekolah dilihat sebagai lokasi tumpuan untuk
mengawal tingkah laku dan membentuk personaliti pelajar. Sekolah sebagai institusi pendidikan
mempunyai strategi tersendiri untuk meningkatkan kualiti dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar
yang berkualiti dan berketerampilan.
Pada asasnya, sekolah ditubuhkan dengan tujuan mendidik para pelajar dengan ilmu pengetahuan
yang berlandaskan pelbagai bidang. Sekolah dapat diibaratkan seperti pusat kecemerlangan, iaitu tempat
penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
pada hari ini. Untuk itu, sekolah perlulah menyediakan keperluan dan prasarana yang lengkap seperti
pusat sumber, kantin, padang di samping tenaga pengajar yang terbaik dan mencukupi di samping
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan harmoni untuk membangkitkan minat dan
semangat pelajar agar terus belajar secara konsisten. Hal ini dikatakan demikian kerana pencapaian
sahsiah dan emosi pelajar dapat menentukan pencapaian akademik pelajar secara langsung. Seterusnya,
sekolah merupakan wahana untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara yang berfokuskan
pembentukan pelajar yang berilmu, berbudi pekerti dan berpotensi. Matlamat pendidikan yang lain adalah
untuk menampung tenaga kerja pada masa hadapan dengan kemahiran yang mencukupi dan mutakhir.
Sekolah turut dilihat sebagai institusi pendidikan yang berperanan untuk mendidik generasi yang
bertamadun tinggi serta memiliki pemikiran yang kreatif, kritis, analitis dan imaginatif.
Menurut Willard Waller (1932), sekolah menjadi penentu budaya dan pembangunan sesebuah
negara apabila penekanan kepada aspek-aspek kemahiran sosial dapat membantu pelajar untuk bertindak
balas dengan persekitaran dan mengawal diri bagi menghadapi cabaran. Pihak sekolah juga sebagai agen
perubahan sosial melalui kemajuan dalam bidang pendidikan, sahsiah, disiplin, pergaulan dan interaksi
sosial. Aktiviti yang dilaksanakan dapat mewujudkan perkembangan sosial yang menekankan
kepentingan komunikasi yang berkesan di dalam dan di luar bilik darjah. Selain menggalakkan pelibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar yang sihat dan mantap, aktiviti di sekolah juga
menerapkan nilai murni dan agama sebagai asas keperibadian yang syumul.
Penganjuran aktiviti sosial di sekolah dapat mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar. Pengagihan kuasa kepada pelajar dengan memberikan tugas untuk memimpin kelab, persatuan
dan badan beruniform di sekolah dapat membantu aspek kemahiran sosial dan kemahiran komunikasi
yang amat penting dalam usaha untuk membina perpaduan dalam kalangan mereka. Sekolah memainkan
peranan untuk mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Contohnya, perkara
yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati biasanya
dipelajari di sekolah. Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi
menanamkan sikap, nilai dan sahsiah sempurna yang mematuhi peraturan masyarakat.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Peranan Sekolah Sebagai Agen Pemupukan Budaya yang Luhur dan Seimbang’
oleh Azhar Salleh
Dewan Siswa, Bil.8 2017
[Lihat halaman sebelah
1103/2 – Modul Perkembangan Pembelajaran 3/2018 SULIT
SULIT 3 1103/2

www.lamanbahasa.wordpress.com

Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata prasarana yang lengkap.


[ 2 markah ]

(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa matlamat pendidikan negara.

Nyatakan matlamat-matlamat tersebut.


[ 3 markah ]

(iii) Pelajar cemerlang merupakan aset negara untuk mencapai status negara maju pada masa akan
datang.

Pada pendapat anda, selain mempunyai pelajar cemerlang, apakah persediaan-persediaan lain yang
perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai sasaran tersebut?
[ 4 markah ]

[Lihat halaman sebelah


1103/2 – Modul Perkembangan Pembelajaran 3/2018 SULIT
SULIT 4 1103/2

www.lamanbahasa.wordpress.com

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,” tingkahnya kepada
babah dan ibu.
“Mengapa bosan?” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang selalu
berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
“Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar ! Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun
baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan masalah
matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri.
Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun kau tak
dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.
“Aiman, pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan bawa awak
menghadap Guru Besar,” Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran keras.
Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90 darjah
tepat.
Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam
detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.

Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’


oleh Ilias Zaidi
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan cerpen, mengapakah Aiman dirotan?


[ 2 markah ]

(ii) Pada pandangan anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh keluarga untuk membantu anak-
anak genius?
[ 3 markah ]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[ 4 markah ]

[Lihat halaman sebelah


1103/2 – Modul Perkembangan Pembelajaran 3/2018 SULIT
SULIT 5 1103/2

www.lamanbahasa.wordpress.com

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih
Gajah Mada,”Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, ‘kerana pesan
bapamu kepada aku, ’Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan
Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung,”
Setelah Ketala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita
hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana
itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan
segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu
Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya
diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah
Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh Paduka Bentara pergi ke Melaka itu
khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud mati kerana pekerjaan.


[ 2 markah ]

(ii) Nyatakan janji-janji Kertala Sari selepas dititahkan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana.
[ 3 markah ]

(iii) Peperangan antara negara membawa pelbagai kesan negatif.

Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh para pemimpin di negara-negara berkenaan
untuk mengelakkan peperangan.
[ 3 markah ]

[Lihat halaman sebelah


1103/2 – Modul Perkembangan Pembelajaran 3/2018 SULIT
SULIT 6 1103/2

www.lamanbahasa.wordpress.com

Soalan 2 (d) – Gurindam

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Dua Belas


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh


(Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah maksud rangkap ketujuh gurindam di atas?


[ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan supaya kita terhindar daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak baik?
[ 3 markah ]

(iii) Huraikan dua pengajaran daripada gurindam di atas.


[ 4 markah ]

[Lihat halaman sebelah


1103/2 – Modul Perkembangan Pembelajaran 3/2018 SULIT
SULIT 7 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau
menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) daki
(ii) nilai
(iii) pulau
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia sedang dijelaskan oleh setiausaha peperiksaan.

(ii) Tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan Pelajar di Merang sedang kami jalankan.

(iii) Semalam, pokok kelapa pandan di belakang rumah datuk telah saya tebang.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ingatan sering dibuat terhadap kaki tangan awam agar sentiasa bersifat mesra di kaunter-
kaunter apabila berurusan dengan pelanggan.

(ii) Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa mereka tidak harus dibiarkan sentimen negatif
memporakperandakan persepakatan yang terjalin antara masyarakat berbilang kaum sejak
sekian lama.

(iii) Kementerian Pendidikan Malaysia telah laksanakan program yang membolehkan


siswazah mempunyai kecekapan yang diperlukan bagi meningkatkan keboleh pasaran
graduan institusi pengajian tinggi.
[6 markah]

[Lihat halaman sebelah


1103/2 – Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2018 SULIT
SULIT 8 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Restoran Anis dan Alisya menyediakan pelbagai resipi yang menyelerakan demi untuk
memuaskan hati para pelanggan mereka.

(ii) Ketagihan melayari Internet di kalangan remaja mampu memberikan ancaman dan
meningkatkan risiko kesihatan mental, walaupun belum ada dialisis rasmi mengenai hal
ini.

(iii) Pemain-pemain badminton negara perlu menjalani ujian saingan bagi memilih pemain-
pemain paling terbaik yang akan mewakili negara dalam kejohanan Piala Thomas

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai untuk diisikan
pada tempat kosong mengikut susunan.

Walaupun Osman agak lemah dalam pelajaran, tetapi dia yakin jika dia belajar bersungguh-
sungguh dia pasti akan dapat menguasai mata pelajaran yang dianggapnya sukar sebelum ini
kerana …................................………(i)…….....................………… Di samping usaha yang gigih
Osman juga perlu mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya kerana
……….......................(ii)……………….................. Osman berazam tidak mahu pulang ke
kampung dengan ……...............................(iii)……................................… kerana tidak mendapat
apa-apa kejayaan dalam peperiksaan yang bakal dihadapinya
[6 markah]

[Lihat halaman sebelah


1103/2 – Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2018 SULIT
SULIT 9 1103/2

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


(ii) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
(iii) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani, karya Beb Sabariah
(vii) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(viii) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat penyayang yang
terdapat dalam novel tersebut.
[ 7 markah ]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mencetuskan
saspens kepada anda dalam setiap novel tersebut dan nyatakan alasan anda.
[ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


1103/2 – Modul Perkembangan Pembelajaran 2/2018 SULIT

Anda mungkin juga menyukai