Anda di halaman 1dari 2

Pertandingan Menuang Air Ke Dalam Botol

Refleksi

1. Kelemahan pada aspek peralatan iaitu botol dan lorong garisan. Bekas atau botol tidak
mempunyai label sukatan menyebabkan sukar untuk menentukan paras air pada setiap
botol. Sleain itu sais bekas yang tinggi menyebabkan ia mudah jatuh ditiup angin. Lorong
garisan juga merupakan kelemahan yang wujud. Murid berlari tidak mengikut lorong
yang disediakan kerana ketiadaan lorong garisan. Penyelesaiannya pada PnP akan
datang perlu disediakan bekas yang mempunyai sukatan dan lebih berat supaya tidak
mudah terbalik ditiup angin. Lorong garisan juga perlu dibuat dan murid perlu diberi
penerangan tentang lorong larian masing-masing.
2. Kelemahan kedua adalah dari segi disiplin. Terdapat segelintir murid yang bising dan
kurang terkawal serta terdapat murid yang tidak jujur dalam pertandingan.
Penyelesaiannya setiap kumpulan akan diawasi oleh seorang pengadil secara bergilir-
gilir bagi mengawal disiplin murid-murid.
3. Keadaan tempat juga merupakan kelemahan yang wujud. Aktiviti dijalankan di jalan tar
dimana ia tidak rata dan keselamatan tidak terjamin. Selepas ini aktiviti perlu dilakukan
ditempat yang selamat seperti digelanggang keranjang kerana lebih selamat.

Perkembangan :

Berlaku perubahan dalam perkembangan murid-murid bagi setiap pusingan yang dijalankan.
Terdapat kumpulan pada pusingan pertama mendapat tempat ke empat kemudian pusingan
ke 3 mendapat tempat pertama. Perubahan ini berlaku kerana pada pusingan pertama
kebanyakan murid-murid baru cuba untuk membiasakan diri dengan corak permainan.
Seterusnya pada pusingan kedua dan ketiga murid dapat mengusai rentak permainan dapat
dikuasai. Hal ini seccara tidak langsung dapat memberi persaingan kepada kumpulan yang
lain

Keseluruhan:

Aktiviti dijalankan dengan lancer dan menyeronokkan. Murid-murid seronok


bermain bersama-sama serta menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam
kumpulan. Murid-murid juga saling tolong-menolong mengemas peralatan sukan bersama-
sama.
Membuang Pundi Kacang Ke Dalam Bakul

Refleksi:

1. Peruntukan masa pertandingan tidak mencukupi bagi setiap murid, kerana aktiviti
“warming up” yang dijalankan. Penyelesaiaanya adalah dengan mempercepatkan
waktu bagi aktiviti “warming up” pada masa akan datang.
2. Kemahiran lontaran juga kurang dikuasai oleh murid. Terdapat sebilanan murid yang
kurang bersungguh-sungguh dalam pertandingan. Penyelesaiaanya adalah dengan
membuat demonstrasi terlebih dahulu kepada murid-murid.
3. Aspek disiplin yang kurang. Terdapat murid yang bising dan tidak menumpukan
perhatian pada arahan yang diberikan oleh guru. Penyelesaiannya adalah dengan
memberi hukuman ringan kepada murid seperti tidak boleh bermain selamat 5 atau
10 minit. Ia juga sebagai peringatan kepada murid-murid lain. Selain itu terdapat
juga murid yang tidak mematuhi peraturan permainan. Pada masa akan datang guru
perlu menetapkan hukuman kepadda murid yang melanggar peraturan permainan.

Perkembangan:

3 daripada 6 kumpulan murid menunjukkan peningkatan daripada pusingan pertama


sehingga pusingan ketiga. Hal ini terjadi disebabkan pada pusingan pertama murid baru
cuba untuk menguasai corak permainan. Seterusnya apabila permainan dikuasai maka
wujud persaingan yang lebih baik.

Kesimpulan:

Walaupun murid-murid kurang mahir pada awalnya namun mereka tetap berusaha dan
melakukan aktiviti sebaik mungkin sehingga dapat menguasai aktiviti tersebut. Selain itu
murid-murid juga bermain dengan seronok dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai