Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan Teori Horney

Kekuatan teori Horney adalah gambarannya yang jelas mengenai keperibadian


neurotik. Tidak ada ahli teori keperibadian lain selain beliau yang telah menulis
mengenai neurosis dengan baik. Penerangan beliau yang sangat komprehensif
mengenai keperibadian neurotik telah memberikan rangka kerja yang sangat baik
bagi memahami manusia yang sakit (Jess Feist, 2009).

Selain itu, teori Horney adalah lebih baik digunakan. Guru-guru, ahli terapi
dan terutamanya ibu bapa dapat menggunakan teori ini sebagai ramalan mengenai
perkembangan neurotik bagi menyediakan persekitaran yang selesa, selamat dan
diterima untuk pelajar, pesakit, atau anak-anak mereka (Jess Feist, 2009).

Di samping itu, Horney adalah pelopor dalam menentukan bahawa mengkaji


mengenai konflik sosial dan faktor-faktor yang berkaitan tentang pengaruh budaya
dan keluarga adalah penting berbanding konflik psikoseksual. Di samping itu,
pengenalannya terhadap konsep-konsep bergerak ke hadapan (moving towards),
bertentangan (against) dan menjauhi (away) daripada orang lain merupakan
perkembangan yang penting dalam menetapkan peringkat untuk penyelidikan yang
lebih luas mengikut gaya interpersonal (Gordon, 2007).

Kelemahan Teori Horney

Rujukan Horney mengenai personaliti yang normal dan sihat adalah umum dan tidak
begitu jelas. Beliau mempercayai bahawa manusia yang dengan sifat semula jadi
mereka akan berusaha untuk mencapai kesedaran kendiri. Tetapi cadangan yang
telah diutarakan oleh beliau tidak mempunyai gambaran yang jelas tentang apa
kesedaran kendiri tersebut. Teori Horney kurang kelebihannya dalam menghasilkan
penyelidikan dan mengemukakan kepada kriteria kelayakan (Jess Feist, 2009).

Tambahan lagi, spekulasi dari teori itu tidak mudah menghasilkan hipotesis
yang boleh diuji dan menyebabkan kurangnya pengesahan dan kepalsuan. Teori
Horney kebanyakannya berdasarkan kepada pengalaman klinikal yang berhubungan
dengan kebanyakan individu neurotik. Selain itu, beliau juga enggan untuk membuat
andaian yang khusus berkenaan individu yang sihat secara psikologi. Hal ini kerana
kebanyakan teori yang dipelopor oleh Horney berkaitan dengan neurotik sahaja.
Ianya dinilai tinggi di atas keupayaannya untuk menyusun pengetahuan mengenai
neurotik. Tetapi keupayaannya sangat rendah untuk menerangkan apa yang
diketahui tentang manusia secara umum (Jess Feist, 2009).

Teori ini juga tidak cukup spesifik untuk memberi kepada pengamal yang
mengamalkan teori ini suatu tindakan yang jelas dan terperinci. Oleh kerana itu, teori
ini mendapat penilaian yang rendah. Konsep dan rumusan di dalam buku Horney
iaitu yang bertajuk Neurosis dan Pertumbuhan Manusia (1950) adalah tepat,
konsisten dan tidak begitu jelas. Namun begitu, apabila semua karya beliau
diperiksa, terdapat banyak gambaran yang berbeza (Jess Feist, 2009).

Karen Horney telah menggunakan istilah seperti “keperluan neurotik”


(neurotic needs) dan trend neurotik (neurotic trends) selama bertahun-tahun secara
berasingan dan kadang-kadang secara bergantian. Beliau juga menggunakan istilah
“basic anxiety” dan “basic conflict” yang tidak jelas perbezaanya.
Ketidakseimbangan inilah yang menjadikan kesemua kerjanya tidak begitu konsisten
(Jess Feist, 2009). Allport (1968) dalam (Gordon, 2007), mencadangkan bahawa
tanggapan horney mengenai bergerak ke hadapan (moving towards), menentang
(against) dan jauh (away) dari orang lain adalah terlalu luas atau tidak bermoral.

Rujukan

Gordon L. Flett. (2007). Personality Theory & Research (1st Ed.). Mississauga,

Ontario: John Wiley & Sons Canada, Ltd.

Jess Feist, & Gregory J. Feist. (2009). Theories Of Personality (7th Ed.). New York:

Mcgraw-Hill Education (Asia).

Anda mungkin juga menyukai