Anda di halaman 1dari 3

Rumusan Bengkel Penyediaan Skrip Produksi 10 Video Warisan Tidak Ketara 2019

Disediakan oleh: Ajak Kazar@ Abdul Razak Abdullah


Lokasi : Bluewave Hotel Shah Alam
Tarikh: 18hb – 20hb Julai 2019.

Facilitator 1 : Ajak Kazar / Fasilitator 2 : Helmizan @Jepun / Fasilitator 3 : Puan Lola

Bengkel selama 2 hari menghimpunkan penggiat seni tempatan dari pelbagai


bidang produksi dengan kepakaran masing-masing telah bersama kakitangan jabatan
warisan memerah otak untuk menghasilkan idea bagi subjek warisan yang bakal
diketengahkan sebagai kandungan video Warisan Tidak Nyata dan subjek yang telah
dipilih adalah seperti berikut:

1. Sape
2. Parang Ilang
3. Pua Kumbu
4. Manik
5. Kek Lapis Sarawak
6. Mek Mulung
7. Baba dan Nyonya
8. Makanan Negeri Sembilan
9. Silat
10. Songket

Seramai 18 peserta yang terdiri daripada penggiat industri kreatif bersama


kakitangan jabatan warisan ini telah dipecahkan kepada 5 kumpulan dan diberikan nama
kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak seperti Lun Bawang, Kejaman, Bidayuh, Iban dan
juga Kayan. Setiap kumpulan diberikan 2 subjek warisan untuk dibentangkan pada hari
kedua bengkel.

Bermula pada hari pertama setelah usai pendaftaran dan juga ucapan dari panel
fasilitator bengkel, para peserta mula melakukan sessi diskusi. Taklimat dan pengenalan
daripada YBrs, Encik Khalid bin Syed Ali sepatutnya berlansung telah ditunda bagaimana
pun beliau tidak dapat hadir dan dijangka membuat ucapan pada sebelah malamnya.
Sessi perbincangan sepanjang petang itu dipantau dan diselia oleh saya bersama 2
fasilitor yang lain iatu saudara Jepun dan juga Puan Lola. Hasil pemerhatian saya
sepanjang tempoh ini kesemua peserta begitu teruja untuk menghasilkan kandungan
yang terbaik. Kami pergi meja ke meja untuk memberi cadangan dan juga pendapat, dari
masa ke semasa juga Cik Aeriscia selaku pengelola dan juga saudara Megat daripada
Jabatan Warisan turut memantau perjalanan bengkel bersama. Sekitar jam 7.00 petang
kami berehat sebentar untuk solat Maghrib dan bersambung semula setelah makan
malam. Ybrs Encik Khalid telah tiba pada malam itu tetapi tidak membuat sebarang
ucapan sebaliknya memberi arahan kepada kami untuk meneruskan sessi diskusi.
Sebelum itu kami membuat slot perkenalan di antara para peserta untuk mengetahui latar
belakang masing-masing kemudiannya menyambung perbincangan semula. Sessi
diskusi pada hari pertama tamat seperti yang telah dijadualkan sekitar jam 10.00 malam.

Paginya setelah sarapan para peserta mula merangka penulisan dan saya telah
memberi panduan format skrip. Saya mencadangkan para peserta untuk mengikut
standard dan format. Selesai makan tengah hari saya telah menunjukkan beberapa
contoh video seperti Baba dan Nyonya kepada para peserta bagi memberi panduan yang
lebih jelas konsep penceritaan. Ybrs Encik Khalid turut memberi pencerahan kehendak
dan format yang dikehendaki. Para peserta dan juga para fasilitator turut melontar
pandangan dan juga cadangan bahan. Adalah agak mustahil untuk menyiapkan skrip
lengkap program berdurasi dalam dalam tempoh 2 hari oleh yang begitu para peserta
hanya mampu menghasilkan konsep sahaja. Kerana kesuntukan masa pada petang itu
juga para peserta sudah diberikan tugasa untuk membuat perbentangan. Bermula
dengan subjek video Sape dan juga Parang Ilang dari kuimpulan Iban, 4 kumpulan yang
pertama telah berjaya membentangkan dengan sebaik mungkin diikuti oleh kumpulan
terakhir dengan subjek Manik dan makanan Negeri Sembilan.

Selesai perbentangan kami diberikan token oleh pihak Jabatan Warisan Negara
dan saya begitu menghargai token ini. Warisan adalah sesuatu yang dipelihara dan
dipulihara maka saya menyokong dan mendukung serta berbesar hati diberi peluang
untuk menjadi fasilitator kepada bengkel ini. Kepakaran saya curahkan untuk
menghasilkan sesuatu yang bermanafaat kepada masyarakat semoga apa yang
dizahirkan semasa bengkel ini menjadi realiti dan dipersembahkan kepada umum kelak.

Anda mungkin juga menyukai