Anda di halaman 1dari 5

MINIT CURAI

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 2


_______________________________________________________________________________
(Hendaklah diisi dalam tiga salinan. Salinan untuk Guru Besar PK (berkenaan) dan pegawai terlibat)

NAMA PEGAWAI : NASYIZAH BINTI MUHAMMAD


JAWATAN : GURU AKADEMIK BIASA
TURUT HADIR : Guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
MESYUARAT YANG : Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah
DIHADIRI Rendah Tahun 4 Bagi Tahun 2019
TARIKH : 1-2 Julai 2019
TEMPAT : Bilik Mesyuarat, SK Puchong Jaya 2
MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
Ustaz Bahtiar Bin Matal, Puan Zalina Binti Awang,
PENCERAMAH
: Puan Nur Aishah Binti Mohamad, Puan Rasidah
Binti Abd. Rashid dan Puan Nurul Izzah Binti Yahaya
PENGANJUR : PPD Petaling Perdana

A. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

1- Kata Aluan Pengerusi Majlis


( Ustaz Bahtiar Bin Matal )
- Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan doa.
– Ucapan terima kasih kepada semua wakil guru yang hadir dan
diharapkan semua peserta yang hadir dapat sama-sama mendengar,
mengambil manfaat dari ilmu yang diperolehi dengan sebanyaknya dan
mempraktikkannya di sekolah supaya dapat memantapkan lagi pembelajaran
di kalangan guru-guru dan murid-murid di sekolah masing-masing.

2. Slot 1: Pemantapan Profesionalisme GPI daripada Ustaz Bahtiar Bin Matal (Penolong
Pengarah Operasi Pendidikan Islam Teras Rendah, JPS)
- Memberitahu fasa-fasa penyebaran KSSR Tahun 4 iaitu dari Kebangsaan pada
bulan Mac, Negeri pada bulan April dan Daerah pada bulan Julai. Seterusnya
sekolah pada bulan Ogos- November. Masa Kursus adalah sebanyak 14 jam.

1
MINIT CURAI
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 2
_______________________________________________________________________________
- Menerangkan Tahap Kompetensi (kepakaran) GPI yang mahir merancang
membina RPT dan membina RPH. Selain itu, melaksanakan PDP terancang dan
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan membuat refleksi atau impak.
- Kemahiran membina RPT adalah hak guru iaitu perlu mahirkan DSKP di mana
perlu juga melihat murid berada di tahap mana dan mengikut kesesuaian
murid.
– Membina RPH pula yang wajib ada iaitu a-audience, b-behaviour, c-content, d-
degree dan s-situation. Semasa di dalam kelas, guru perlu menulis objektif di
papan putih supaya murid juga tahu dan dapat melihat objektif pembelajaran.
- Aktiviti pembelajaran iaitu cara nak capai objektif perlu bersesuaian dengan
objektif dan tahap murid.
- Refleksi hendaklah ditulis oleh guru untuk menilai murid dan perbaiki pedagogi
(kalau masih sama) untuk membuat tindakan susulan. Bagi murid yang tidak
dapat mencapai objektif, GPI perlu menyediakan cara memperbaiki aktiviti
pembelajaran.
- GPI perlu membuat pelan strategik untuk menyelesaikan masalah dan alat
selesai masalah iaitu benda yang boleh diukur dan data yang boleh diukur.

Slot 2 : Konsep DSKP oleh Puan Nurul Izzah Binti Yahaya


- Penceramah menerangkan latar belakang dan konsep DSKP. DSKP dokumen
rasmi yang tidak boleh diubah yang boleh didapati di dalam laman web BPK.
- Objektif umum Pendidikan Islam iaitu bacaan, hafazan, tajwid, kefahaman dan
jawi.
- Objektif Pendidikan Islam iaitu akidah dengan meyakini dan merumuskan,
ibadah dengan simulasi dan tunjuk cara, hadis membaca dan memahami,
adab dengan menghayati dan amalkan dalam kehidupan. Manakala sirah
iaitu mengaplikasi sirah dan ambil iktibar.
- KBAT- Keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencpta sesuatu.
- Pelaksanaan KBAT yang mengandungi kurikulum iaitu ditulis secara
eksplisitdalam dokumen kurikulum , pedagogi pelbagai strategi PdP yang
menerapkan KBAT seperti alat berfikir, soalan aras tinggi dan inkuiri. Pentaksiran
pula soalan yang berbentuk aras tinggi dalam peperiksaan pusat.

2
MINIT CURAI
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 2
_______________________________________________________________________________

Slot 3: DSKP oleh Ustazah Zalina Binti Awang

- Kandungan DSKP tahun 4 yang baru iaitu tilawah dan hafazan surah
yang sama surah at-Takasur dan surah al-Qariah. 4 kandungan untuk
al-Quran ialah tilawah/ bacaan (membaca dan mengamalkan
surah), hafazan (menghafaz dan mengamalkan dengan latih tubi
hafazan), tajwid (mengaplikasi cara bacaan), kefahaman
(memahami maksud keseluruhan ayat).
- Selain itu, kandungan DSKP bidang jawi iaitu membaca, membina
dan menulis mesti dirangkum dalam RPH, bidang hadis (kefahaman
bukan hafaz iaitu dengan baca hadis dan pengertian yang
merangkumi juga bidang adab. Bidang akidah iaitu intinbat hukum,
bidang ibadah iaitu amali dan bidang sirah iaitu pengajaran dengan
kaitkan zaman sekarang dan impak kepada zaman sekarang. Selain
itu bidang adab iaitu menerapkan adab dan mengamalkan dalam
kehidupan.
- Pencaramah juga menerangkan tajuk-tajuk setiap bidang untuk DSKP
tahun 4 yang terbaru.
- Pelaksanaan pedagogi iaitu menghayati SPI surat pekeliling ikhtisas,
mesti mengikut SKPMG 2 yang ada 4 k (kolaborasi, komunikasi, kreatif
dan kritis) 1 N (nilai). Draf tidak boleh diubah.
- Pembinaan RPH yang mengandungi objektif umum ambil dalam
DSKP muka surat 2, rangka isi kandungan, objektif pembelajaran dan
contoh aktiviti PAK 21 pick and share, round table, rally robin, table
talker, mix and match dan role play.

Slot 4: PAK 21oleh Ustazah Rasidah Binti Abd Rashid dan Puan Nur Aishah Binti
Mohamad
- Penceramah Ustazah Rasidah menerangkan peranan guru dalam
pembelajaran Abad 21 sebagai pemudah cara dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdPc) yang berkesan untuk memperkembang
potensi murid.
- Peranan guru iaitu guru sebagai perancang, guru sebagai pengawal,
guru sebagai pembimbing, guru sebagai pendorong dan guru
sebagai penilai. Manakala muri sebagai pembelajar aktif.
- Penceramah Ustazah Nur Aishah menerangkan nilai sivik PAK 21iaitu
kenali watak slide daripada Ustazah Rohaizan Osman iaitu burung
helang (tegas, kuat, garang dan dominan), burung merak (suka

3
MINIT CURAI
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 2
_______________________________________________________________________________
bersenang-senang, sombong, ambil mudah dan tidak efisyen),
burung hantu (pendiam, tidak banyak kerenah dan bijaksana) dan
burung merpati (jinak, mendaamaikan, setia dan lembut hati).
- Guru harus mengenal pastiwatak dan karakter murid untuk
membentuk kumpulan yang mengandungi kepelbagaian
kecerdasan.
- Pelbagai teori kecerdasan iaitu 8 jenis kecerdasan iaitu verbal
linguistik, logikal matematik, visual ruang, muzik, kinestetik,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
- Perkongsian amalan pedagogi untuk aktiviti pembelajaran abad 21
rally table, same different, timed pair share, talking chips, team stand
N share, fan and pick, mix and match, round robin, gallery walk, lyrical
lesson, who am I, pin and think, role play dan the yam yam.

Slot 5: PBD oleh Ustazah Zalina Binti Awang


- PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumatbtentang
perkembangan,kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
- Guru membuat pertimbangan profesional berdasarkan
pengetahuan, tanggungjajwab profesional, input murid dan
pengalaman.
- Penceramah menyatakan pertimbangan profesional kaedah
pentaksiran pelbagai iaitu melalui pemerhatian, lisan dan penulisan.
- Peranan guru dalam PBD guru adalah perancang, mentaksir murid
secara holistik, menyimpan hasil kerja murid, menentukan tahap
penguasaan, menyediakan pelaporan, memberi ulasan
perkembangan murid, penyimpanan rekod PBD dan penjaminan
kualiti PBD.

Slot 6: Bengkel dan pembentangan


- Penceramah membahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap bidang
mengandungi 2 kumpulan. Guru-guru dikehendaki menyediakan dan
membina RPH lengkap mengikut bidang dan tajuk yang telah diberi.
- Guru-guru dikehendaki membentangkan hasil kerja RPH yang telah
siap dibina mengikut bidang dan tajuk masing-masing.
- Jurulatih utama mendengar dan memperbaiki serta sama-sama
membetulkan hasil kerja RPH yang telah dibentangkan oleh guru-
guru.

4
MINIT CURAI
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 2
_______________________________________________________________________________
Permainan kuiz siapa pantas melalui telefon bimbit dan penyampaian hadiah kepada
pemenang kuiz.

Penyampaian cenderamata kepada penceramah, ajk pelaksana dan sijil kepada


Tuan Rumah ( SK Puchong Jaya 2 )

3. - Taklimat Pengurusan Pendidikan Islam oleh Ustaz Hafiz :

- Perlu sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memantapkan pengajaran


Pendidikan Islam di sekolah khususnya.
- Sentiasa menasihatkan murid agar menjadi orang yang berguna dan taat
kepada perintah Allah.
- Berkongsi ilmu bersama guru-guru di sekolah bagi menambah
kefahaman dan kemahiran berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Rendah khususnya untuk meningkatkan kualiti dan kemenjadian murid selaras
dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih tinggi.

4. - Penutup
- Majlis ditangguhkan pada jam 5:00 petang

Disediakan oleh, Tarikh : 5 OGOS 2019

(NASYIZAH BINTI MUHAMMAD)


Guru Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2

Anda mungkin juga menyukai