Anda di halaman 1dari 130

i

PENGURUSAN PENYELENGGARAAN TAMAN REKREASI

IZYAN AYUNI BINTI ISAMAIL

Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebagai


memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains
(Pengurusan Harta Tanah)

Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah


Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2014
iii

DEDIKASI

Segala puji-pujian hanya untuk Allah S.W.T


Tuhan Pemilik dan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Teristimewa buat ayahanda dan bondaku tersayang


Isamail Bin Tawab dan Siti Zubaidah Binti Hj Mansor
Jutaan terima kasih diatas segala doa, nasihat, pengorbanan dan dorongan yang telah
diberikan selama ini….

Buat adik-beradikku, Along, Kakak, Kang Im, Intan dan Nabil. Terima kasih atas
sokongan, dorongan dan galakan yang diberikan kepadaku. Semoga dengan
kejayaanku ini dapat menjadi inspirasi dan contoh kepada kalian untuk terus
berjaya…

Tidak lupa juga kepada saudara-saudara terdekat yang banyak membantu


dalam menyiapkan projek ini. Semoga Allah memberkati kalian semua….

Teristimewa buat yang tersayang, Mohd Al Azlan Shah Bin Harun yang telah banyak
memberi perangsang serta sokongan moral demi kejayaan ini….

Buat teman bilikku, Nur Hidayu Ahmad yang telah memberi pandangan, galakan dan
semangat untukku terus berusaha dan bersabar dan terakhir sekali buat rakan-rakan
4SGP 2013/2014….Terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan……semoga
salam ukhwah yang terjalin antara kita akan terus berkekalan..

Wassalam….
iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan rahmatNya, Projek


Sarjana Muda dapat disiapkan dengan sempurnanya mengikut masa yang ditetapkan..
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia iaitu
Assoc. Prof. Dr. Norhaya Kamarudin yang telah banyak membantu, memberi pendapat,
memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga
kepada panel yang terlibat iaitu Dr. Mat Naim Bin Abdullah @ Asmoni dan Encik
Shahabuddin yang telah memberi pandangan dan teguran.

Sejuta penghargaan juga saya tujukan khas kepada kedua ibu bapa saya Isamail
Bin Tawab dan Siti Zubaidah Binti Hj. Mansor yang tidak pernah penat dan berputus asa
untuk mendoakan dan membimbing saya untuk melihat kejayaan anaknya sehingga
detik ini.

Tidak lupa juga kepada para pensyarah dan juga rakan-rakan seperjuangan yang
telah banyak memberikan kerjasama dan peransang kepada saya untuk menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini daripada peringkat awal sehinggalah penghantaran projek.
Tanpa sokongan dan motivasi daripada anda semua, tidak lengkaplah Projek Sarjana
Muda ini. Akhir kata daripada saya:

TERIMA KASIH
v

ABSTRAK

Pengurusan taman melibatkan harta benda awam yang dipertanggungjawabkan


kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menguruskannya. Masalah yang terdapat
dalam pengurusan taman ialah kebanyakan daripadanya berada pada tahap yang tidak
diselenggara dengan baik di mana terdapat beberapa masalah timbul seperti taman
permainan kanak-kanak, tandas, laluan pejalan kaki, wakaf dan tong sampah telah rosak.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam
mengurus dan menyelenggara taman rekreasi dan membentuk sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik bagi taman rekreasi. Teori yang dikenal pasti dalam
melaksanakan kajian ini merangkumi amalan pengurusan penyelenggaraan taman
rekreasi. Bagi mendapatkan maklumat demi mencapai objektif kajian, kaedah yang
digunakan di dalam kajian ini meliputi sesi temu bual bersama pegawai dan
mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Data-data yang diperoleh dianalisis
dengan menggunakan Analisis Indeks Kepentingan Relatif (RII) dan Analisis
Kandungan. Analisis Indeks Kepentingan Relatif ini digunakan bagi membuat ranking
untuk mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh PBT. Analisis Kandungan pula
digunakan untuk memperoleh pendapat pegawai apakah sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik yang boleh dilaksanakan sebagai langkah untuk
menangani masalah-masalah yang berlaku. Berdasarkan hasil Analisis Indeks
Kepentingan Relatif, didapati bahawa terdapat tiga masalah utama yang dikenal pasti.
Masalah utama adalah kekurangan peruntukan kewangan bagi membiayai kerja-kerja
penyelenggaraan Masalah kedua pula adalah kerja-kerja penyelenggaraan tidak
dilaksanakan mengikut jadual. Manakala masalah ketiga adalah kekurangan program
latihan dan kemahiran yang disediakan. Ini menunjukkan bahawa pihak MBJB
memerlukan sistem pengurusan penyelenggaraan yang lebih sistematik bagi menangani
masalah tersebut. Justeru itu, taman rekreasi dapat memenuhi fungsi yang dikehendaki.
vi

ABSTRACT

Park management involving public property that entrusted to the Local Authority
to manage it. The problems faced by management of the recreational park are that most
of the parks are not properly maintained where there are a number of problems arise. For
instance, children's playground, restrooms, walkways, gazebos and garbage were
damaged. This study aims to identify the problems encountered by Local Authority in
managing and maintaining recreational parks and to determine the best maintenance
management system should be considered to address these problems. In this study, the
theory that has been used includes maintenance management practices in recreational
park. To achieve the objectives, the methods that have been conducted in the study
consist of interviews with recreational park officer and distributing questionnaires to the
respondents. The data was analyzed using Relative Importance Index Analysis (RII) and
Content Analysis. Relative Importance Index Analysis is used to make the ranking to
identify the main problems faced by local authorities. Meanwhile, Content Analysis was
used to obtain the opinion of the officer which the best maintenance management system
that can be implemented as a measure to address the problems that occurred. Based on
the Relative Importance Index Analysis, it was found that there are three main problems
identified. The main problem is string budget to funding maintenance work and the
second problem is maintenance work is not carried out on schedule. The third problem
that encountered is lack of training and skills provided. This indicates that the MBJB
require implementing the best maintenance management practice in their organization.
Therefore, the recreational parks will function as intended.
vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv

1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 6
viii

1.4 Skop Kajian 6


1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Metodologi Kajian 8
1.6.1 Peringkat Pertama: Kajian Awalan 9
1.6.2 Peringkat Kedua Kajian Literatur 9
1.6.3 Peringkat Ketiga: Pengumpulan Data 10
1.6.4 Peringkat Keempat Analisis Data dan 11
Penemuan Kajian
1.6.5 Peringkat Kelima: Cadangan dan Kesimpulan 12
1.7 Susun Atur Bab 12
Bab 1 : Pendahuluan 12
Bab 2 : Pengurusan Penyelenggaraan Taman Rekreasi 12
Bab 3 : Metodologi Kajian 13
Bab 4 : Analisis dan Penemuan Kajian 13
Bab 5 : Penemuan dan Cadangan 14

2 PENGURUSAN PENYELENGGARAAN TAMAN REKREASI

2.1 Pengenalan 15
2.2 Taman Rekreasi 16
2.2.1 Jenis-Jenis Taman Rekreasi 17
2.2.1.1Taman Rekreasi Di Kawasan Bandar 17
2.2.1.2 Taman Rekreasi Di Kawasan Permainan 19
2.3 Definisi Penyelenggaraan 21
2.4 Jenis-Jenis Penyelenggaraan 24
2.4.1 Penyelenggaraan Terancang 25
2.4.1.1 Penyelenggaraan Pencegahan 25
2.4.1.2 Penyelenggaraan Pembaikan 26
2.4.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang 26
ix

2.5 Prinsip-Prinsip Mewujudkan Garis Panduan 27


Program Penyelenggaraan
2.6 Pengurusan Penyelenggaraan 34
2.7 Pengurusan Penyelenggaraan Taman Rekreasi 35
2.8 Perancangan 39
2.8.1 Bidang-Bidang Kerja Penyelenggaraan 42
Taman Rekreasi
2.8.1.1 Penyelenggaraan Kemudahan Awam 42
2.8.1.2 Penyelenggaraan Taman-Taman Khas 43
2.8.1.3 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Elektrik 44
2.8.1.4 Penyelenggaraan Landskap 44
2.8.2 Tahap Program Penyelenggaraan 44
2.8.3 Penjadualan Kerja-Kerja Penyelenggaraan 46
2.9 Pengorganisasian 47
2.9.1 Struktur Organisasi Pengurusan Penyelenggaraan 48
2.9.2 Penstafan 49
2.10 Pengawalan Kerja-Kerja Penyelenggaraan 51
2.10.1 Teknik Merekod Kerja-Kerja Penyelenggaraan 52
2.10.2 Teknik Pemantauan Kerja-Kerja Penyelenggaraan 52
2.11 Kawalan Peruntukan Kewangan Penyelenggaraan 54
2.12 Kaedah Pengurusan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan 55
2.12.1 Penggunaan Tenaga Kerja Sendiri 56
2.12.2 Pelaksanaan Secara Kontrak 56
2.13 Masalah Pengurusan Penyelenggaraan Taman Rekreasi 57
2.13.1 Masalah Perancangan Kerja-Kerja 58
Penyelanggaraan
2.13.2 Masalah Pelaksanaan Kerja-Kerja 59
Penyelenggaraan
2.14 Kesimpulan 63
x

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 64
3.2 Kaedah Pengumpulan Data 65
3.3 Reka Bentuk Kajian 67
3.4 Kaedah Temu bual 69
3.5 Kaedah Soal Selidik 70
3.5.1 Reka Bentuk Soal Selidik 71
3.5.2 Instrumentasi dan Pengukuran dalam Kajian 72
Soal Sedik
3.6 Penganalisisan Data 73
3.6.1 Analisis Frekuensi 75
3.6.2 Analisis Indeks Kepentingan Relatif (RII) 75
3.6.3 Analisis Kandungan 76
3.7 Populasi Kajian 77
3.7.1 Persampelan Data 77
3.8 Saiz Sampel 78
3.9 Kesimpulan 79

4 MENGANALISIS SISTEM PENGURUSAN


PENYELENGGARAAN TAMAN REKREASI

4.1 Pengenalan 80
4.2 Analisis Latar Belakang Responden (Analisis Frekuensi) 81
4.3 Analisis Data Bagi Mencapai Objektif Kajian 88
4.3.1 Objektif Pertama:Mengenalpasti Masalah- 88
Masalah Yang Dihadapi Dalam Mengurus dan
Menyelenggara Taman Rekreasi
xi

4.3.2 Objektif Kedua: Membentuk Sistem 95


Pengurusan Penyelenggaraan Yang Terbaik
Bagi Taman Rekreasi
4.4 Kesimpulan 101

5 PENEMUAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 103


5.2 Penemuan Kajian 104
5.2.1 Penemuan Objektif Pertama Kajian 105
5.2.2 Penemuan Objektif Kedua Kajian 106
5.3 Cadangan 107
5.4 Sumbangan Penting Penemuan Kajian 108
5.5 Masalah dan Halangan 109
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 111
5.7 Kesimpulan 112

BIBLIOGRAFI
xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Kepentingan 73


3.2 Perancangan Kajian Bagi Mencapai 74
Objektif Kajian
4.1 Analisis Frekuensi Taman Rekreasi 81
4.2 Analisis Frekuensi Jantina Responden 82
4.3 Analisis Frekuensi Umur Responden 83
4.4 Analisis Frekuensi Bahagian Tugas 84
4.5 Analisis Frekuensi Pencapaian Akademik 85
4.6 Analisis Frekuensi Pengalaman Kerja 86
4.7 Analisis Frekuensi Status Perjawatan 87
4.8 Taburan Peratusan Dan (RII) Terhadap Masalah- 89
Masalah Yang Dihadapi Oleh MBJB Dalam
Mengurus Dan Menyelenggara Taman Rekreasi
xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jenis-Jenis Penyelenggaraan 24


3.1 Reka Bentuk Kajian 68
4.1 Graf Taburan Indeks Kepentingan Relatif 90
(RII) Bagi Masalah-Masalah Yang Dihadapi
Oleh MBJB
xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

I Borang Soal Selidik


xv

SENARAI SIMBOL

DLN - Dasar Landskap Negara

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

KPKBPKT - Kementerian Perumahan, Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan


Kerajaan Tempatan

NRPA - National Recreation Park Association

MBJB - Majlis Bandaraya Johor Bahru

RII - Relative Important Index

PRA - Pekerja Rendah Awam

BS - British Standard

HLF - Heritage Lottery Fund

DBKL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

SPSS - Statistical Package for Social Science


1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi dilaksanakan dengan tujuan


memastikan taman serta kemudahan-kemudahan berfungsi seperti yang dikehendaki
disamping dapat mengekalkan persekitaran suasana semula jadi yang bersih dan sihat.
Ini adalah selaras dengan pelancaran Dasar Landskap Negara (DLN) untuk menjadikan
Malaysia Negara Taman Terindah menjelang tahun 2020. Konsep sebagai Malaysia
Negara Taman Terindah ini mampu menjadikan Malaysia mempunyai pembangunan
fizikal yang diimbangi dengan persekitaran yang hijau, terurus, bersih dan indah melalui
pembentukan ruang fizikal yang unik. Bagi memastikan kawasan landskap sentiasa
terurus, bersih dan indah, komitmen semua pihak amatlah diperlukan bagi mencapai
matlamat DLN. Perkara ini telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Tan Sri Dato’ Hj. Mohyiddin Bin Hj. Yassin.

Salah satu matlamat DLN menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah adalah
dengan menguruskan kawasan-kawasan rekreasi di mana salah satu pihak yang
bertanggungjawab menguruskannya adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PBT
bertanggungjawab memantau dan menyelenggara taman rekreasi di mana perkara ini
telah dinyatakan di dalam Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Taman Awam
2

dan Rekreasi Bertema (2005). Penyelenggaraan di taman rekreasi tidak hanya tertumpu
kepada bangunan yang terdapat di taman tersebut, bahkan kerja-kerja penyelenggaraan
taman rekreasi merangkumi pembaikan dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan,
penyelenggaraan taman dan landskap, penyelenggaraan taman khas dan juga
penyelenggaraan sivil dan elektrik (Kamalludin, 2004). Penyelenggaraan taman rekreasi
bertujuan bagi memanjangkan hayat suatu kemudahan disamping kelihatan tahan lama,
selamat dan menarik (Alan, 1993).

Walaubagaimanapun, tahap kesedaran PBT di Malaysia dalam melaksanakan


kerja-kerja penyelenggaraan adalah sangat rendah (Hamimah Adnan, 2012). Bukan itu
sahaja, kekurangan penerapan budaya penyelenggaraan terhadap suatu kemudahan akan
memberi kesan kepada aktiviti penyelenggaraan yang lemah. Kesan daripada itu, ia
akan menyebabkan peningkatan kos penyelenggaraan. Kos penyelenggaraan yang
tinggi akan membebankan PBT di mana peruntukan yang terhad perlu disalurkan kepada
kerja-kerja penyelenggaraan sahaja. Justeru itu, pengurusan penyelenggaraan taman
rekreasi bagi sebuah agensi perlu menitikberatkan budaya penyelenggaraan supaya
matlamat penubuhan dapat dicapai disamping memberi kesan positif kepada pengguna.

1.2 Penyataan Masalah

Menurut Kementerian Perbandaran, Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan


Kerajaan Tempatan (KPKBPKT), PBT digalakkan menyediakan perkhidmatan
perbandaran bermutu tinggi termasuklah kemudahan-kemudahan infrastruktur sosial dan
rekreasi. Disamping itu juga, kawasan rekreasi yang telah siap dibina dan digunakan
oleh orang awam perlu diselenggara bagi memastikan fungsi dan matlamat
penyediaan kemudahan itu dapat dikekalkan serta tidak mendatangkan bahaya kepada
pengguna (Alan, 1993). Kemudahan-kemudahan yang lengkap serta diselenggara
dengan baik akan menggalakkan lebih ramai pengguna berkunjung ke taman rekreasi
3

bagi menjalankan aktiviti riadah. (NRPA, 2012). Selain daripada itu, kualiti kemudahan
permainan untuk kanak-kanak yang berfungsi dengan baik akan lebih menggalakkan
kanak-kanak menggunakannya (Gavin, et.al 2010). Oleh yang demikian, PBT di
Malaysia bertanggungjawab bagi memastikan setiap kemudahan infrastruktur awam
berfungsi seperti yang sepatutnya bagi memenuhi keperluan pengguna (Hamimah Adnan
et. al, 2012).

Namun begitu, di Malaysia keadaan taman rekreasi di beberapa tempat tidak


berfungsi seperti yang sepatutnya di mana terdapat beberapa masalah yang berlaku.
Masalah-masalah ini juga berlaku pada taman rekreasi di bawah pentadbiran Majlis
Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di mana masalah ini dapat dibuktikan dengan beberapa
laporan akhbar yang menyatakan masalah-masalah tersebut. Berdasarkan kepada laporan
akhbar New Straits Times (2012), Taman Rekreasi Hutan Bandar mengalami beberapa
masalah di mana kemudahan tandas yang disediakan untuk orang awam tidak dicuci dan
diselenggara dengan baik. Pemerhatian di kawasan kajian juga dijalankan oleh penulis
bagi melihat keadaan sebenar dan ternyata memang benar kemudahan tandas yang
disediakan tidak diselenggara dan dibiarkan kotor. Bukan masalah itu sahaja, gerai-gerai
jualan yang dikenali sebagai Atap Belian di mana berfungsi sebagai tempat menjamu
selera juga mengalami masalah apabila kerusi dan meja makan yang disediakan telah
rosak. Bumbung gerai tersebut juga mengalami masalah kebocoran yang mana akan
memberi ancaman bahaya kepada pengunjung yang hadir.

Malah, laporan di Berita Harian (2012) juga melaporkan Taman Rekreasi Laman
Tasik Pandan yang diurus di bawah MBJB juga mengalami masalah apabila taman
tersebut tidak diselenggara dengan baik. Hasil tinjauan yang dijalankan oleh penulis
mendapati kamudahan-kemudahan yang disediakan seperti alat-alat permainan, tandas,
laluan pejalan kaki, tong sampah dan kebersihan taman tersebut tidak dijaga dan
dibiarkan terbiar. Masalah ini bukan sahaja wujud di Malaysia, malahan di negara
Afrika juga mengalami masalah yang sama. Perkara ini dibuktikan dengan kajian yang
dibuat oleh A.Ahmed Barch et.al (2008,) di mana beliau menerangkan bahawa tujuh
4

puluh enam peratus tandas di taman rekreasi tidak diselenggara seterusnya


mengeluarkan bau yang busuk. Selain daripada itu, penulis juga mendapati, rumput-
rumput yang panjang juga tidak dipotong seolah-olah tiada kerja-kerja penyelenggaraan
yang dijalanakan. Taman rekreasi yang terbiar akan mengundang bahaya kepada
penduduk sekitar.

Masalah-masalah yang berlaku disebabkan oleh tahap pengurusan dan


penyelenggaraan yang rendah serta kekurangan peruntukan untuk melakukan kerja-kerja
penyelenggaraan (Utusan Malaysia, 2008). Masalah tersebut telah disahkan sendiri oleh
pegawai daripada Jabatan Landskap dan Rekreasi MBJB bagi mengesahkan bahawa
masalah-masalah yang berlaku di taman rekreasi mempunyai hubungkait dengan
masalah pengurusan penyelenggaraan. Maklum balas yang diterima daripada pihak
MBJB mendapati bahawa antara masalah yang sering dihadapi oleh jabatan dalam
menguruskan taman rekreasi adalah kekurangan peruntukan. Perkara ini terjadi apabila
peruntukan yang terhad perlu menampung setiap bidang kerja penyelenggaraan yang
mana setiap bidang tersebut mempunyai pecahannya. Menurut Barathy (1993),
perbelanjaan penyelenggaraan awam untuk Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
pada tahun 1991, telah mencecah puluhan ribu ringgit. Menurut beliau lagi, perkara ini
disebabkan oleh pembinaan kemudahan-kemudahan di taman rekreasi memerlukan kos
penyelenggaraan yang besar. Di samping itu, menurut Kamalludin (2004), masalah ini
juga disebabkan oleh pihak pengurusan taman tidak dapat menjana keuntungan dari
aktiviti-aktiviti yang disediakan di mana fungsi taman awam yang disediakan adalah
tidak memerlukan bayaran. Hal ini juga disebabkan oleh permohonan peruntukan
kepada pihak kerajaan mengambil masa yang lama untuk diluluskan (Barathy, 1993).
Ekoran daripada itu, penyelenggaraan tidak dapat dilakukan dengaan sempurna dan akan
menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat..

Selain daripada masalah tersebut, antara masalah lain yang dihadapi oleh
pengurusan penyelenggaraan PBT adalah sikap pekerja. Masalah disiplin pekerja sering
dikaitkan di mana ia merupakan masalah yang serius yang akan memberi kesan terhadap
5

pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan (Barathy, 1993). Masalah ini disokong oleh


Kecom Shebli (1998), yang mana beliau menyatakan bahawa pekerja-pekerja yang
ditugaskan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tidak melakukan tugas
dengan sebaiknya dan sambil lewa. Faktor masalah ini berlaku disebabkan oleh
kurangnya tanggungjawab dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan (Kecom
Shebli, 1998).

Kekurangan pekerja juga merupakan antara masalah yang dihadapi oleh pihak
pengurusan di mana masalah ini akan menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak
dapat dilakukan dengan teratur. Ini kerana, taman rekreasi yang keluasan besar dan
mempunyai bidang kerja penyelenggaraan yang pelbagai memerlukan pekerja yang
ramai bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut (Barathy, 1993). Masalah ini juga
disokong oleh penyataan yang dibuat oleh Kecom Shebli (1998), di mana beliau
menjelaskan bahawa kekurangan pekerja bagi melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan landskap akan membantutkan proses penyelenggaraan.

Dengan masalah-masalah yang dihadapi ini, ia akan memberi imej yang buruk
kepada PBT tersebut (Hamimah Adnan et. al, 2012). Selain daripada itu, akibat
daripada tidak melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pengunjung yang jadir dan
menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut akan terdedah kepada ancaman bahaya.
Sebagai contoh, alat permainan yang rosak dan tidak diganti akan mudah mencederakan
kanak-kanak (Ambardekar et. al, 2005).

Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa, masalah-masalah ini wujud disebabkan


oleh tahap pengurusan penyelenggaraan yang lemah dan tidak sistematik Oleh yang
demikian, kajian ini diwujudkan bagi mengenalpasti sistem pengurusan
penyelenggaaraan yang baik dan teratur yang perlu diberi perhatian oleh pihak
pengurusan taman rekreasi tersebut.
6

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada masalah-masalah yang wujud di atas, terbentuklah beberapa


objektif iaitu:

i. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus dan


menyelenggara taman rekreasi

ii. Membentuk satu sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik bagi


taman rekreasi

1.4 Skop Kajian

Di dalam kajian ini, penulis menfokuskan kepada satu PBT sahaja iaitu Majlis
Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebagai kawasan kajian di mana di bawah
pentadbirannya terdapat lima buah taman rekreasi yang diurus oleh PBT tersebut.
Penulis telah memilih taman-taman rekreasi yang terletak di bawah MBJB kerana
taman-taman tersebut mempunyai keluasan taman yang besar dan mempunyai bidang
kerja penyelenggaraan yang pelbagai dan berbeza. Di samping itu juga, penulis memilih
taman rekreasi di bawah MBJB disebabkan oleh laporan akhbar sebelum ini yang
menyatakan terdapat masalah-masalah yang berlaku dan juga daripada hasil pemerhatian
penulis. Dengan masalah-masalah yang berlaku, taman-taman tersebut memerlukan satu
sistem pengurusan yang efisien dan sistematik supaya matlamat penubuhan taman
rekreasi dapat dicapai. Di sini, penulis akan memperoleh maklumat berkenaan dengan
sistem pengurusan penyelenggaraan yang diamalkan di taman rekreasi tersebut serta
masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak jabatan ketika menguruskannya. Selain itu,
penulis juga akan memperoleh maklumat berkenaan dengan sistem pengurusan
7

penyelenggaraan yang terbaik yang boleh dilaksanakan oleh pihak jabatan untuk
menangani masalah-masalah tersebut. Antara taman rekreasi yang dipilih oleh penulis
bagi kajian ini terdiri daripada Taman Rekreasi Hutan Bandar, Taman Merdeka, Taman
Bunga Raya, Taman Orkid dan Taman Rekreasi Laman Tasik Pandan.

1.5 Kepentingan Kajian

Secara umumnya, kajian ini memberi kepentingan kepada beberapa pihak.


Antaranya adalah:

i) Pihak Berkuasa Tempatan

Melalui kajian ini, pihak MBJB melalui Jabatan Landskap dan Rekreasi
boleh menggunakannya sebagai idea bagi meningkatkan lagi sistem
pengurusan penyelenggaraan yang sedia ada yang sedang dilaksanakan di
taman-taman rekreasi itu bagi mengatasi masalah-masalah yang wujud.
Disamping itu juga, dengan adanya sistem pengurusan penyelenggaraan
yang lebih teratur dan sistematik, matlamat penubuhan taman rekreasi
dapat dicapai.

ii) Pengguna

Dengan melaksanakan sistem pengurusan penyelenggaraan yang


sistematik bagi setiap taman rekreasi oleh pihak jabatan, ia dapat
memberi manfaat kepada para pengguna itu sendiri. Ini bermaksud,
8

sekiranya taman rekreasi berkeadaan baik di mana setiap kemudahan


yang disediakan berfungsi seperti yang dikehendaki, pengguna akan
dapat menikmatinya dengan lebih selesa ketika menjalani aktiviti riadah.

iii) Pelajar/Pengkaji

Melalui kajian ini juga, ia dapat memberi manfaat kepada para pelajar
atau pengkaji lain bagi membuat kajian lanjutan berhubung dengan
pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi. Disamping itu juga, kajian
ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para pelajar atau
pengkaji di masa akan datang.

1.6 Metodologi Kajian

Umumnya, metodologi kajian ini melibatkan beberapa peringkat, yakni yang


melibatkan jenis-jenis pengumpulan data, ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kesemua
perkara-perkara ini perlu dititikberaktakan oleh setiap penulis bagi memenuhi tugas dan
tanggungjawabnya dalam menyediakan sesebuah laporan. Ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang luas berkaitan perkara yang dikaji sangat perlu dalam membantu
mencapai objektif-objektif yang ingin dikaji. Metodologi kajian ini akan dibahagikan
kepada lima (5) peringkat bagi mencapai objektif kajian.
9

1.6.1 Peringkat Pertama: Kajian Awalan

Peringkat pertama ini merupakan peringkat pengenalan dan juga pembentukan


rangka kerja kajian bagi memudahkan kajian yang akan dijalankan secara
keseluruhannya. Pada peringkat ini, pemahaman awal terhadap permasalahan kajian
akan dikupas. Setelah itu, isu dan masalah yang timbul dan seterusnya matlamat,
objektif dan skop kajian akan dibentuk agar dapat memandu dan membatasi kajian ini.

1.6.2 Peringkat Kedua: Kajian Literatur

Bagi kajian literatur, ia merangkumi penerangan berkenaan dengan pengurusan


penyelenggaraan taman rekreasi secara umum di mana ia terdiri daripada taman rekreasi,
jenis rekreasi, jenis-jenis taman rekreasi, definisi penyelenggaraan, jenis-jenis
penyelenggaraan, definisi pengurusan penyelenggaraan secara umum, prinsip-prinsip
mewujudkan garis panduan program penyelenggaraan, skop-skop kerja penyelenggaraan
taman rekreasi, sistem pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi yang terdiri daripada
perancangan, pengorganisasian, penjadualan dan pengawalan, kawalan peruntukan
kewangan, masalah-masalah yang wujud dalam pengurusan penyelenggaraan taman
rekreasi dan kaedah pelaksanaan pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi. Kaedah
ini dilaksanakan dengan cara pengumpulan sumber-sumber sekunder seperti jurnal,
kertas seminar, buku rujukan, Projek Sarjana Muda dan sebagainya.
10

1.6.3 Peringkat Ketiga: Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang akan dilakukan terdiri daripada dua jenis iaitu :

i. Data premier

Data premier merupakan data-data yang diperoleh melalui kaedah


kualitatif dan kaedah kuantitatif. Bagi kaedah kualitatif, penulis telah
melaksanakan sesi temubual berstruktur dengan mengajukan soalan-
soalan yang berkaitan terhadap pegawai yang menguruskan taman
rekreasi. Selain daripada itu, kaedah kuantitatif pula merupakan
pengedaran borang soal selidik kepada pihak-pihak yang terbabit di mana
ia terdiri daripada kakitangan yang menguruskan taman rekreasi yang
terletak di bawah Jabatan Landskap dan Rekreasi di bawah Majlis
Bandaraya Johor Bahru. Pemilihan responden adalah dalam kalangan
Ketua Jabatan iaitu Landskap Arkitek, Penolong Ketua Jabatan iaitu
Penolong Landskap Arkitek, kakitangan-kakitangan pentabdiran,
pembantu teknik, juruteknik, pekerja rendah awam yang meliputi
pekerja-pekerja penyelenggaraan. Data-data primer ini diperlukan bagi
membantu kelancaran keputusan kajian yang bakal diperolehi semasa
kajian dilakukan. Malah, melalui kaedah ini juga, penulis akan dapat
memperoleh suatu cadangan yang boleh membantu dalam
menyumbangkan kepada cadangan akhir di dalam kajiannya.

ii. Data Sekunder

Data sekunder merupakan data yang diperoleh melalui bahan-bahan


rujukan bercetak yang diiktiraf seperti Pengurusan Penyelenggaraan
Taman dan Rekreasi, Plan Pengurusan Penyelenggaraan, Oukland County
11

Park, Garis Panduan Plan Pengurusan dan Penyelenggaraan, Pengurusan


Pengurusan Penyelenggaraan Taman Rekreasi, Pengurusan
Penyelenggaraan Fasiliti, Bidang-Bidang Kerja Penyelenggaraan Taman
Rekreasi dan lain-lain lagi. Data sekunder ini kebiasaannya terdiri
daripada buku-buku, jurnal, artikel, kertas seminar, buku rujukan dan
sebagainya yang berhubungkait dengan kajian yang hendak dilakukan
oleh penulis.

1.6.4 Peringkat Keempat: Analisis data dan Penemuan Kajian

Di peringkat ini, data-data yang telah dikumpul oleh penulis hasil daripada borang
soal selidik yang diberikan akan dianalisis berdasarkan kaedah kuantitatif.
Daripada borang soal selidik yang diperoleh, data-data akan dianalisis dengan
menggunakan analisis-analisis yang bersesuaian mengikut objektif yang
ditetapkan oleh penulis. Antara analisis data yang digunakan di dalan kajian ini
adalah Analisis Diskriptif (Frekuensi) bagi melihat taburan latar belakang
responden. Selain daripada itu, analisis seterusnya adalah analisis Indeks
Kepentingan Relatif (RII) bagi mencapai objektif pertama. Analisis Kandungan
juga digunakan bagi mencapai objektif kedua kajian hasil daripada temubual yang
dijalankan. Penemuan yang diperoleh menggambarkan lima masalah utama yang
dihadapai oleh pihak jabatan dan seterusnya mengetahui apakah sistem
pengurusan penyelenggaraan yang terbaik yang boleh dilaksanakan oleh pihak
jabatan sebagai langkah penyelesaian bagi menangani masalah-masalah tersebut.
12

1.6.5 Peringkat kelima: Cadangan dan Kesimpulan

Di peringkat ini, keseluruhan hasil penemuan daripada kajian akan diperoleh dan
akan menghasilkan satu rumusan mengenai kajian yang telah dijalankan. Penulis
akan memberi cadangan berkenaan dengan topik kajian dan juga akan memberi
cadangan lanjutan bagi kesinambungan pada kajian-kajian akan datang.
Kesimpulan yang dibuat oleh penulis berdasarkan kepada objektif kajian sejauh
mana hasil kajian dapat mencapai objektif kajian.

1.7 Susun Atur Bab

Dalam penulisan kajian, penulis mengemukakan lima bab penulisan iaitu:

Bab 1 : Pendahuluan

Bab ini akan memberikan gambaran secara umum tentang pengurusan


dan penyelenggaraan di taman rekreasi. Penerangan yang diberikan di dalam bab
ini akan menerangkan gambaran tentang keseluruhan kajian. Ini termasuk
pengenalan, penyataan masalah, matlamat, objektif, skop kajian, kepentingan
kajian, metodologi atau kaedah kajian yang akan digunakan dan susun atur bab.

Bab 2 : Pengurusan Penyelenggaraan Taman Rekreasi

Bab ini akan memberikan penerangan tentang konsep pengurusan


penyelenggaraan taman rekreasi. Pertama, bab ini akan menerangkan tentang
13

definisi-definisi yang digunapakai dalam kajian seperti penyelenggaraan,


pengurusan penyelenggaraan dan taman rekreasi. Kedua, bab ini akan
menerangkan tentang aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam pengurusan
penyelenggaraan taman rekreasi seperti perancangan, pengorganisasian, kawalan
peruntukan kewangan, pengawalan, bidang-bidang kerja penyelenggaraan taman
rekreasi, masalah-masalah yang wujud dalam pengurusan penyelenggaraan taman
rekreasi dan sebagainya.

Bab 3 : Metodologi Kajian

Di dalam bab ini, ia merupakan strategi yang digunakan oleh penulis bagi
pengumpulan maklumat kajian. Strategi yang digunakan oleh penulis adalah
dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang
bersesuaian iaitu kakitangan-kakitangan yang mengurus dan menyelenggara
taman rekreasu seperti Landskap Arkitek, Penolong Landskap Arkitek, Pembantu
Teknik, Juruteknik, kakitangan pentadbiran dan pekerja rendah awam (PRA).
Selain itu juga, pengumpulan maklumat kajian diperoleh dengan cara temubual
bersama pegawai dari Jabatan Landskap dan Taman Rekreasi.

Bab 4 : Analisis dan Penemuan Kajian

Di dalam bab ini akan menerangkan tentang analisis kajian yang akan
dilakukan. Analisis yang digunakan akan mengenalpasti masalah-masalah utama
yang dihadapi oleh MBJB dalam mengurus dan menyelenggara taman-taman
rekreasi di bawah pentadbirannya Seterusnya bab ini juga akan menganalisis
apakah sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik yang boleh dilaksanakan
oleh pihak jabatan sebagai langkah bagi menangani masalah-masalah tersebut.
14

Bab 5 : Penemuan dan Cadangan

Bab ini akan menerangkan tentang hasil dan penemuan kajian setelah
analisis dilakukan. Bab ini juga akan menceritakan rumusan keselurahan terhadap
penemuan yang diperolehi beserta cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah-
masalah dan isu yang berbangkit hasil daripada kajian ini.
BAB 2

PENGURUSAN PENYELENGGARAAN TAMAN REKREASI

2.1 Pengenalan

Secara umumnya, proses penyelenggaraan merupakan satu bahagian penting


yang berkait rapat dengan sektor pembinaan (Shahril, 2004). Penyelenggaraan juga
merupakan salah satu cabang dalam pengurusan harta tanah. Berdasarkan penyataan
yang dibuat oleh Shahril Bazlin (2004), proses penyelenggaraan bertujuan bagi
memastikan setiap kemudahan di dalam bangunan sentiasa berfungsi dengan baik untuk
memberi keselesaan dan menjaga keselamatan penghuni disamping memelihara aset
bangunan tersebut.

Begitu juga dalam konteks penyelenggaraan di taman rekreasi, proses


penyelenggaraan merupakan elemen yang penting di mana dengan penyelenggaraan
yang baik, akan dapat memanjangkan hayat sesuatu kemudahan, peralatan dan bangunan
di taman tersebut. Bukan sekadar penyelenggaraan terhadap kemudahan, peralatan dan
bangunan sahaja, tetapi juga penyelenggaraan terhadap elemen landskap
seperti pembersihan kawasan taman juga penting bagi memberi keselesaan kepada
pengguna atau pengunjung yang datang dengan tujuan melakukan aktiviti riadah.
16

Walaubagaimanapun, proses penyelenggaraan yang dijalankan juga bergantung


kepada pengurusan yang cekap dan sistematik. Pengurusan selalu dikaitkan dengan
perancangan dan pengawalan yang baik terhadap suatu organisasi di mana ia memberi
kesan kepada pelaksanaan kerja penyelenggaraan. Di dalam pengurusan juga terdapat
sesebuah organisasi yang dibentuk melalui gabungan daripada dua atau lebih individu
untuk membentuk satu kumpulan kerja bagi melicinkan lagi sistem pengurusan
penyelenggaraan. Di dalam organisasi tersebut, wujudnya pelbagai jawatan yang mana
setiap satunya mempunyai tugas-tugas yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang
sama iaitu mencapai suatu matlamat organisasi.

Justeru itu, keperluan kepada suatu polisi pengurusan yang baik amat diperlukan
bagi menggerak dan mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan agar
memenuhi piawaian yang dikehendaki. Polisi pengurusan penyelenggaraan memainkan
peranan yang penting dalam membuat keputusan ke atas setiap pelaksanaan kerja-kerja
penyelenggaraan. Bagi mencapai kejayaan dalam suatu pengurusan penyelenggaraan,
pemahaman mengenai objektif dan matlamat suatu organisasi perlu dititikberatkan dan
perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

2.2 Taman rekreasi

Secara umumnya, taman rekreasi boleh didefinisikan sebagai suatu tempat yang
disediakan untuk melakukan suatu aktiviti tidak kira sama ada pasif atau aktif. Alan
Jubenville (1993) mendefinisikan rekreasi sebagai sesuatu yang menyegarkan atau
mengembalikan kesihatan di mana ia berasal daripada perkataan latin iaitu recreation.
Bagi Butler (1959) pula, rekreasi bermaksud aktiviti yang dilakukan oleh seseorang
individu atau sekumpulan orang bagi memberi kebaikan kepada kesihatan individu.
Selain daripada itu, Kamariyah (1983) menyatakan bahawa taman rekreasi merupakan
17

salah satu kemudahan awam yang perlu disediakan oleh PBT untuk keperluan pengguna
di mana PBT juga bertanggungjawab bagi menguruskannya.

2.2.1 Jenis-Jenis Taman Rekreasi

Menurut Jamil Abu Bakar (2002), taman rekreasi boleh dibahagikan kepada dua
jenis di mana ia boleh dibangunkan di kawasan bandar dan juga di kawasan taman
perumahan.

2.2.1.1 Taman Rekreasi Di Kawasan Bandar

Terdapat beberapa jenis taman rekreasi yang dibangunkan di kawasan Bandar.


Taman-taman tersebut adalah Taman Tempatan, Taman Bandaran, Taman Wilayah dan
Taman Nasional. Taman-taman ini dibangunkan dengan mempunyai fungsi-fungsinya
tersendiri.

1) Taman Tempatan

Taman Tempatan ini meliputi aktiviti fizikal, sosial dan kebudayaan serta aktiviti
sukan dengan ruang penonton yang terbuka (open theatre). Selain taman ini berfungsi
mewujudkan interaksi sosial dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat setempat,
taman ini juga sesuai digunakan untuk kegiatan pasif dan aktif. Selain daripada itu,
lokasi taman ini berada berhampiran dengan pusat perkhidmatan dan kawasan kejiranan
18

bagi membolehkan penduduk setempat mudah berkunjung dengan menggunakan


motosikal, berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Jarak antara lokasi taman dengan
kawasan kejiranan adalah 3.0 km (1.8 batu). Taman ini boleh menampung pengunjung
sebanyak 12,000 orang hingga 50,000 orang. Luas bagi kawasan taman ini adalah 8.0-
40.0 hektar (20 ekar-100 ekar).

2) Taman Bandaran

Taman Bandaran ini meliputi kawasan sukan yang aktif dan tersusun disamping
sebagai tempat sukan bermusin, pusat kegiatan rekreasi dan pusat yang memberi
kemudahan kepada pengunjung serta memberi peluang untuk menikmati keindahan.
Lokasi taman tersebut mempunyai linkungan dalam 5.0 km hingga 10.0 km dengan
mengambil masa selama setengah jam. Taman ini mampu menampung manusia
sebanyak 50,000 orang dan lebih. Keluasan taman ini merangkumi 40.0 hektar hingga
100.0 hektar (100-250 ekar).

3) Taman Wilayah

Kebiasaannya, taman ini terletak di kawasan pinggir bandar dengan kawasan


yang mempunyai ciri-ciri semula jadi dan tarikan pelancong. Lokasinya berada dalam
lingkungan masa tidak melebihi satu jam perjalanan berkenderaan disamping dapat
menampung keseluruhaan penduduk bandar, bandaraya dan daerah sekeliling. Taman
ini menjadi pusat sukan bermusim dan kegiatan pertandingan acara sukan yang
tersusun. Taman ini memberi tumpuan kepada kegunaan penyelidikan. Keluasan taman
ini adalah 100-250 ekar.
19

4) Taman Nasioanal

Taman Nasional adalah kawasan yang mementingkan pengekalan dari aspek


pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi. Kawasan ini merupakan tempat untuk
kegiatan penyelidikan sains dan geologi yang menjadi warisan kepada Negara.
Keluasan taman ini adalah tidak terhad dan terletak di kedudukan yang unik dari segi
keindahan landskap dan wild life. Kemudahan taman ini adalah dari segi penginapan dan
pengangkutan yang tidak menjejaskan alam semulajadi.

2.2.1.2 Taman Rekreasi Di Kawasan Permainan

Bagi kawasan perumahan pula, kawasan rekreasi dibangunkan sebagai


kemudahan kepada penduduk setempat untuk melakukan aktiviti riadah disamping
mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat. Selain daripada itu, taman
rekreasi dibina bagi memudahkan penduduk setempat melakukan aktiviti riadah di
kawasan berhampiran kediaman mereka tanpa perlu pergi taman rekreasi yang jauh.
Antara taman rekreasi tersebut adalah:

1) Lot Permainan

Lot permainan disediakan untuk kanak-kanak pra-sekolah yang berumur 0-6


tahun. Keluasan bagi lot permainan yang kecil adalah 2,800 kaki persegi dengan
memuatkan 50 orang kanak-kanak dan peralatan permainan. Untuk lot permainan yang
besar bagi memuatkan kolam pancuran, minimum keluasan adalah 4,000 kaki persegi
untuk menampung 50 orang kanak-kanak.
20

2) Padang Permainan

Padang permainan merupakan pusat rekreasi utama bagi kanak-kanak yang


berumur 5-12 tahun. Selain itu juga, padang permaainan juga memberi kemudahan
kepada golongan remaja dan dewasa. Padang permainan ini terdiri daripada:

 Sebuah kawasan permainan untuk kanak-kanak pra-sekolah

 Kawasan berumput untuk aktiviti aktif

 Kawasan serbaguna

 Kawasan teduhan untuk rekreasi bersifat tenang

 Kawasan untuk permainan padang

3) Padang Kejiranan

Padang kejiranan di kawasan perumahan berfungsi sebagai kawasan sukan dan


aktiviti pasif dalam kalangan penduduk sekitar. Lokasi padang kejiranan ini berada
dalam lingkungan kurang 1.5 km dan dapat menampung 3,000 dan 12,000 penduduk.
Keluasan tapak padang kejiranan adalah 2.0 hektar hingga 8.0 hektar.
21

2.3 Definisi Penyelenggaraan

Merujuk kepada British Standard (BS) 1311:1964, penyelenggaraan boleh


didefinisikan sebagai gabungan kerja-kerja yang dilakukan untuk memelihara atau
memperbaiki setiap bahagian bangunan dan apa-apa yang terdapat di dalamnya kepada
suatu tahap yang diterima. Di dalam konteks penyelenggaraan, tahap yang diterima
bermaksud ia dapat berfungsi seperti yang dikehendaki dan dijaga dalam keadaan yang
baik.

Chartered Institute of Building mendefinisikan penyelenggaraan sebagai kerja


yang dilakukan untuk mengekal, memulih dan mempertingkatkan kemudahan di setiap
bahagian, kemudahan dan persekitarannya mengikut piawai yang dikehendaki dengan
mengenalpasti keseimbangan di antara keperluan dan sumber-sumber yang ada.

Menurut Wood (2003) pula, penyenggaraan ditakrifkan sebagai hasil gabungan


daripada semua kerja teknikal dan tindakan pihak pengurusan yang membolehkan suatu
aset memenuhi fungsi yang dikehendaki.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa penyelenggaraan merupakan


kerja-kerja yang dijalankan bagi menjaga dan mempertingkatkan suatu aset supaya
berfungsi dengan baik. Selain daripada itu, kerja-kerja penyelenggaraan juga
memainkan peranan yang penting bagi memanjangkan hayat suatu aset.
22

Berdasarkan Wan Min dan Abdul Hakim (1991), terdapat beberapa langkah
teknikal yang dilaksanakan dalam kerja-kerja penyelenggaraan iaitu:

a) Pemeliharaan

Pemeliharaan merupakan salah satu langkah teknikal yang perlu diambil


kira pada peringkat awal kerja penyelenggaraan dengan tujuan bagi
melindungi dan menjaga komponen itu daripada kerosakan disamping
dapat memanjangkan hayat suatu komponen itu. Proses penjagaan
dijalankan dengan menggunakan bahan atau teknik tertentu sebelum
suatu kerosakan berlaku.

b) Pencucian

Pencucian ini merangkumi aktiviti penyelenggaraan harian di mana ia


bertujuan bagi memastikan setiap ruangan sentiasa berada dalam keadaan
bersih dalam tempoh 24 jam sehari. Aktiviti ini meliputi kerja-kerja
seperti menyapu, mengecat, memungut sampah dan lain-lain.

c) Penampalan

Penampalan merupakan satu langkah teknikal yang meliputi kerja-kerja


yang dilakukan bagi mengatasi masalah kecil sebelum langkah proaktif
diambil. Kebiasaannya, kerja-kerja ini sering dilakukan bagi
membaikpulih kebocoran dan keretakan kecil yang tidak mengesani
struktur.
23

c) Penggantian

Proses penggantian perlu dilaksanakan apabila hayat suatu komponen itu


sudah tidak lagi memenuhi fungsi yang dikehendaki. Ia merupakan aspek
yang penting di mana sekiranya suatu komponen itu tidak diganti dengan
segera ia boleh meningkatkan kos penyelenggaraan dan menjejaskan
keselesaan pengguna.
24

2.4 Jenis-Jenis Penyelenggaraan

JENIS
PENYELENGGARAAN

PENYELENGGARAAN PENYELENGGARAAN
TERANCANG TIDAK TERANCANG

PENYELENGGARAAN PENYELENGGARAAN PENYELENGGARAAN


PENCEGAHAN PEMBAIKAN PEMBAIKAN

PENYELENGGARAAN PENYELENGGARAAN
BERJADUAL BERDASARKAN
KEADAAN

Rajah 2.1: Jenis-Jenis Penyelenggaraan (Sumber: British Standard 1311:1984)


25

Berdasarkan Rajah 2.1 di atas, jenis-jenis penyelenggaraan terbahagi kepada dua


iaitu:

1) Penyelenggaraan Terancang

2) Penyelenggaraan Tidak Terancang

2.4.1 Penyelenggaraan Terancang

Penyelenggaraan terancang merupakan penyelenggaraan yang telah dirancang


pada peringkat awal dengan menggunakan rekod-rekod terdahulu bagi menyediakan
pelan perancangan terhadap aktiviti penyelenggaraan untuk kegunaan masa hadapan.
Penyelenggaraan jenis ini dirancang melibatkan pengumpulan data yang banyak pada
peringkat awal dengan menyesuaikannya dari semasa ke semasa mengikut keadaan.
Dengan adanya penyelenggaraan ini, kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan
secara teratur dan sistematik. Jenis penyelenggaraan ini boleh dibahagikan kepada dua
iaitu penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan pembaikan.

2.4.1.1 Penyelenggaraan Pencegahan

Penyelenggaraan pencegahan merupakan penyelenggaraan yang dilakukan


sebelum suatu kerosakan itu berlaku. Penyelenggaraan ini dijalankan secara rutin,
berkala dan berdasarkan kepada program penyelenggaraan yang dirancang atau
penyelenggaraan jangkaan untuk mengelakkan kemungkinan yang berlaku.
Penyelenggaraan pencegahan dilakukan secara berjadual bagi memastikan setiap aset
atau fasiliti berfungsi dengan baik. Terdapat dua jenis penyelenggaraan pencegahan
iaitu:
26

 Penyelenggaraan Berjadual

 Penyelenggaraan Berdasarkan Keadaan

2.4.1.2 Penyelenggaraan Pembaikan

Penyelenggaraan jenis ini merupakan proses pemulihan dan pembaikan suatu


item setelah berlakunya kerosakan. Kerja-kerja penyelenggaraan ini dijalankan setelah
berlaku kerosakan dan memulihkannya bagi mengembalikan fungsi suatu item.
Kebiasannya, penyelenggaraan jenis ini selalu diamalkan di kebanyakan organisasi di
mana ia akan memberi kesan kepada peningkatan kos penyelenggaraan.

2.4.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang

Menurut BS 3811:1984, penyelenggaraan tidak terancang merupakan aktiviti


penyelenggaraan yang dilakukan tanpa perancangan awal. Penyelenggaraan ini juga
dikenali sebagai penyelenggaraan kecemasan di mana penyelenggaraan ini terjadi
disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan sebagainya.
Selain itu juga, penyelenggaraan ini kebiasaannya memerlukan kos yang besar untuk
proses membaikpulih berbanding dengan penyelenggaraan yang dirancang.
27

2.5 Prinsip-Prinsip Mewujudkan Garis Panduan Program Penyelenggaraan

Setiap pengurusan rekreasi menghadapi beberapa masalah bagi memenuhi suatu


keperluan yang unik. Di dalam pelaksanaan kerja penyelenggaraan, setiap pengurusan
mempunyai kaedah pelaksanaannya yang berbeza bergantung kepada keadaan geografi,
kemudahan yang perlu diselenggara, program penyelenggaraan yang disediakan,
peruntukan bajet dan juga ciri-ciri awam yang perlu disediakan. Walaupun terdapat
perbezaan tersebut, menurut Roger (2007), terdapat beberapa prinsip asas yang
direkabentuk bagi pelaksanaan operasi penyelenggaraan secara efektif. Prinsip ini juga
boleh digunakan sebagai satu piawaian bagi mengukur keberkesanan program
penyelenggaraan yang sedia ada. Perlanggaraan mana-mana prinsip akan menyebabkan
gangguan yang serius yang dialami oleh pihak pengurusan dalam menyediakan
perkhidmatan rekreasi yang berkualiti tinggi. Antara prinsip-prinsipnya adalah:

1) Mewujudkan Objektif Dan Piawaian Penyelenggaraan

Objektif umum perlu dibentuk bagi mencapai matlamat setiap jabatan


penyelenggaraan yang menguruskan taman rekreasi. Antara objektif umum bagi taman
rekreasi adalah dinyatakan sebagai:

i. Kawasan taman rekreasi dan kemudahan yang terdapat di dalam taman tersebut
sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur pada setiap masa.

ii. Setiap kawasan dan kemudahan yang mempunyai ciri-ciri nilai estetika yang
menyenangkan perlu dibangunkan dan dikekalkan.
28

iii. Setiap kawasan dan kemudahan perlu dikekalkan bagi membentuk persekitaran
yang sihat.

iv. Setiap kawasan dan kemudahan perlu dikekalkan bagi membentuk persekitaran
yang selamat.

v. Penyelenggaraan adalah perlu bagi menggalakkan hubungan awam yang baik


dengan menyediakan kemudahan dan kawasan di mana orang ramai dapat
melakukan aktiviti rekreasi yang menyeronokkan.

Setelah objektif dibentuk, pihak jabatan seterusnya boleh membentuk piawaian


penyelenggaraan dengan mengambil kira semua aspek termasuklah keseluruhan
kemudahan.

2) Penyelenggaraan Dipengaruhi Oleh Faktor Ekonomik Dari Segi Masa,


Kakitangan, Peralatan dan Bahan-Bahan

i) Ekonomik Masa

Tindak balas terhadap kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan perlu


dilakukan dengan secepat mungkin selepas memperoleh arahan kerja atau “work
order” dari pihak atasan. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan haruslah
tidak mengganggu aktiviti rekreasi para pengguna. Sebagai contoh,
penyelenggaraan terhadap suatu kemudahan perlu dilakukan pada awal pagi atau
lewat petang supaya tidak mengganggu aktiviti riadah para pengguna.
29

ii) Ekonomik Kakitangan

Bilangan pekerja yang mencukupi perlu disediakan bagi menjalankan pelbagai


kerja penyelenggaraan. Kakitangan yang ekonomik merujuk kepada penggunaan
pekerja yang terlatih dan berpengalaman terhadap suatu bidang tugas.
Walaubagaimanapun, pekerja yang menjalankan tugasan dengan mempunyai
kepakaran dan latihan yang kurang adalah satu pembaziran bagi suatu organisasi.
Ini kerana, ia akan memberi kesan yang serius kepada suatu kemudahan itu di
mana ia tidak dapat diselenggara dengan sebaiknya dan akan menambahkan lagi
kos penyelenggaraan.

iii) Ekonomik Peralatan

Mempunyai peralatan yang betul dan sesuai bagi melakukan kerja-kerja


penyelenggaraan adalah penting dengan beralih kepada penggunaan peralatan
moden seperti jentera menggantikan peralatan tangan dan tenaga buruh kerana ia
menelan kos yang tinggi.

iv) Ekonomik Bahan-Bahan

Disamping menggunakan peralatan yang betul, para pekerja juga menghendaki


menggunakan bahan-bahan yang betul semasa melakukan kerja
penyelenggaraan. Para pekerja perlu menyediakan bahan pencuci dan bahan
kimia yang betul bagi menyelesaikan tugasan.
30

3) Operasi Penyelenggaraan Mestilah Berdasarkan Plan Penyelenggaraan

Setiap jabatan penyelenggaraan perlu mempunyai plan penyelenggaraan secara


terperinci dan komprehensif. Keperluan plan penyelenggaraan disediakan dengan
tujuan:

i. Untuk menyediakan suatu pendekatan yang sistematik dalam mencapai kerja-


kerja penyelenggaraan taman rekreasi

ii. Untuk menyediakan kaedah untuk menjustifikasi permintaan bajet

iii. Untuk berkhidmat sebagai suatu alat komunikasi antara pihak atasan dan pekerja
bawahan dalam suatu organisasi

Pembentukan plan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan secara individu


walaupun seseorang individu itu mempunyai kepakaran mengkoordinasi plan
penyelenggaraan dengan baik. tetapi perlulah dilakukan secara berkumpulan. Ia perlu
bekerjasama dan mengkoordinasi usaha yang merangkumi keseluruhan kakitangan.

4) Penjadualan Kerja Penyelenggaraan Haruslah Berdasarkan Polisi dan Keutamaan

Keputusan “bila” perlu dibuat dan “apa” yang perlu dibuat terhadap kerja-kerja
penyelenggaraan adalah penting di mana ia diurus dengan baik oleh jabatan
penyelenggaraan. Kebiasaannya, keutamaan suatu kerja penyelenggaraan akan
dipertimbangkan melalui keputusan yang dibuat oleh pihak jabatan penyelenggaraan dan
kakitangan penyeliaan. Sungguhpun pertimbangan keputusan terhadap suatu kerja
penyelenggaraan itu seolah-olah boleh sekiranya tidak dilakukan, secara pragmatiknya
31

ia adalah tidak wajar bagi mengabaikan tanggungjawab ini. Walaupun begitu, suatu
garis panduan boleh dibentuk bagi membantu suatu keputusan itu dibuat.

5) Mengamalkan Amalan Penyelenggaraan Pencegahan

Penyelenggaraan pencegahan merupakan satu pendekatan yang sistematik di


mana ia perlu diamalkan bagi setiap jabatan penyelenggaraan untuk memperolehi jangka
hayat yang optimum bagi setiap kemudahan dan peralatan yang digunakan oleh pihak
taman dan rekreasi. Kebiasaannya, penyelenggaraan pencegahan ini kurang diberi
perhatian di mana rata-rata jabatan penyelenggaraan tertumpu kepada penyelenggaraan
pembaikan setelah mengalami kerosakan. Penyelenggaraan pencegahan adalah penting
bagi semua aspek kerja penyelenggaraan di mana penjadualan kerja penyelenggaraan
secara harian, mingguan dan sebagainya perlu dilakukan sebelum suatu peralatan itu
rosak.

Secara ringkasnya, penyelenggaraan pencegahan ini adalah pengurusan


penyelenggaraan yang baik bagi mencegah kerosakan sebelum ia berlaku. Ini dilakukan
dengan cara menyediakan jadual penyelenggaraan berbanding dengan memberi tindak
balas selepas kerosakan berlaku.

6) Jabatan Penyelenggaraan Haruslah Diurus Dengan Teratur

Setiap kerja-kerja penyelenggaraan diuruskan oleh suatu jabatan


penyelenggaraan di mana setiap jabatan tersebut mempunyai suatu organisasi yang
berfungsi bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan dengan berkesan
dan efektif. Kebiasaannya, suatu organisasi yang baik melibatkan kecekapan dan
32

keberkesanan dari segi penggunaan kakitangan, peralatan, bahan dan masa. Setiap
struktur organisasi yang ada juga perlu memenuhi keperluan dan kehendak taman
rekreasi dan pihak agensi.

7) Menyediakan Sumber Yang Mencukupi Untuk Menyokong Program


Penyelenggaraan

Walaupun terdapat perbezaan antara setiap agensi taman rekreasi, kos


penyelenggaraan merupakan perbelanjaan yang utama yang perlu diberi perhatian yang
sewajarnya kerana ia memberi kesan kepada aktiviti penyelenggaraan. Kebiasaannya,
bagi kos penyelenggaraan untuk taman rekreasi yang mempunyai keperluan fasiliti bagi
aktiviti luar yang merumitkan, ia memerlukan kos penyelenggaraan antara 60%-80%
daripada bajet tahunan. Selain itu juga, pihak pengurusan boleh menghabiskan sebanyak
50%-60% untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Dengan itu, aktiviti penyelenggaraan
perlu dilakukan dengan efisien dan ekonomik supaya kerosakan dapat diminimumkan
dan sumber yang telah diperuntukan dapat digunakan untuk tujuan lain.

Sungguhpun begitu, kebanyakannya penyelenggaraan di taman rekreasi diambil


remeh oleh para pihak atasan. Disebabkan itu, berlakunya kekurangan peruntukan bagi
memenuhi keperluan penyelenggaraan.taman rekreasi. Kebiasaannya, aspek yang sering
diabaikan dalam bajet penyelenggaraan adalah peruntukan bagi penggantian peralatan
penyelenggaraan. Sebaiknya, bajet penyelenggaraan haruslah ditentukan berdasarkan
semua aspek seperti bajet untuk pekerja, peralatan dan bahan yang digunakan. Bajet-
bajet tersebut ditentukan berdasarkan kepada bukti-bukti perbelanjaan pada tahun
sebelumnya dan keperluan pada tahun ketika itu.
33

8) Menyediakan Kakitangan Yang Mencukupi

Bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di taman rekreasi, kakitangan


yang mempunyai kemahiran yang tinggi amat diperlukan terutama bagi penggunaan
peralatan mekanikal yang canggih. Ini kerana, penggunaan peralatan yang canggih pada
masa kini memerlukan teknik-teknik tertentu bagi mendapatkan hasil yang baik dalam
aktiviti penyelenggaraan. Pendekatan positif yang boleh dilaksanakan oleh pihak
pengurusan dalam menyediakan kakitangan bagi kerja-kerja penyelenggaraan adalah
dengan cara mengupah kakitangan yang mahir dan berpengalaman, menyediakan
program orentasi kepada pekerja bagi menerangkan kepentingan suatu kerja,
menyediakan latihan awal yang mencukupi kepada pekerja terhadap tugasan yang akan
dilaksanakan, pengawasan yang baik terhadap keperluan pekerja dan komunikasi yang
baik terhadap pihak pentadbiran tentang kepentingan kerja yang dijalankan oleh pekerja.

9) Jabatan Penyelenggaraan Perlu Menjaga Keselamatan Orang Awam Dan Pekerja

Jabatan penyelenggaraan perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan para


pengunjung yang datang dengan menyediakan kawasan dan kemudahan rekreasi yang
selamat. Ini kerana, apabila suatu kemudahan tidak diselenggara dengan baik, ia akan
memberi kecederaan kepada kanak-kanak atau orang dewasa. Dengan itu, para pekerja
harus memastikan setiap kemudahan itu selamat dan tidak memudaratkan pengunjung.
Selain daripada itu juga, apabila berlakunya kemalangan, tindakan penyelenggaraan
terhadap suatu komponen harus dilaksanakan secara serta merta mencegah kemalangan
yang seterusnya.
34

2.6 Pengurusan Penyelenggaraan

Secara umumnya, pengurusan penyelenggaraan merupakan suatu kombinasi


aktiviti teknikal dan pentadbiran yang dilaksanakan bagi mengendalikan kerja-kerja
penyelenggaraan (Cheok, 2001). Pengurusan penyelenggaraan bukan sahaja
merangkumi aspek membaiki kerosakan, membersihkan bahagian-bahagian yang kotor
dan menggantikan sesuatu yang mengalami kerosakan atau kecacatan tetapi perlulah
diorganisasi, dirancang, diselia dan dikawal mengikut prosedur dan piawaian oleh pihak
pengurusan.

Selain daripada itu, menurut Wireman (1998), pengurusan penyelenggaraan


boleh didefinisikan sebagai pengurusan aset yang dimiliki oleh sesebuah syarikat untuk
memaksimumkan pulangan pelaburan. Melalui pendekatan lain, Duffuaa et.al (2000)
menjelaskan sistem penyelenggaraan boleh dilakukan dengan lebih efisien melalui
sistem input-output. Sistem input merangkumi tenaga kerja, pengurusan, perkakasan,
peralatan dan lain-lain. Manakala bagi sistem output pula, ia merangkumi peralatan
yang disusun atur dengan baik bagi mencapai perancangan suatu operasi.

Bagi memastikan sistem ini berfungsi dengan baik, terdapat beberapa langkah
yang perlu dititikberatkan iaitu melibatkan perancangan penyelenggaraan yang meliputi
(falsafah, unjuran bebanan kerja penyelenggaraan kapasiti dan penjadualan), organisasi
penyelenggaraan meliputi (reka bentuk kerja, piawai, pengukuran kerja dan pentadbiran
projek) dan kawalan penyelenggaraan meliputi (pengawalan kerja, penyediaan, bahan,
kos dan pengurusan kualiti) (Kotucouglu et. al, 2001).

Menurut Ahmad Ramly (2002), terdapat lima perkara yang perlu diberi perhatian
dalam menjayakan pengurusan penyelenggaraan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan.
Perkara-perkara tersebut juga boleh dipraktiskan di dalam konteks pengurusan
35

penyelenggaraan di taman rekreasi di mana konsep penyelenggaraan adalah sama untuk


semua bidang. Antaranya adalah seperti berikut:

i) Memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna sentiasa


terkawal, dikekalkan dan dipertingkatkan.

ii) Menjadikan keperluan penyelenggaraan sebagai satu aspek yang penting


di mana ia dilaksanakan melalui pengurusan yang cekap dan berkualiti.

iii) Menguruskan keperluan penyelenggaraan secara berkesan dan ekonomi


dengan meminimumkan kos penyelenggaraan dan memaksimumkan
prestasi bangunan dengan cara mengurangkan kadar kerosakan.

iv) Membentuk dan mendidik pekerja dan kontraktor penyelenggaraan


berkemahiran tinggi dan pakar.

v) Meningkatkan tahap kesedaran yang tinggi tentang tahap kepenggunaan


kemudahan dalam kalangan pengguna.

2.7 Pengurusan Penyelenggaraan Taman Rekreasi

Penyelenggaraan taman rekreasi membawa maksud di mana kerja-kerja


penyelenggaraan dilakukan di suatu taman bagi memenuhi fungsi yang dikehendaki
serta sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terjaga (Barathy, 1993).
Penyelenggaraan di taman rekreasi tidak hanya tertumpu kepada bangunan yang terdapat
di taman tersebut, tetapi juga melibatkan penyelenggaraan keseluruhan taman tersebut
termasuklah alat-alat yang digunakan untuk menjalankan suatu aktiviti serta kemudahan
yang disediakan.
36

Alan (1993), menjelaskan bahawa taman rekreasi yang telah siap dibina dan
digunakan oleh orang awam perlu diselenggara bagi memastikan fungsi dan matlamat
menyediakan kemudahan itu dapat dikekalkan serta tidak mendatangkan bahaya kepada
pengguna. Selain daripada itu, penyelenggaraan diperlukan bagi memastikan kemudahan
yang disediakan adalah tahan lama, selamat dan menarik. Alan (1993) menjelaskan lagi
bahawa hayat suatu kemudahan juga bergantung kepada cara dan kekerapan itu
diselenggara. Walaubagaimanapun, dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan
ia memerlukan kos yang agak besar dan ia berterusan sehingga kemudahan yang
disediakan masih lagi berfungsi.

Terdapat beberapa aspek penting yang perlu dititikberatkan di dalam pengurusan


di mana dengan aspek-aspek tersebut akan mempengaruhi sistem pengurusan
penyelenggaraan di taman rekreasi. Aspek-aspek tersebut harus diambilkira bagi
mewujudkan satu sistem penyelenggaraan yang berkesan dan teratur supaya kerja-kerja
penyelenggaraan yang akan dijalankan itu berjalan dengan lancar dan sistematik. Secara
tidak langsung, ia dapat menjimatkan pembaziran kos penyelenggaraan. Berdasarkan
kajian yang dijalankan oleh Barathy (1993), beliau menjelaskan bahawa aspek-aspek
yang perlu dititikberatkan di dalam pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi terdiri
daripada perancangan, pengorganisasian dan pengawalan. Aspek-aspek tersebut akan
diterangkan di dalam tajuk yang seterusnya di mana merupakan penanda aras bagi
kejayaan sesebuah organisasi. Selain daripada itu, terdapat juga aspek-aspek lain yang
mempengaruhi kejayaan sesebuah pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi.

Selain itu, menurut Helmy (2002), antara skop-skop yang telibat dalam
pengurusan penyelenggaraan adalah seperti berikut:

a) Menetapkan objektif, polisi dan mutu penyelenggaraan

Penetapan objektif, polisi dan mutu penyelenggaraan adalah bertujuan


bagi memastikan ia selari dengan matlamat sesebuah organisasi.
Sebelum perancangan dibuat, pembentukan objektif terlebih dahulu
37

dibentuk bagi mengetahui apa yang perlu dicapai bagi sesebuah


organisasi.

b) Membentuk rangka struktur organisasi penyelenggaraan dan


menguruskannya

Pembentukan struktur organisasi bertujuan bagi memastikan


penyelenggaraan dapat dilakukan dengan lebih efisien. Di dalam
sesebuah organisasi terdapat beberapa pecahan unit di mana ia berkait di
antara satu sama lain bagi mencapai satu matlamat kerja.

c) Menentukan sistem penyelenggaraan yang sesuai untuk


diaplikasikan

Penggunaan sistem penyelenggaraan yang bersesuaian akan


mempengaruhi kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan di
mana dengan menggunakan sistem yang bersesuai akan menjimatkan kos
kerja-kerja penyelenggaraan. Penentuan sistem penyelenggaraan perlu
dilakukan dengan teliti kerana ia memerlukan kos yang tinggi dengan
melibatkan sumber-sumber seperti tenaga buruh, bahan dan peralatan.

d) Merancang dan menghasilkan program kerja (jangka masa pendek


dan panjang)

Perancangan program kerja penyelenggaraan perlu dibuat dengan teliti di


mana melibatkan penggunaan tenaga buruh, bahan dan peralatan.
Disamping itu, program kerja penyelenggaraan juga mengambil kira
faktor masa dan kos bagi menghasilkan program kerja yang efisien
disamping memudahkan kerja penyelenggaraan yang dijalankan.
38

e) Mengenalpasti dan merancang bentuk-bentuk kerja


penyelenggaraan yang terlibat

Sebelum pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sesebuah


organisasi perlu mengenalpasti bentuk-bentuk kerja penyelenggaraan
yang terlibat. Apabila bentuk-bentuk kerja penyelenggaraan sudah
dikenalpasti, perancangan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan
dilakukan dengan mengambilkira siapa, bila dan di mana kerja-kerja
penyelenggaraan itu perlu dilakukan.

f) Merancang dan mengawal sumber-sumber yang terlibat (tenaga


buruh, kewangan dan peralatan) serta pelaksanaan kerja
penyelenggaraan

Perancangan dan pengawalan sumber-sumber seperti tenaga buruh,


kewangan dan peralatan serta pelaksanaan kerja penyelenggaraan
bertujuan bagi memastikan sumber-sumber tersebut dapat digunakan
secara efisien. Ini bertujuan bagi memastikan setiap komponen yang
diselenggara mengikut piawai yang dikehendaki serta tidak berlakunya
pembaziran sumber.

g) Membentuk sistem maklumat, sistem rekod dan sistem komunikasi

Pembentukan sistem maklumat, sistem rekod dan sistem komunikasi


adalah penting bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan
dijalankan. Sistem ini dibentuk bagi menyimpan rekod-rekod
penyelenggaraan yang telah dibuat dan dijadikan sebagai rujukan di masa
akan datang.
39

2.8 Perancangan

Di dalam bidang pengurusan, proses perancangan merupakan fungsi pengurusan


yang pertama. Tanpa perancangan, fungsi-fungsi lain seperti pengorganisasian,
penjadualan, kawalan dan sebagainya tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna.
Secara umumnya, perancangan merupakan satu penentuan arah tujuan yang bakal
dilakukan oleh sesebuah organisasi. Ini memerlukan penentuan siapa yang akan
melaksanakan tugas, bila masanya dan bagaimana cara untuk melaksanakannya. Selain
daripada itu, perkara paling utama di dalam perancangan adalah mengenalpasti terlebih
dahulu apa perkara-perkara yang perlu diselenggara (HLF, 2012) Untuk mengetahuinya,
proses lawat periksa perlu dijalankan bagi mengetahui keadaan suatu komponen itu dan
seterusnya mengenalpasti bila komponen tersebut sesuai untuk diselenggara.

Setelah mengenalpasti komponen-komponen yang perlu diselenggara, pihak


organisasi perlu memutuskan siapa yang akan melaksanakan tugasan tersebut. “Siapa”
ini merujuk kepada pekerja yang dilantik oleh organisasi itu sendiri, kontraktor luaran
yang dilantik atau sukarelawan yang ingin terlibat. Walaupun begitu, pihak organisasi
perlu memastikan pekerja yang dilantik itu mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk
menggunakan peralatan-peralatan tersebut dengan selamat (HLF, 2012).

Dalam konteks pengurusan penyelenggaraan, perancangan terhadap kerja-kerja


penyelenggaraan memainkan peranan yang penting di mana dengan perancangan yang
sistematik, akan mempengaruhi kejayaan sesebuah organisasi. Perancangan juga
merupakan satu pendekatan yang penting di mana ia boleh mengurangkan perbelanjaan
penyelenggaraan dan memanjang hayat suatu kemudahan selari dengan objektif
organisasi.
40

Suatu perancangan bagi penyelenggaraan menurut Decoster (2000), dimulakan


dengan mengenalpasti keperluan kerja yang perlu diberi perhatian mengikut keutamaan
kerja penyelenggaraan dan membuat perancangan yang teliti dengan mengambil kira
penggunaan sumber yang terhad seperti kewangan, buruh, peralatan dan bahan-bahan.
Selain daripada itu, Richard et. al (2009) melalui penulisannya menyatakan bahawa,
perancangan adalah satu asas bagi sistem penyelenggaraan di mana dengan adanya
perancangan, ia boleh mengelakkan suatu kemudahan dan peralatan itu rosak. Selain
daripada itu, menurut beliau juga, perancangan bagi setiap program penyelenggaraan
perlu mengambil kira perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Perancangan merupakan suatu yang kritikal kerana ia melibatkan banyak perkara


termasuklah berkaitan dengan tanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelenggaraan
taman rekreasi bagi memastikan ia sentiasa berada pada fungsi yang dikehendaki. Bagi
memastikan setiap kemudahan di taman rekreasi berfungsi seperti yang dikehendaki,
kebiasaannya inventori, penilaian dan juga pengenalan tugasan dibentuk ke dalam proses
perancangan penyelenggaraan (Richard, 2009).

i. Inventori

Tugas asas bagi sistem penyelenggaraan adalah dengan mewujudkan dan


mengekalkan inventori yang lengkap yang wujud di agensi tersebut. Proses ini adalah
penting bagi mencipta rekod yang tepat untuk tujuan rujukan supaya maklumat yang
dihasilkan juga adalah tepat yang boleh membawa kepada perancangan yang betul.
Kebiasaannya, maklumat terperinci mengenai setiap aspek kemudahan dan peralatan
mencerminkan kepada kualiti, kuantiti, saiz, keadaan, kos, umur dan lokasi. Maklumat
sebegini boleh digunakan untuk membantu perancangan dalam pelbagai bidang
penyelenggaraan termasuklah peruntukan bajet, pembangunan projek, bantuan
kecemasan, langkah-langkah pencegahan dan bantuan tambahan.
41

ii. Penilaian

Proses penilaian terhadap kemudahan taman rekreasi membolehkan pekerja


penyelenggaraan menyumbang ke arah plan penyelenggaraan yang sistematik. Penilaian
jenis ini tidak melibatkan keperluan pengguna, sebaliknya ia memberi tumpuan kepada
keperluan penyelenggaraan kemudahan yang dikenalpasti oleh kakitangan
penyelenggaraan. Pekerja penyelenggaraan boleh melakukan pemeriksaan secara visual
terhadap suatu kawasan atau bahagian peralatan tertentu mengikut jadual yang
disediakan. Pemeriksaan ini boleh dijadualkan secara tetap di mana pekerja
penyelenggaraan melaksanakan tugasan secara rutin mengikut kedudukan mereka.

Selain daripada itu, penilaian yang dibuat terhadap kerja-kerja penyelenggaraan


dapat mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku pada struktur, situasi-situasi yang
tidak selamat, kegagalan sistem kecekapan, situasi kecemasan yang berpotensi untuk
berlaku dan sebagainya. Maklumat-maklumat sebegini boleh dimasukkan di dalam
rancangan untuk menangani kemudahan dan peralatan yang bermasalah. Menilai suatu
kemudahan dan peralatan merupakan usaha yang proaktif bagi mengenalpasti masalah
yang berlaku dan menyelesaikannya sebelum ia menjejaskan produktiviti suatu
kemudahan.

iii. Pengenalan tugasan

Pengenalan tugasan ini melibatkan aktiviti penyelenggaraan yang tidak termasuk


di dalam jadual penyelenggaraan. Maklumat ini dikenalpasti melalui penilaian yang
dibuat oleh kakitangan penyelenggaraan, kakitangan pengeluaran dan pengguna suatu
produk itu. Selain daripada itu, ia boleh dikemukakan melalui aduan lisan, borang
42

aduan pengguna dan permintaan daripada kakitangan untuk bantuan. Apabila situasi
keadaan suatu kemudahan itu dikenalpasti, arahan kerja perlu disediakan oleh mereka
bagi menangani masalah tersebut. Di dalam sistem arahan kerja atau “work order”,
kebiasaannya, ia merupakan satu arahan bertulis mengenai kerja penyelenggaraan yang
perlu dilakukan dan diisi di dalam borang.

Di dalam arahan kerja tersebut menyatakan lokasi kerja penyelenggaraan itu


perlu dilakukan dan seterusnya akan melantik mana-mana kakitangan penyelenggaraan
yang mahir dalam bidang tersebut. Selain daripada itu, arahan kerja ini diadakan apabila
suatu komponen kemudahan berlaku kerosakan secara tiba-tiba melalui aduan yang
diterima daripada pengguna.

2.8.1 Bidang-Bidang Kerja Penyelenggaraan Taman Rekreasi

Perancangan kerja-kerja penyelenggaraan sangat diperlukan bagi memastikan


segala kerja yang dijalankan selari dengan objektif organisasi. Menurut Barathy (1993),
skop kerja-kerja penyelenggaraan taman rekreasi merangkumi seperti berikut:

2.8.1.1 Penyelenggaraan Kemudahan Awam

a) Kerja-kerja penyelenggaraan padang permainan kanak-kanak iaitu:

i. Kerja-kerja membaikpulih kerosakan alat-alat permainan kanak-


kanak
43

ii. Kerja-kerja mengecat semula kelengkapan alat permainan kanak-


kanak.

iii. Kerja-kerja memasang dan membaikpulih lampu-lampu di padang


permainan kanak-kanak

b) Kerja-kerja penyelenggaraan papan tanda

c) Kerja-kerja perpaipan

d) Kerja-kerja mengecat

e) Kerja-kerja membaikpulih alat-alat kemudahan rekreasi yang rosak


seperti bangku, wakaf dan sebagainya.

f) Kerja-kerja menyapu dan membersih sampah sarap disekitar kawasan


taman

g) Kerja-kerja pembersihan tandas dan bangunan

2.8.1.2 Penyelenggaraan Taman-Taman Khas

 Menyelenggara Taman-taman khas seperti Taman Kancil/Taman Rusa/Stable


Kuda bagi menentukan taman-taman tersebut sentiasa indah, bersih dan
terkawal.
44

2.8.1.3 Pengurusan Kerja-kerja Penyelenggaraan Elektirk

a) Membekal dan memasang lampu dan kabel di tempat-tempat yang


dikehendaki

b) Membaikpulih kerosakan lampu dan kabel

c) Membekal dan memasang wayar, talian dan telefon

2.8.1.4 Penyelenggaraan Landskap

a) Penanaman dan pemotongan rumput

b) Pembajaan, penanaman dan penebangan pokok-pokok

c) Penyiraman air dan penjagaan dalam keadaan yang terkawal dari


sebarang penyakit dan perosak

2.8.2 Tahap Program Penyelenggaraan

Bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara sistematik


dan teratur, pihak pengurusan perlu mengenalpasti tahap program berdasarkan kepada
skop-skop kerja penyelenggaraan yang telah dirancang. Menurut Helmy (2002), tahap
program penyelenggaraan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:
45

i) Program Jangka Panjang

Program jangka panjang ini meliputi kerja-kerja penyelenggaraan yang utama


yang dilakukan oleh pihak pengurusan dalam jangka masa yang panjang. Kebiasaannya,
kerja-kerja penyelenggaraan ini meliputi tempoh 5 hingga 10 tahun. Program kerja-
kerja penyelenggaraan ini dijalankan berdasarkan kepada rekod-rekod yang lepas.
Disamping itu, program ini menentukan masa optimum bagi melaksanakan kerja
pembaikan atau pemuliharaan.

ii) Program Jangka Tahunan

Program jenis ini dilaksanakan secara tahunan dengan mengambil kira keperluan
kerja penyelenggaraan untuk tahun tertentu disamping membuat penganggaran
peruntukan bagi kerja-kerja tersebut. Kejayaan program ini bergantung kepada
pengagihan tenaga kerja terhadap beban kerja yang dilaksanakan mengikut kemahiran
dengan menggunakan sumber kewangan yang terhad.

iii) Program Jangka Pendek

Bagi program ini, ia merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat


secara bulanan, mingguan dan harian bagi tahun-tahun tertentu. Di dalam program ini,
ia meliputi tarikh mula kerja dan tarikh siap kerja, peruntukan beban kerja dan jenis
kerja mengikut kepakaran. Dari segi balanjawan pula, peruntukan diagihkan kepada
kerja-kerja yang lebih kecil, kerja-kerja harian dan keperluan untuk penyelenggaraan
luar jangka atau kecemasan. Selain itu kos penyelenggaraan dijalankan secara kontrak
dan dijalankan oleh buruh di mana kumpulan pekerja ini akan dibahagikan mengikut
kepakaran dan penyeliaan.
46

Oleh yang demikian, program penyelenggaraan merangkumi kerja-kerja


penyelenggaraan seperti di atas. Kerja-kerja penyelenggaraan yang disediakan dapat
dikawal berdasarkan kepada program penyelenggaraan ini. Program penyelenggaraan
perlu disediakan oleh setiap pihak di mana ia merangkumi penjadualan bagi setiap setiap
kerja-kerja penyelenggaraan mengikut keutamaan dan keperluan.

2.8.3 Penjadualan Kerja-Kerja Penyelenggaraan

Penjadualan kerja-kerja penyelenggaraan juga boleh dikenali sebagai program


penyelenggaraan di mana ia merangkumi “siapa” dan “bila” suatu kerja itu
dilaksanakan. Menurut Decoster (2000), “siapa” merujuk kepada tenaga buruh iaitu
pekerja yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. Penjadualan suatu kerja dapat
dirancang setelah tenaga buruh dikenalpasti. Disamping itu, penjadualan kerja-kerja
penyelenggaraan merangkumi “bila” iaitu merujuk kepada suatu tempoh tertentu di
mana kerja-kerja penyelenggaraan dirancang secara harian, mingguan, bulanan dan
tahunan mengikut keutamaan penyelenggaraan bagi memastikan hayat suatu kemudahan
itu berfungsi. Sebagai contoh, penyelenggaraan bagi pembersihan tandas perlu
dilakukan secara harian bagi memastikan tandas itu sentiasa dalam keadaan bersih.

Bagi penyelenggaraan di taman rekreasi, penjadualan kerja-kerja


penyelenggaraan dibentuk selepas skop-skop kerja penyelenggaraan dikenalpasti. Ia
berfungsi bagi memastikan setiap kemudahan-kemudahan yang terdapat di taman
rekreasi diselenggara mengikut jadual yang telah disediakan. Jadual-jadual
penyelenggaraan ini juga disediakan bagi mengawal aktiviti penyelenggaraan dengan
mengambil kira kos yang terlibat. Penjadualan kerja penyelenggaraan taman rekreasi ini
merangkumi skop kerja penyelenggaraan seperti penyelenggaraan kemudahan,
penyelenggaraan taman, penyelenggaraan bangunan dan penyelenggaraan taman-taman
khas.
47

2.9 Pengorganisasian

Menurut Jaafar (1988) istilah “organisasi” digunakan bagi menerangkan tentang


seseorang atau gabungan individu yang bertanggungjawab dalam mengkoordinasikan
perancangan, penubuhan, pengarahan dan pengawalan operasi penyelenggaraan bagi
mencapai suatu objektif. Untuk mendapatkan pengurusan yang berkesan, seorang
pengurus haruslah dapat mengorganisasikan sumber-sumber manusia, sumber-sumber
fizikal serta fungsi-fungsi dengan cara yang sewajarnya. Di dalam aspek
pengorganisasian juga, menurut Zurich (2012), pengurusan penyelenggaraan yang
berkesan haruslah membentuk objektif dan polisi penyelenggaraan bagi mencapai
matlamat organisasi. Semua kakitangan di dalam sebuah organisasi perlu memahami
setiap objektif yang dibentuk supaya taman rekreasi dapat berfungsi seperti yang
dikehendaki.

Selain itu juga, di dalam aspek pengorganisasian juga perlu menentukan


bagaimana suatu matlamat tersebut akan dicapai disamping menetapkan peranan dan
tugas yang mesti dijalankan oleh setiap kakitangan dan pekerja organisasi serta
hubungannya dengan antara satu dengan yang lain. Pengorganisasian ini meliputi fungsi
pengurusan yang perlu dijalankan selepas fungsi perancangan.

Di dalam pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi, satu struktur organisasi


yang baik adalah amat diperlukan khusus untuk menguruskan kerja-kerja
penyelenggaraan di mana struktur organisasi ini akan bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan sesebuah taman rekreasi. Dengan
wujudnya struktur organisasi, maka pengkhususan kerja-kerja penyelenggaraan dapat
dilakukan di mana akan dipecahkan kepada beberapa unit yang akan bertanggungjawab
menjalankan kerja-kerja tersebut mengikut kepakaran masing-masing.
48

2.9.1 Struktur Organisasi Pengurusan Penyelenggaraan

Struktur organisasi yang dibentuk bergantung kepada kuantiti beban kerja yang
perlu dilaksanakan oleh suatu organisasi (Gregory, 1988). Walaupun begitu, dalam
konteks penyelenggaraan taman rekreasi, struktur organisasi diwujudkan bergantung
kepada keluasan taman tersebut dan bilangan kakitangan yang diperlukan untuk
menjalankan tugas-tugas yang diberikan. Semakin luas kawasan suatu taman, semakin
banyak beban kerja penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan. Dengan itu, beban kerja
yang perlu dilaksanakan, memerlukan tenaga pekerja yang mencukupi. Bukan itu sahaja,
struktur organisasi juga melihat sama ada jenis pekerjaan adalah merumitkan atau
sebaliknya. Sekiranya pekerjaan tersebut diluar kemampuan pekerja, sistem pelaksanaan
kerja dengan menggunakan buruh kontrak akan digunakan.

Menurut Kamalludin (2004), pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi


diketuai oleh pengurus penyelenggaraan di mana ia berperanan bagi mengurus hal-hal
pengurusan taman seperti menyediakan jadual-jadual kerja penyelenggaraan, membuat
belanjawan penyelenggaraan dan sebagainya. Selain daripada pengurus, struktur
organisasi yang baik terdiri daripada penyelia dan juruteknik yang berpengalaman
berdasarkan kepada keupayaan mereka penjalankan program penyelenggaraan (Zurich,
2012). Menurutnya lagi, kakitangan yang berpengalaman dalam selok-belok
penyelenggaraan akan menjana kepada suatu komponen itu berfungsi dengan baik.

Menurut Richard (2009) pula, sesetengah organisasi melantik kontraktor luaran


bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan oleh kerana organisasi tersebut tidak
mempunyai kakitangan yang berpengalaman bagi melaksanakan sebahagian atau
keseluruhan kerja-kerja penyelenggaraan di taman rekreasi dan menyebabkan segala
kerja-kerja dilaksanakan oleh kontraktor. Walaupun kerja-kerja penyelenggaraan
dilaksanakan oleh kontraktor luaran, pihak organisasi perlu melantik kontraktor yang
berkelayakan supaya aktiviti penyelenggaraan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
49

Bukan itu sahaja, ia juga bagi mengelakkan berlakunya pembaziran kos sekiranya
kontraktor yang dilantik tidak memenuhi keperluan organisasi.

Oleh itu, struktur organisasi yang diwujudkan oleh pihak pengurusan boleh
dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan dipecahkan kepada pelbagai unit mengikut
pengkhususan pekerjaan kerja. Walaubagaimanapun, secara amnya, struktur organisasi
yang diwujudkan untuk pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi adalah sama untuk
semua organisasi taman rekreasi.

2.9.2 Penstafan (Staffing)

Setelah struktur organisasi dibentuk, pihak pengurusan perlu melantik pekerja


bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berdasarkan kepada tahap kemahiran
dan kepakaran yang diperlukan mengikut kepada pembahagian tugasan yang diberikan.
Selain daripada itu, Kamalludin (2004), menjelaskan bahawa penawaran staf yang
mencukupi juga diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. Menurut
Gregory (1988), bagi memastikan pekerja-pekerja yang dilantik adalah produktiviti,
terdapat tiga prinsip yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan bagi mengetahui
tahap produktiviti suatu pekerja.

i) Menentukan kedudukan dalam penyelenggaraan

Peranan bagi setiap individu dalam sesebuah organisasi perlu dijelaskan


dengan terang. Penerangan kerja atau Job Description secara formal
adalah diperlukan bagi memastikan setiap pekerja mengetahui tugasan
dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan mengikut piawaian di mana
50

prestasi setiap pekerja akan dinilai berdasarkan tugasan yang telah


dilaksanakan. Job Description merupakan satu penyataan kerja yang
perlu dilaksanakan oleh setiap pekerja mengikut kedudukan atau posisi di
dalam suatu organisasi. Ketidakjelasan penerangan sesuatu kerja akan
membuatkan para pekerja keliru dan akan menjejaskan prestasi kerja
seseorang.

ii) Penilai prestasi pekerja

Faktor yang diambil kira bagi memastikan suatu penyelenggaraan iaitu


produktiviti atau sebaliknya adalah disebabkan oleh faktor pekerja itu
sendiri. Ini kerana, para pekerja yang akan menentukan prestasi suatu
komponen itu diselenggara sama ada dapat berfungsi dengan baik atau
sebaliknya. Sistem penilaian prestasi perlu dibentuk oleh pihak
pengurusan bagi mempertahankan atau mempertingkatkan produktiviti
suatu pekerja.

iii) Program dan latihan kemahiran untuk kakitangan penyelenggaraan

Latihan bagi kakitangan di dalam pengurusan penyelenggaraan adalah


diperlukan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kualiti tugasan yang
akan dihasilkan. Latihan ini diperlukan untuk kakitangan sama ada dalam
unit pengurusan atau yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.
Perubahan dalam kaedah pengurusan penyelenggaraan memerlukan
latihan. Sebagai contoh, penggunaan sistem berkomputer yang baru
dalam urusan penyelenggaraan atau penggantian sistem komputer kepada
yang baru bertujuan bagi menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan
memerlukan latihan kemahiran terhadap sistem perkomputeran tersebut.
Selain itu juga, untuk menyelenggara suatu komponen juga memerlukan
51

kemahiran yang pakar. Justeru itu, latihan kemahiran diperlukan bagi


meningkatkan kualiti penyelenggaraan adalah amat diperlukan.

Menurut Zurich (2012), setiap pekerja perlu menjalankan tugasan yang


diberikan mengikut kemahiran yang dimiliki. Selain daripada itu,
program ini juga memberi latihan bagaimana untuk menangani
kemudahan dan peralatan yang baru disamping dapat meningkatkan
keupayaan teknikal pekerja.

Namun begitu, kekurangan latihan kemahiran teknikal oleh pekerja semasa


melakukan kerja penyelenggaraan akan memberi kesan yang serius kepada kemudahan-
kemudahan yang terdapat di taman tersebut. Dengan penyelenggaraan yang tidak
dijalankan dengan efektif, ia akan menjejaskan sumber kewangan di mana ia akan
meningkatkan kos penyelenggaraan. Oleh yang demikian, setiap pekerja perlu menjalani
latihan kemahiran dengan cara menghadiri seminar pendek atau menghadiri kelas bagi
meningkatkan lagi kemahiran teknikal mereka.

2.10 Pengawalan Kerja-Kerja Penyelenggaraan

Kawalan boleh ditakrifkan sebagai satu proses untuk menentukan atau menjamin
supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan
(Jaafar, 1988). Dalam konteks pengawalan kerja-kerja penyelenggaraan, ia merupakan
satu proses supaya apa yang dirancang dapat memenuhi objektif yang telah
ditetapkan (Gregory, 1988). Kawalan kerja-kerja penyelenggaraan secara sistematik
adalah penting bagi memastikan kelancaran sebuah pengurusan penyelenggaraan.
Setelah kerja-kerja penyelenggaraan diserahkan kepada para pekerja mengikut
jadual yang disediakan, pengurusan penyelenggaraan bertanggungjawab mengawal atau
52

memantau kerja-kerja yang dilaksanakan bagi memastikan kerja tersebut telah


dilaksanakan mengikut piawai yang ditetapkan oleh pihak organisasi. Disamping itu,
penggunaan tenaga buruh, bahan dan peralatan perlu dikawal untuk mengurangkan kos
penyelenggaraan. Menurut Barathy (1993), teknik pengawalan terdiri daripada
pengawalan dari segi tenik merekod kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan
terhadap kerja-kerja penyelenggaraan.

2.10.1 Teknik Merekod Kerja-Kerja Penyelenggaraan

Di dalam teknik ini, sistem rekod adalah penting bagi merekod kerja-kerja
penyelenggaraan yang telah dijalankan bagi memastikan kerja yang dijalankan
menggunakan kos yang optimum. Di antara rekod-rekod penyelenggaraan yang perlu
disimpan termasuklah laporan kerosakan, rekod peralatan, pemeriksaan, pembaikan dan
servis-servis yang dibuat, rekod pembelian dan sebagainya. Data-data yang diperoleh
disimpan dengan baik di dalam sistem komputer atau sistem manual untuk tujuan
analisis bagi meningkatkan lagi kualiti kerja.

2.10.2 Teknik Pemantauan Kerja-Kerja Penyelenggaraan

Teknik ini merupakan salah satu langkah bagi memastikan kerja-kerja


penyelenggaraan yang dijalankan mengikut apa yang telah dirancang bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Kerja-kerja pemantauan ini dapat dibahagikan kepada
tiga kaedah iaitu:
53

1) Lawat periksa sebelum kerja penyelenggaraan

Lawat periksa ini dijalankan sebelum kerja-kerja penyelenggaraan


dijalankan bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku dan akan berlaku
bagi suatu item. Apabila kerosakan dikenalpasti, keputusan tersebut akan
diisikan di dalam borang-borang dan diberikan kepada pekerja untuk
mengambil tindakan susulan bagi proses pembaikan mengikut keutamaan
dengan menggunakan sumber-sumber yang terhad.

2) Lawat periksa semasa kerja penyelenggaraan

Lawat periksa ini dijalankan semasa proses kerja-kerja penyelenggaraan


dijalankan bagi memastikan kerja yang dilaksanakan mengikut piawaian
yang ditetapkan. Selain itu juga, pemantauan dilakukan supaya disiplin
pekerja berada pada tahap yang terbaik dan tiada pekerja membuat kerja
secara sambil lewa.

3) Lawat periksa selepas kerja penyelenggaraan

Lawat periksa ini dijalankan bagi memeriksa kualiti kerja yang telah
dilaksanakan oleh para pekerja sama ada mencapai tahap yang
dikehendaki atau sebaliknya. Sekiranya, kualiti kerja tidak memuaskan,
penyelia tersebut boleh mengarahkan semula pekerjanya melakukan
pembaikan.
54

2.11 Kawalan Peruntukan Kewangan Penyelenggaraan

Masalah kekurangan sumber kewangan bagi membiayai kerja-kerja


penyelenggaraan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh sesebuah organisasi
bagi mengurus taman rekreasi. Ini kerana, taman rekreasi mempunyai keluasan yang
luas dan seterusnya terdapat banyak kemudahan-kemudahan yang perlu diselenggara.
Kos membiayai setiap kemudahan di taman rekreasi akan meningkat apabila pihak
organisasi merancang untuk membangunkan program atau projek baru di taman tersebut.
Dengan itu, menurut Roger (2007), sesebuah organisasi perlu menyediakan peruntukan
perbelanjaan yang mencukupi bagi menangani masalah ini. Ini kerana, kos pembiayaan
kerja-kerja penyelenggaraan merangkumi 60%-80% daripada sumber yang diperolehi.

Selain daripada itu, bagi mengawal peruntukan penyelenggaraan yang ada


supaya tidak berlaku pembaziran, penyelenggaraan pencegahan perlu dilakukan dengan
mengikuti jadual kerja yang telah disediakan (Drummond et.al, 2013). Dengan
berpandukan kepada jadual tersebut, ia dapat mengekalkan fungsi komponen itu
daripada berlaku kerosakan yang lebih besar dan seterusnya ia menjimatkan kos
penyelenggaraan.

Menurut Rodney (1982), kewangan merupakan sumber yang penting di mana


dalam pengurusan taman rekreasi bagi menyediakan kemudahan-kemudahan untuk
memenuhi keperluan pengguna. Selain itu, menurutnya lagi, sumber kewangan
berfungsi bagi membangunkan sebuah taman rekreasi daripada ia siap dibina sehingga
memerlukan penyelenggaraan. Pengurusan kewangan ini adalah di bawah pengurusan
organisasi bagi menguruskan kewangan dengan lebih sistematik. Kewangan di dalam
menguruskan taman rekreasi bergantung kepada sumber secara langsung dan secara
tidak langsung. Menurut Rodney (1982), beliau telah mengenalpasti sumber kewangan
untuk taman rekreasi diperoleh melalui seperti berikut:
55

a) Cukai yang dikenakan oleh setiap penduduk yang terletak di bawah


pentadbiran PBT bagi menyediakan kemudahan awam.

b) Yuran dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan meliputi:

 Kemudahan khas seperti golf, kolam renang, gelanggang tenis dan


sebagainya.

 Sewaan eksklusif seperti auditorium, gymnasium dan sebagainya.

 Sewaan untuk peralatan yang khusus seperti peralatan kuda, BBQ dan
sebagainya.

 Yuran kepada perkhidmatan jurulatih

 Kemudahan yang khusus seperti tempat seminar, pameran, bengkel


dan sebagainya.

c) Pelbagai pendapatan seperti Geran daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan


Persekutuan melalui peruntukan tahunan.

2.12 Kaedah Pengurusan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab mengurus dan


menyelenggara taman rekreasi supaya berada dalam keadaan baik. Menurut Nor Akma
(2009), terdapat dua kaedah yang diguna pakai oleh PBT dalam mengurus dan
56

menyelenggara taman rekreasi iaiatu dengan cara penggunaan tenaga sendiri dan
pelaksanaan secara kontrak.

2.12.1 Penggunaan Tenaga Kerja Sendiri

Pelaksanaan bagi mengurus dan menyelenggara taman rekreasi terletak


sepenuhnya di bawah tanggungjawab PBT atau jabatan yang terlibat tanpa melibatkan
pihak lain termasuklah aspek pembiayaan. Penyelenggaraan yang dijalankan tidak
memerlukan kepakaran dan kemahiran serta mampu dilaksanakan oleh tenaga kerja
PBT. Penyelenggaraan dari segi merumput, membersihkan kawasan taman,
menguruskan landskap di kawasan taman dan pengurusan terhadap peralatan dan
kemudahan permainan perlu dititikberatkan. PBT perlu memastikan kerja-kerja
penyelenggaraan dijalankan supaya taman rekreasi berada dalam keadaan baik dan
selamat untuk digunakan.

2.12.2 Pelaksanaan Secara Kontrak

Dalam kaedah ini, sebahagian atau keseluruhan kerja penyelenggaraan taman


yang berada di bawah pentadbiran PBT diserahkan kepada pihak kontraktor yang dipilih
melalui proses penyerahan tender, proses sebut harga dan requisition. Kebiasaannya,
pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan secara kontrak ini disebabkan oleh kekurangan
tenaga mahir dan kepakaran dalam mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan taman
rekreasi. Selain itu, dengan menggunakan kaedah ini, ia boleh menjimatkan kos
pengurusan dan penyelnggaraan PBT.
57

2.13 Masalah Pengurusan Penyelenggaraan Taman Rekreasi

Taman rekreasi merupakan kawasan lapang yang dibina untuk tujuan rekreasi
sama ada berbentuk pasif atau aktif. Disamping itu, taman rekreasi juga merupakan
salah satu kemudahan awam yang perlu disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) bagi memenuhi keperluan penduduk setempat di mana ia sebagai balasan kepada
penduduk yang telah membayar cukai taksiran sebanyak dua kali dalam setahun. Selain
itu juga, bagi mewujudkan sebuah taman rekreasi yang baik disamping dapat memenuhi
kepuasan pengguna, satu sistem pengurusan penyelenggaraan yang sistematik
diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Sistem pengurusan
penyelenggaraan yang berjaya dapat meminimumkan kos penyelenggaraan disamping
dapat meningkatkan prestasi sesebuah taman rekreasi dengan mengurangkan kadar
kerosakan suatu komponen. Namun begitu, dalam melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan terdapat beberapa masalah yang timbul terutamanya di mana ia
berkaitan dengan pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Barathy (1993), dapat dirumuskan bahawa
antara masalah-masalah pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi yang sering
dihadapi oleh pihak pengurusan terdiri daripada:

1) Masalah perancangan kerja-kerja penyelenggaraan

2) Masalah pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan


58

2.13.1 Masalah Perancangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan

Sebelum kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, aspek yang perlu


dititikberatkan terlebih dahulu adalah perancangan kerja-kerja penyelenggaraan.
Perancangan kerja-kerja penyelenggaraan diperlukan bagi memastikan kerja-kerja
penyelenggaraan yang dijalankan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Namun
begitu, pihak pengurusan menghadapi beberapa masalah dalam melaksanakan
perancangan kerja-kerja penyelenggaraan.

i) Kekurangan Kakitangan

Salah satu punca mengapa kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat


dilakukan secara sistematik adalah disebabkan oleh masalah kekurangan
tenaga mahir dalam merancang dan melaksanaan kerja-kerja
penyelenggaraan. Dengan bersumberkan beberapa kakitangan sahaja,
mereka bertanggungjawab ke atas keseluruhan taman tersebut. Ini
disebabkan bidang kerja mereka terlalu luas. Disebabkan itu, kakitangan
yang ada tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap
perancangan kerja-kerja penyelenggaraan. Disamping itu juga,
kekurangan kakitangan dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan
juga mempengaruhi perancangan kerja di mana dengan kekurangan
pekerja yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pembahagian
tugas tidak dapat dilakukan dengan sistematik. Ini akan berlakunya
pertindihan beban kerja pada satu masa yang sama (Barathy, 1993).
59

ii) Kekurangan Pengetahuan

Kebiasaannya, perancangan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh


pengurus penyelenggaraan bagi merancang hala tuju sesebuah organisasi.
Dalam merancang kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilakukan,
pengetahuan yang luas terhadap pengurusan penyelenggaraan adalah
amat diperlukan. Ini kerana, ia akan mencerminkan perjalananan
pengurusan yang sistematik. Walaupun begitu, pihak pengurusan
penyelenggaraan menghadapi masalah dalam membuat perancangan
kerja-kerja penyelengaaran. Faktor ini disebabkan oleh kekurangan
pengetahuan yang mahir dari segi perancangan terhadap kerja-kerja
penyelenggaraan. untuk mewujudkan satu sistem penyelenggaraan yang
sistematik. Menurut Barathy (1993), masalah ini berpunca daripada
kakitangan pengurusan yang tidak diberikan latihan tertentu berkenaan
dengan perancangan kerja-kerja penyelenggaraan dengan menggunakan
sumber-sumber yang terhad.

2.13.2 Masalah Pelaksanaan Kerja-Kerja Penyelenggaraan

Selain daripada masalah di bahagian perancangan, terdapat juga beberapa


masalah timbul dalam pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan. Antaranya adalah:

i) Masalah Kewangan

Masalah ini merupakan masalah yang rumit di mana ia dialami oleh


kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menguruskan taman
rekreasi. Masalah kewangan ini akan memberi kesan ke atas keseluruhan
60

pengurusan taman rekreasi. Ini kerana, penyelenggaraan untuk taman rekreasi


memerlukan sumber kewangan yang mencukupi bagi menyelenggara setiap
kemudahan dan komponen untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

Sebagai contoh, dalam kajian yang dijalankan oleh Barathy (1993),


perbelanjaan penyelenggaraan awam untuk Taman Tasik Titiwangsa, Kuala
Lumpur pada tahun 1991, telah mencecah puluhan ribu ringgit. Dengan
perbelanjaan penyelenggaraan yang sebegitu banyak, peruntukan yang ada tidak
mencukupi untuk menampung kos-kos penyelenggaraan. Masalah ini juga
berlaku di Taman Rekreasi Hutan Bandar, Johor di mana masalah kewangan
merupakan masalah utama dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan
(Kamalludin, 2004).

Ini disebabkan oleh pembinaan kemudahan-kemudahan di taman rekreasi


memerlukan kos penyelenggaraan yang besar. Selain daripada itu, masalah ini
juga disebabkan oleh pihak pengurusan taman tidak dapat menjana keuntungan
dari aktiviti-aktiviti yang disediakan di mana fungsi taman awam yang
disediakan adalah tidak memerlukan bayaran. Hal ini disebabkan oleh
permohonan peruntukan kepada pihak kerajaan mengambil masa yang lama
untuk diluluskan. Kesan daripada itu, penyelenggaraan tidak dapat dilakukan
dengaan sempurna dan akan menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat
(Barathy, 1993).

ii) Kekurangan Kakitangan

Salah satu masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam


menyelenggaraa taman rekreasi adalah disebabkan oleh kekurangan pekerja
untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut. Penawaran pekerja yang mencukupi
bagi memenuhi keperluan taman rekreasi yang berkeluasan besar dan
61

merangkumi pelbagai bidang penyelenggaraan amatlah diperlukan (Barathy,


1993). Masalah ini juga disokong oleh kajian yang dibuat oleh Kecom Shebli
(1998), di mana beliau menyatakan bahawa kekurangan pekerja bagi
melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap akan membantutkan proses
penyelenggaraan.

iii) Kualiti Kerja

Walaupun perancangan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan telah


dirancang bagi memudahkan lagi proses penyelenggaraan, masih juga terdapat
masalah yang timbul di mana kualiti kerja-kerja yang dijalankan tidak mengikut
spesifikasi yang dikehendaki. Perkara ini dihadapi oleh pihak pengurusan taman
rekreasi di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sebagai contoh,
walaupun kerja pemotongan rumput telah dilaksanakan mengikut jadual, namun,
kualiti kerja yang dilakukan tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki.
Perkara ini juga disebabkan ekoran daripada kurangnya pengawasan dan
penyeliaan dari pihak atasan di mana penyelia yang ditugaskan mempunyai
komitmen tugasan yang lain (Kamalludin, 2004). Faktor daripada masalah ini
disebabkan oleh kekurangan kakitangan dari pihak pengurusan. Selain itu,
masalah ini juga disebabkan oleh kekurangan kemahiran teknikal pekerja
tersebut (Barathy, 1993).

iv) Sikap Pekerja

Sikap pekerja juga merupakan satu masalah yang dihadapi oleh pihak
pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi (Barathy, 1993). Masalah disiplin
pekerja sering dikaitkan di mana ia merupakan masalah yang serius yang akan
memberi kesan terhadap pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan.
62

Masalah ini disokong oleh Kecom Shebli (1998), yang mana beliau
menyatakan bahawa pekerja-pekerja yang ditugaskan bagi menjalankan kerja-
kerja penyelenggaraan tidak melakukan tugas dengan sebaiknya dan sambil
lewa. Ada sesetengah pekerja melarikan diri dan ponteng dari melakukan tugasan
dan tidak menepati waktu tugasan. Masalah ini berpunca daripada kurangnya
tanggungjawab dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan.

v) Kekurangan Bahan Dan Peralatan

Selain daripada masalah di atas, kekurangan bahan dan peralatan untuk


menyelenggara merupakan salah satu masalah yang dihadapi semasa
melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. Masalah ini timbul disebabkan oleh
kekurangan peruntukan kewangan oleh pihak pengurusan untuk menyediakan
peralatan yang mencukupi. Selain itu, peralatan-peralatan yang sedia ada tidak
ekonomik lagi ekoran daripada penggunaan mesin dan peralatan yang tidak
mengikut prosedur oleh para pekerja dan sikap pekerja yang sambil lewa
menjaga peralatan tersebut. Pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan juga
terbantut apabila peralatan yang digunakan perlu dikongsi dalam waktu yang
sama dan ini akan memberi kesan kepada proses penyelenggaraan. ketiadaan
rekod inventori terhadap peralatan dan mesin menyebabkan peralatan-peralatan
tersebut mudah hilang (Kamalludin, 1993).

2.14 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, taman rekreasi yang dibina perlu diselenggara dengan


sebaik mungkin bagi memenuhi fungsi penubuhannya sebagai tempat riadah orang
ramai. Di sini, peranan pihak organisasi adalah penting bagi menyelenggara taman
tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Pelaksanaan program
63

penyelenggaraan secara terancang merupakan kaedah yang terbaik di mana melalui


pendekatan ini, setiap kemudahan di taman rekreasi dapat dikekalkan fungsinya. Ini
kerana penyelenggaraan terancang melibatkan penyelenggaraan pencegahan yang
meliputi perancangan terlebih dahulu sebelum aktiviti penyelenggaraan dijalankan.

Selain daripada itu, gabungan beberapa elemen seperti perancangan, penyediaan


kakitangan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan,
peruntukan yang mencukupi bagi membiayai projek-projek di taman rekreasi,
pengawalan kerja-kerja penyelenggaraan dan mempunyai struktur organisasi yang
teratur antara aspek-aspek yang perlu diambil berat bagi memperoleh sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik. Justeru itu, dengan aspek-aspek tersebut boleh mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan penyelenggaraan dengan cara
mengaplikasikannya di dalam sesebuah organisasi itu.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Di dalam Bab 3 ini, penulis akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai
metodologi yang akan digunakan di dalam kajian ini di mana sebelum ini metodologi
kajian yang digunakan hanya diterangkan secara umum di dalam Bab 1. Di dalam bab
ini juga akan menerangkan kaedah-kedah yang akan digunakan oleh penulis bagi
mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam
mengurus dan menyelenggara taman rekreasi serta membentuk satu sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik bagi taman rekreasi.

Selain daripada itu, terdapat beberapa peringkat penting di dalam metodologi


kajian ini yang akan menentukan hala tuju kajian yang dibuat. Ia merangkumi
pengumpulan data, reka bentuk kajian, penganalisisan data, mereka bentuk soal selidik
populasi kajian, pemilihan sampel dan saiz sampel. Untuk kajian ini, penulis hanya
65

menfokuskan tentang pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi yang diamalkan oleh


Jabatan Landskap dan Rekreasi di bawah pentadbiran MBJB.

Di dalam kajian ini juga, kumpulan sasaran terdiri daripada kakitangan-


kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penyelenggaraan taman
rekreasi iaitu Landskap Arkitek, Pembantu Teknik, Juruteknik, Penolong Juruteknik dan
juga kakitangan sokongan. Kumpulan sasaran ini merupakan responden yang terlibat
dengan penyelenggaraan di mana dengan responden ini akan digunakan dalam
pengumpulan data-data premier. Setelah itu, data-data yang diperoleh akan dianalisis
yang mana hasil analisis kajian akan diterangkan di dalam Bab 4 secara terperinci.

3.2 Kaedah Pengumpulan Data

Di dalam kajian ini, terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh
penulis iaitu:

1. Data Premier: Data premier ini merupakan data-data yang diperoleh dengan
menggunakan borang soal selidik dan juga temubual bagi mencapai objektif
kajian iaitu mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus dan
menyelenggara taman rekreasi serta membentuk satu sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik. Data-data tersebut diperoleh melalui dua cara
iaitu:
66

i. Temubual: Temubual ini dilakukan oleh pihak yang berkenaan yang terdiri
daripada Landskap Arkitek dari Jabatan Landskap dan Rekreasi, Majlis
Bandaraya Johor Bahru iaitu Puan Mustika dan Pembantu Teknik Encik Mustafa.
Sesi temubual yang dijalankan terhadap dua responden ini bertujuan bagi
mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak jabatan dalam
mengurus dan menyelenggara taman rekreasi sehingga taman rekreasi tidak
memenuhi fungsi seperti yang dikehendaki. Selain itu, sesi temubual juga
dilakukan bagi memperoleh pendapat apakah sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik yang boleh dilaksanakan oleh pihak jabatan
sebagai langkah penyelesaian bagi menangani masalah-masalah daripada
penemuan tersebut.

ii. Soal Selidik: Sebanyak 65 borang soal selidik telah diagihkan kepada pihak
pengurusan yang mengurus dan menyelenggara taman rekreasi di mana ia
terbahagi kepada bahagian pengurusan dan operasi. Selain daripada itu, borang
soal selidik diedarkan kepada lima taman rekreasi di bawah MBJB. Borang soal
selidik ini diedarkan kepada kakitangan-kakitangan yang menguruskan
penyelenggaraan di taman rekreasi.

2. Data Sekunder: Data-data ini diperoleh melalui kajian literatur yang


merangkumi bahan-bahan seperti jurnal, buku, laporan-laporan dan bahan-bahan
cetakan yang lain yang diterbitkan oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam
pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi.
67

3.3 Reka Bentuk Kajian

Di dalam kajian ini, terdapat tiga kaedah yang digunakan untuk mereka bentuk
kajian iaitu:

1. Kaedah kajian literatur (literature review) terhadap penulisan yang lepas


mengenai sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik yang dilaksanakan di
taman rekreasi.

2. Kaedah secara temubual (interview) di mana ia juga dikenali sebagai kaedah


kualitatif. Di dalam kaedah ini, penulis menemubual pegawai yang menguruskan
taman rekreasi bagi mengetahui pendapat tentang masalah-masalah yang sering
dihadapi oleh pihak organisasi ketika mengurus dan menyelenggara taman
rekreasi sehingga menyebabkan taman rekreasi dapat berfungsi seperti yang
dikehedaki. Setelah masalah-masalah sudah dikenalpasti, borang soal selidik
direka bentuk berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada sesi
temubual tersebut. Selain daripada itu, sesi temubual juga dilakukan dengan
tujuan bagi mengetahui apakah sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik
yang boleh dilaksanakan oleh pihak jabatan sebagai langkah penyelesaian bagi
menangani masalah-masalah tersebut.

3. Kaedah kajian soal selidik (questionnaire survey) digunakan bagi mengetahui


masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pihak organisasi ketika mengurus
dan menyelenggara taman rekreasi sehingga taman rekreasi tidak dapat berfungsi
sepenuhnya.
68

PENYATAAN MASALAH

 Sesetengah taman rekreasi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan tidak


diuruskan dengan baik
 Masalah ini disebabkan oleh pengurusan penyelenggaraan yang lemah
oleh pihak jabatan

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus


dan menyelenggara taman rekreasi
2. Membentuk sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik bagi
taman rekreasi

KAJIAN LITERATUR

PENGUMPULAN
DATA

OBJEKTIF PERTAMA OBJEKTIF KEDUA

KAEDAH SOAL SELIDIK KAEDAH TEMUBUAL

- 65 unit borang soal selidik diedarkan - Responden yang terlibat terdiri


- Responden yang terlibat terdiri daripada daripada pihak atasan Jabatan
kakitangan unit penyelenggaraan Landskap dan Rekreasi

PENGANALISISAN DATA

- Menganalisis data-data yang telah di kumpulkan


menggunakan teknik kualitatif dan kuantitatif
- Objektif Pertama : Analisis Indeks Kepentingan
Relatif (RII)
- Objektif Kedua : Analisis Kandungan

KESIMPULAN & CADANGAN

- Memberikan rumusan dan cadangan menyeluruh


mengenai kajian yang telah di jalankan

Rajah 3.1 Reka Bentuk Kajian


69

3.4 Kaedah Temu bual

Kaedah secara temubual dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat mengenai


masalah-masalah yang sering berlaku di dalam sebuah jabatan dalam mengurus dan
menyelenggara taman rekreasi sehingga taman rekreasi tidak dapat memenuhi fungsi
yang sepatutnya. Kajian ini dilakukan secara face-to-face dengan pegawai berkenaan
iaitu Puan Mustika selaku Landskap Arkitek dan Encik Mustafa iaitu Pembantu Teknik
bagi mengetahui amalan pengurusan penyelenggaraan yang dilaksanakan di taman
rekreasi di bawah MBJB dan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi.

Berdasarkan kepada sesi temubual yang telah dijalankan, masalah-masalah yang


berlaku di taman rekreasi boleh dikaitkan dengan masalah pengurusan itu sendiri.
Antaranya masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:

1. Kekurangan peruntukan kewangan bagi membiayai kos penyelenggaraan

2. Kekurangan pekerja dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan taman rekreasi

3. Pekerja kekurangan pengalaman / tiada pengetahuan kerja

4. Kerja-kerja penyelenggaraan tidak dilakukan mengikut jadual penyelenggaraan


yang disediakan

5. Sikap pekerja yang sambil lewa terhadap tugasan yang diberikan

6. Kekurangan bahan dan peralatan dalam melaksanakan tugasan

7. Peralatan atau mesin yang digunakan tidak selaras dengan teknologi semasa

8. Kekurangan latihan kemahiran yang diberikan oleh pihak atasan


70

9. Kekurangan kerja-kerja pemantauan atau penyeliaan semasa kerja-kerja


penyelenggaraan dijalankan

10. Arahan yang diterima terhadap suatu tugasan adalah tidak jelas

11. Kontraktor yang dipilih tidak berkualiti dan kurang pengalaman

Maklumat yang diperoleh daripada sesi temubual tersebut akan digunakan bagi
membentuk borang soal selidik bagi mengetahui masalah utama yang menjadi punca
kepada kegagalan sebuah taman rekreasi. Selain daripada itu, sesi temubual juga
dijalankan dengan tujuan mencapai objektif kedua kajian iaitu ingin mengetahui apakah
sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik yang boleh dilaksanakan oleh pihak
jabatan sebagai langkah penyelesaian bagi menangani masalah-masalah tersebut.

3.5 Kaedah Soal Selidik

Kajian soal selidik merupakan salah satu kaedah yang digunakan bagi mencapai
objektif pertama penulis. Di dalam kajian ini, penulis mengedarkan borang soal selidik
kepada responden yang berkepentingan dan dirasakan layak untuk menjawab borang
soal selidik yang diedarkan. Menurut Hoinville et. al (1978), borang soal selidik yang
baik perlu direka bentuk bersesuaian dengan objektif kajian dan sifat respondent. Beliau
juga menambah bahawa borang soal selidik haruslah jelas dan seragam. Penyediaan
borang soal selidik adalah berdasarkan kajian literatur dan sesi temubual yang dibuat
sebelum ini. Di dalam borang ini, terdapat dua bahagian yang direka bentuk.
71

3.5.1 Reka Bentuk Soal Selidik

Soalan-soalan yang direka bentuk hanyalah berdasarkan kepada temubual yang


dijalankan dan kajian literatur yang dibuat. Di dalam soal selidik ini, ia mengandungi 2
bahagian iaitu:

Bahagian A : Maklumat dan latar belakang responden

Terdapat beberapa soalan yang dikemukakan kepada responden merangkumi:

1. Jantina
2. Umur
3. Bahagian tugas
4. Pencapaian akademik
5. Pengalaman kerja
6. Status Perjawatan

Bahagian B : Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus


dan menyelenggara taman rekreasi. Di dalam bahagian ini menyenaraikan
masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak jabatan di mana ia dicapai melalui
kaedah temubual yang dijalankan sebelum ini. Antara masalah-masalahnya boleh
dirujuk di bab: 3.4 Kaedah Temu Bual di atas.

Borang soal selidik bagi kajian ini adalah sebagaimana yang dilampirkan di Lampiran
I.
72

3.5.2 Instrumentasi Dan Pengukuran Dalam Kajian Soal Selidik

Di dalam kajian ini, instrumen atau alat yang digunakan bagi pengumpulan data
kajian adalah melalui borang soal selidik. Di dalam reka bentuk kajian ini, terdapat dua
bentuk utama soal selidik yang dirangka iaitu:

i. Maklumat latar belakang responden

ii. Maklumat mengenai masalah-masalah yang dihadapi pihak jabatan dalam


mengurus dan menyelenggara taman rekreasi

Maklumat latar belakang responden yang terdapat di Bahagian A borang soal


selidik adalah dibuat secara statistik nominal sahaja. Maklumat-maklumat yang
dinyatakan oleh responden merupakan maklumat am yang hanya dianalisis secara
Analisis Diskriptif (Frekuensi). Keputusan-keputusan statistik yang diperoleh di dalam
bentuk peratusan serta asas-asas akan digunakan dengan cara menghubungkan dengan
soalan yang terdapat di bahagian B nanti.

Bagi soalan-soalan di Bahagian B yang terdapat di dalam borang soal selidik


iaitu mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus dan
menyelenggara taman rekreasi, soalan-soalan direka bentuk dalam bentuk ordinal iaitu
dengan menggunakan skala likert atau likert scaling. Menurut Vogt (1999), skala likert
kebiasaannya digunakan untuk mengukur pendapat, sikap, pengetahuan, nilai dan
perubahan tingkah laku. Menurutnya lagi, skala likert melibatkan satu siri penyataan di
mana responden akan memilih dengan membuat ranking terhadap jawapan mereka bagi
menilai soalan yang diberi.
73

Di samping itu, skala likert digunakan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang


dihadapi dalam mengurus dan menyelenggara taman rekreasi di mana responden akan
memberi ranking mengikut pendapat mereka berdasarkan skala lima mata atau five-point
scale yang diberikan iaitu daripada Sangat Setuju kepada Sangat Tidak Setuju. Format
soalan ranking akan memaksa responden untuk memilih jawapan yang spesifik dan
membolehkan analisis ranking dibuat dengan mudah. Dengan menggunakan skala likert,
di bawah ini merupakan ranking yang telah dikenalpasti dan digunakan untuk kajian ini.

Jadual 3.1: Skala Kepentingan


5 4 3 2 1
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

3.6 Penganalisisan Data

Di peringkat ini, data-data yang diperoleh melalui kajian lapangan akan


dianalisis. Data-data boleh dianalisis sama ada melalui analisis kualititif atau kuantitatif
atau kedua-duanya sekali. Di dalam kajian ini, penulis akan menganalisis data-data yang
diperoleh dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif berdasarkan objektif
kajian. Analisis yang digunapakai dalam kajian ini adalah melalui:

a) Analisis Diskriptif meliputi Analisis Frekuensi

b) Analisis Indeks Kepentingan Relatif (RII).


74

Jadual 3.2: Perancangan Kajian Bagi Mencapai Objektif Kajian


SUMBER
OBJEKTIF DATA YANG PENGUMPULAN KAEDAH
DIPERLUKAN DATA ANALISIS DATA
Objektif 1:
Mengenalpasti Masalah-masalah Sesi temubual Analisis Indeks
masalah-masalah yang dihadapi oleh dengan Landskap Kepentingan Relatif
yang dihadapi pihak pengurusan Arkitek taman (RII)
dalam mengurus penyelenggaraan rekreasi dan data-
dan menyelenggara taman rekreasi data dari borang
taman rekreasi soal selidik yang
diedarkan kepada
responden
Objektif 2:
Membentuk sistem Langkah Sesi temubual
pengurusan penyelesaian yang bersama pihak Analisis Kandungan
penyelenggaraan boleh dilaksanakan atasan Jabatan
yang terbaik bagi oleh pihak jabatan Landskap dan
taman rekreasi bagi menangani Rekreasi
masalah-masalah
yang dihadapi.

Sumber: Penulis (2014)


75

3.6.1 Analisis Frekuensi

Setiap data-data yang diperoleh daripada kerja-kerja lapangan akan dianalisis


dengan menggunakan kaedah analisis yang bersesuaian. Setiap data-data yang diperoleh
kemudian akan dijadualkan dan diproses dengan menggunakan perisian komputer iaitu
Microsoft Office Excel 2010 serta Statistical Package for Social Science (SPSS).
Analisis ini digunakan bagi mengenalpasti latar belakang responden dengan lebih jelas.
Selain itu juga, analisis ini digunakan untuk melihat taburan responden terhadap soalan-
soalan yang dikemukakan dengan cara kekerapan responden menjawab soalan-soalan
tersebut. Analisis Frekuensi ini digunakan untuk mencapai soalan di Bahagian A iaitu
latar belakang responden. Hasil analisis ini ditentukan berdasarkan kekerapan jawapan
yang diberikan oleh responden dalam bentuk peratusan.

3.6.2 Analisis Indeks Kepentingan Relatif (RII)

Kaedah analisis Indeks Kepentingan Relatif (RII) ini digunakan bagi menentukan
ranking suatu masalah yang dihadapi oleh pihak jabatan dalam menguruskan taman
rekreasi berdasarkan skala likert antara skor “1” mewakili Sangat Tidak Setuju”
sehingga skor “5” mewakili Sangat Setuju. Selain daripada itu, analisis ini juga
digunakan bagi menentukan sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik bagi
menangani masalah-masalah yang dihadapi dengan skala likert daripada skor “1”
mewakili Tidak Penting sehingga skor “5” mewakili Sangat Penting. Formula yang
digunakan bagi mengira indeks kepentingan relatif ini ialah:
76

RII = Jumlah Pemberat (W1 + W2 + W3 + ……..+ Wn) / A * N

Di dalam analisis ini, W mewakili pemberat atau skor yang diberikan oleh responden
iaitu antara skor 1 “Sangat Tidak Setuju/Tidak Penting sehingga skor 5 “Sangat
Setuju/Sangat Penting. Manakala A pula mewakili skor tertinggi di dalamkajian iaitu
skor 5. Seterusnya, N pula mewakili jumlah bilangan responden. Dalam kajian ini,
jumlah responden adalah 46 orang. Menurut kajian yang dibuat oleh Gary (2014), purata
indeks bagi analisis ini adalah dalam lingkungan 0.00 hingga ke 1. Indeks yang
diperoleh akan digunakan untuk membuat ranking berdasarkan objektif pertama dan
kedua.

3.6.3 Analisis Kandungan

Analisis kandungan merupakan kaedah kualitatif yang digunakan di dalam kajian


ini bagi mencapai objektif kedua kajian. Secara umumnya, kajian kualitatif berbeza
daripada kajian kuantitatif yang mana lebih mementingkan angka dan pengiraan. Di
dalam analisis ini, analisis kandungan ini lebih mementingkan teks interpretasi makna
secara mendalam dan subjektif. Di samping itu, kajian analisis kandungan sama ada
kualitatif mahupun kuantitatif banyak digunakan di dalam media dan komunikasi bagi
menganalisis dokumen seperti surat khabar, televisyen dan filem. Walaupunbegitu,
kajian kualitatif juga turut menggunakan analisis kandungan bagi menganalisis tema-
tema daripada temubual dan pemerhatian. Di dalam kajian ini, penulis menjalankan sesi
temu bual bersama Pembantu Teknik iaitu Encik Mustafa bagi mengetahui apakah
77

sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik yang boleh dilaksanakan sebagai


langkah penyelesaian bagi menangani masalah-masalah yang dikenal pasti.

3.7 Populasi Kajian

Populasi merupakan sekumpulan individu, orang, objek atau item daripada suatu
persampelan yang diambil bagi tujuan pengukuran sebagai contoh populasi bagi
presiden atau professor, buku atau pelajar (Webster, 1985). Daripada definisi tersebut,
populasi bagi kajian ini terdiri daripada responden yang kebanyakannya terdiri daripada
bahagian pengurusan penyelenggaraan yang menguruskan taman rekreasi. Ia terdiri
daripada Landskap Arkitek, Penolong Landskap Arkitek, Pembantu Teknik, Juruteknik,
kakitangan pentadbiran dan pekerja rendah awam (PRA). Borang soal selidik akan
diedarkan kepada mereka yang berkelayakan untuk memberi maklum balas.

3.7.1 Persampelan Data

Persampelan merupakan suatu proses di mana sebilangan kecil dari keseluruhan


populasi dipilih dan dikaji bagi membolehkan membuat satu generalisasi berkaitan
populasi itu. Sampel digunakan bagi membuat anggaran berkenaan nilai sebenar atau
parameter dalam populasi tersebut. Selain itu juga, persempelan juga merupakan kaedah
statistik untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan masalah tanpa menggunakan
seluruh populasi kajian. Tujuan persampelan dibuat adalah untuk:
78

 Membuat kesimpulan terhadap populasi daripada sampel dengan menggunakan


statistik inferensi

 Mengurangkan kos, masa dan tenaga penyelidikan yang dibuat. Ia juga murah
untuk mengumpulkan maklumat daripada sebahagian individu berbanding
keseluruhan populasi.

 Membolehkan kajian dilakukan di kawasan atau ruang penyelidikan yang lebih


besar

 Membenarkan penyelidik mendapatkan maklumat yang benar-benar dikehendaki


apabila pengukuran menyeluruh ke atas populasi tidak dapat dilakukan.

Di dalam kajian ini, teknik purposive sampling atau judgemental sampling telah
digunakan bagi menerangkan sampel yang digunakan. Teknik ini merujuk kepada proses
di mana pengkaji memilih sampel tersebut berdasarkan pengalaman dan pengetahuan
yang ada pada responden tersebut. Di dalam kajian ini, sampel yang dipilih daripada
populasi ini terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam urusan penyelenggaraan
taman rekreasi. Ia terdiri daripada landskap arkitek, juruteknik, pembantu teknik dan
juga staf sokongan.

3.8 Saiz Sampel

Menurut Israel (1992), saiz sampel dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
tujuan suatu kajian itu dibuat dan juga saiz populasi. Saiz populasi ini berfungsi sebagai
penanda aras berapa banyak borang soal selidik perlu dicapai oleh suatu kajian. Saiz
79

populasi bagi kajian ini merujuk kepada kumpulan sasaran responden yang terdiri
daripada pasukan pengurusan penyelenggaraan yang menguruskan taman rekreasi.

Populasi bagi pasukan penyelenggaraan ini terdiri daripada 65 orang.


Memandangkan saiz populasi untuk kajian ini adalah kecil, penulis telah mengedarkan
borang soal selidik kepada kesemua responden iaitu 65 orang. Walaubagaimanapun,
penulis hanya memperoleh 46 orang responden yang memberi maklum balas terhadap
borang soal selidik yang diedarkan. Setelah data-data diperoleh, penganalisisan data
akan dilakukan.

3.9 Kesimpulan

Berdasarkan metodologi kajian yang telah diterangkan secara terperinci ini,


dapat dirangkumkan bahawa metodologi ini boleh dibahagikan kepada kaedah
pengumpulan data, reka bentuk kajian dan kaedah penganalisisan data. Setiap kaedah
yang digunakan haruslah bersesuaian dengan objektif kajian untuk mendapatkan
keputusan kajian yang tepat.
BAB 4

MENGANALISIS SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN TAMAN


REKRESI

4.1 Pengenalan

Di dalam Bab 4 ini, penulis akan menjelaskan tentang hasil analisis yang
diperoleh daripada pengumpulan data borang soal selidik yang telah dijalankan. Hasil
borang soal selidik yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan kaedah
metodologi yang telah dibincang sebelum ini di dalam Bab 3. Selain daripada itu, hasil
analisis yang diperoleh menjawab objektif yang pertama dan yang kedua iaitu
mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus dan menyelenggara
taman rekreasi dan membentuk satu sistem pengurusan penyelenggaraan terbaik bagi
taman rekreasi. Analisis pertama yang dijalankan adalah berkaitan dengan latar belakang
responden dan analisis yang kedua adalah berkaitan dengan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mengurus dan menyelenggara taman rekreasi. Analisis seterusnya adalah
membentuk sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik yang boleh dilaksanakan
oleh pihak jabatan sebagai langkah untuk menangani masalah-masalah tersebut. Analisis
81

yang dijalankan ini menggunakan perisian SPSS dan Microsoft Excel seperti yang telah
dibincangkan di dalam Bab 3.

4.2 Analisis Latar Belakang Responden (Analisis Frekuensi)

Di dalam kajian ini, penulis telah mengedarkan borang soal selidik kepada
responden sebanyak 65 unit. Walaubagaimanapun, hanya 46 unit borang soal selidik
sahaja berjaya dikembalikan. Bilangan responden ini telah dikenalpasti melalui kaedah
persampelan yang telah dilakukan di dalam Bab 3 sebelum ini. Setelah meneliti borang
soal selidik yang telah diperoleh, didapati bahawa responden terdiri daripada pelbagai
latar belakang. Ia terdiri daripada jenis taman, jantina, umur, bahagian tugas, pencapaian
akademik, pengalaman kerja mereka dan status perjawatan. Oleh yang demikian, latar
belakang responden berdasarkan borang soal selidik adalah seperti berikut:

a) Taman Rekreasi

Jadual 4.1: Analisis Frekuensi Taman Rekreasi


Taman Rekreasi Frekuensi Peratusan (%)
Hutan Bandar 24 52
Taman Orkid 4 9
Taman Merdeka 9 19
Taman Bunga Raya 4 9
Laman Tasik Pandan 5 11
Jumlah 46 100
82

Berdasarkan Jadual 4.1 di atas menunjukkan bahawa responden di Taman


Rekreasi Hutan Bandar merupakan responden teramai yang memberi maklum balas
terhadap borang soal selidik yang diedarkan iaitu sebanyak 24 orang bersamaan dengan
52% daripada keseluruhan responden. Diikuti pula responden di Taman Merdeka adalah
seramai 9 orang bersamaan dengan 19% dan di Laman Tasik Pandan pula mempunyai
responden sebanyak 5 orang iaitu 11%. Manakala bagi Taman Orkid dan Taman Bunga
Raya mempunyai bilangan responden yang sama iaitu 4 orang sahaja bersamaan 9%
daripada keseluruhan responden. Penemuan analisis menunjukkan bahawa terdapat
ramai responden daripada Hutan Bandar kerana taman rekreasi tersebut mempunyai
keluasan taman yang besar iaitu 50 ekar diikuti juga mempunyai bidang-bidang kerja
penyelenggaraan yang banyak. Di samping itu juga, setiap bidang kerja penyelenggaraan
tersebut memerlukan pekerja yang ramai bagi memenuhi keperluan kerja yang ada dan
seterusnya dapat mencapai objektif penubuhannya iaitu mewujudkan sebuah Bandar
dalam taman di daerah Johor Bahru.

b) Jantina

Jadual 4.2: Analisis Frekuensi Jantina Responden


Jantina Frekuensi Peratusan (%)
Lelaki 36 78
Perempuan 10 22
Jumlah 46 100

Merujuk kepada Jadual 4.2 di atas, kebanyakan responden yang memberi


maklum balas terhadap borang soal selidik yang diberikan terdiri daripada kaum lelaki
iaitu sebanyak 36 orang bersamaan dengan 78% berbanding dengan kaum wanita yang
lebih sedikit jumlahnya iaitu seramai 10 orang dengan catatan peratusan sebanyak 22%.
83

Ini menunjukkan bahawa, kerja-kerja penyelenggaraan taman rekreasi sesuai


dilaksanakan oleh kaum lelaki di mana ia melibatkan kerja-kerja yang berat dan
memerlukan kemahiran yang tertentu. Selain daripada itu, pekerja lelaki diperlukan bagi
memenuhi keperluan kerja pada hari minggu sekiranya terdapat tugasan yang
memerlukan pembaikan segera atau pihak organisasi mempunyai projek pembangunan
baru yang ingin dilaksanakan.

c) Umur

Jadual 4.3: Analisis Frekuensi Umur Responden


Umur Frekuensi Peratusan (%)
21 – 30 tahun 5 11
31 – 40 tahun 20 43
41 – 55 tahun 21 46
Jumlah 46 100

Berdasarkan Jadual 4.3, taburan umur responden dalam lingkungan 41 hingga 55


tahun adalah responden teramai iaitu seramai 21 orang dengan peratusan 46%. Diikuti
pula lingkungan umur antara 31 hingga 40 tahun merupakan kedua tertinggi iaitu
seramai 20 orang bersamaan dengan 43%. Walaubagaimanapun, lingkungan umur antara
21 hingga 30 tahun adalah responden yang terendah yang merangkumi 11% sahaja.
Hasil daripada sesi temu ramah bersama Puan Mustika, rata-rata responden ini terdiri
daripada pembantu juruteknik dan pekerja rendah awam (PRA) iaitu pekerja bawahan
yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan taman rekreasi.
84

d) Bahagian Tugas

Jadual 4.4: Analisis Frekuensi Bahagian Tugas


Bahagian Tugas Frekuensi Peratusan (%)
Pengurusan 9 20
Operasi 37 80
Jumlah 46 100

Merujuk Jadual 4.4, majoriti responden terdiri daripada bahagian operasi iaitu
seramai 37 orang responden yang memberi maklum balas dengan peratusan sebanyak
80%. Manakala selebihnya pula daripada bahagian pengurusan iaitu 9 orang responden
dengan peratusan sebanyak 20%. Ini menunjukkan bahawa, di dalam sesebuah taman
rekreasi, bahagian operasi adalah bahagian yang melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan di mana ia memainkan peranan yang penting bagi memastikan
persekitaran taman rekreasi sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan kemudahan-
kemudahan yang disediakan dapat berfungsi seperti yang dikehendaki. Bahagian
pengurusan adalah bahagian yang menguruskan kerja-kerja pentadbiran seperti
menyelaras dan mengemaskini belanjawan tahunan, menyelaras serta menguruskan
urusan sumber manusia, mengaudit laporan dan sebagainya dimana ia yang tidak
memerlukan kakitangan yang ramai disebabkan oleh keperluan kerja yang sedikit.
85

e) Pencapaian Akademik

Jadual 4.5: Analisis Frekuensi Pencapaian Akademik


Pencapaian Akademik Frekuensi Peratusan (%)
Sarjana 1 2
Ijazah 1 2
Diploma 16 35
Sijil 7 16
STPM/SPM 21 46
Jumlah 46 100

Merujuk Jadual 4.5, majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah
terdiri daripada mereka yang berkelulusan STPM/SPM iaitu seramai 21 orang dengan
peratusan sebanyak 46%. Diikuti pula, taburan kelayakan Diploma seramai 16 orang
dengan peratusan sebanyak 35% dan yang berkelulusan Sijil seramai 7 orang. Ini
menunjukkan bahawa, kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh responden
kebanyakannya berkelulusan STPM/SPM di mana mereka merupakan pekerja rendah
awam (PRA) iaitu pekerja bawahan. Bagi kelayakan Diploma dan Sijil pula, mereka
terdiri daripada pembantu teknik, juruteknik dan pembantu juruteknik di mana bidang
tugas mereka adalah menyelia kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja bawahan.
Manakala bagi kelayakan Sarjana dan Ijazah, masing-masing mempunyai 1 responden
sahaja. Golongan ini merupakan golongan atasan yang terdiri daripada Landskap
Arkitek dan penolong pegawai yang bertanggungjawab memberi arahan kepada pekerja
bawahan.
86

f) Pengalaman Kerja

Jadual 4.6: Analisis Frekuensi Pengalaman Kerja


Pengalaman Kerja Frekuensi Peratusan (%)
2 – 5 tahun 21 46
6 – 10 tahun 9 19
> 10 tahun 16 35
Jumlah 46 100

Analisis frekuensi di atas menunjukkan bahawa kebanyakan responden


mempunyai pengalaman 2-5 tahun dalam bidang pengurusan penyelenggaraan taman
rekreasi. Hasil daripada analisis ini menunjukkan bahawa kemahiran dalam bidang
penyelenggaraan perlu ditingkatkan bagi memastikan kualiti yang diperoleh pada tahap
yang maksimum. Menurut Mat Nizi Mamat (2010), pengalaman yang singkat dalam
pengurusan penyelenggaraan akan membatasi kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu
masalah ataupun tindakan bagi menghasilkan kualiti yang terbaik.
87

g) Status Perjawatan

Jadual 4.7: Analisis Frekuensi Status Perjawatan


Status Perjawatan Frekuensi Peratusan (%)
Pengarah 1 2
Penolong Pegawai/Pembantu Teknik 7 15
Juruteknik 2 5
Staf sokongan 36 78
Jumlah 46 100

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan staf sokongan merupakan responden


teramai di dalam kajian ini yang meliputi taburan sebanyak 36 orang responden dengan
peratus taburan sebanyak 78% daripada keseluruhan responden. Ini membuktikan
bahawa organisasi pengurusan penyelenggaraan taman rekreasi lebih menumpukan
kepada tugasan operasi di mana ia dilaksanakan oleh staf sokongan atau pekerja rendah
awam (PRA) bagi mencapai matlamat penubuhan taman rekreasi. Diikuti pula pembantu
teknik atau penolong pegawai dengan hanya 15%, seterusnya juruteknik 5% dan 2%
adalah pengurus.

g) Rumusan Analisis Latar Belakang Responden

Secara keseluruhannya, terdapat beberapa ciri telah dikenalpasti berkenaan


dengan latar belakang responden dalam kajian ini iaitu terdiri daripada jantina, umur,
bahagian tugas, pancapaian akademik, pengalaman kerja dan status perjawatan. Hasil
daripada analisis kajian ini dapat mengetahui bahawa latar belakang responden
kebanyakannya terdiri daripada bahagian operasi yang mana bahagian inilah yang
88

melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan taman rekreasi. Di samping itu, hasil analisis


kajian mendapati bahawa responden teramai terdiri daripada mereka yang memegang
jawatan staf sokongan atau pekerja rendah awam di mana merekalah yang melaksanakan
kerja-kerja penyelenggaraan sehingga selesai.

4.3 Analisis Data Bagi Mencapai Objektif Kajian

4.3.1 Objektif Pertama: Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam


mengurus dan menyelenggara taman rekreasi

Analisis yang dijalankan bagi mencapai objektif pertama ialah melalui huraian
kajian literatur dan menjalankan sesi temubual bersama pegawai. Kajian literatur ini
dijalankan dengan mengkaji jurnal-jurnal, buku, artikel, surat khabar, internet dan
sebagainya tentang masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus dan menyelenggara
taman rekreasi sehingga taman tidak dapat memenuhi fungsi seperti yang dikehendaki.
Selain itu, untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci, sesi temubual bersama
pegawai dilakukan untuk mengenalpasti masalah-masalah lain yang dihadapi oleh pihak
jabatan. Semua masalah-masalah yang telah dikenalpasti melalui kajian literatur dan sesi
temubual ini akan menjurus kepada pembentukan borang soal selidik. Borang soal
selidik yang telah dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan kaedah Indeks
Kepentingan Relatif bagi menentukan ranking suatu masalah yang dihadapi oleh pihak
jabatan ketika mengurus dan menyelenggara taman tersebut.
89

Jadual 4.8: Taburan Peratusan Dan (RII) Terhadap Masalah-masalah Yang


Dihadapi Oleh MBJB Dalam Mengurus Dan Meneyelenggara Taman Rekreasi
Kekerapan (%) RII
Masalah-Masalah Yang Dihadapi 1 2 3 4 5
1) Kekurangan peruntukan kewangan bagi
13% 67% 20% 0.81
membiayai kos penyelenggaraan

2) Kekurangan pekerja dalam


2% 59% 39% 0.67
melaksanakan kerja penyelenggaraan

3) Kekurangan pengalaman/tiada
18% 48% 30% 4% 0.64
pengetahuan

4) Kerja penyelenggaraan tidak dilakukan


6% 24% 61% 9% 0.74
mengikut jadual yang disediakan

5) sikap pekerja yang sambil lewa


2% 7% 24% 63% 4% 0.72
terhadap tugasan diberikan

6) Kekurangan bahan dan peralatan dalam


9% 56% 33% 2% 0.66
melaksanakan tugasan

7) Peralatan atau mesin tidak selaras


13% 59% 28% 0.63
dengan teknologi semasa

8) Kekurangan kemahiran dan latihan 11% 39% 48% 25% 0.73

9) Kekurangan kerja-kerja pemantauan 2% 37% 39% 22% 0.62

10) Arahan yang diterima tidak jelas 44% 35% 15% 7% 0.52

11) Kontraktor tidak berkualiti 17% 46% 30% 7% 0.65


90

Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh


MBJB

Kontraktor tidak
berkualiti

Arahan diterima tidak


jelas

Kekurangan kerja
pemantauan

Kekurangan kemahiran
dan latihan

Peralatan atau mesin


tidak selaras dengan
teknologi semasa
Kekurangan bahan dan
peralatan

Pekerja sambil lewa


terhadap tugasan

Kerja penyelenggaraan
tidak mengikut jadual

Kekurangan
pengalaman

Kekurangan pekerja

Kekurangan
0.00 peruntukan kewangan
0.20
0.40
0.60
0.80
1.00

Rajah 4.1: Graf Taburan Indeks Kepentingan Relatif (RII) Bagi Masalah-Masalah
Yang dihadapi Oleh MBJB
91

Berdasarkan Rajah 4.1 di atas menunjukkan graf taburan Indeks Kepentingan


Relatif (R11) bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak MBJB ketika mengurus
dan menyelenggara taman rekreasi. Masalah yang mempunyai indeks tertinggi akan
berada di ranking yang pertama di mana ia merupakan masalah yang menjadi keutamaan
pihak responden ketika menguruskan taman rekreasi. Hasil analisis menunjukkan
terdapat tiga (3) masalah utama yang dihadapi oleh pihak MBJB ketika menguruskan
taman-taman rekreasi di bawah pentadbirannya.

Daripada analisis data yang dijalankan oleh penulis, masalah utama yang
dihadapi oleh pihak jabatan dalam menguruskan taman rekreasi adalah masalah
kekurangan peruntukan kewangan dengan catatan nilai indeks 0.81. Masalah kekurangan
peruntukan kewangan yang dihadapi oleh pihak jabatan akan mempengaruhi proses
penyelenggaraan yang akan dijalankan. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Kamalludin (2004), kekurangan peruntukan merupakan masalah utama yang dihadapi
oleh pihak organisasi dalam menguruskan taman rekreasi. Kenyataan ini juga disokong
oleh pegawai daripada Jabatan Landskap dan Rekreasi MBJB iaitu Encik Mustafa di
mana beliau juga menyatakan bahawa masalah kekurangan peruntukan adalah masalah
utama yang mereka hadapi ketika menguruskan taman rekreasi. Di samping itu, beliau
menyatakan bahawa peruntukan kewangan yang terhad akan memberi kesan kepada
kewujudan masalah-masalah lain. Ini adalah disebabkan oleh pihak atasan MBJB itu
sendiri mempunyai sumber kewangan yang terhad di mana ia memberi keutamaan
kepada projek-projek yang lebih penting. Pihak jabatan membiayai kerja-kerja
penyelenggaraan taman dengan memperoleh hasil daripada peruntukan atau sumbangan
yang diberikan oleh pihak MBJB itu sendiri. Sebelum peruntukan kewangan dimohon,
pihak jabatan akan membuat anggaran perbelanjaan terlebih dahulu dengan mengambil
kira kos-kos yang terlibat seperti kos-kos bahan, peralatan, gaji pekerja, kos
penyelenggaraan kecemasan dan sebagainya. Pihak atasan MBJB akan meluluskan
sumber kewangan yang dipohon mengikut keperluan dan keutamaan.
92

Di samping itu juga, masalah kekurangan peruntukan kewangan disebabkan oleh


taman-taman rekreasi di bawah pentadbiran MBJB mempunyai saiz keluasan taman
yang besar dan mempunyai pelbagai bidang penyelenggaraan yang mana setiap bidang
tersebut mempunyai pecahannya. Sebagai contoh, Taman Rekreasi Hutan Bandar
mempunyai saiz keluasan sebanyak 50 ekar dan terdapat pelbagai komponen
pembangunan dan kemudahan yang dibina seperti Medan Selera, Laman Tembusu,
Laman Permainan, Tasik, Tapak Perkhemahan, Taman Ekologi dan Rumah Melayu
Johor. Setiap daripada komponen pembangunan tersebut memerlukan kos
penyelenggaraan yang banyak dan perlu diselenggara bagi mengekalkan fungsinya yang
mana setiap darinya meliputi pelbagai skop penyelenggaraan. Antara bidang
penyelenggaraan taman rekreasi terdiri daripada penyelenggaraan kemudahan seperti
taman permainan kanak-kanak, tasik, wakaf, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Diikuti
pula dengan penyelenggaraan kebersihan kemudahan, kawasan dan landskap yang
merangkumi kerja-kerja pemotongan rumput, membersihkan tandas dan seterusnya
adalah penyelenggaraan sivil dan elektrik. Penyelenggaraan ini meliputi kerja-kerja
pembaikan dan penggantian bagi setiap komponen pembangunan untuk memastikan
fungsinya dapat dikekalkan.

Selain daripada kos untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan, sumber


kewangan yang ada juga perlu disalurkan kepada kos-kos untuk membeli bahan-bahan
dan peralatan. Bahan-bahan dan peralatan amatlah diperlukan bagi melaksanakan kerja
penyelenggaraan. Pihak jabatan perlu menyediakan jumlah bahan dan peralatan yang
mencukupi bagi melancarkan proses penyelenggaraan. Akan tetapi, apabila penawaran
terhadap bahan dan peralatan tidak mencukupi, ia akan membantutkan proses
penyelenggaraan. Di sini, pihak jabatan perlu mengimbangi kos-kos untuk kerja-kerja
penyelenggaraan dan juga bahan-bahan dan peralatan dengan sumber kewangan yang
ada. Dengan itu, setiap taman rekreasi memerlukan sumber kewangan yang banyak bagi
menampung kos penyelenggaraan yang terlibat dan seterusnya dapat mencapai matlamat
penubuhannya.
93

Selain daripada perkara di atas, masalah kekurangan peruntukan kewangan juga


disebabkan oleh matlamat penubuhan taman rekreasi itu sendiri di mana taman rekreasi
awam berfungsi memberi kemudahan kepada orang awam secara percuma tanpa
dikenakan sebarang bayaran. Taman rekreasi ini merupakan salah satu kemudahan yang
perlu disediakan oleh MBJB bagi memenuhi keperluan fizikal dan psikologi pengguna
dan memastikan ia diuruskan dengan baik. Disebabkan matlamat taman rekreasi awam
iaitu memberi kemudahan secara percuma, pihak jabatan tidak dapat menjana
pendapatan sendiri yang mana dengan pendapatan tersebut sedikit sebanyak ia boleh
membantu menampung pendapatan yang sedia ada.

Seterusnya, masalah kedua yang dihadapi oleh pihak Jabatan Landskap dan
Rekreasi dalam menguruskan taman rekreasi adalah masalah kerja-kerja
penyelenggaraan tidak dilaksanakan mengikut jadual penyelenggaraan dengan catatan
nilai indeks 0.74. Menurut Encik Mustafa, masalah ini merupakan masalah yang serius
di mana hasil dari pemantauan yang dilakukan oleh beliau, didapati terdapat segelintir
pekerja tidak mematuhi jadual penyelenggaraan yang telah disediakan. Sebagai contoh,
penyelenggaraan terhadap kebersihan tandas perlu dilakukan pada setiap hari bagi
mengekalkan kebersihan dan keselesaan kepada pengguna. Namun begitu beliau
menyatakan bahawa pekerja yang ditugaskan bagi menyelenggara kemudahan tersebut
telah melakukan penyelenggaraan hanya seminggu sekali. Hasil daripada lawat periksa
oleh penulis juga mendapati bahawa kemudahan tandas seolah-olah tidak diselenggara
mengikut jadual dan dibiarkan kotor dan berbau. Masalah ini merupakan masalah yang
rumit di mana ia bercanggah dengan fungsi penyediaan jadual penyelenggaraan.
Penyediaan jadual penyelenggaraan berfungsi bagi mengekalkan fungsi suatu komponen
dan mencegah daripada mengalami kerosakan yang lebih besar. Selain itu juga, jadual
penyelenggaraan berperanan bagi mengurangkan kos penyelenggaraan yang ditanggung
oleh pihak jabatan. Namun, dengan masalah yang berlaku ini kos penyelenggaraan akan
meningkat dan memberi kesan kepada kemudahan tersebut.
94

Menurut beliau lagi, dalam tempoh masa bekerja pekerja-pekerja tersebut


menghabiskan masa dengan melepak dan memonteng daripada melakukan tugasan.
Masalah ini berkait rapat dengan masalah disiplin pekerja di mana pekerja melaksanakan
tugasan secara sambil lewa dan tidak memikirkan kesan yang akan terjadi. Menurut
Puan Mustika, walaupun teguran dan nasihat telah diberikan, akan tetapi sesetengah
pekerja masih melakukan perkara yang sama. Masalah ini sukar untuk dibendung
disebabkan pihak jabatan mengalami kekurangan staf bagi menjalankan kerja-kerja
pemantauan dan penyeliaan terhadap setiap bidang tugasan yang dilaksanakan oleh
pekerja. Bagi membuat perlantikan staf-staf baru, pihak jabatan memerlukan sumber
kewangan yang mencukupi untuk membiayainya. Namun begitu, disebabkan oleh
kekurangan peruntukan kewangan, pihak jabatan tidak boleh melantik lebih ramai staf.

Seterusnya, masalah kekurangan latihan dan kemahiran oleh para pekerja


merupakan masalah yang ketiga yang dihadapi oleh pihak jabatan dengan catatan indeks
sebanyak 0.73. Program latihan dan kemahiran tersebut berfungsi bagi meningkatkan
lagi tahap kemahiran teknikal dan kualiti tugasan yang akan dihasilkan oleh setiap
pekerja. Kekurangan latihan dan kemahiran teknikal oleh para pekerja akan memberi
kesan serius kepada suatu komponen itu. Di samping itu juga, apabila kerja-kerja
penyelenggaraan tidak dilaksanakan secara efektif, akan meningkatkan lagi kos
penyelenggaraan yang sedia ada. Ini adalah kerana, menurut Puan Mustika pihak jabatan
hanya menyediakan program latihan dan kemahiran kepada para pekerja hanya dua kali
dalam setahun. Selain daripada itu, latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pihak
organisasi hanyalah sekadar menghadiri kelas dan seminar tanpa menyediakan latihan
praktikal. Latihan praktikal adalah sememangnya penting kepada para pekerja di mana
melalui latihan tersebut para pekerja dapat mengetahui proses atau langkah-langkah
suatu kerja itu dijalankan dengan menggunakan teknologi baru. Selain daripada itu,
dengan latihan praktikal tersebut kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan
dengan lebih efektif dan menghasilkan kualiti yang baik. Dengan itu, para pekerja dapat
meningkatkan lagi tahap kemahiran dalam menyelesaikan suatu masalah.
95

4.3.2 Objektif Kedua: Membentuk Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Yang


Terbaik Bagi Taman Rekreasi

Bagi mencapai objektif yang kedua ini, analisis yang digunakan oleh penulis
adalah dengan menggunakan Analisis Kandungan. Analisis Kandungan ini gunakan
apabila penulis telah menjalankan sesi temubual bersama seorang pegawai daripada
Jabatan Landskap dan Rekreasi MBJB. Sesi temubual ini dijalankan bagi memperoleh
pendapat ataupun pandangan mengenai sistem pengurusan penyelenggaraan yang
terbaik yang boleh dilaksanakan oleh pihak jabatan sebagai langkah penyelesaian bagi
menangai masalah-masalah yang telah dikenalpasti. Walaubagaimanapun, penulis tidak
mendapat maklumat secara terperinci disebabkan oleh kekangan masa yang dihadapi
oleh pegawai tersebut.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan untuk mencapai objektif pertama


kajian, didapati bahawa terdapat tiga (3) masalah utama yang dihadapi oleh pihak
jabatan dalam mengurus dan menyelenggara taman-taman rekreasi. Masalah utama yang
dihadapi oleh pihak jabatan adalah masalah kekurangan peruntukan kewangan untuk
membiayai kerja-kerja penyelenggaraan. Peruntukan kewangan yang mencukupi
amatlah diperlukan oleh pihak jabatan supaya setiap komponen pembangunan yang
disediakan di taman rekreasi dapat diselenggara dengan sebaik mungkin. Berdasarkan
daripada temubual yang telah dijalankan, pihak responden menyatakan bahawa
peruntukan kewangan yang diperoleh bagi setiap tahun adalah bersumberkan daripada
Geran Kerajaan Negeri. Pihak Kerajaan Negeri iaitu MBJB telah memberikan geran
bagi membiayai pengurusan taman rekreasi di bawah pentadbirannya dalam tempoh dua
tahun sekali. Ini bermaksud, pihak jabatan perlu membuat anggaran belanjawan yang
merangkumi kos-kos penyelenggaraan iaitu kos penggantian dan pembaikan, kos bahan-
bahan dan peralatan, gaji pekerja, kos penyelenggaraan kecemasan dan sebagainya
untuk tempoh dua tahun. Sebagai contoh, untuk mendapatkan peruntukan bagi tahun
2014, pihak jabatan perlu membuat belanjawan dengan lebih awal iaitu pada tahun 2012.
96

Ini adalah kerana, pihak MBJB mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak
menentu pada setiap tahun. Di samping itu juga, sumber kewangan yang dipunyai oleh
pihak MBJB disalurkan untuk projek-projek yang lebih penting.

Menurut responden, peruntukan kewangan yang disediakan melalui Geran


Kerajaan Negeri sememangnya tidak mencukupi. Ini kerana tiada peruntukan khas yang
disediakan oleh pihak MBJB untuk pengurusan taman rekreasi. Dalam tempoh dua
tahun, hanya RM2 juta sahaja peruntukan kewangan yang diluluskan oleh pihak MBJB.
Daripada jumlah yang telah diluluskan itu, sebanyak 60%-80% diperuntukan untuk
kerja-kerja penyelenggaraan. Ini bermaksud, dengan jumlah tersebut pihak jabatan perlu
mengimbanginya untuk tempoh dua tahun dengan mengambil kira kos pembaikan dan
penggantian, kos bahan dan peralatan, pembelian mesin baru dan sebagainya. Selain itu
juga dengan RM2 juta, jumlah tersebut perlu membahagikannya untuk setiap taman
rekreasi. Jumlah sebenar peruntukkan kewangan yang diperuntukan untuk setiap taman
rekreasi tidak dapat dijelaskan di sini. Ini adalah disebabkan maklumat kewangan
merupakan maklumat sulit pihak jabatan. Walaubagaimanapun, menurut responden
jumlah peruntukan yang diluluskan oleh pihak MBJB merosot berbanding pada tahun
sebelumnya. Pada tahun sebelumnya, peruntukan tahunan yang diluluskan oleh pihak
MBJB mencecah RM10 juta.

Dengan peruntukan kewangan yang diluluskan adalah tidak mencukupi,


responden memberi pendapat bahawa pihak jabatan perlu menjana pendapatan sendiri
bagi menangani masalah tersebut. Walaupun taman rekreasi dibangunkan bukan untuk
mendapatkan pulangan hasil atau pendapatan kepada MBJB, terdapat sebilangan aktiviti
dan kemudahan yang disediakan dikenakan bayaran yang nominal bagi memberi
kesedaran kepada pengguna supaya mengahayati kemudahan yang disediakan dan tidak
merosakkannya. Pendapatan yang akan diperoleh itu nanti sedikit sebanyak akan dapat
menampung sebahagian kecil kos operasi. Bagi mengurangkan beban kewangan MBJB,
responden mensyorkan pihak jabatan perlu membuat penambahbaikan dan
97

meningkatkan lagi promosi dan pemasaran terhadap program dan aktiviti yang
dijalankan sebagai contoh di Taman Rekreasi Hutan Bandar seperti tahuan sebelumnya.
Ini kerana, jika dilihat sekarang program dan aktiviti yang disediakan oleh pihak jabatan
sudah kurang mendapat sambutan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Program dan
aktiviti yang disediakan merangkumi aktiviti memancing, Bazar Jualan Produk
Landskap, Klinik Landskap dan Orkid, Mini pameran orkid dan Lawatan ke Taman
Orkid. Dengan membuat penambahbaikan dan meningkatkan promosi dan pemasaran
terhadap program dan aktiviti seperti tahun sebelumnya, ia akan dapat menarik ramai
pengunjung untuk hadir ke taman rekreasi bagi menikmati program dan aktiviti yang
disediakan. Di samping itu, dengan peningkatan promosi dan pemasaran yang
dilaksanakan, pihak jabatan boleh mendapatkan pulangan hasil atau pendapatan dengan
cara menetapkan beberapa aktiviti dan kemudahan yang disediakan dengan bayaran
yang nominal bagi menampung sebahagian kecil kos operasi taman-taman di bawah
MBJB.

Kemudahan dan aktiviti yang ingin digunakan oleh pengunjung akan dikenakan
kadar sewaan yang berpatutan. Antara kemudahan-kemudahan yang dikenakan bayaran
seperti sewaan Chalet, Laman Tembusu, Laman Hijau, Dewan Lambak, Astaka, Tapak
Perkhemahan, BBQ Pit, Khemah, Sewaan Bazar Produk Landskap Sewaan Gerai Atap
Belian dan Bayaran Pas Masuk Taman Orkid. Dengan bayaran yang dikenakan ke atas
perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, ia merupakan pendapatan yang
diperoleh oleh pihak jabatan. Menurut responden, semasa awal penubuhan Taman
Rekreasi Hutan Bandar, pendapatan atau hasil yang diperoleh oleh pihak jabatan telah
mencecah RM23,000 dan meningkat sehingga RM50,000 bagi tahun berikutnya. Ini
adalah disebabkan pelaksanaan program dan aktiviti yang disediakan. Justeru itu,
responden mensyorkan pihak jabatan boleh membuat penambahbaikan terhadap
program dan aktiviti yang telah disediakan sebelum ini, dan melancarkan semula.
Dengan pendapatan yang diperoleh nanti akan dapat menampung kos-kos
penyelenggaraan di samping dapat mengurangkan bebanan pihak MBJB.
98

Selain daripada penambahbaikan terhadap program dan aktiviti bagi


meningkatkan lagi sumber kewangan pihak jabatan, responden menyatakan langkah lain
yang boleh diambil oleh pihak jabatan bagi menangani masalah kekurangan peruntukan
kewangan adalah dengan mengawal peruntukan kewangan yang ada. Pengawalan
sumber kewangan boleh dilakukan dengan cara melaksanakan penyelenggaraan
pencegahan. Penyelenggaraan pencegahan dilakukan berdasarkan kepada jadual
penyelenggaraan yang telah disediakan oleh pihak jabatan. Jadual penyelenggaraan ini
berfungsi bagi mengelak atau mencegah kerosakan suatu komponen itu daripada terjadi
dengan lebih serius. Selain daripada itu, jadual penyelenggaraan disediakan secara
harian, mingguan, bulanan dan tahunan mengikut keutamaan. Sebagai contoh,
penyelenggaraan terhadap pembersihan tandas perlu dilakukan secara harian bagi
mengekalkan fungsinya dan mengelak terjadinya kerosakan yang lebih besar. Bukan
sekadar menyediakan jadual penyelenggaraan sahaja, pihak jabatan perlu memantau
setiap kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja bagi memastikan fungsi setiap komponen
dapat dikekalkan.

Selain itu, kawalan sumber kewangan juga boleh dilakukan dengan cara
membuat sistem rekod bagi penyimpanan peralatan untuk mengelakkan pembaziran
sumber. Sistem rekod ini bertujuan bagi memastikan setiap peralatan yang digunakan
direkod dengan mengisi nama, waktu digunakan, jenis peralatan dan tarikh. Ini bagi
memastikan pihak jabatan boleh merujuk rekod yang telah disimpan sekiranya terdapat
kehilangan sesuatu peralatan. Dengan cara tersebut, ia dapat mengurangkan kehilangan
suatu peralatan dan pihak jabatan tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk
membeli peralatan baru. Justeru itu, sumber kewangan yang terhad boleh disalurkan
kepada perkara-perkara yang lebih penting. Kawalan sumber kewangan yang baik dapat
meminimumkan kos pihak jabatan.
99

Seterusnya, hasil analisis daripada objektif pertama menunjukkan bahawa


masalah kedua yang dihadapi oleh pihak jabatan adalah masalah kerja-kerja
penyelenggaraan tidak dilaksanakan mengikut jadual penyelenggaraan. Langkah
penyelesaian yang boleh diambil oleh pihak jabatan bagi menangani masalah ini adalah
dengan cara pengawalan. Menurut Jaafar (1988), pengawalan boleh ditakrifkan sebagai
satu proses untuk menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Di samping itu, dalam konteks pengawalan
terhadap kerja-kerja penyelenggaraan, ia merupakan satu proses supaya apa yang
dirancang dapat memenuhi objektif yang telah ditetapkan (Gregory, 1988). Menurut
responden, pengawalan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan secara sistematik adalah
penting bagi memastikan penyelenggaraan yang dilakukan dapat mencapai objektif
jabatan. Pengawalan ini boleh dilakukan dengan cara membuat lawat periksa semasa
proses kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Lawat periksa semasa kerja-kerja
penyelenggaraan dijalankan bertujuan bagi memastikan penyelia dapat melihat sejauh
mana penglibatan pekerja terhadap suatu tugasan yang diberikan dan bagi memastikan
kerja-kerja yang dijalankan menghasilkan kualiti yang baik.

Responden berpendapat bahawa, pihak jabatan perlu melantik lebih ramai staf
bagi menjalankan pemantauan dan penyeliaan terhadap setiap bidang penyelenggaraan
mengikut keperluan dan keutamaan suatu kerja. Kerja-kerja pengawalan ini dilakukan
oleh penyelia yang ditugaskan untuk memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja
dan terdapat seorang mandor iaitu ketua pekerja yang memantau segala kerja-kerja yang
dijalankan oleh pekerja bawahan. Sebelum ini menurut responden, seorang penyelia
telah ditugaskan untuk menjaga atau menyelia beberapa bidang penyelenggaraan dalam
satu masa. Dengan kekurangan pemantauan terhadap setiap bidang tersebut, terjadinya
masalah pekerja tidak melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut jadual
penyelenggaraan. Bidang-bidang penyelenggaraan ini boleh dibahagikan kepada tiga
iaitu penyelenggaraan kebersihan kemudahan, penyelenggaraan kebersihan kawasan dan
landskap dan penyelenggaraan sivil dan elektrik. Setiap bidang penyelenggaraan
tersebut meliputi pelbagai kawasan yang berbeza. Responden menyarankan setiap
100

bidang tersebut memerlukan seorang penyelia bagi memantau kerja-kerja yang


dilakukan oleh pekerja. Pemantauan yang dijalankan akan memberi kesan kepada hasil
yang positif terhadap penyelenggaraan yang dijalankan. Dengan pemantauan juga,
kerosakan suatu komponen dapat dikurangkan di samping dapat mengekalkan kualiti
setiap komponen. Walaupun pihak jabatan mengalami kekurangan sumber kewangan,
tetapi dalam tempoh jangka masa panjang ia dapat mengelakkan daripada pembaziran
sumber. Dengan itu, pengawalan merupakan salah satu aspek yang penting yang
membawa kepada kejayaan sesebuah taman rekreasi.

Analisis yang telah dijalankan bagi objektif pertama mendapati bahawa masalah
kekurangan latihan dan kemahiran yang dialami oleh pekerja merupakan masalah yang
ketiga yang dihadapi oleh pihak jabatan. Kekurangan program latihan dan kemahiran
yang diberikan akan memberi kesan yang tidak baik terhadap suatu komponen di taman
rekreasi. Ini kerana, pekerja tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk
menyelesaikan masalah yang berlaku terhadap komponen tersebut. Dengan masalah
tersebut, suatu komponen itu akan mengalami kerosakan yang lebih teruk dan membawa
kepada peningkatan kos penyelenggaraan. Sebagai contoh, kemudahan seperti alat
permainan kanak-kanak perlu diselenggara mengikut jadual penyelenggaraan yang telah
disediakan dan memerlukan kepakaran yang khusus untuk membaikinya. Menurut
responden, sekadar menghadiri kelas dan seminar adalah tidak mencukupi untuk tugasan
operasi seperti penyelenggaraan ini. Ini kerana, penyelenggaraan memerlukan
keupayaan teknikal yang memerlukan latihan praktikal bagaimana suatu masalah
kerosakan itu dapat diselesaikan. Latihan praktikal ini diperlukan bagi menunjukkan
bagaimana proses atau langkah-langkah suatu kerja itu dijalankan bagi mendapatkan
hasil dan kualiti yang terbaik. Penawaran pekerja yang ramai tetapi tidak produktif akan
menyebabkan berlakunya pembaziran sumber. Ini kerana, pekerja yang ramai tetapi
tidak dapat menyelesaikan masalah kerosakan yang berlaku akan membuatkan
kerosakan tersebut menjadi lebih serius. Kerosakan yang dialami akan membawa kepada
peningkatan kos penyelenggaraan yang mana pihak jabatan perlu menggantikan suatu
komponen tersebut dengan komponen yang baru. Walhal, kerosakan tersebut boleh
101

diatasi dengan membuat pembaikan dengan lebih awal. Di samping itu, pihak jabatan
akan mengalami pembaziran sumber dari segi pembayaran gaji pekerja di mana melantik
pekerja yang tidak produktif dan tidak dapat memberi apa-apa sumbangan yang positif
kepada pihak jabatan.

Responden menyarankan pihak jabatan boleh menangani masalah ini dengan


mengadakan latihan praktikal kepada para pekerja dengan melantik mana-mana pihak
profesional bagi menunjukkan demonstrasi bagaimana suatu proses kerja
penyelenggaraan itu dijalankan dan bagaimana suatu teknologi baru itu digunakan.
Walaupun pihak jabatan mengalami kekurangan sumber kewangan untuk melaksanakan
sesi latihan praktikal, akan tetapi ia akan memberi keuntungan di masa hadapan. Sesi
latihan praktikal yang dijalankan akan meningkatkan kreativiti pekerja dalam
menyelesaikan masalah dan menghasilkan kualiti yang baik terhadap suatu komponen
itu. Selain daripada itu, pihak jabatan boleh melantik juruteknik baru sekiranya perlu
yang mempunyai pengalaman dan kepakaran khusus terhadap suatu bidang itu. Dengan
cara ini, pihak jabatan tidak perlu melaksanakan latihan praktikal yang mana hanya
juruteknik tersebut yang akan menunjukkan demonstrasi atau memberikan latihan
praktikal kepada pekerja bawahannya. Dengan ini, kos penyelenggaraan dapat
dikurangkan dan dapat mengurangkan pembaziran sumber. Di samping itu, sumber
kewangan yang ada dapat disalurkan kepada perkara yang lebih penting.

4.4 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, di dalam Bab 4 ini telah menerangkan secara terperinci


mengenai kaedah penganalisisan data yang digunakan. Melalui penggunaan kaedah
Analisis Frekuensi, latar belakang responden dapat dikenalpasti. Latar belakang
102

responden terdiri daripada mereka yang melibatkan diri dalam bahagian operasi di mana
bahagian ini yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan taman rekreasi.
Seterusnya, dapat dikenalpasti bahawa, kebanyakan responden terdiri daripada mereka
yang memegang jawatan staf sokongan iaitu pekerja rendah awam (PRA) yang mana
golongan inilah yang menggerakkan kerja-kerja penyelenggaraan taman rekreasi.

Selain daripada itu, terdapat tiga (3) masalah utama yang dihadapi oleh pihak
MBJB dalam menguruskan taman rekreasi juga dapat dikenalpasti melalui kaedah
Indeks Kepentingan Relatif. Antara masalah-masalah utama tersebut adalah pertama,
masalah kekurangan peruntukan kewangan, kedua, masalah kerja-kerja penyelenggaraan
tidak dilakukan mengikut jadual penyelenggaraan dan ketiga, masalah kekurangan
latihan dan kemahiran.

Seterusnya, hasil analisis yang telah dijalankan melalui temubual bersama


pegawai dari Jabatan Landskap dan Rekreasi adalah untuk mengetahui apakah sistem
pengurusan penyelenggaraan yang terbaik yang dilaksanakan oleh pihak jabatan bagi
menangani masalah-masalah tersebut. Dengan temubual yang dijalankan, ia dapat
mencapai objektif kedua kajian.
103

BAB 5

PENEMUAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Hasil analisis ke atas borang soal selidik dan temubual yang telah
dipersembahkan di dalam Bab 4 sebelum ini telah mencapai objektif pertama dan kedua
kajian. Di samping itu, di dalam bab ini melihat secara terperinci sama ada hasil kajian
yang diperoleh mencapai objektif kajian yang telah dibincangkan di dalam kajian
literatur. Dua objektif utama kajian ialah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi
dalam mengurus dan menyelenggara taman rekreasi dan membentuk sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik bagi taman rekreasi

.
104

5.2 Penemuan Kajian

Matlamat utama kajian ini adalah bagi mengenalpasti masalah-masalah yang


dihadapi oleh pihak MBJB ketika mengurus dan menyelenggara taman-taman rekreasi di
bawah pentadbirannya. Apabila taman rekreasi tidak diselenggara dengan baik, ia akan
memberi kesan negatif kepada pengguna yang berkunjung dan juga memberi kesan
kepada taman rekreasi itu sendiri. Antara kesan-kesannya adalah kemudahan-
kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak akan mengalami kerosakan yang lebih
besar dan akan memudaratkan pengguna yang menggunakannya. Seperti yang telah
dibincangkan di dalam Bab 1, Antara masalah-masalah yang menyebabkan ianya
berlaku adalah disebabkan oleh pengurusan penyelenggaraan yang lemah. Pengurusan
penyelenggaraan yang lemah merujuk kepada kekurangan peruntukan kewangan bagi
membiayai kerja-kerja penyelenggaraan, kekurangan kakitangan untuk melaksanakan
tugasan yang diberikan, kerja-kerja penyelenggaraan tidak dilaksanakan mengikut
jadual, kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugasan penyelenggaraan dan
sebagainya. Sekiranya masalah-masalah tersebut tidak ditangani, ia akan membawa
kepada peningkatan kos penyelenggaraan yang sedia ada. Justeru itu, sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik perlu dibentuk untuk dijadikan sebagai panduan kepada
pihak organisasi bagi menangani masalah-masalah ini.

Di dalam kajian ini, ia dilaksanakan melalui pengedaran borang soal selidik


kepada pihak yang dikenal pasti seperti pasukan penyelenggaraan taman rekreasi yang
terdiri daripada Landskap Arkitek, Pembantu Teknik, Juruteknik dan juga pekerja
rendah awam (PRA) iaitu pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan
aktiviti penyelenggaraan. Hasil analisis yang dijalankan telah mengenalpasti masalah-
masalah utama yang dihadapi oleh pihak MBJB dan seterusnya sesi temubual dijalankan
mendapati terdapat langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh pihak jabatan bagi
menangani masalah yang berlaku di taman rekreasi.
105

5.2.1 Penemuan Objektif Pertama Kajian: Mengenalpasti Masalah-Masalah Yang


Dihadapi Dalam Mengurus Dan Menyelenggara Taman Rekreasi

Objektif pertama kajian ini adalah mengenalpasti masalah-masalah yang


dihadapi dalam mengurus dan menyelenggara taman rekreasi. Bagi mencapai objektif
ini, penulis telah menggunakan huraian kajian literatur dan sesi temubual bersama
pegawai diikuti dengan Analisis Indeks Kepentingan (RII). Kesemua masalah-masalah
yang telah dikenal pasti dianalisis dengan menggunakan Analisis Indeks Kepentingan
Relatif untuk mengenal pasti masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pihak MBJB
dalam menguruskan taman-taman rekreasi di bawah pentadbirannya. Hasil analisis
menunjukkan terdapat tiga (3) masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pihak MBJB
dalam menguruskan taman rekreasi.

Hasil analisis di dalam Bab 4 sebelum ini telah menunjukkan bahawa tedapat
tiga masalah utama yang yang dihadapi oleh pihak MBJB dalam menguruskan taman
rekreasi di bawah pentadbirannya. Masalah utama yang membelengu pihak jabatan
adalah masalah kekurangan peruntukan kewangan bagi membiayai kerja-kerja
penyelenggaraan dengan catatan indeks 0.81. Masalah yang kedua adalah kerja-kerja
penyelenggaraan tidak dilaksanakan mengikut jadual dengan catatan indeks sebanyak
0.74. Diikuti pula masalah yang ketiga adalah kekurangan kemahiran dan latihan yang
diberikan oleh pihak organisasi dengan catatan indeks sebanyak 0.73. Dengan masalah-
masalah tersebut, ia perlu ditanganinya dengan mempunyai sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik.
106

5.2.2 Penemuan Objektif Kedua Kajian: Membentuk Sistem Pengurusan


Penyelenggaraan Yang Terbaik Bagi Taman Rekreasi

Objektif ini telah dicapai dengan menjalankan analisis ke atas maklumat yang
diperoleh daripada sesi temubual yang dijalankan bersam pegawai dari Jabatan
Landskap dan Rekreasi. Di samping itu, analisis ini juga telah dibincangkan secara
terperinci di dalam Bab 4. Hasil analisis yang dijalankan telah menjawab objektif kajian
iaitu membentuk sistem pengurusan penyelenggaraan yang terbaik bagi taman rekreasi.
Untuk mencapai objektif ini, pengkaji telah menggunakan Analisis Kandungan dengan
menemubual seorang pegawai untuk mengetahui apakah sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik yang boleh dilaksanakan oleh pihak jabatan sebagai
langkah penyelesaian bagi menangani masalah-masalah yang berlaku.

Hasil analisis menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi pihak jabatan
adalah kekurangan sumber kewangan bagi membiayai kerja-kerja penyelenggaraan.
Pihak jabatan mengambil langkah untuk menanganinya dengan cara menghasilkan
pendapatan sendiri dengan membuat penambahbaikan dan meningkatkan lagi promosi
dan pemasaran terhadap program dan aktiviti yang disediakan. Di samping itu, aktiviti
dan kemudahan tertentu yang disediakan dikenakan bayaran yang nominal untuk
pengunjung yang menggunakannya. Selain daripada itu, kawalan peruntukan kewangan
boleh dilaksanakan dengan cara pelaksanaan penyelenggaraan pencegahan dengan
melaksanakan penyelenggaraan mengiku jadual penyelenggaraan yang disediakan. Bagi
masalah kedua iaitu kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan tidak mengikut jadual
penyelenggaraan, pihak jabatan menangani masalah dengan cara membuat pengawalan
melalui lawat periksa semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Ia bertujuan untuk
melihat sejauh mana penglibatan pekerja terhadap tugasan yang diberikan. Bagi masalah
ketiga iaitu masalah kekurangan latihan dan kemahiran yang dibelengu oleh para pekerja
semasa melaksanakan kerja penyelenggaraan, pihak jabatan mengambil langkah
menyediakan latihan praktikal untuk para pekerjanya bagi meningkatkan lagi kemahiran
107

teknik menyelesaikan suatu masalah kerosakan di samping dapat menghasilkan kualiti


yang terbaik. Dengan pendapat yang diberikan oleh responden, diharap ia dapat
memberi kesan yang positif terhadap pengurusan penyelenggaraan Jabatan Landskap
dan Rekreasi.

5.3 Cadangan

i) Membuat penambahbaikan dan meningkatkan lagi promosi dan pemasaran


program dan aktiviti bagi Taman Rekreasi Hutan Bandar. Ini kerana Taman
Rekreasi Hutan Bandar mempunyai pelbagai komponen pembangunan yang
boleh menarik ramai pengunjunag untuk hadir bagi menikmati keindahan
flora dan fauna. Dengan meningkatkan promosi dan pemasaran terhadap
program dan aktiviti, ia akan dapat menjana pendapatan pihak jabatan yang
mana dapat menampung kos operasi yang dihadapi oleh taman-taman
rekreasi.

ii) Meningkatkan lagi budaya penyelenggaraan terhadap setiap taman rekreasi di


bawah pentadbiran MBJB. Ini adalah kerana semasa lawat periksa
dijalankan, penulis mendapati bahawa penyelenggaraan yang dilakukan bagi
setiap taman rekreasi masih berada pada tahap yang sederhana iaitu kurang
memuaskan. Pihak jabatan perlu mengambil langkah proaktif dan
memikirkan strategi yang berkesan bagi meningkatkan lagi tahap
penyelenggaraan.
108

5.4 Sumbangan Penting Penemuan Kajian

Hasil kajian ini dapat membantu pihak organisasi iaitu Jabatan Landskap dan
Rekreasi di bawah pentadbiran MBJB khususnya unit penyelenggaraan bagi
meningkatkan lagi tahap pengurusan penyelenggaraan di taman rekreasi. Secara
spesifikasinya, kajian ini dapat memberikan sumbangan yang berguna kepada Jabatan
Landskap dan Rekreasi dan juga para pengguna yang berkunjung ke taman rekreasi itu.
Antaranya adalah:

1) Masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak jabatan dalam menguruskan taman


rekreasi akan dijadikan sebagai panduan kepada mereka bagi memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang ada untuk meningkatkan lagi tahap pengurusan
penyelenggaraan dengan lebih efektif. Di samping itu, dengan masalah-masalah
yang dialami akan mendorong pihak jabatan membentuk sistem pengurusan
penyelenggaraan yang lebih sistematik.

2) Dengan melaksanakan sistem pengurusan penyelenggaraan yang sistematik, ia


akan dapat mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi. Dengan itu, ia akan
memberi kebaikan kepada para pengguna di mana setiap kemudahan yang
diselenggara dengan baik boleh digunakan dengan optimum dan lebih selesa.
109

5.5 Masalah dan Halangan

Masalah dan halangan merupakan satu lumrah yang dialami oleh kebanyakan
pengkaji dalam proses melaksanakan suatu kajian. Di sini, penulis juga tidak dapat
mengelak daripada menghadapi pelbagai masalah ketika menjalankan kajian ini.
Masalah utama yang dihadapi oleh penulis adalah semasa proses pengumpulan data.
Pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada pasukan
penyelenggaraan taman rekreasi iaitu terdiri daripada Landskap Arkitek, Pembantu
Teknik, Juruteknik dan pekerja rendah awam dan memerlukan kerjasama yang baik
daripada mereka. Proses pengumpulan data dilakukan dengan cara pengkaji bertemu
secara face-to-face kepada pihak atasan untuk mendapatkan keizinan bagi mengedarkan
borang soal selidik kepada pihak-pihak yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan
taman rekreasi. Setelah mendapat keizinan daripada pihak atasan, penulis mengedarkan
borang soal selidik kepada para pekerja secara face-to-face. Walaupun begitu, adalah
sukar untuk mendapat maklum balas daripada mereka disebabkan oleh kebanyakan
daripada mereka sibuk melakukan kerja. Dengan itu, penulis mengedarkan borang soal
selidik terlebih dahulu, dan membuat follow up di minggu berikutnya.

Di samping itu, penulis juga turut menghadapi masalah apabila pengkaji perlu
membuat lawat periksa terhadap lima taman rekreasi di bawab MBJB bagi mendapatkan
kerjasama daripada responden tersebut. Ini kerana skop kajian ini tertunpu kepada taman
rekreasi yang terletak di bawah pentadbiran MBJB. Bagi setiap taman rekreasi, penulis
mengedarkan borang soal selidik tersebih dahulu dan akan membuat follow up pada
minggu berikutnya bagi memastikan responden tersebut mempunyai masa untuk mengisi
borang soal selidik tersebut. Terdapat beberapa responden tidak memberikan kerjasama
dengan sebaiknya walaupun penulis beberapa kali membuat follow up.
110

Faktor masa juga memainkan peranan yang penting dalam proses melaksanakan
kajian ini. Masa yang diperuntukkan selama 4 bulan adalah tidak mencukupi bagi
menghasilkan suatu kajian yang berkualiti. Kekangan masa yang dialami oleh penulis
mengakibatkan proses pengumpulan data tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Ini
disebabkan oleh kajian ini melibatkan maklum balas daripada manusia. Selain daripada
itu, pengumpulan data hanya boleh dilakukan pada waktu yang terluang sahaja pada hari
bekerja. Ini disebabkan oleh penulis mempunyai tanggungjawab menghadiri kelas harian
dan akan mengedarkan borang soal selidik sekiranya mempunyai waktu terluang.

Faktor jarak dan lokasi juga memberikan kekangan kepada penulis dalam proses
pengumpulan data. Penulis terpaksa pergi kelima-lima buah taman rekreasi di bawah
pentadbiran MBJB bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak responden. Bukan
itu sahaja, penulis terpaksa berulang alik beberapa kali untuk membuat follow up
terhadap borang soal selidik yang diedarkan.

Selain daripada faktor jarak dan faktor masa, penulis juga merasakan faktor kos
juga mempengaruhi kepada masalah dan halangan. Kos-kos yang terlibat adalah dari
segi kos pengangkutan di mana penulis perlu membuat lawat periksa bagi kelima-lima
taman rekreasi. Jarak antara satu taman rekreasi ke taman rekreasi yang lain adalah jauh
dan pengkaji juga terpaksa berulang alik beberapa kali untuk mendapatkan maklum
balaas daripada responden.
111

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

Di dalam kajian ini, ia hanya menfokuskan tentang masalah-masalah yang


dihadapi oleh pihak jabatan dalam menguruskan taman rekreasi. Namun bagitu, untuk
mengembangkan lagi skop kajian ini, kajian lanjutan perlu dilaksanakan sebagai
kesinambungan daripada kajian ini. Antara kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan
adalah:

i) Kajian ke atas pengukuran prestasi pengurusan penyelenggaraan taman


rekreasi. Kajian mengenai pengukuran prestasi ini dilaksanakan bagi
mengukur kecekapan dan keberkesanan dengan hanya menfokuskan kepada
perspektif kewangan di mana pengukuran prestasi ini digunakan bagi
mengenalpasti masa ada pihak jabatan telah menggunakan sumber-sumber
yang kewangan yang ada dengan cekap atau sebaliknya.

ii) Selain itu, kajian ini juga boleh difokuskan kepada pengukuran prestasi
mengikut perspektif pelanggan atau pengguna. Ini kerana kebanyakan
organisasi pada hari ini mempunyai misi di mana keutamaan pelanggan
menjadi aspek yang utama. Ini dapat dilihat sama ada pihak organisasi dapat
menyediakan perkhidmatan atau produk yang boleh memenuhi kehendak
pengguna atau sebaliknya.
112

5.7 Kesimpulan

Hasil kajian yang dijalankan telah mengenalpasti masalah-masalah utama yang


dihadapi oleh pihak MBJB dalam menguruskan taman rekreasi dan langkah
penyelesaian yang diambil oleh pihak jabatan bagi membentuk sistem pengurusan
penyelenggaraan yang terbaik. Hasil kajian ini dapat memberikan gambaran sebenar
tentang masalah-masalah yang berlaku dan hasil kajian yang diperoleh ini dapat
membantu pihak organisasi khususnya unit penyelenggaraan bagi meningkatkan lagi
tahap pengurusan penyelenggaraan di taman rekreasi. Ini bertujuan bagi memastikan
objektif penubuhan taman rekreasi dapat dicapai di samping kehendak pengguna juga
dapat dipenuhi.
113

BIBLIOGRAFI

BUKU

Alan Jubenville, Ben WT (1993), Outdoor Recreation. 3rd Ed Venture Publisging Inc
State College USA.
British Standard Institution: BS 3811:1984, British Standard Glosary of Maintenance
Management Term in Terotechnology, United Kingdom.
Butler. George D, (1959), Recreation Areas Their Design And Equipment. Mc-Graw
Hill.
Dr. Ahmad Bin Ramly (2002), “Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan”. Pustaka
Ilmi.
Gregory H. Magee, PE (1988), Facilities Maintenance Management. R.S Means
Company, Inc.
Hasnan Abdullah (1994), “Pengurusan Penyelenggaraan”. Universiti Teknologi
Malaysia.
Herbert W. Standard III, PE, (2010), Effective Building Maintenance. The Fairmont
Press, Inc.
Jaafar Mohamad, (1988), Asas Pengurusan. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kamariah Kamsah (1983), Some Though In Planning And Designing Towards A Society
Of Leisure And Recreation. Outdoor Recreation In Malaysia (Seminar Paper)
UPM.
114

Richard M.Full, Brent A. Beggs and Mick Renneisen (2009), Recreation Facility
Management: Design, Development, Operation and Utilization
Rodney LS (1981), Administration of Recreation, Park and Leisure Services, John
Wiley And Son, Canada.
Roger Warren, Phillip S. Rea and Scott Payne (2007), Park and Recreation
Maintenance Management, 4th ed, Sagamore Publishing.
Wan Min Bin. Wan Mat dan Abdul Hakim b. Mohamed. (1991), “ Teknologi
Penyelenggaraan Bangunan” Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.

JURNAL

A.Ahmed Barch, and M. Sohail (2008). Child’s Play And Recreation In Dhaka City,
Bangladesh. Municipal Engineer, 161:4, 263-270.
Bakti Hasan Basri (2010), Valuing the Attributes of Malaysian Recreational Parks: A
Choice Experiment Approach. Doctor of Philosophy. School of Agriculture,
Food and Rural Development. Newcastle University.
Don Nyman 92006), Maintenance Planning, Scheduling And Coordinaton, Industrial
Press Inc.
Drummong Kahn, LaVonne Griffin-Valade and Tenzin Choephel (2013), Portland
Park And Recreation: Managing Diverse Assets Requires Evaluation of
Maintenance, Office of The City Auditor Portland, Oregon
Gary D. Holt (2014), Asking Questions, Analysing Answers: Relative Important
Revisited, Volume 14, No. 1, pp 2-16
Hamimah Adnan, Zafrul Fazry Mohd Fauzi, Ismail Rahmat and Azizan Supardi.
(2012),. Maintenance Management For Public Infrastructure For Malaysian
Local Authorities. Volume 7, No. 11
Heritage Lottery Fund (2012), Management And Maintenance Plan Guidance, The
National Lottery
115

National Recreation And Park Association (2012), Parks & Recreation in Underserved
Areas: A Health Prespective.
M.Decoster (2000), Best Practice Guideline for Maintenance Planning and
Schedulling, Technical Report.
Zurich (2012), Developing An Effective Maintenance Management Program, Zurich
Services Corporation

PROJEK SARJANA MUDA

Barathy A/P Bilangwaty. (1993). Sistem pengurusan Penyelenggaraan Taman Tasik


Rekreasi Oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kajian Tes: Taman
Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Projek Sarjana Muda. Fakulti Geoinformasi
dan Harta Tanah. Universiti Teknologi Malaysia.
Cheok Tuan Hock. (2001). Pengurusan Penyelenggaraan Untuk Menara Kuala
Lumpur, UTM, Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Helmy Bin Mustafa. (2002). Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Harta Tanah
Rekreasi, Kes Kajian: Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, Air Keroh
Melaka. Projek Sarjana Muda. Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah.
Universiti Teknologi Malaysia.
Kamalluddin Bilal. (2004), Kajian Permasalahan Pengurusan Taman Rekreasi, Kajian
Kes: Taman Rekreasi Hutan Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor
Darul Ta’zim. Projek Sarjana Muda. Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah.
Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Akma Binti Ma’arof. (2009). Pengurusan Dan Penyelenggaraan Kawasan Taman
Permaianan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Projek Sarjana Muda.
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Azida Binti Abd Rahman (2011). Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan di
Lembaga Bandaran Johor Tenggara. Projek Sarjana Muda. Fakulti
Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi Malaysia.
116

Shahril Bazlin Bin. Azmi. (2004). Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan: Kajian


Kolej Rahman Putra. Projek Sarjana Muda. Fakulti Kejuruteraan Awam.
Universiti Teknologi Malaysia.

KERATAN AKHBAR

Utusan Malaysia, 25 Disember 2013, Taman Rekreasi Kesang Terbiar, Kemudahan


Rosak.

Utusan Malaysia, 3 January 2013, Taman Rekreasi River Front Terbiar.

Berita Harian, Taman Rekreasi Terbiar 31 Mei 2005

Anda mungkin juga menyukai