Anda di halaman 1dari 5

Grit ( Duckworth, Matthew, Kelly, Peterson)

Apa itu Grit? Grit adalah satu teori yang diusulkan oleh pasukan penyelidik yang
ketuanya adalah Duckworth, seorang profesor psikologi di Pennyslvania , teori ini adalah
menentukan samada seseorang kejayaan dipengaruhi oleh GRIT. Pasukan beliau telah
membuat dua kajian : Kajian 1 : mengkaji apakah karakter yang ada pada seorang kadet
yang berjaya untuk menjadi askar. Kajian 2 : mengkaji karakter yang diperlukan untuk
seorang peserta dalam satu pertandingan kebangsaan “Spelling Bee”.(A. L. Duckworth,
Peterson, Matthews, & Kelly, 2007)

Menurut Profesor Duckworth, Grit ( Kegigihan) adalah satu kunci kejayaan dalam jangka
masa yang panjang. Adakah Grit ini wujud? Menurut Profoser Duckworth, grit ada pada
setiap individu dan ia lebih diperlukan berbanding bakat untuk mencapai sesuatu dalam
jangka masa yang panjang. (D. A. L. Duckworth, 2009)

Para pakar akademik menemui Grit adalah satu faktor yang amat penting dalam kelas dan
guru perlu mengkait Grit dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Guru boleh
selalu memuji anak muridnya jika mereka dapat membuat atau mencapai sesuatu kejayaan.
Keadaan ini akan merangsangkan minat murid - murid dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Selain itu, guru juga boleh membantu murid - murid mencari “erti hidup” juga
salah satu cara merangsang Grit dalam kalangan murid.(A. Duckworth & Perkins-Gough,
2014)

Grit merupakan satu kurniaan daripada Tuhan kepada setiap individu. Kegigihan dan
ketabahan seseorang individu untuk mencapai sesuatu kejayaan. Contoh terbaik yang
menggambarkan Grit pada seseorang individual, Nicholas James Vujicic adalah seorang
insan yang mempunyai semangat Grit. Nicholas adalah seorang insan yang istimewa.
Beliau dilahirkan di Australia tanpa kaki dan tangan. Sejak kecil, Nicholas dilimpai dengan
pelbgai cabaran dan dugaan. Namun begitu, beliau tidak pernah berputus asa dan tidak
pernah reda dengan dugaan yang diberi. Dengan kegigihan dan ketabahan, sekarang, beliau
adalah seorang motivator antarbangsa dan beliau juga dapat mencari kehidupannya dengan
memberi ceramah motivasi untuk semua masyarakat.

Menurut Profesor Duckworth, Grit adalah faktor yang amat penting bagi seseorang untuk
mencapai objektif dalam jangka masa yang panjang.
“Grit” dalam pendidikan

Seperti yang kita ketahui, Grit merupakan satu kunci yang penting yang hendaklah dibina
dalam setiap murid. Grit adalah kegigihan atau usaha yang berterusan untuk seseorang
untuk mencapai kejayaan dalam jangka masa panjang.(A. L. Duckworth et al., 2007)

Sebelum kami menanam Grit dalam murid - murid, kami perlu mengetahui faktor- faktor
yang akan mempengaruhi seorang murid dalam mencapai sesuatu. Antara faktor - faktor
yang menpengaruhi menanam grit dalam diri pelajar iaitu : perasaan pelajar, latar belakang
pelajar, tempat pelajaran pelajar dan jantina pelajar. Beberapa kajian unu

kajian telah dilakukan oleh Fares Hilmi, seorang pensyarah di Universiti Jordan untuk
menentukan faktor - faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan mahasiswa dalam
mencapai CGPA yang tinggi. Dalam kajian beliau, beberapa faktor telah dikenal pasti yang
akan mempengaruhi keputusan CGPA mahasiswa. Faktor pertama adalah perasaan
negative dalam mahasiswa. Perasaan negative disebabkan oleh penyakit, perasan tidak
pasti tentang masa depannya, negatif impak daripada keluarganya dan perasaan boring
Perasaan negatif ini akan menyebabkan mahasiswa tidak dapat berfokus dalam
pelajarannya. Faktor kedua ialah perasaan tidak daya dalam kalangan mahasiswa. Perasaan
ini tercetus disebabakan i) mahasiswa tidak dalam menyesuaikan diri dalam university, ii)
keluarga yang kurang memberi sokongan. Faktor ketiga yang akan mempengaruhi
mahasiswa mencapai CGPA yang rendah adalah pemantuan diri yang negatif (negative
self- monitoring) - pelajar tidak dapat mendisplinkan diri dalam pelajarannya. Contohnya,
mahasiswa tidak menghabiskan masa dalam pelajaran dan juga “culture shock”-
mahasiswa mempunyai informasi yang kurang tetap tentang sistem pelajaran dalam
university. (Hilmi, 2013)
Selain itu, satu kajian juga dilakukan di University Nigeria untuk mengetahui faktor -
faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan mahasiswa di universiti tersebut.
Nigeria merupakan salah sebuah negara yang terletak di Benua Afrika yang sering dilanda
dengan pelbagai masalah negara seperti kekurangan bekalan makanan dan bekalan tanage
elektrik. Menurut kepada kajian yang dilakukan oleh kumpulan Ogbogu Christiana
Osaikhiuwu, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan CGPA adalah kegangguan
elektrik dalam kampus, bilik darjah yang penuh dan sesak dengan orang dan kerap
penutupan university akibat gangguan elektrik. Faktor faktor ini merupakan faktor
persekitaraan yang akan mempengaruhi keputusan CGPA mahasiwa. Selain itu, faktor
yang lain a
Rujukan

1) Buku -

https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=bglRBAAAQBAJ&oi=fnd&pg=PP1
&dq=foster+grit+in+classroom&ots=4sDvrjqgni&sig=F3TRHZUxyTo1Ua0I1hPK1HcIE
GQ&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=knhl2wdEkwMC&oi=fnd&pg=PP2
&ots=Lktp3fT0mw&sig=QctLTOEnixbX8W9YzrV5ppjwnYc&redir_esc=y#v=onepage
&q&f=false

2) Video

https://www.ted.com/talks/anindya_kundu_the_boost_students_need_to_overcome_obsta
cles?utm_campaign=tedspread&utm_medium=referral&utm_source=tedcomshare

Anda mungkin juga menyukai