Anda di halaman 1dari 1

Wong Wei Han N3 WAJ3101 15/1/2013

Faktor-faktor kejayaan dan kemerosotan sesuatu tamadun


Faktor Penyumbang kejayaan sesuatu tamadun
1. Politik yang kukuh dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah tamadun
umpamanya tamadaun Rom dan Parsi pada awalnya mempunyai asas politik yang kukuh
dengan system pemerintahan yang teratur dan kuat. Pihak-pihak musuh tidak dapat
mengganggu dan menggugat negara tersebut menyebabkan usaha-usaha
membangunkan tamadun tidak terhenti dan terus berkembang.
2. Kedudukan sesebuah tamadun atau negara yang strategik boleh menyebabkan
sesebuah tamadun itu dapat berkembang dengan pesat kerana penyebaran tamadun
sesebuah negara itu sama ada melalui jalan air atau darat.
3. Rangsangan keagamaan juga boleh menyebabkan sesebuah tamadun itu berkembang
maju. Keadaan ini dapat kita lihat dengan tamadun Islam. Agama Islam mendorong
umatnya supaya mencari ilmu pengetahuan sama ada melalui Al-Quran atau melalui
tanda-tanda alam sekitar dan budaya manusia. Keadaan ini telah menyebabkan tamadun
Islam berkembang pesat semasa khulafak umayyah dan juga pada zaman pemerintahan
khulafa’ Abasiyyah.
4. Toleransi dengan tamadun lain juga boleh menyebabkan sesuatu tamadun yang baru
akan lebih berkembang dengan pesatnya dengan mengkaji tamadun yang telah lalu
dengan penambahbaikan sesuatu ilmu pengetahuan seterusnya mencipta tamadun
mereka sendiri.
Faktor Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun
1. Ketidakadilan dan perbezaan jurang dalam kalangan rakyat dan pemerintah akan
menyebabkan sesuatu tamadun itu jatuh atau musnah kerana banyak pemberontakan
berlaku dan akhir sesebuah tamadun yang diciptakan itu musnah dengan tangan
rakyatnya sendiri.
2. Penindasan dan kezaliman juga akan menyebabkan sesebuah tamadun itu akan
musnah sedikit demi sedikit kerana melalui pemberontakan yang berterusan. Pemerintah
tidak mempunyai masa untuk memajukan tamadun manakala rakyat pula sibuk dengan
pemberontakan dan mereka tidak mempunyai masa untuk membina budaya dan
tamadun mereka.
3. Malapetaka dan bencana alam juga boleh membawa kepada kemusnahan budaya dan
tamadun itu sendiri. Banyak kisah-kisah sesebuah tamadun yang hebat musnah
disebabkan bencana yang berlaku seperti gempa bumi, gunung berapi, rebut yang
kencang dan sebagainya telah memusnahkan sesebuah tamadun itu.

Anda mungkin juga menyukai