Anda di halaman 1dari 2

HALA TUJU [INSTITUT PENDIDIKAN GURU]

Hala Tuju Matlamat Strategik Fokus & Strategi


Pengurusan organisasi yang cekap dan pembangunan sumber
manusia yang holistik dan berterusan merupakan elemen utama
yang perlu diberi perhatian oleh sesebuah organisasi. Tata cara
pengurusan yang menepati standart dan piawai operasi yang
ditetapkan, nilai dan etika yang diamalkan serta sifat gigih, cepat
bertindak dan amanah yang dibudayakan dalam amalan pengurusan
akan membantu melonjak kecemerlangan organisasi.

Ke arah merealisasikan kecemerlangan ini, tumpuan diberikan


kepada empat strategi utama iaitu:
Kecemerlangan dalam Pengurusan  Memastikan operasi pengurusan (Pengurusan Sumber
Organisasi, Infrastruktur, Kelestarian Manusia, Kewangan, Aset, Keselamatan, Akademik, Pelajar
HT1 Persekitaran dan Pembangunan dan lain-lain) mematuhi piawai dan standart operasi yang
Sumber Manusia telah ditetapkan.
 Memantapkan pembinaan imej sebagai peneraju Pusat
Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Zon Utara dan Pusat
Kejurulatihan Sukan dan Kokurikulum.
 Menerapkan amalan Budaya Kerja Cemerlang berasaskan
penghayatan nilai, etika kerja, integriti, kerja berpasukan
dan mengutamakan kebajikan warga.
 Penyediaan kemudahan fasiliti, infrastruktur yang baik
serta kelestarian persekitaran yang nyaman, menarik dan
bersih berkonsepkan “Teknologi Hijau” sebagai model
pembangunan persekitaran yang kondusif.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan landasan utama bagi


menghasilkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Fokus IPG
untuk melonjakkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran
adalah melalui pendekatan mengutamakan pembelajaran yang
menjurus kepada amalan penaklukan praktis, iaitu dapat menghubung
kait antara teori dan amalan. Dengan ini akan lahirlah guru yang
berfikiran reflektif, kreatif dan kritis yang mampu menyelesaikan
pelbagai masalah di bilik darjah.
Kecemerlangan dalam pengajaran,
HT2
pembelajaran dan pemudahcaraan Bagi mencapai tahap kecemerlangan ini, tumpuan diberikan kepada
empat strategi iaitu:
 Meningkatkan kepimpinan akademik dan kemenjadian pelajar
 Membangunkan sumber kemudahan yang menggalakkan
pengajaran dan pembelajaran
 Membangunkan kurikulum dan pentaksiran yang dinamik
 Mengkonsepkan teori pengajaran pembelajaran yang abstrak ke
dalam bentuk amalan praktikal dan visual

Kecemerlangan dalam penyelidikan, Penyelidikan dan inovasi menyumbang kepada keutuhan sesebuah
HT3 pembangunan dan inovasi berimpak institusi pendidikan. Penyelidikan berperanan mengenal pasti ,
tinggi mendainogstik masalah dan mengemukakan saranan ke arah
HALA TUJU [INSTITUT PENDIDIKAN GURU]

penyelesaian. Inovasi pula dilihat sebagai produk dan penghasilan


amalan terbaik yang dicetuskan daripada masalah-masalah
pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi.Peranan Pusat
Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi perlu dimantapkan.
Kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dapat dicapai melalui enam
fokus utama iaitu:
 Memantapkan perancangan dan pengurusan penyelidikan
 Membangunkan kepakaran pensyarah dalam bidang penyelidikan
 Memantapkan pengkalan data penyelidikan
 Meningkatkan kualiti dan mengantarabangsakan penyelidikan
 Meningkatkan jalinan kerjasama dan kolaboratif dengan pelbagai
agensi.
 Meningkatkan kualiti penulisan dan pendokumetasian amalan
terbaik.

Kecemerlangan IPG sebagai peneraju pendidikan guru dapat


dilonjakkan lagi dengan menjadikan IPG sebagai peneraju pusat latihan
keguruan dan pusat rujukan komuniti berkaitan bidang pendidikan. IPG
perlu ke hadapan dalam aspek memberikan khidmat kepakaran kepada
agensi dalam dan luar Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai
menyokong semangat pembelajaran sepanjang hayat. Hasrat ini dapat
dicapai melalui enam fokus utama iaitu:
 Pembangunan kompetensi pensyarah
Kecemerlangan dalam perkhidmatan  Pembangunan modul latihan yang mantap dan penyediaan
pembelajaran sepanjang hayat bagi program latihan dan konsultasi yang berkualiti.
HT4
memenuhi keperluan khidmat komuniti  Penawaran kursus yang memenuhi keperluan warga
dan tanggungjawab sosial pendidik berasaskan Trainning Need Analysis.
 Perkongsian strategik dengan komuniti setempat bagi
merealissasikan tanggungjawab sosial dan
kemasyarakatan.
 Membangunkan sebuah Modul Pembangunan Keluarga Asnaf
Berjaya (MOPKAB) melalui kerjasama strategik dengan
Pejabat Zakat dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
 Memperkasakan program dan aktiviti Alumuni IPG KSAH
secara optimum dan efisyen

Anda mungkin juga menyukai