Anda di halaman 1dari 2

KEGEMILANGAN KOTA ANDALUSIA

Kota Andalusia di bawah pemerintahan kerajaan Bani Umayyah telah mencapai


satu pencapaian yang hebat dalam ketamadunan manusia. Kesannya dapat dilihat sehingga ke
hari ini. Kejayaan dalam Kota Andalusia ini telah menyumbang kepada banyak pembaharuan
dan seterusnya memajukan kehidupan manusia. Bermula pada zaman pemerintahan Bani
Ummayyah Andalusia di bawah pemerintahan Abd Rahman Al Dakhil, telah muncul
kegemilangan Kota Andalusia yang kemudiannya diteruskan oleh beberapa pemerintah
seperti Abd Rahman III, Al-Hakam dan Al-Mansur sebelum tamadun islam di Andalusia
mengalami kejatuhan. Kecemerlangan yang diperolehi rakyat Kota Andalusia ini juga
bermula setelah kedatangan islam ke kota tersebut dan membawa kepada banyak
pembaharuan. Kegemilangan tamadun islam di kota ini dapat dilihat dari pelbagai aspek
kemajuan malah kecemerlangan tamadun islam juga berkait rapat dengan kebangkitan bangsa
eropah yang mengalami zaman kegelapan.
Aspek kecemerlangan di Kota Andalusia yang dapat dilihat dengan jelas adalah dari
segi hasil seni binanya. Rakyat Kota Andalusia dikatakan mempunyai bakat serta kemahiran
yang sangat hebat dalam bidang seni bina. Hal ini dapat dilihat pada bangunan –bangunan
yang dibina. Bangunan – bangunan tersebut mempunyai keindahan serta kehalusan seni bina
yang amat dikagumi hingga ia dianggap keajaiban seni bina dunia. Antara hasil karya seni
bina mereka adalah Madinah Az-Zahra, Masjid Cordova dan seni bina air pancut di Granada.
Masjid Cordova ini dibina ketika pemerintahan Abd Rahman Al Dakhil dan kemudiannya
diperluaskan serta diperindahkan oleh pemimpin – pemimpin seterusnya. Masjid Cordova
dibina pada 784 Masihi dan mengalami beberapa pengubah suaian hingga dianggap masjid
kedua terbesar dalam empayar islam. Keistimewaan masjid ini adalah dari segi kehalusan dan
keindahan seni binanya yang tidak dapat dijangkakan untuk zaman ketika itu. Hasil seni bina
yang amat menakjubkan dapat dilihat pada ukiran – ukiran dan reka bentuk bangunan masjid.
Namun, setelah kejatuhan empayar islam yang amat dikagumi ini Masjid Cordova ditawan
oleh orang Kristian lalu masjid ini dijadikan gereja.
Selain daripada Masjid Cordova, Madinah Az- Zahra juga merupakan salah satu
bukti hasil seni bina Kota Andalusia yang cukup mengagumkan. Madinah Az- Zahra dibina
ketika pemerintahan Abd Rahman III dan kota Madinah Az-Zahra ini berapa di pinggir kota
Granada dan dianggap sebagai bandar istana yang mempunyaiseni bina yang cukup menarik
berupakan benteng – benteng pertahanan. Struktur binaannya juga sangat menarik kerana
Madinah Az-Zahra ini dikatakan dibina di kawasan puncak dan di bahagian bawah terdapat
taman yang terbentang luas serta kolam. Dari pemandangan atas kota Madinah Az- Zahra ini
kita dapat menikmati pemandangan yang indah dan dapat melihat seluruh kawasan Kota
Andalusia. Antara bahan-bahan yang digunakan batu-bata, jubin, plaster, tembikar, kayu,
tembaga besi dan batu marmar. Mozek guna meluas di masjid, istana, rumah pembesar dan
tempat mandi awam. Selain itu, seni kaligrafi merupakan salah satu hiasan dalaman dalam
seni bina di Granada. Hasil seni ini menunjukkan bentuk dan nilai estetika melalui ukiran
tulisan berasakan ayat-ayat Al-Quran ungkapan kesusasteraan dan puisi-puisi Arab.
Salah satu bukti kegemilangan Kota Andalusia yang dikagumi para arkeologi hingga
ke hari ini adalah Istana Al-Hambra. Bukti kegemilangan islam dapat dilihat dari pembinaan
seni bina Istana Al-Hambra yang dibina di atas bukit Sierra Navada di pinggir kota Granada.
Istana ini dihiasi dengan hiasan yang berwarna emas serta reka bentuk yang menakjubkan.
Istana ini juga disertakan dengan hiasan dalaman yang indah seperti binaan taman serta
sistem air pancut dan kolam di dalam kawasan istana. Bukti- bukti dari hasil seni bina ini
menunjukkan bahawa masyarakat tamadun islam di Kota Andalusia pada ketika itu telah
mencapai satu pencapaian tamadaun yang begitu hebat. Mereka mampu menghasilkan seni
bina yang tidak terjangka untuk zaman ketika itu.
Kegemilangan empayar islam di Andalusia dikaitkan dengan kebangkitan bangsa
eropah. Bangsa eropah yang pernah mengalami zaman gelap iaitu zaman di mana tiada ilmu
yang dimanfaatkan untuk kehidupan dan kehidupan bangsa eropah pada zaman itu sangat
kacau-bilau. Setelah hadirnya sinar islam di Andalusia, perkembangan ilmu pengetahuan
berkembang pesat dan ini telah menjadi factor kepada kebangkitan bangsa eropah.
Masyarakat Andalusia terdiri daripada orang yahudi, barbar, Kristian dan islam. Namun
begitu, penguasaan ilmu tidak terhad kepada umat islam sahaja malah ia menyeluruh kepada
seluruh rakyat Andalusia. Sebagai contoh, dalam aktiviti penterjemahan golongan yahudi
turut memainkan peranan dalam menterjemahkan karya Arab ke Latin seperti Solomon ben
Gabirol dan Moses ben Maimoon. Karya – karya ilmu yang dihasilkan oleh para
cendekiawan islam diterjemahkan oleh bangsa eropah seperti karya Al- Khawarizmi dan
karya Ibnu Tufyal.
Antara bidang ilmu yang muncul pada zaman empayar islam di Andalusia ialah
pemikiran, matematik, astronomi, seni bina, sains dan perubatan, geologi dan metafizik. Bagi
bidang matematik, hasil karya Al- Khawarizmi masih digunakan hingga ke hari ini secara
meluas. Al-Khawarizmi merupakan pakar dalam bidang matematik yang muncul dalam
tamadun islam di Kota Andalusia. Dalam bidang perubatan juga, bidang ilmu ini yang
muncul pada empayar islam di Andalusia digunakan hingga ke hari ini terutamanya golongan
barat. Semua ilmu yang berkembang maju pada zaman ini telah menyumbang kepada bidang
ilmu yang kita guna pakai sehingga kini. Justeru, dapat kita bayangkan betapa majunya
empayar islam di Kota Andalusia pada waktu itu. Terbukti bahawa kegemilangan masyarakat
islam di Andalusia ini memberi impak yang hebat pada dunia dan kemajuan serta ilmu yang
dibanggakan oleh golongan barat itu merupakan ilmu yang diteroka oleh umat islam terlebih
dahulu. Oleh itu, kita sebagai umat islam perlu yakin dan sentiasa berusaha dalam
memajukan umat islam serta agama dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai