Anda di halaman 1dari 74

E-BUKU

KARANGAN
TERBAIK
UPSR 2010

Karangan 1
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menonton
Televisyen”.

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas


penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti
memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan
bahawa ada banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.

Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui peristiwa-peristiwa


penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh
menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku
di luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahui
peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna.
Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi
televisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi
informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka, pelajar
boleh mempelajari tentang pelajarannya menerusi program televisyen juga.

Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan


dengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat
kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu,
tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu menghabiskan masanya
dengan bermanfaat.

Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang berfaedah


kepada manusia itu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjana
pemikiran seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Cuma kita perlu
mengawalnya agar sikap menonton ini tidak keterlaluan atau terlalu lama untuk
satu tempoh tertentu pula.

Karangan 2
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Komputer dan Peranannya‟.

Komputer sudah menjadi sinonim dengan kehidupan moden zaman ini. Hampir
semua pejabat malah individu memiliki sebuah komputer untuk menjalani
kehidupan hariannya. Jadi, apakah perana-peranan komputer yang sebenarnya?

Komputer juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi pendidikan pelajar di


sekolah. Kalau kita lihat sudah ada banyak halaman web yang menjadikan subjek
pelajaran sekolah sebagai bahan kandungannya bersama-sama penggunaan
komputer yang semakin meluas dalam kalangan guru ketika mengajar pelajar. Oleh
itu, komputer berperanan untuk mendidik pelajar dengan kaedah yang lebih mudah
dan menarik.

Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudakan hubungan antara


manusia terutama hubungan jarak jauh. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan
anak mereka kerana anak melanjutkan pelajaran di luar negara boleh menggunakan
program tertentu di komputer untuk berkomunikasi lalu menjalin hubungan rapat
dengan anak mereka. Jadi, komputer memastikan hubungan antara sesama manusia
itu terus berlaku walaupun faktor geografi memisahkan mereka.

Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk mendapatkan apa-apa


maklumat terkini dengan cara yang pantas serta mudah. Semua maklumat sudah
siap wujud di dalam rangkaian internet yang boleh diakses menerusi komputer di
mana-mana tempat pun di dunia ini. Jelaslah, komputer membolehkan seseorang
itu memperoleh maklumat yang betul lalu tidak melakukan kesilapan dalam
keputusannya.

Konklusinya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mampu


mencapai satu tahap yang memuaskan. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk
memastikan penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan masyarakat.
Rakyat negara ini harus celik komputer jika mahu bersaing dengan masyarakat
luar.

Karangan 3

Telefon merapatkan hubungan dan memudahkan kehidupan


manusia.
Sejak telefon dicipta penggunaannya terus mendapat perhatian masyarakat dunia.
Kalau dahulu hanya satu jenis telefon sahaja kini pelbagai bentuk, saiz dan jenis
telefon terhasil seperti telefon mudah alih serta telefon awam. Sesungguhnya,
telefon berupaya untuk merapatkan hubungan antara manusia.

Kelebihan utama telefon ialah ciptaan ini boleh menyalurkan maklumat menerusi
suara ke mana-mana tempat di dunia ini dengan begitu mudah. Seseorang yang
berada di Malaysia boleh berhubung dengan rakannya di Amerika Syarikat dengan
begitu mudah lalu merapatkan hubungan kerana mereka tidak selalu berpeluang
untuk bertemu. Jadi, telefon sememangnya merapatkan hubungan kerana mampu
menghubungkan manusia di dunia ini.

Selain itu, telefon juga menyediakan pelbagai perkhidmatan terutama


perkhidmatan pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai sms. Perkhidmatan ini
begitu mudah dan unik tetapi berkesan kerana pengguna hanya perlu menaip lalu
menghantarnya menggunakan telefon kepada rakannya tanpa menggunakan suara.
Maka, perkhidmatan sms sebegini menjadikan seseorang itu begitu suka untuk
berhubung dengan orang lain.

Harga telefon dan perkhidmatannya yang saban tahun bertambah murah turut
menjad faktor teknologi ini menjadi pilihan masyarakat untuk berhubungan sesama
mereka. Hampir setiap individu memiliki telefon terutama telefon mudah alih yang
boleh dibawa ke mana-mana lalu senang untuk dihubungi sepanjang masa pula.
Oleh itu, telefon yang murah menjadikannya pilihan utama kita semua sebagai alat
untuk mengeratkan hubungan pula.

Konklusinya, telefon memang memudahkan perhubungan dua hala manusia.


Semua pihak sudah mula menyedari kelebihan telefon ini lalu memiliknya pula.
Masyarakat kita akan terus menerima impak positif penggunaannya jika harga
telefon dan perkhidmatannya terus diturunkan dari semasa ke semasa.

Karangan 4

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menghargai Masa”.

Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh
ditarik semula terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu
yang bernilai. Manusia yang bijak ialah individu yang memahami kepentingan
masa lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah cara-cara
yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa?

Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan dalam
jiwa seseorang itu. Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu
dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang
mempunyai keazaman itu sudah memulakan usaha untuk menghargai masa dengan
baik.

Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat
perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang
menghargai masa akan membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan masa itu
dengan sebaik mungkin. Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya
membuktikan betapa seseorang itu menghargai masanya.

Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut memberikan
satu persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya. Masa seseorang perlulah
dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca
buku dan membantu ibu bapa di rumah. Sesungguhnya, mereka yang melakukan
perkara-perkara positif dalam hidupnya tahu kepentingan masa kepada manusia
itu.

Sebagai kesimpulannya, semua kaedah yang diterangkan di atas itu boleh


dilakukan oleh sesiapa pun yang tahu menghargai masa. Semua pihak perlulah
sedar akan kepentingan masa ini kerana masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja.
Bak kata orang tua-tua masa itu emas.

Karangan 5

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Jika Aku Seorang Jutawan”

Aku memang suka menjadi seorang jutawan. Kenapa aku suka menjadi jutawan?
Sudah pasti kerana sebagai jutawan aku akan memiliki wang yang banyak dan
wang itu boleh digunakan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Namun, aku
sedar usaha untuk menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah kerana
banyak usaha perit-jerih harus dilakukan.
Jadi untuk berjaya menjadi jutawan, aku akan pastikan diri ini bersemangat untuk
belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan di sekolah. Kemudian, aku akan
melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang yang diminati pula. Sebaik sahaja
aku menamatkan pengajian di menara gading, aku akan mula bekerja demi mencari
wang untuk merealisasikan impian menjadi jutawan.

Semua wang yang aku terima menerusi pekerjaan itu akan disimpan dalam
pelbagai bentuk simpanan untuk memastikan jumlahnya akan bertambah setiap
masa. Aku juga akan memastikan supaya diri ini tidak membelanja sesuka hati
tanpa halangan supaya wang aku digunakan dengan sebaik mungkin. Aku akan
menjadikan wang itu sebagai asas pelaburan jangka panjangku kelak dalam
pelbagai saham syarikat di dunia ini.

Sebaik sahaja aku menjadi jutawan, ahli keluarga terutama ayah dan ibu akan
menerima imbuhannya. Aku akan menanggung kos kehidupan mereka tanpa
banyak alasan lagi. Malah, aku juga akan memberi sumbangan derma kepada
masyarakat terutama golongan miskin, cacat anggota dan anak yatim piatu supaya
kehidupan mereka lebih ceria serta bermakna.

Aku amat berharap supaya impianku ini menjadi kenyataan kerana aku memang
ingin membantu ibu bapa dan masyarakat di negara ini. Cuma aku sedar aku perlu
lebih rajin berusaha untuk mencapai impian tersebut kerana aku tidak mahu
impianku hanya sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja. Mudah-mudahan impianku
menjadi kenyataan.

Karangan 6

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Dikejar Harimau”.

Pada musim cuti sekolah yang lalu, aku dan rakan-rakan telah pergi menyertai satu
perkhemahan pengakap anjuran sekolah. Aku dan dua rakanku telah berkongsi
sebuah khemah yang paling hampir dengan hutan. Aku dan rakan-rakan sibuk
membersihkan kawasan khemah kami kerana malam hampir menjelang.

Dengan tidak semena-mena, aku ternampak seekor harimau muncul dari hutan itu
dan memandang ke arahku. Bunyi ngaumannya begitu menakutkan semua yang
mendengarnya. Binatang buas itu terus berlari menuju ke arah khemah kami. Aku
menjerit memberitahu rakan-rakan yang lain. Semua orang menjadi panik dan lari
bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing.

Aku melompat ke arah pagar yang memagari kawasan perkhemahan kami itu
untuk mengelakkan diri daripada harimau buas itu. Entah bagaimana aku mampu
melepasi ketinggian pagar itu masih tidak pasti. Sebatang sungai berada di
depanku lalu aku terfikir mungkin harimau tidak akan mengejar aku di sungai itu.
Aku segera memaling ke belakang dan menyedari bahawa binatang itu masih
mengejarku. Aku terus berlari laju ke arah sungai.

Sebaik sahaja sampai di tebing sungai itu, aku melihat ke belakang lagi dengan
harapan binatang itu sudah tiada. Aku hampa. Harimau itu hanya berada beberapa
meter sahaja dibelakangku. Aku segera melompat ke dalam sungai itu untuk
menyelamatkan diri. Habis basah seluruh muka dan badanku akibat percikan air
sungai itu. Tiba-tiba aku terasa seolah-olah sesak nafas pula.

Tidak lama kemudian, aku terdengar satu suara yang sudah biasa kudengar
memanggil namaku dengan kuat. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi tadi.
Ibu berada disisiku bersama-sama ayah. Mereka hanya tersenyum tetapi mukaku
beransur-ansur menjadi kemerahan kerana berasa malu pula.

Karangan 7

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Pengalaman Pahit yang Tidak


Mungkin Kulupakan”.

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman pahit yang tidak mungkin


dilupakannya. Aku sendiri mempunyai satu kisah yang mungkin tidak akan
dilupakan begitu sahaja. Satu peristiwa pahit yang berlaku ketika aku berumur 12
tahun. Semuanya bermula pada suatu pagi ketika aku bersiap hendak pergi ke
sekolah seperti biasa.

Aku segera mencari kunci rantai basikal tetapi masih gagal menemukannya.
Perasaanku bertambah resah kerana masa semakin suntuk untuk aku sampai ke
sekolah. Wajah pengawas yang garang mula kelihatan dalam minda ini. Tambahan
pula Cikgu Azman sudah berjanji akan membuat ujian sebentar lagi.

Tanpa berlengah-lengah lagi aku segera mengambil basikal abang yang tersadai di
tepi pagar rumah itu. Abang menjerit ke arahku tetapi aku hanya melambaikan
tangan tanda minta maaf kerana sudah kesuntukan masa untuk meminta kebenaran
tadi. Pasti abang akan memarahiku sebaik sahaja aku pulang ke rumah petang
nanti. Biarkanlah.

Kayuhanku semakin lama semakin laju kerana masa berdetik dengan pantas.
Sekali-sekala aku memandang ke arah jam tangan yang seolah-olah tidak memberi
peluang langsung kepadaku untuk sampai tepat pada masanya. Tiba-tiba aku
menuruni jalan yang agak tinggi dan aku cuba membrek untuk memperlahankan
basikal tetapi gagal. Aku terus merempuh pintu pagar sebuah rumah di tepi jalan
itu. Mataku terus gelap selepas satu bunyi yang kuat kedengaran.

Apabila aku membuka mata, kelihatan wajah abang tersenyum. Sebelum aku
sempat berkata apa-apa, abang memintaku agar tidak banyaak bercakap. Katanya
dia faham sebab aku tergesa-gesa mengambil basikalnya. Aku menyesal kerana
tidak membuat perancangan awal supaya tidak lewat ke sekolah lagi.

Karangan 8

Lengkapkan perenggan pendahuluan di bawah ini supaya menjadi


cerita yang menarik.

Azman sedang mengulang kaji pelajaran di rumahnya bersendirian. Jam di


dinding menunjukkan pukul 10 malam. Ibu dan ayahnya masih belum pulang
dari pasar malam. Tiba-tiba Azman terdengar jeritan meminta tolong.

Aku segera membuka tingkap rumah. Suara meminta tolong itu jelas datangnya
daripada rumah jiranku, Makcik Siti. Aku memanggil ayah dan ibu jika mereka
sudah pulang tetapi tiada jawapan dari bilik mereka. Aku terpaksa membuat
keputusan sendiri kerana pasti Makcik Siti dalam kesusahan.
Aku bergegas ke rumah Makcik Siti lalu mengetuk pintu tetapi tiada jawapan. Aku
segera menendang pintu itu sehingga terbuka dan ternampak Makcik Siti sedang
mengerang kesakitan. Muka perempuan tua itu mengerut menahan kesakitan yang
pastinya begitu menyakitkan. Namun, mataku segera ternampak seekor ular tedung
tidak jauh dari tempat Makcik Siti itu.

Aku mula faham bahawa Makcik Siti menjerit kerana ternampak ular itu tetapi kini
dia pula telah dipatuk dan pastinya bias ular itu mula memasuki system peredaran
darahnya. Aku perlu bertindak pantas dan tindakan pertama sudah pasti untuk
menghalau ular itu daripada terus menyerang kami berdua. Kayu penyapu di tepi
dinding segera aku capai lalu aku menolak ular itu ke arah pintu supaya aku boleh
memberikan bantuan kepada Makcik Siti.

Aku segera memeriksa denyutan nadi di tangan Makcik Siti dan mendapati
denyutan nadinya masih ada walaupun wanita itu kelihatan sudah pengsan agak
lama. Bunyi kereta di luar menandakan ayah dan ibu sudah kembali dari Bandar.
Aku segera mendapatkan mereka lalu menceritakan perkara yang sebenar. Ayah
dan aku mengangkat Makcik Siti untuk dibawa ke hospital dengan kereta ayah.

Sebaik sahaja sampai di hospital, aku segera memberitahu doktor bahawa Makcik
Siti telah dipatuk oleh seekor ular tedung supaya doktor boleh memberikan ubat
anti bisa yang sesuai. Kami menunggu di bilik menunggu sementara pihak doctor
cuba menyelamatkan jiran kami itu. Hampir sejam kemudian, doctor itu kembali
dan memberitahu bahawa Makcik Siti berada dalam keadaan baik sambil
mengucapkan terima kasih atas kepantasan aku bertindak terutama memberitahu
tentang jenis ular yang mematuk jiran aku itu.
Karangan 9
Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Masalah Pencemaran Udara di
Negara Kita”

Salam sejahtera tuan pengerusi majlis, guru-guru dan pelajar semua. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah “Masalah Pencemaran Udara di Negara Kita”

Hadirin sekalian,

Masalah pencemaran udara yang wujud di negara ini semakin meruncing. Bukti
betapa seriusnya kemelut ini boleh disaksikan menerusi pelbagai laporan akhbar
media massa terutama media cetak kita. Malah, pencemaran yang berlaku di
negara ini bukan setakat melibatkan udara sahaja tetapi air dan juga di daratan.
Antara faktor yang menyebabkan masalah udara kita tercemar ini ialah pelepasan
asap dari kilang dan kenderaan. Jumlah bilangan kenderaan di negara ini terus
meningkat saban tahun. Manakala pihak kilang pula secara berleluasa melepaskan
asap toksik kilang mereka tanpa bimbang disaman atau ditahan oleh pihak
berkuasa.

Pelajar-pelajar,

Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan hendaklah bertegas dengan mereka
yang melanggar undang-undang kualiti alam sekitar di negara ini. Pihak berkuasa
perlu mengenakan hukuman penjara selain denda yang kadangkala begitu murah
untuk dibayar oleh syarikat-syarikat ini. Satu pemeriksaan mengejut juga perlulah
dijalankan oleh pihak berkuasa dalam usaha menangani isu ini.

Selain itu, masyarakat juga perlu berubah terutama sikap tidak peduli mereka itu.
Semua ahli masyarakat hendaklah membuat laporan jika ternampak sebarang
tindakan mencemarkan udara kita seperti pembakaran terbuka kepada pihak
berkuasa. Sikap seperti inilah yang akan memudahkan pihak berkuasa untuk
memantau tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak itu.

Kesedaran tentang bahaya pencemaran udara ini juga perlu dipupuk sejak kecil.
Kanak-kanak terutama di bangku sekolah renda hendaklah diterangkan bahawa
udara amat bernilai buat kehidupan manusia. Sikap menanam kesedaran pada
peringkat awal ini pasti memberi impak kepada mereka apabila dewasa kelak.

Sekian, terima kasih.

Karangan 10
Sekolah anda telah berjaya menjuarai pertandingan bola sepak. Suatu
majlis telah diadakan untuk meraikan kejayaan pasukan sekolah anda
itu. Selaku ketua pasukan, anda telah diminta untuk menyampaikan
ucapan dalam majlis tersebut.

Sediakan teks ucapan anda itu.

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, guru
besar, guru-guru dan rakan-rakan.

Hadirin semua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak
sekolah untuk mengadakan majlis yang sebegini meriah untuk meraikan kejayaan
kami. Sebenarnya, kami tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pihak
sekolah kerana kejayaan kami ini amat kecil jika hendak dibandingkan dengan
perkara yang sudah dilakukan oleh pihak sekolah terhadap pelajar di sini.

Namun, kejayaan kami menjuarai kejohanan bola sepak peringkat negeri ini
merupakan satu kenangan yang sukar untuk kami lupakan nanti. Sebelum ini
pasukan bola sepak kita hanya mampu memasuki peringkat separuh akhir sahaja
tetapi tahun ini kejuaraan itu menjadi milik dan kebanggaan kita semua. Buat kami
kemenangan ini merupakan satu kemenangan buat pasukan bola sepak umumnya
dan juga sekolah ini khasnya.

Para hadirin,

Pada masa yang sama tidak kami lupakan untuk mengucapkan terima kasih atas
semua dorongan dan tunju ajar daripada Cikgu Azman Ali selaku jurulatih pasukan
bola sepak sekolah. Beliau begitu bersungguh-sungguh mahu membentuk satu
pasukan yang kuat dengan mengadakan pelbagai program dan latihan yang telah
membuahkan hasilnya kini.
Begitu juga dengan rakan-rakan sepasukan yang lain kerana usaha untuk bersaing
dengan pasukan bola sepak sekolah lain bukanlah sesuatu yang mudah. Namun,
semangat bekerjasama dan ingin berjaya telah menjadikan kami satu pasukan yang
kukuh lalu mampu menjadi juara peringkat neger yang tidak pernah kita capai
sebelum ini.

Semoga dengan kejayaan ini lebih banyak kejayaan lain pula akan menyusul.
Anggap sahaja kejayaan ini sebagai permulaan untuk kita melangkah lebih jauh
bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi juga bidang akademik.
Sekian, terima kasih.

Karangan 11
Anda sebagai wakil pelajar telah dipilih untuk memberikan ucapan
dalam majlis perpisahan guru anda yang akan berpindah.

Tulis ucapan tersebut selengkapnya.

Yang mulia tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru, dan
rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan
kepada anda semua.

Hadirin semua,

Saya selaku wakil pelajar di sekolah ini amat berbesar hati dan berbangga kerana
telah diberi kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dalam majlis yang
penuh bermakna ini. Sesungguhnya, majlis ini sememangnya bermakna kerana kita
akan kehilangan seorang guru yang amat kita semua kagumi dan hormati tetapi
pada masa yang sama kita turut berasa gembira kerana guru itu akan bertukar ke
sebuah sekolah yang lain pula untuk meneruskan usahanya mendidik ank bangsa
negara ini.

Guru yang saya maksudkan itu ialah Cikgu Azman. Beliau telah ditawarkan
jawatan sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu kota. Kita semua sedia
maklum bahawa Cikgu Azman begitu inovatif dan kreatif dalam usaha pengajaran
dan pembelajarannya kerana mahu semua pelajarnya berjaya dalam peperiksaan.
Sudah banyak perubahan dibawa oleh beliau ketika berkhidmat di sekolah kita ini.
Lihat sahaja perubahan yang dibawanya terhadap bilik komputer dan dewan
sekolah ini sahaja.

Hadirin yang dihormati,

Pemergian Cikgu Azman pasti menjadi dorongan kepada kita semua untuk belajar
dengan lebih baik supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti seperti yang
sering dilaungkan oleh Cikgu Azman ketika mengajar kita di dalam kelas. Selama
ini, Cikgu Azman bolehlah dianggap sebagai pendorong utama kepada kita untuk
berjaya dalam pelajaran seterusnya melakukan perkara yang kita impikan pula.
Beliau umpama lilin atau obor yang menerangi hidup kita semua.

Kepada Cikgu Azman, kami doakan semoga cikgu akan terus menabur bakti
kepada anak bangsa walaupun di mana-mana cikgu bekerja kerana cikgu
mempunyai satu kelebihan dalam mendidik pelajar dengan berkesan. Sekolah ini
pasti akan kehilangan seorang guru yang berdedikasi tetapi kami yakin
penggantinya juga seorang yang seteraf atau berkemampuan untuk mengisi tempat
beliau itu.

Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan semua di sekolah ini memohon maaf atas
semua kesalahan dan kesilapan kami terhadap cikgu.

Sekian, terima kasih.

Karangan 12
Anda telah menyertai suatu pertandingan perbahasan yang bertajuk
“Ilmu Lebih Penting daripada Wang Ringgit”.

Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah anda.

Yang mulia tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar,
guru-guru , barisan pembangkang yang dikagumi dan rakan sekalian. Sebagai
pihak pencadang, saya menyokong penuh tajuk perbahasan kali ini, yakni “Ilmu
Lebih Penting daripada Wang Ringgit”.

Ilmu dan wang ringgit memang sama penting secara amnya tetapi pada pandangan
peribadi saya, ilmu mengatasi semua perkara di dunia ini terutama sekali wang
ringgit. Atas dasar apakah saya beranggapan sedemikian?

Bayangkan jika seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan sudah pasti dia dapat
menggunakan ilmunya untuk memperoleh wang pula. Sebagai contohnya,
seseorang yang kaya dengan ilmu mendidik boleh menggunakan ilmunya untuk
mengajar pelajar supaya lebih berjaya dalam pelajaran. Secara tidak langsung dia
akan memperoleh wang daripada ilmu yang dimilikinya itu.

Selain itu, seseorang yang berilmu juga mempunyai pemikiran yang berbeza.
Biasanya golongan berilmu ini melihat sesuatu daripada sudut pandangan yang
jauh dan rasional. Maknanya golongan yang berilmu akan bertindak dengan bijak
tanpa melulu atau mengikut perasaan pula terutama untuk urusan kewangan
mereka nanti.

Karangan 13
Tulis sebuah berita tentang kejayaan sebuah sekolah dalam pertandingan
sekolah indah dan bersih peringkat negeri.

KUALA LUMPUR, 28 September – Sekolah Rendah Kebangsaan Padang


Tembak, di sini telah terpilih menjadi johan pertandingan sekolah indah dan bersih
peringkat negeri Wilayah Persekutuan. Sekolah itu juga dianggap antara sekolah
terbaik dalam prestasi peperiksaannya.

Semangat bekerjasama antara pihak guru dan pelajar-pelajarnya merupakan rahsia


kejayaan sekolah ini sejak dahulu. Semua pihak bersetuju bahawa kawasan
persekitaran sekolah yang indah dan bersih menjadikan pelajar-pelajar lebih
berminat untuk belajar lalu mampu meningkatkan prestasi peperiksaan mereka
pula.

Menurut Guru Besar Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak, Encik Azman
Mohammad, 48, kejayaan sekolah ini berkat usaha pihak guru yang sanggup
melupakan cuti hujung minggu mereka untuk merangka program mengindahkan
lagi kawasan sekolah. Manakala pelajar menurut pengetua itu pula telah
memberikan kerjasama dengan turut memberikan idea untuk menjadikan sekolah
mereka antara yang terbaik di negeri ini.

Beliau memberitahu bahawa sejak awal tahun, pihak sekolah telah merangka satu
program yang bertujuan mengekalkan kebersihan kawasn sekolah. Antara program
itu ialah mengadakan gotong-royong dan melukis kawasan sekolah yang diadakan
sepanjang tahun supaya guru dan pelajar menyedari kepentingan menjaga sekolah
sepanjang masa.

Encik Azman juga memuji sikap ibu bapa yang turut memberi kerjasama dengan
sudi membenarkan anak-anak mereka terbabit dalam pelbagai program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau bercadang untuk menggunakan wang hadiah
daripada pertandingan itu untuk membina sebuah trek larian baru yang boleh
digunakan oleh pelajar pada masa hadapan pula.

Karangan 14
Tulis sebuah berita tentang kejadian pelajar mati lemas.

ALOR SETAR, 29 Februari – Dua pelajar sekolah telah disahkan mati dalam satu
kejadian lemas di Sungai Kedah semalam. Mereka telah dikenali sebagai Mohd
Tarmizi bin Ali, 12 dan Soh Chin Kung, 12. Kedua-duanya pelajar tersebut
merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Alor Setar.

Menurut beberapa rakan mangsa, kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang ketika
mereka sedang bermain-main di tempat kejadian. Aras air sungai itu tiba-tiba
sahaja naik lalu arus yang deras membawa kedua-dua mangsa tanpa sempat
diselamatkan oleh rakan-rakan yang lain.

Kata mereka, kedua-dua mangsa hanya berada beberapa meter sahaja dari tebing
sungai ketika kejadian itu berlaku. Kata mereka lagi, hanya jeritan suara meminta
tolong sahaja yang sempat mereka dengar selepas itu. Pihak polis telah menjumpai
mayat kedua-dua mangsa itu kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian lima jam
kemudiannya.

Kejadian air sungai yang naik secara tiba-tiba itu memang sudah menjadi
kebiasaan kerana hujan yang turun di kawasan hulu sungai itu tidak kelihatan dari
tempat mangsa bermain. Pihak polis telah memberi amaran agar ibu bapa
mengawasi anak-anak mereka terutama ketika musim hujan begini supaya kejadian
yang serupa tidak akan berulang.

Karangan 15
Tulis sepucuk surat kepada kenalan anda untuk mengajaknya
menyaksikan persembahan kebudayaan di sekolah anda itu.
Tulis surat untuk menyatakan hasrat anda itu.

Lot 228, Jalan Bola 2,


Taman Desa Petaling,
45000, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

28 September 2010.

Menemui sahabatku, Azman bin Ali yang kini berada di Taman Kelang, Subang
Jaya, Selangor.

Saudara,

Apa khabar saudara sekarang? Saya berharap dan berdoa semoga saudara dan
keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Diri saya di sini sihat belaka
bersama-sama keluarga yang tersayang.
Tujuan saya menulis surat ini ialah saya ingin mengajak saudara untuk
menyaksikan satu persembahan kebudayaan yang unik di sekolah saya. Majlis itu
akan diadakan pada 30 Oktober 2010 ini dan persembahan akan bermula pada jam
8 malam.

Persembahan itu unik kerana inilah kali pertama, sekolah saya akan menganjurkan
satu persembahan yang melibatkan semua kebudayaan di negara ini pada satu
masa. Pihak sekolah saya juga telah menjemput beberapa wakil kumpulan dari
sekolah berhampiran untuk melibatkan diri mereka juga. Dianggarkan terdapat 10
persembahan kebudayaan pada malam itu daripada pelbagai latar belakang
kebudayaan di negara ini.

Pihak sekolah saya mengadakan persembahan itu bertujuan untuk mendidik


generasi muda terutama pelajar tentang keunikan kebudayaan pelbagai bangsa di
negara ini. Sememangnya masih ada pelajar yang tidak mengenali tarian kaum-
kaum di negara ini. Saya juga akan terbabit dalam persembahan tersebut.

Saya amat berharap saudara dan mungkin juga rakan-rakan saudara dapat hadir ke
majlis persembahan tersebut. Kedatangan saudara bukan sahaja akan memeriahkan
suasana itu tetapi juga memberi sokongan kepada diri saya serta meningkatkan lagi
kemahiran saudara tentang kebudayaan yang wujud di negara ini.

Baiklah, sampai di sini sahaja surat saya untuk kali ini.


Semoga kita bersua nanti.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Kamal

Karangan 16
Persatuan Pengakap sekolah anda telah mengadakan satu
perkhemahan di sebuah kawasan taman negara. Selaku setiausaha
persatuan, sediakan laporan tentang aktiviti perkhemahan tersebut.

Laporan Perkhemahan Persatuan Pengakap Sekolah


Rendah Jalan Padang Tembak

Persatuan Pengakap Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak telah mengadakan satu
perkhemahan pada cuti semester yang lalu yakni dari 28 September hingga 3
September 2010. Perkhemahan kali ini telah diadakan di kawasan hutan simpan
Endau-Rompin, Johor. Sebanyak 50 orang ahli pengakap sekolah ini bersama-sama
enam orang guru pengiring.

Perkhemahan tersebut berlangsung selama tiga hari dua malam bertujuan untuk
mendedahkan aktiviti perkhemahan kepada ahli persatuan. Pada masa yang sama
aktiviti sebegini mampu untuk mengeratkan hubungan antara ahli serta memupuk
semangat bekerjasama antara mereka pula.

Pada hari pertama perkhemahan tersebut, ahli pengakap telah diuji tentang
kemahiran mereka untuk memasang khemah dan mencari kedudukan dalam peta.
Aktiviti ini amat penting buat mana-mana diri pengakap kerana kedua-dua aktiviti
itu mampu memberikan satu keyakinan kepada pengakap untuk berdikari di dalam
hutan.

Manakala hari kedua pula, satu acara merentas hutan telah dijalankan. Lima
pasukan telah dibentuk dengan setiap pasukan mempunyai sepuluh orang ahli
pengakap dan seorang guru yang akan berjalan merentas hutan berpandukan peta
yang telah diberikan. Dengan berbekalkan bahan-bahan asas seperti makanan
ringan, kompas, pisau, tali dan ubat-ubatan mereka terpaksa berjalan hampir 10 km
dan kembali ke kawasan perkhemahan mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini
mewujudkan semangat tabah dan kerjasama antara ahli pengakap.
Pada hari terakhir, mereka dibenarkan untuk mandi-manda sebelum bertolak
pulang ke Selangor pada sebelah petangnya. Perkhemahan ini berakhir pada jam
12 tengahari.

Laporan disediakan oleh, 28 SEPTEMBER 2010.


Azman Azali
(AZMAN AZALI)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak.

Karangan 17
Tulis satu laporan aktiviti tahunan persatuan yang anda merupakan
setiausaha persatuan tersebut.

Laporan Persatuan Bahasa Malaysia


Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu

Penaung: Tuan Haji Ahmad Isa


Penasihat: Encik Azlan Kamarudin
Penegrusi: Mohammad Ali Seman
Naib Pengerusi: Suhaidah Yakob
Setiausaha: Azman Ali
Bendaharai: Leow Yee Man
Ahli Jawatankuasa: Mohd Abu Sulaiman Ros Mustafa

Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu telah ditubuhkan


pada bulan Januari 2008. Sehingga kini, dua mesyuarat agung telah diadakan untuk
melantik ahli-ahli jawatankuasa persatuan untuk melancarkan urusan persatuan
yang semakin penuh dengan pelbagai aktiviti itu.

Pada masa yang sama sambuatn daripada pelajar sekolah begitu menggalakkan
kerana sehingga kini sudah ada 300 pelajar yang menganggotai persatuan ini dari
darjah dua hingga enam. Usaha untuk menarik lebih banyak ahli persatuan
biasanya dijalankan pada awal tahun ketika pendaftaran pelajar baru bermula
terutama pelajar darjah dua hingga enam.

Bermacam-macam aktiviti telah dijalankan oleh persatuan ini sepanjang tahun


2008 yang melibatkan semua ahli. Antaranya ialah:

1.Hari suai kenal dengan ahli baru


2.Pertandingan menulis karangan
3.Minggu Bahasa
4.Lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka
5.Persembahan drama

Semua aktiviti ini berjaya dijalankan kerana kerjasama guru penasihat persatuan
bersama-sama ahli persatuan yang benar-benar mahu melakukan satu perubahan
besar terhadap persatuan ini. Pada tahun hadapan persatuan bercadang untuk
melakukan lebih banyak aktiviti lagi terutama yang melibatkan kemahiran menulis
dan berbahasa dalam kalangan pelajar di sekolah ini.

Harapan kami supaya Persatuan Bahasa Malaysia akan lebih aktif pada masa akan
datang setanding dengan persatuan dan kelab lain di sekolah ini.

Disediakan oleh, 28 SEPTEMBER 2009


Azman Ali
(AZMAN ALI)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Malaysia
Sekolah Kebangsaan Jalan Hulu.

Karangan 18
Tulis satu berita tentang kejadian kemalangan yang berlaku.

KUALA LUMPUR, 31 FEBRUARI – Empat orang sekeluarga termasuk dua


kanak-kanak terbunuh apabila sebuah van yang membawa lima orang penumpang
terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di Kilometer 20 Jalan Rawang kira-kira jam 6
pagi semalam.

Mangsa yang terkorban ialah Mohamad Deli Seman, 30, Sulinda Kamarudin, 28,
Marialinda Mohamad, 11, dan Shukri Mohamad, 10. Kesemua mangsa meninggal
dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Rawang. Manakala anak bongsu
mereka Jasmin Mohamad, 8, pula sedang dirawat di unit rawatan kecemasan tetapi
keadaannya dikatakan stabil. Kemalangan tersebut telah menyebabkan berlakunya
kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer.

Van yang dipandu oleh Mohamad Deli itu dipercayai tidak boleh dikawal setelah
satu tayarnya meletup lalu merempuh besi penghalang jalan sebelum jatuh ke
dalam gaung itu. Menurut saksi, van tersebut berpusing beberapa kali sebelum
merempuh benteng besi tepi jalan itu. Ketika kemalangan itu berlaku, hujan renyai-
renyai yang turut menyukarkan bantuan diberikan kepada mangsa ketika kejadian
tersebut berlaku.

Keluarga itu dikatakan baru sahaja pulang dari kampung mereka di Tanjung Malim
Perak sempena dengan musim cuti sekolah ini. Mohamad Deli yang bekerja
dengan sebuah syarikat swasta di ibu kota manakala isterinya pula bekerja di
sebuah sekolah swasta di Klang. Kesemua anak mereka bersekolah di sekolah
swasta tersebut.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur berkata, kemalangan itu sesuatu yang
menyedihkan lalu menasihati pengguna yang lain supaya lebih berhati-hati dan
memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebelum
memulakan perjalanan.

Karangan 19
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan
pengalaman bercuti anda di sebuah tempat
Tulis surat itu selengkapnya.

No. 234, Jalan Osman,


Taman Kerjasama Ulung,
46400, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
28 September 2009.

Menemui saudaraku Ali bin Karim yang kini berada di Sungai Perak, Perak.
Semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,

Surat saudara itu telah pun selamat saya terima pada empat hari yang lalu
dan ribuan terima kasih atas kesudian saudara menulis itu. Nampaknya percutian
saudara bersama keluarga di Pulau Tioman itu memang menarik untuk dibaca
berulang kali.

Jadi, kali ini saya ingin membalas pula dengan menceritakan pengalaman percutian
kami sekeluarga di Pantai Lido, Johor. Kami sekeluarga telah pergi ke kampung
nenek saya yang terletak berhampiran dengan pantai yang terkenal itu. Sudah lama
ayah merancang percutian ini kerana setiap kali kami sekolah pasti ayah atau ibu
tidak mendapat cuti pula.

Ketika tinggal di rumah nenek, saya dan adik saya telah berpeluang
mengikuti Pak Long pergi menangkap ikan. Awal-awal pagi lagi kami sudah
bertolak ke laut. Kami telah dibawa menaiki sebuah bot yang agak sederhana
besarnya. Kami melihat cara-cara membuang dan menarik pukat yang begitu besar
serta cara nelayan mengasingkan ikan-ikan mengikut kategori tertentu ke dalam
kotak khas. Saya sendiri tidak pasti jenis-jenis ikan yang sudah ditangkap itu
kerana terlalu banyak.

Kami berada di lautan selama hampir lima jam. Sebaik sahaja kami sampai di
daratan, sudah ada beberapa orang yang sedang menunggu kami. Rupa-rupanya
mereka membeli ikan daripada Pak Long. Saya ternampak Pak Long dan peraih itu
bercakap-cakap tentang sesuatu. Mereka kemudiannya berjabat tangan sesama
mereka. Semua kotak-kotak ikan itu kemudiannya diangkat ke dalam lori yang
sudah sedia menunggu.

Ada juga ikan yang kami bawa pulang ke rumah nenek. Mak dan Mak Long sibuk
memasak buat kami. Pada malam itu, kami sekeluarga duduk makan malam
bersama-sama dengan hasil tangkapan tadi. Makanan itu merupakan makanan
malam yang paling sedap pernah saya alami. Sekali-sekali kedengaran cerita lucu
terutama cerita Pak Long tentang saya dan adik yang kelihatan begitu kagum
dengan nelayan yang menangkap ikan itu.

Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Diharap pada cuti penggal yang akan
datang, kita dapat menghabiskan cuti bersama-sama pula.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Azman

Karangan 20
Anda menjadi pencadang dalam satu perbahasan yang bertajuk
“Sukan memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar”.

Selamat sejahtera tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, barisan
pembangkang yang dihormati, guru-guru dan para hadirin sekalian. Saya bagi
pihak pencadang menyokong tajuk perbahasan kita pada hari ini iaitu “Sukan
memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar”.

Hadirin,

Slogan “badan cergas otak cerdas” menjadi satu laungan yang membuktikan
betapa pentingnya aktiviti sukan dalam kehidupan seseorang itu terutama pelajar.
Tanpa badan yang sihat seseorang itu pasti tidak mampu untuk melakukan apa-apa
tindakan lain terutama untuk belajar dengan sebaik mungkin. Kita boleh katakan
tanpa suka seseorang pelajar itu akan menjadi lemah lalu menjejaskan prestasi
pelajarannya.

Bukan sahaja prestasi pelajar berkaitan dengan sukan tetapi rasa keyakinan diri pun
akan bertambah. Kalau kita kaji kebanyakan ahli sukan yang berjaya memiliki satu
perasaan yakin diri yang amat tinggi sehingga mereka berjaya memperoleh banyak
kejayaan dalam hidup mereka. Rasa keyakinan ini penting kerana kehidupan yang
tidak ada rasa yakin pasti akan menimbulkan rasa negatif dalam kehidupan pelajar.
Oleh itu, sekali lagi sukan membuktikan betapa pentingnya aktiviti ini dalam diri
pelajar.

Hadirin yang dihormati,

Malah, sukan juga boleh menjadikan interaksi seseorang pelajar itu lebih matang
dan meluas. Sukan melibatkan lebih daripada seorang pelajar lalu setiap aktiviti
sukan pasti melibatkan interaski yang kemudiannya boleh dijadikan asas
persahabatan buat seseorang itu. Semua interaksi yang berlaku ini menjadikan
kehidupan pelajar lebih bermakna lalu mereka berupaya untuk melakukan sesuatu
yang baik dalam hidup mereka.

Sukan juga menjadikan masa lapang pelajar dihabiskan dengan bermanfaat sekali.
Setiap permainan sukan memerlukan satu jumlah masa yang agak lama seperti
empat puluh minit atau sejam. Masa yang dihabiskan sebegini menjadikan mereka
mampu menghabiskan masa dengan lebih baik tanpa terbabit dalam sebarang
aktiviti yang tidak sihat pula.

Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya menegaskan bahawa sukan
memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Hanya menerusi sukan
pelajar dapat memahami diri mereka lalu berjaya mencapai matlamat sebenar
mereka di dunia ini.

Sekian, terima kasih.

Karangan 1

Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan.


Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.

Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak faedah


yang mereka peroleh apabila mengikuti kelas sebegini. Kelas tambahan sudah
menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan murid-murid kini.

Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan ialah
pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas ini
begitu penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.

Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan
tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan.
Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman
kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.

Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan


satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula.
Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin
untuk menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan itu.

Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan


aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah
biasa menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak sihat
seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalkkan mengikuti kelas tambahan


untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang dihadiri
oleh murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang
masa dengan menghadiri kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting daripada
kuantiti menghadiri kelas.

Karangan 2

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.


Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam
keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan
kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti
mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling
rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh
sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat.
Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti
yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik.
Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu
memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan
penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di
peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah
dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus


dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang
penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Karangan 3

Tulis karangan yang bertajuk, “Faedah Membaca”


Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam
sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang
itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan
seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini
memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden
yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan
murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli
majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat
mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu
terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan
pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya
dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus
dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin
besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan
peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini
kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini
akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

Karangan 4

Kamu dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas kemahiran hidup.


Tiba-tiba seorang rakan kamu tercedera.
Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa tersebut.

Saya dan rakan-rakan sekelas begitu gembira setiap kali kami menghadiri kelas
kemahiran hidup. Kami berasa gembira kerana kelas ini mengajar kami pelbagai
kemahiran hidup yang memerlukan kreativiti seperti menghasilkan penyangkut
baju dan kotak simpanan pensel.

Namun pada minggu lepas, satu kejadian buruk telah berlaku ketika kelas
kemahiran hidup itu sedang berlangsung. Kejadian itu berlaku selepas Cikgu
Kamal memberikan tugasan kepada kami semua iaitu untuk menyiapkan rangka
gambar. Beliau ketika kejadian itu berada di luar kelas.

Ali, rakan sekelas saya telah ditimpa kecederaan. Tangannya telah terluka ketika
sedang membantu seorang lagi rakan saya iaitu Azmi. Kemalangan berlaku apabila
Azmi hendak memotong kayu itu dengan gergaji lalu terkena tangan Ali secara
tidak sengaja. Ali hanya memegang tangannya yang berlumuran darah.

Tanpa melengahkan masa, saya segera memberitahu Cikgu Kamal yang ketika itu
berada di luar kelas bercakap dengan penolong kanan. Cikgu Kamal segera masuk
ke dalam kelas dan memegang serta mengambil ubat pembasmi kuman lalu
menyapukannya ke atas luka Ali itu sebelum membalutnya dengan menggunakan
kain pembalut luka.

Kemudian, Cikgu Kamal meminta kami semua supaya bertenang dan berhati-hati
apabila menggunakan alat-alat tajam di kelas itu pada masa hadapan. Beliau
membawa Ali ke klinik berhampiran sekolah untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Karangan 5
Semasa rehat, seorang rakan kamu menyedari bahawa dia telah
kehilangan wang. Dia tidak mempunyai wang untuk berbelanja dan
meminta pertolongan daripada kamu.

Ceritakan bagaimana kamu membantunya.


Semalam semasa sedang berjalan menuju ke kantin sekolah, Sulaiman baru
menyedari bahawa dia tidak mempunyai wang belanja. Dia berpendapat
kemungkinan wang itu tercicir ketika dia pergi ke sekolah atau tertinggal di
rumahnya.

Sulaiman berasa sedih kerana dia tidak mempunyai wang untuk makan lagi. Saya
memberitahunya supaya tidak berasa risau kerana saya akan membayar untuk
makanannya pada waktu rehat itu. Kami berjalan bersama-sama menuju ke kantin
sekolah.

Wang saku saya ada RM5 dan memberitahu Sulaiman bahawa kami akan
berkongsi wang tersebut untuk membeli makanan di kantin. Saya menjelaskan
kepadanya bahawa wang yang saya ada itu sudah lebih daripada cukup untuk
membayar makanan kami berdua.

Kemudian, saya membeli dua pinggan mi goreng yang berharga RM1 sepiring.
Saya menghulurkan mi itu kepada Sulaiman. Sejurus kemudian, saya membeli dua
gelas air yang berharga 50 sen dan memberikan segelas kepada Sulaiman juga.
Kami makan bersama-sama sambil bebrincang tentang pelajaran yang baru sahaja
kami dengar tadi.

Selepas makan saya memberikan RM1 kepada Sulaiman untuk tambang bas ketika
balik nanti. Dia hanya tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepada saya atas
bantuan itu. Sulaiman juga berjanji akan memulangkan semula wang saya pada
esok harinya. Saya herasa gembira kerana dapat membantu seseorang pada hari itu.

Karangan 6
Tulis karangan berdasarkan peribahasa “seperti kacang lupakan
kulit”

Pak Kamal seorang pesawah yang tidak memiliki pendidikan tinggi. Dia tidak
mahu anak tunggalnya itu menjalani kehidupan yang serupa dengannya. Pak
Kamal lebih suka melihat Ali berjaya dalam hidupnya dan memiliki pelajaran yang
baik.

Jadi, setiap hari Pak Kamal dan isterinua akan bekerja keras di sawah untuk
memastikan Ali mampu ke sekolah. Mereka sanggup berlapar dan tidak memiliki
pakaian yang banyak asalkan anak mereka itu mampu ke sekolah setiap hari.
Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kejayaan Ali yang merupakan
anak tunggal mereka.

Kini, Pak Kamal dan isterinya boleh berbangga kerana Ali menjadi satu-satunya
penduduk kampung mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Ali berjaya dipilih untuk memasuki kursus perubatan di sebuah universiti terkenal
negara.

Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Ali telah berjaya mendapat kerja sebagai doktor
di sebuah hospital swasta yang terkenal. Gaji bulannya begitu lumayan. Jauh lebih
banyak daripada pendapatan ayahnya itu sehingga Ali sudah mampu untuk
membeli sebuah kereta dan rumah dalam masa tidak sampai setahun sahaja.

Namun, kebahagian yang dijangkakan oleh Pak Kamal dan isterinya tidak
kesampaian kerana kehidupan di kota telah menyebabkan Ali lupa
tanggungjawabnya kepada keluarga. Dia tidak lagi pulang melawat ibubapanya di
kampung. Dia tidak mengenang jasa dan pengorbanan ayah serta ibunya itu.

Pak Kamal sedar bahawa anak yang dahulunya disanjung atas kejayaanya itu kini
menjadi seperti kacang lupakan kulit. Apabila teringatkan anaknya itu, Pak Kamal
menangis tetapi dia dan isterinya masih berdoa agar Ali akan berasa insaf lalu
pulang ke pangkuan mereka.

Karangan 7
Anda telah menyaksikan satu kebakaran. Ceritakan pengalaman anda
menangani situasi tersebut.
Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa kebakaran yang berlaku pada bulan
lepas. Setiap kali membaca akhbar tentang kejadian kebakaran fikiran ini terus
teringat akan kejadian itu. Masalah ini berterusan kerana aku terlibat secara
langsung dalam peristiwa tersebut.

Peristiwa kebakaran itu berlaku pada waktu petang hari Ahad minggu terakhir pada
bulan lepas itu. Ketika itu, aku berada di satu simpang jalan menuju ke arah
rumahku. Tiba-tiba sahaja, aku terdengar jeritan orang ramai meminta pertolongan
kemudian perkataan api berulang kali pula berkumandang. Rupa-rupanya, jeritan
itu datangnya dari sebuah rumah di deret rumah yang berada di tepi jalan itu.

Tanpa membuang masa, aku segera menelefon pihak bomba dengan menggunakan
telefon bimbit yang diberikan oleh ibu tadi. Kemudian, aku menuju ke rumah yang
sedang terbakar itu. Ketika aku sampai, sudah ada beberapa jiran yang sibuk
mengangkat keluar beberapa peralatan elektrik dari rumah tersebut. Aku
membantu mereka. Ada juga beberapa orang yang hanya duduk melihat sahaja.

Kemudian kedengaran bunyi siren bomba. Pasukan bomba begitu pantas bertindak
kerana dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja api yang sedang marak di
bahagian atas rumah itu sudah berjaya dipadamkan oleh mereka. Menurut jiran-
jiran, kebakaran itu berlaku akibat litar pintas.

Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa kebakaran dengan segera membuat
panggilan kepada pihak bomba. Semua penghuni rumah itu dalam keadaan
selamat. Hanya bahagian atas rumah itu sahaja yang terbakar teruk. Aku
difahamkan jiran-jiran kawasan itu telah memberi bantuan kewangan kepada
mangsa kebakaran itu.

Karangan 8
Anda sebagai wakil murid tahun enam dikehendaki berucap dalam
satu majlis perpisahan antara guru dengan murid-murid tahun enam.
Tulis ucapan itu selengkapnya.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru,
dan rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

Ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya sebagai wakil
murid tahun enam untuk berucap dalam majlis yang meriah lagi bermakna ini.

Hadirin,

Guru-guru sekolah ini telah mendidik dan membimbing kami demi kejayaan pada
masa hadapan. Oleh itu, kami akan sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru
sekalian. Kami tidak sekali-kali akan menjadi seperti “kacang lupakan kulit”.
Tanpa guru siapalah kami.

Selain itu, kami berjanji akan terus belajar dengan tekan sehingga mencapai
kejayaan dalam peperiksaan akan datang. Walaupun kita akan terpisah, harapan
kami semua ialah guru-guru tidak akan melupakan kami begitu sahaja. Bak kata
pepatah “jauh di mata dekat di hati”.

Guru-guru dan rakan-rakan,

Kami berjanji akan mengingati semua nasihat guru terutama nasihat agar menjadi
insan yang berguna buat agama, masyarakat dan negara ini. Kami berharap agar
guru sekalian sentiada mendoakan kejayaan kami dalam segenap lapangan yang
kami ceburi.

Akhir kata, kami memohon maaf aras semua kesilapan yang kami lakukan
sepanjang kami belajar di sini.

Sekian, terima kasih.

Karangan 9
Sebagai ketua murid, anda telah dipilih untuk memberi ucapan
bersempena dengan sambutan Hari Guru. Lengkapkan ucapan di
bawah.

Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru yang
dikasihi serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Hadirin yang dikasihi,

Pada pagi yang penuh bermakna ini, saya mewakili pelajar tahun enam sekolah ini
mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang kami semua kagumi.
Didikan guru-guru semua telah banyak memberi kesedaran kepada kami semua.

Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima aksih kepada guru yang begitu tekun
dan sabar serta dedikasi mendidik kami untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Guru-guru bekerja mendidik kami tanpa mengharapkan sebarang balasan pun.

Namun, berkat ketekunan guru-guru semua, kami telah berjaya mencapai kejayaan
demi kejayaan dalam peperiksaan kami. Semua kejayaan ini tidak akan berlaku
tanpa kewujudan guru-guru semua.

Kami berharap guru-guru akan terus berkhidmat untuk mendidik anak bangsa yang
amat memerlukan bantuan ini. Tanpa pertolongan guru-guru semua, kami boleh
diumpamakan sebagai anak ayam kehilangan ibu.

Akhir sekali, kami mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang
dikasihi.

Karangan 10

Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang”


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para
guru serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk
“Cara-cara Menjadi Murid cemerlang”.

Hadirin,

Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh


itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan
pendidikan ini.

Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka.
Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang
perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara
sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.

Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual
sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai
aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut
penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi
jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang
seimbang.

Hadirin yang budiman,

Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan.
Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk
memastikan murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang
sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan
seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang
murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang
menghadapi sebarang cabaran peperiksaan yang muncul.
Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja.
Semua murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa
usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.

Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.

Karangan 11
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda akan mengadakan lawatan
ke Pulau Pinang. Selaku pengerusi persatuan, anda dikehendaki
menulis sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah anda untuk
meminta kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut.

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka,
45000, Batu Berendam,

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka,
45000, Batu Berendam,
Melaka 28 SEPTEMBER 2009

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat ke Pulau Pinang

Merujuk perkara di atas, saya selaku Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia sekolah
ini ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk membuat lawatan ke
Pulau Pinang pada cuti semester pertama akan datang ini.

2. Tujuan kami mengadakan lawatan tersebut adalah untuk melihat tempat-tempat


bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang. Lawatan ini juga akan meluaskan lagi
pengetahuan murid tentang kepelbagaian kaum di negara ini. Pulau Pinang
merupakan antara negeri yang memiliki kaum-kaum yang unik untuk dilihat oleh
murid sekolah ini.

3. Rombongan ini akan meliputi 20 orang murid tahun enam dan diiringi 4 orang
guru. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Kami juga akan mengikuti semua arahan guru pengiring kelak.
4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini secepat mungkin. Hal ini kerana kami memerlukan masa
untuk membuat semua persiapan sebelum mengadakan lawatan tersebut seperti
aspek meminta kebenaran daripada pihak ibu bapa pula.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


azman
(AZMAN MOHAMAD)
Pengerusi,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka.
Karangan 12

Jalan raya di kampung kamu telah rosak. Sebagai wakil penduduk,


anda ingin mengemukakan permohonan membaiki jalan. Tulis
sepucuk surat kepada Jabatan Kerja Raya untuk menyatakan
permohonan kamu itu.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,


Kampung Pandan Indah Batu 25, 3200, Cheras,
Selangor.

Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Daerah Cheras,
Kompleks Bangunan Sultan Ismail,
Jalan Aman 2,
43200, Cheras,
Selangor. 29 SEPTEMBER 2009.

Tuan,

Memohon Membaiki Jalan Raya

Berhubung perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung Pandan Indah Batu
25 memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membaiki jalan raya yang sudah
rosak di kampung kami ini.

2. Jalan raya di kampung kami ini telah rosak akibat terlalu banyak lori berat yang
menggunakannya untuk mengangkut pasir ke kawasan pembangunan di kampung
sebelah. Keadaan ini menjadi semakin serius kerana musim hujan yang baharu
sahaja tamat bulan lalu menjadikan kawasan tepi jalan raya itu berlopak dan mula
berlubang.
3. Akibat kerosakan jalan raya itu beberapa kemalangan kecil telah berlaku. Malah,
kami mula berasa bimbang kerana banyak anak-anak penduduk kami
menggunakan jalan tersebut untuk ke sekolah mereka. Kami bimbang jika sesuatu
yang buruk akan menimpa mereka kerana keadaan jalan raya yang sudah begitu
teruk itu.

4. Bukan sahaja masalah jalan raya ini menyusahkan pelajar ke sekolah tetapi juga
buat kami yang hendak pergi ke tempat kerja kerana jalan raya itu merupakan satu-
satunya jalan yang menghubungkan kampung ini dengan kawasan lain. Saban hari
kami terpaksa lebih berwaspada apabila menggunakan jalan raya itu untuk
mengelakkan lubang dan sebagainya.

5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat membaiki jalan raya di kampung
kami ini dengan segera.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
KAMAL AHMAD
( KAMAL AHMAD)
Wakil Penduduk,
Kampung Pandan Indah Batu 25, Cheras.

Karangan 13
Tulis sepucuk surat kepada kenalan kamu di luar negara untuk menceritakan
tentang perayaan yang telah kamu sambut.

No.227, Jalan Cheras 2/3,


Taman Cheras Aman,
45600, Cheras,
Selangor.
27 September 2009.

Menemui sahabatku, Melisa Kwong yang kini berada di Taiwan dengan


selamatnya.

Saudari,

Surat saudari yang bertarikh 28 Ogos 2009 itu telah lama saya terima. Maafkan
saya kerana terlewat membalas surat saudari itu kerana kesibukan saya menyambut
Hari Raya Adilfitri. Untuk pengetahuan saudara, saya dan keluarga di sini
semuanya dalam keadaan yang sihat.

Jadi, untuk warkah kali ini saya berhasrat untuk menceritakan tentang Hari Raya
Adilfitri yang telah saya sambut baru-baru ini. Untuk makluman saudari, umat
islam meraya perayaan ini pada 1 Syawal yakni kalendar Islam. Sebelum kami
menyambut perayaan ini, semua umat Islam akan berpuasa selama sebulan.

Pada hari perayaan itu, saya dan ayah serta abang akan bersama-sama pergi ke
masjid yang berdekatan rumah saya untuk bersembahyang. Biasanya ketika inilah
kami meluahkan rasa syukur kerana berjaya melengkapkan puasa dan mampu
menyambut perayaan pula. Biasanya masjid akan dipenuhi dengan orang ramai
ketika ini.

Satu perkara yang unik tentang perayaan ini ialah umat Islam akan membuat
rumah terbuka yakni semua kaum boleh datang ke rumah orang Islam dan
bersama-sama menyambut perayaan ini. Jadi, ramai jiran dan sahabat saya yang
datang ke rumah saya pada perayaan tersebut. Biasanya emak saya akan

menyediakan pelbagai juadah makanan untuk dihidangkan kepada tetamu yang


datang sambil berbual-bual.
Saya juga akan pergi melawat rumah kawan-kawan saya pada hari perayaan itu.
Saya berasa gembira kerana perayaan ini biasanya disambut dalam suasana yang
meriah dan ceria lalu memberikan satu kepuasan dalam hidup.

Itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang perayaan yang telah saya sambut itu.
Semoga kita akan bertemu lagi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Kamaluddin

Karangan 14
Balas surat kepada rakan anda untuk memberitahunya tentang persediaan anda
menghadapi peperiksaan akhir tahun.

No.228, Jalan Cheras 12,


Taman Cheras Utama,
45600, Cheras,
Selangor.

29 September 2009.

Ke hadapan saudara Kamal yang kini berada di Pulau Pinang, semoga saudara dan
keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,

Surat yang saudara kirimkan itu telah saya terima pada minggu lalu. Saya berasa
amat kagum akan persediaan yang telah saudara ambil khas untuk mengharungi
peperiksaan akhir tahun pada bulan Oktober nanti. Sememangnya saudara
berfikiran jauh.

Untuk makluman saudara, saya juga sudah mula membuat persediaan dalam
menghadapi peperiksaan tersebut. Tindakan awal saya ialah dengan membuat
jadual belajar di rumah. Semua masa yang telah ditetapkan dalam jadual itu sudah
saya patuhi agar proses ulang kaji saya lebih berkualiti dan konsisten.

Pada masa yang sama, saya juga mengikuti kelas tambahan yang disediakan oleh
pihak sekolah saya. Kelas ini diadakan setiap hari Isnin bermula jam 4 petang
hingga 6 petang. Kelas tambahan ini saya gunakan untuk mengukuhkan lagi
kemahiran saya untuk menjawab soalan peperiksaan kelak.

Selain itu, saya juga telah menubuhkan satu kumpulan belajar. Kumpulan ini
terdiri daripada empat pelajar sekelas saya dan kami bertemu dua kali seminggu
yakni pada hari jumaat dan sabtu setiap jam 8 malam hingga 10 malam di rumah
saya. Kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat supaya mampu menambahkan
pengetahuan bersama.
Saya amat yakin jika saya berusaha lebih gigih, saya boleh memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun kelak lalu memberi sedikit harapan
kepada ibu bapa saya.

Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih.

Yang benar,
Yusuf
Karangan 15

Tulis berita tentang satu rompakan yang berlaku di sebuah kedai


runcit.

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER – Satu rompakan telah berlaku di sebuah


kedai runcit di Jalan Handal, Taman Seri Maju. Rompakan tersebut telah dilakukan
oleh dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an pada petang semalam.

Menurut pemilik kedai runcit itu, rompakan itu berlaku ketika dia sedang melayan
seorang pelanggannya. Mereka terkejut apabila didatangi oleh dua lelaki itu yang
bersenjatakan sebilah parang dan kapak. Perompak-perompak itu berjaya
merampas wang hasil jualan hari itu bernilai hampir RM500. Pemilik kedai runcit
itu pada mulanya enggan menyerahkan wang tersebut tetapi setelah perompak
memberi amaran akan mencederakan pelangganya, dia terpaksa menyerahkan
wang tersebut.

Kejadian yang berlaku dalam masa 10 minit itu merupakan kejadian pertama yang
menimpa kedai runcit tersebut. Pihak polis yang datang membuat siasatan
kemudian mengesahkan bahawa dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an sedang
diburu oleh pihak polis. Kedua-dua perompak tersebut dipercayai masih lagi
bersembunyi di kawasan berhampiran kerana semua kawasan keluar dari kawasan
itu sudah dikawal oleh pihak polis.

Pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika
mereka ternampak dua lelaki yang mencurigakan di kawasan mereka dengan
segera.
Karangan 16

Di kawasan tempat tinggal anda satu pasar tani telah dianjurkan.


Gambarkan suasana di pasar tani tersebut.

Kampung saya, Kampung Merdeka merupakan lokasi pasar tani sejak beberapa
tahun yang lalu. Pemilihan kampung saya mungkin ada kaitan dengan
kedudukannya yang strategik kerana berdekatan dengan kampung-kampung lain
dan juga bandar Melaka.

Setiap awal pagi Ahad, kampung saya akan dikunjungi para petani dan peniaga.
Semua sudah atau sibuk memasang dan menyusun barang jualan mereka. Ada juga
yang sedang memasak dan menggoreng pelbagai jenis masakan untuk dijual
kepada pengunjung nanti. Kelihatan juga beberapa kenderaan terutama van
diletakkan di tepi gerai mereka.

Menjelang jam 9 pagi, sudah mula kelihatan pengunjung memenuhi tapak pasar
tani itu. Ketika inilah para peniaga sibuk berkempen untuk memastikan barangan
mereka laris dijual. Suasana mula menjadi riuh-rendah dengan suara peniag-
peniaga ini. Manakala kawasan lalu lintas di situ mula menjadi sesak dengan orang
ramai berasak-asak membeli-belah.

Kebanyak pengunjung yang datang ke situ suka memilih dan menawar harga
terutama sayur-sayuran dan buah- buahan serta barangan keperluan harian lain.
Ada juga yang hanya datang untuk menjamu selera sambil beriadah bersama-sama
keluarga mereka. Suasana riuh-rendah tadi akan mula berkurangan menjelang
waktu tengah hari.

Ketika waktu inilah, para peniaga mula mengemaskan barangan mereka dan
pulang ke rumah masing-masing dengan penuh kegembiraan melihat keuntungan
yang diperoleh tadi.
Karangan 17

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Tanah


Tinggi Cameron. Selaku setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu.

Laporan Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron

Pada 28 September 2007, sebanyak 25 orang ahli Persatuan Bahasa Malaysia,


sekolah Kebangsaan Damai, Klang telah mengadakan lawatan ke Tanah Tinggi
Cameron. Kami bertolak dari sekolah tepat jam 6.30 pagi bersama-sama lima guru
pengiring.

Tempat lawatan kami yang pertama ialah kebun sayur. Kami begitu kagum melihat
keluasan kawasan kebun itu bersama-sama dengan kepelbagaian jenis sayur yang
ditanam. Antaranya ialah kubis, lobak merah, cili dan sawi. Semua tanaman itu
kelihatan segar dan lebih besar daripada kebiasaan yang kami nampak di pasar
biasa.

Kemudian, kami melawat pula ke bunga. Sebaik sahaja sampai, semua pelajar
berasa begitu gembira kerana melihat keindahan bunga yang pelbagai warna itu.
Puan Erra iaitu salah seorang guru pengiring kami telah membeli beberapa jambak
bunga ros untuk hiasan di rumahnya kelak. Kami mengambil banyak gambar di
kebun bunga yang memang indah itu.

Lawatan kami yang seterusnya ialah lading teh. Penyelia lading itu telah membawa
kami berjalan ke kawasan ladang sambil menerangkan jenis-jenis pokok teh dan
proses menghasilkan teh. Penerangan yang diberikan itu telah banyak memberikan
informasi baru kepada kami tentang teh. Ladang itu memiliki banyak pekerja.

Sebelum balik ke Klang, kami telah menghabiskan masa dengan berkelah di


kawasan air terjun. Di situ, kami sedang mandi-manda dan menikmati bekalan
yang sudah dibawa. Setelah berada hampir sejam di kawasan itu, bas kami bertolak
ke Klang dan sampai di Bandar itu menjelang jam 8 malam.

Sebenarnya, lawatan ini telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru
kepada pelajar semua. Kami bercadang utnuk melawat ke tempat lain pula
sekiranya berpeluang.
Laporan disediakan oleh, 28 Oktober 2008.
Kamal Sulaiman
(Kamal bin Sulaiman)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Damai, Klang.

Karangan 18
Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan


hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin.
Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud


mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama.
Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara
bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan


cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis
perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat
bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang
datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya,
sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga
hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa
tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya
interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita
sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu
mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu
dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung
kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah


saya mengundurkan diri dahulu.

Sekian, terima kasih

Karangan 19
Pendidikan masa depan harus berteraskan teknologi maklumat.
Sebagai pencadang, sediakan teks perbahasan anda.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah, uru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta hadirin
sekalian.

Pada hari ini, saya selaku pihak pencadang ingin membahaskan tajuk yang
diberikan kepada saya yakni, “Pendidikan Masa Depan Harus Berteraskan
Teknologi Maklumat”.

Hadirin sekalian,

Kita semua sudah sedia maklum bahawa teknologi maklumat akan menguasai
dunia. Semua teknologi yang ada kini pasti mempunyai kaitan dengan teknologi
maklumat yakni memudahkan manusia untuk mendapatkan sebarang informasi di
hujung jari mereka sahaja terutamanya penggunaan internet. Lantaran itu,
pendedahan akan teknologi maklumat perlulah diberikan kepada pelajar seawal
mungkin.

Cara yang paling mudah adalah menjadikan teknologi maklumat sebagai perantara
utama dalam sistem pendidikan engara. Pendedahan yang sebegini akan
menjadikan pelajar kita sudah biasa dengan teknologi ini lalu mereka tidak lagi
berasa kekok untuk menggunakannya pada masa hadapan. Pada masa yang sama
semua pelajar ini akan menjadi celik komputer yang pastinya memudahkan lagi
usaha menguasai teknologi maklumat kelak.

Penggunaan teknologi maklumat terutamanya komputer dalam pembangunan


negara bukanlah sesuatu yang asing terutama dalam aspek ekonomi. Semua urusan
perniagaan kini mampu dilakukan menerusi komputer dengan begitu mudah dan
telur. Kemampuan mendedahkan pelajar dengan teknologi maklumat di sekolah
bakal menghasilkan satu sumber manusia yang sudah mahir menggunakan
teknologi ini sejak muda lagi.
Sidang dewan yang dihormati,

Kita mesti menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk menjadikan pendidikan


masa depan berteraskan teknologi maklumat. Tindakan bijak kerajaan ini mampu
menjana pertumbuhan pembangunan negara menjadi lebih rancak dan stabil pada
masa mendatang berbanding negara jiran kita. Pada masa yang sama wawasan
negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 pasti tercapai dengan
mudah.

Sekian, terima kasih.

Karangan 20
Tulis sebuah berita tentang kejadian pelajar mati lemas.

KUALA LUMPUR, 2 April – Dua pelajar mati lemas ketika berenang bersama-
sama empat rakan mereka di sebuah tasik di Ampang. Mereka yang lemas itu
dikenali sebagai Ahmad bin Ali dan Kamal bin Murad. Kedua-duanya berumur 13
tahun dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Jalan Padang Tembak di sini.

Menurut empat lagi rakan mereka yang berada di tempat itu, tragedi itu berlaku
kira-kira jam 4 petang. Kedua-dua pelajar itu berenang bersama-sama rakan
mereka yang lain di tasik yang sering dikunjungi oleh orang ramai terutama pada
hujung minggu tetapi ketika kejadian itu tidak ada sesiapa yang datang membantu
mereka.

Keempat-empat rakan mereka cuba memberi bantuan tetapi gagal untuk


menyelamatkan dua mangsa lemas tersebut. Pihak polis berjaya menjumpai mayat
kedua-dua mangsa selepas empat jam menjalankan operasi mencari kerana tasik itu
agak dalam dan airnya agak keruh. Faktor hujan turut melambatkan operasi
mereka juga.

Tasik itu memang menjadi tempat tumpuan masyarakat terutama pada hujung
minggu. Namun, kawasan tasik itu merupakan tempat larangan berenang dan
kelihatan tanda amaran diletakkan di beberapa kawasan strategik di tasik tersebut.
Kebanyakan pelajar masih tidak memberi perhatian penting akan faktor
keselamatan diri mereka apabila berenang di tasik tersebut.

Pihak pengurusan tasik bercadang untuk meningkatkan tahap kelsematan di


kawasan tersebut dengan menempatkan lebih ramai pengawal keselamatan untuk
mengawasi tingkah laku remaja yang menyalahgunakan kemudahan di tasik
tersebut.

Karangan 21
Lengkapkan surat di bawah untuk memberitahu keluarga anda
tentang kehidupan anda di asrama.

Sekolah Teknik Tuanku Jaafar,


Jalan Jejaka 2, Ampangan,
45500, Seremban,
Negeri Sembilan.

28 Ogos 2009.

Menemui ayahanda dan bonda, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Anakanda di sini dalam keadaan sihat jua.

Ayahanda,

Sudah genap sebulan anakanda berada di asrama sekolah ini. Sepanjang tempoh itu
anakanda sering teringat akan kehidupan bersama-sama dengan ayahanda dan
bonda tetapi anakanda sedar perpisahan ini sementara sahaja.

Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda, pada hujung bulan April nanti, anakanda
akan menduduki peperiksaan sekolah. Oleh itu, setiap hari anakanda belajar
mengulangkaji pelajaran sebaik sahaja selesai sesi persekolahan biasa. Pada
sebelah malam pula anakanda dan pelajar yang lain wajib menghadiri sesi belajar
yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir asrama ini selama dua jam setiap hari
kecuali sabtu dan ahad.

Anakanda berasa gembira di asrama ini kerana kehidupan di sini memberikan satu
pengalaman baru buat anakanda. Bukan sahaja anakanda belajar berdikari tetapi
anakanda juga mula sedar bahawa kehidupan pada masa hadapan banyak
bergantung kepada sikap anakanda untuk menghadapi sebarang cabaran.

Rakan-rakan serta guru-guru di sini banyak memberi bantuan. Hubungan anakanda


dengan mereka semua berjalan lancar dan yakin prestasi pelajaran anakanda akan
semakin bertambah baik nanti.
Akhir kata, doakanlah kejayaan anakanda di sini dan anakanda akan senantiasa
merindui ayahanda serta bonda di sana.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Mustapha Kamal

Karangan 22
Majalah berbentuk komik ada kebaikan dan keburukannya untuk
pelajar. Bincangkan.

Komik merupakan bahan bacaan yang digemari oleh remaja kini. Amalan
membaca komik sudah menjadi sesuatu yang lumrah sehingga amalan ini
membawa pelbagai impak kepada pelajar.

Kebaikan ketara membaca komik ialah pelajar mampu berlibur yakni berehat
untuk menenangkan emosi dan jiwa mereka dengan tenang. Penggunaan gambar
yang menarik dan jalan cerita yang unik menjadikan pembacaan komik satu
amalan yang menghiburkan Pada masa yang sama, amalan membaca komik ini
juga secara tersirat menjadikan seseorang pelajar itu minat untuk membaca.

Semakin banyak bahan komik yang dibaca sudah pasti timbul minat untuk
membaca sebarang bahan termasuklah buku teks yang pastinya memberikan kesan
positif kepada pelajar kita.

Namun, komik juga membawa impak negatif yakni harga bahan bacaan berunsur
komik yang begitu tinggi ini. Sudah pasti pelajar akan menghabiskan sejumlah
wang yang banyak untuk membeli bahan komik ini setiap minggu atau bulan yang
boleh digunakan untuk membeli keperluan penting lain juga.

Komik juga sering dianggap pencetus unsur keganasan kerana banyak aksi yang
dipaparkan melambangkan aspek keganasan. Tambahan pula, keganasan ini
menyebabkan pelajar mudah terpengaruh lalu berusaha untuk menirunya sehingga
menyebabkan mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat pula.

Kesimpulannya, pelajar perlu bijak untuk menilai jenis komik yang sesuai untuk
dibaca oleh mereka. Pelajar harus sedar bahawa sebarang pembacaan perlulah
berlandaskan rasa bertanggungjawab dan memberi informasi yang berguna.
Karangan 23

Andaikan anda seekor arnab. Tulis riwayat hidup kamu.


Nama saya arnab perang tetapi kadangkala saya mendengar orang memanggil saya
dengan nama sicomel. Kehidupan saya banyak di sebuah kedai haiwan. Setahu
saya, sejak kecil lagi saya sudah berada di kedai ini.

Saya ditempatkan di dalam sebuah sangkar yang agak besar bersendirian. Keadaan
sangkar itu juga bersih kerana pemilik kedai ini sering menjaga binatang
peliharaannya dengan baik. Di sebelah sangkar saya tinggal seekor arnab lain yang
dikenali sebagai arnab telinga panjang dan di sebelah kiri saya pula sangkar seekor
arnab berwarna hitam.

Suatu hari saya telah dibawa keluar dari sangkar itu dan dibawa pulang oleh
seorang lelaki. Sebaik sahaja tiba di rumah lelaki itu, saya terus diberikan kepada
seorang budak perempuan. Mungkin umur budak itu antara 8-11 tahun. Budak itu
terus memeluk saya dengan kuat dan mencium muka saya.

Sejak hari itu saya terus tinggal di rumah besar itu. Kawasan sangkar saya pula
agak besar malah lebih besar daripada tempat lama saya itu. Setiap hari budak
perempuan itu akan memastikan sangkar saya mempunyai bekalan air dan
makanan yang cukup. Saya juga sering kali dimandikan olehnya. Kadangkala
budak itu menggunakan sejenis cecair yang menyebabkan bulu saya berwarna
wangi.

Sesungguhnya, kehidupan saya di tempat baru ini memang menarik kerana saya
sedar budak itu begitu memahami dan menjaga keselesaan hidup saya. Mungkin
saya akan hidup lama di rumah ini.
Karangan 24

Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara


kelas. Tajuk syarahan itu ialah “Keburukan Siaran Televisyen
Kepada Kanak-kanak.”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi
ini ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”

Hadirin sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua penduduk negara ini
sudah memiliki televisyen di rumah mereka. Televisyen sudah diketahui mampu
bertindak sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini.
Pada masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen menerusi
penyiaran program dalam dan luar negara itu.

Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut menyelitkan impak
buruk yang ketara kepada kanak-kanak di negara ini. Kebanyakan program yang
ditayangkan itu merupakan program import yang memaparkan pelbagai unsur
ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan dan
pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap akan menyebabkan
kanak-kanak cuba meniru aksi tersebut.

Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak


masa dengan menonton tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah seperti
membuat kerja sekolah mereka. Alasan menonton program kesukaan mereka
sering menjadi alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu. Keadaan
ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka menurun lalu menimbulkan
pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak itu pada masa hadapan pula.

Hadirin yang dihormati,

Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya sikap mengawal
amalan menonton televisyen ini dengan lebih baik. Ibu bapa harus mengutamakan
program yang mampu menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam
diri kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa
hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat mempengaruhi
fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan televisyen yang
sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.


Karangan 25

Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara


kelas. Tajuk syarahan itu ialah “Keburukan Siaran Televisyen
Kepada Kanak-kanak.”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi
ini ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”

Hadirin sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua penduduk negara ini
sudah memiliki televisyen di rumah mereka. Televisyen sudah diketahui mampu
bertindak sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini.
Pada masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen menerusi
penyiaran program dalam dan luar negara itu.

Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut menyelitkan impak
buruk yang ketara kepada kanak-kanak di negara ini. Kebanyakan program yang
ditayangkan itu merupakan program import yang memaparkan pelbagai unsur
ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan dan
pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap akan menyebabkan
kanak-kanak cuba meniru aksi tersebut.

Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak


masa dengan menonton tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah seperti
membuat kerja sekolah mereka. Alasan menonton program kesukaan mereka
sering menjadi alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu. Keadaan
ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka menurun lalu menimbulkan
pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak itu pada masa hadapan pula.

Hadirin yang dihormati,

Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya sikap mengawal
amalan menonton televisyen ini dengan lebih baik. Ibu bapa harus mengutamakan
program yang mampu menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam
diri kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa
hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat mempengaruhi
fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan televisyen yang
sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.


Karangan 26

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat begitu bimbang tentang masalah


salah laku yang melanda pelajar-pelajar. Tulis sebuah karangan
tentang cara-cara mengatasi masalah tersebut.

Masalah salah laku dalam kalangan murid memang semakin membimbaangkan


terutama di kawasan bandar. Media massa sering menjadikan isu salah laku pelajar
ini sebagai berita utama mereka. Pada masa yang sama wujud pelbagai langkah
yang boleh dilakukan untuk mengatasi kemelut sosial yang melanda golongan
muda negara ini.

Tindakan yang paling efektif ialah pelajar-pelajar perlu diberikan pendedahan


motivasi. Langkah ini mampu menguatkan jati diri pelajar supaya lebih tabah
menghadapi dugaan kehidupan remaja yang penuh cabaran. Pelajar juga boleh
diselitkan dengan pendedahan ilmu keagamaan dan moral yang tinggi.

Malah, pihak sekolah perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti


di sekolah mereka. Semua pelajar yang sejak awal dikesan bakal mempunyai
masalah salah laku perlu menghadiri sesi kaunseling yang konsisten. Pengawasan
sebegini memastikan gejala ini mampu ditangani sejak awal lagi.

Selain itu, pihak berkuasa turut boleh memainkan peranan dengan mengawal
penyiaran unsur-unsur hiburan yang tidak bermoral terutama di media massa.
Kawalan yang ketat memastikan media massa tidak menyiarkan sebarang budaya
negatif yang boleh ditiru oleh golongan muda ini pula. Kerajaan harus memandang
jauh dalam usaha menangani kemelut sosial ini.

Tambahan pula, sikap pelajar itu sendiri perlu berubah. Semua pelajar harus
memiliki jati diri yang utuh untuk menghalang mereka terjebak ke dalam masalah
salah laku ini. Pelajar harus bijak menilai perkara yang buruk dan baik lalu
membuat keputusan dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, masalah salah laku dalam kalangan pelajar di negara ini harus
ditangani secara holistik. Semua pihaak perlu bekerjasama melaksanakan perana
mereka baik ibu bapa, kerajaan dan pelajar itu sendiri. Pelajar merupakan
pemimpin negara pada masa hadapan.
Karangan 27

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menggunakan


Masa dengan Bijak”.

Masa amat penting buat seseorang manusia itu. Manusia yang tidak tahu
menggunakan masanya dengan baik sering kali dikatakan manusia yang tidak
bijak. Maka, ada pelbagai cara yang membolehkan masa seseorang itu habiskan
dengan baik.

Tindakan pertama ialah manusia menghabiskan sebahagian besar masanya dengan


melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antara aktiviti ini ialah bekerja,
melakukan hobi atau menghabiskan masa dengan membaca buku. Semua aktiviti
yang dilakukan ini boleh membawa manfaat kepada seseorang itu.

Selain itu, seseorang itu terutamanya pelajar boleh menggunakan masanya dengan
mengulang kaji pelajarn mereka. Tindakan ini bukan sahaja memastikan masa
mereka dihabiskan dengan efektif malah aspek pendidikan pelajar itu turut
meningkat. Semakin banyak masa dihabiskan dengan membaca bahan sekolah
semakin baiklah buat pelajar tersebut.

Masa yang ada juga boleh digunakan untuk mempelajari ilmu keagamaan. Kita
semua sedia maklum tanpa benteng agama sudah pasti seseorang itu mudah
melakukan perkara yang tidak baik. Pada masa yang sama mempelajari ajaran
agama menjadikan seseorang itu insan yang lebih sempurna.

Malah, seseorang itu juga boleh menghabiskan masa dengan bersenam terutama
ketika waktu petang. Amalan yang positif ini mampu memberikan tahap kesihatan
yang baik kepada seseorang itu dalam jangka masa panjang. Kajian perubatan juga
membuktikan bahawa senaman mampu menjadikan minda seseorang itu lebih
cerdas.

Kesimpulannya, setiap manusia berhak menghabiskan masanya dengan baik.


Mereka yang bijak sahaja mampu memenuhi masanya dengan amalan yang positif.
Mereka yang degil sahaja pasti akan kehilangan kepentingan masa dalam
kehidupan mereka itu.

Karangan 28
Tulis sebuah karangan yang bertajuk „Jika aku Seorang Jutawan”.
Panjangnya karangan anda tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.

Aku memang berhasrat untuk menjadi jutawan. Dengan memiliki wang dan harta
yang banyak, pelbagai perkara mampu dilakukan buaat diriku dan orang lain
terutama keluarga tercinta. Semua impianku pasti akan terlaksana dengan menjadi
seorang jutawan itu.

Namun, usaha menjadi seorang jutawan memerlukan ketekunan yang tinggi.


Langkah awal untuk menjadi jutawan ialah aku perlu belajar dengan baik sehingga
berjaya memasuki menara gading. Kemudian, aku perlu memiliki satu kerjaya
yang baik. Ketika inilah perancangan amat penting terutama sikap menyimpan
wang harus diamalkan dengan lebih praktikal lagi.

Sebaik sahaja menjadi jutawan, aku akan memberikan derma kepada badan-badan
kebajikan yang amat memerlukan bantuan seperti rumah anak yatim dan orang tua.
Wang derma itu mungkin mampu menjadikan individu yang bernasib malang ini
lebih ceria dan mampu meneruskan kehidupan harian mereka dengan baik.

Aku juga akan memberikan sejumlah wang kepada ayah dan ibu sebagai bekalan
masa tua mereka. Wang itu akan disimpan dalam satu akaun amanah yang akan
memberikan wang secara bulanan kepada ibubapaku dengan lancar. Jasa mereka
mendidik aku ketika kecil sehingga berjaya harus menjadikan tugas menjaga
mereka satu kewajipan yang utama.

Selain itu, aku juga akan mula membuka perniagaan keluarga pula. Buat masa ini
aku belum dapat memikirkan jenis perniagaan itu tetapi yakin perniagaan itu bakal
menjanjikan sumber pendapatan yang mantap buat diri sendiri dan keluarga untuk
satu jangka masa yang lama. Aku sedar semua perniagaan mempunyai risiko tetapi
aku yakin akan kemampuan diri.

Aku amat berharap dan berdoa agar impianku menjadi realiti. Sehingga impian itu
menjadi kenyataan, aku akan terus berusaha dengan gigih mencapainya kerana
semua impian tanpa usaha hanyalah satu angan-angan siang hari sahaja.
Karangan 29

Tulis sebuah karangan yang bertajuk „Dikejar Seekor Harimau”.

Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah mengikuti satu aktiviti meredah hutan
anjuran persatuan pengakap sekolah. Aku dan beberapa rakan yang lain telah siap
mendirikan khemah kami lalu duduk menikmati makanan di kawasan unggun api.
Malam memang gelap tetapi cahaya api unggun mampu memberikan sedikit
cahaya ketika itu.

Tiba-tiba aku mendapati semua rakan-rakanku hilang satu demi satu. Aku
memandang ke kiri dan ke kanan tetapi tidak menemukan sesiapun. Mereka
soelah-olah ghaib begitu sahaja ditelan kegelapan malam itu. Aku mula panik dan
cuba bangun untuk menuju ke khemahku. Mungkin di sana aku akan menemui
rakan-rakan semula.

Namun, sebaik sahaja aku memusingkan badan ke arah khemahku kelihatan satu
makhluk di depan khemah dengan matanya merah menyala. Semakin lama
semakin jelas mahkluk itu. Jantungku terus berdegup kencang kerana menyedari
makhluk itu ialah seekor harimau belang yang begitu besar. Bunyi ngaumannya
menyebabkan aku menutup telinga dengan lama.

Aku berlari dengan kuat ke arah yang bertentangan. Peluh mula menitis pantas
mungkin kerana rasa takut. Larianku tidak mempunyai arah hanya mahu
menyelamatkan diri daripada haiwan pemangsa yang ganas ini. Tiba-tiba, kakiku
tersandung akar pokok lalu aku tercampak di tengah-tengah hutan itu. Bunyi tapak
kaki harimau semakin lama semakin hampir. Bunyinya begitu menakutkan. Aku
sedar maut sedang berada di depanku sahaja. Aku terus menjeris kuat dengan mata
tertutup rapat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar suara orang memanggilku. Suara yang biasa
aku dengar. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi dan ibu sedang berada di
sebelahku. Dia hanya tersenyum tetapi aku terus memandang tepat ke arah gambar
poster harimau yang tergantung di bilikku itu.
Karangan 30

Tulis karangan dengan berdasarkan peribahasa „genggam bara api


biar jadi arang‟. Panjangnya karangan anda itu tidak kurang
daripada 80 patah karangan.

Dalam budaya Melayu terdapat pelbagai peribahasa yang bukan sahaja sedap
untuk didengar tetapi mempunyai maksud yang tersirat. Peribahasa „genggam bara
api biar jadi arang‟ merupakan antara peribahasa yang menjadi pegangan hidup
masyarakat negara ini kerana peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan
sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilaksanakan dengan sabar sehingga
berjaya memperoleh manfaatnya.

Peribahasa ini menuntut seseorang supaya melakukan sesuatu sehingga berjaya


jadi peribahasa ini mampu memberikan panduan kepada kita semua dalam
kehidupan. Usaha mengamalkan peribahasa ini menjadikan seseorang itu berusaha
dengan tekun seperti pelajar yang pastinya akan terus belajar untuk mencapai
impian mereka.

Pada masa yang sama, peribahasa ini turut memberikan peringatan bahawa dalam
usaha mencapai sesuatu itu pasti akan wujudnya cabaran yang getir. Untuk
mendapatkan kejayaan yang baik seseorang itu hendaklah mampu menahan atau
menangani cabaran yang wujud itu dengan sebaik mungkin. Sama seperti bara api
yang begitu panas tetapi jika digenggam dengan baik akan menjadi arang yang
membuktikan betapa cabaran akan menjadi mudah jika dihadapi dengan baik.

Selain itu, peribahasa ini turut menegaskan peri pentingnya sikap tidak berputus
asa dalam mencapai cita-cita. Sikap putus asa bukan sahaja akan melunturkan daya
juang seseorang malah mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang jua. Maka,
peribahasa ini mengajak kita agar tidak mudah mengaku kalah dan terus berjuang.

Kesimpulannya, peribahasa ini memang sesuatu yang positif untuk diamalkan. Kita
bukan sahaja akan berjaya malah kehidupan seseorang itu akan menjadi lebih baik
jika memegang utuh maksud peribahasa ini.

Karangan 31
Tulis sebuah cerita yang bertajuk „Belakang parang sekalipun kalau
diasah nescaya akan menjadi tajam juga‟. Panjangnya karangan anda
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Keputusan peperiksaan penggal pertama yang sudah diumumkan dua hari lalu.
Amirul hanya berdiam diri sahaja sambil tangannya memegang buku laporannya
dengan matanya masih berair merah. Dia masih berada di tangga terakhir dalam
kelas.

Ketika duduk di tepi pintu pagar sekolahnya menanti bas sekolahnya, dia dihampiri
oleh Cikgu Azman. Guru muda itu memang rapat dengan Amirul lalu memberikan
nasihat agar Amirul tidak bersediah lagi. Cikgu Azman menjelaskan bahawa
semua orang boleh berjaya kerana „belakang parang sekalipun kalau diasah
nescaya akan menjadi tajam juga‟.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata gurunya itu, Amirul bangun lalu bertekad akan
belajar dengan bersungguh-sungguh mulai hari itu. Dia mengucapkan terima kasih
kepada Cikgu Azman lalu berjalan menuju ke arah bas yang sudah menunggunya
itu. Hati Amirul sudah membuat keputusan untuk mendapat kejayaan cemerlang
dalam UPSR kelak.

Sejak itu Amirul mula belajar dengan tekun. Dia sering memberikan perhatian
ketika guru mengajar di dalam kelas. Semua latihan guru dilakukannya dengan
segera dan penuh tumpuan. Semua kelas tambahan yang diberikan oleh gurunya
dihadiri tanpa banyak alasan lagi. Amirul tidak lagi banyak menghabiskan
masanya dengan bermain di padang atau di kelas.

Perubahan sikap Amirul itu mula menyaksikan prestasi peperiksaan semakin


bertambah baik. Guru-guru sekolahnya juga mula menyedari perubahan sikap
Amirul itu lalu mereka terus memberikan sokongan padu agar perubahan ini
berterusan. Sokongan guru-guru ini menjadikan Amirul semakin bersemangat
untuk melakukan yang terbaik dalam UPSR yang bakal berlangsung tidak lama
lagi.

Apabila keputusan UPSR diumumkan, hati Amirul penuh ceria dan bangga. Dia
berjaya mendapat 4A dan 1B yang merupakan satu pencapaian yang cemerlang
buat dirinya. Kejayaan itu membuatkan dia semakin yakin untuk terus berjaya
terutama dalam peperiksaan PMR kelak.
Karangan 32

Rakan anda mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah


berasrama penuh. Tulis sepucuk suraat kepada rakan anda itu.

23, Jalan Maharaja 2/2


Taman Desa Maharaja
77660, Jitra,
Kedah.

28 Oktober 2009.

Ke hadapan sahabatku saudara Halim yang kini berada di Selangor. Semoga


saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini dalam
keadaan sihat belaka.

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan
saudara diterima memasuki sekolah berasrama penuh di Selangor itu. Kejayaan ini
membuktikan bahawa impian saudara untuk belajar di sekolah berasrama sudah
tercapai. Saya yakin saudara berasa begitu ceria.

Pada masa yang sama saya juga akan kehilangan saudara sebagai sahabat saya.
Walaupun kita akan berjauhan tetapi saya yakin kita akan terus berhubungan antara
satu sama lain. Kehadiran saudara sebagai sahabat saya telah banyak membantu
saya menjalani kehidupan dengan lebih baik terutama ketika menghadapi
peperiksaan UPSR yang lalu itu.

Saya berharap saudara akan terus berjaya dalam pelajaran dan impian saudara
untuk menjadi seorang doktor kelak. Dalam mengejar impian itu saya berharap
saudara akan terus mengirim khabar berita buat saya di sini. Begitu juga dengan
diri saya akan terus memaklumkan perkembangan diri saya kepada saudara.
Setakat ini sahaja buat kali ini. Semoga saudara berjaya menjalani kehidupan baru
di sekolah berasrama itu. Saya juga berharap agar kita mempunyai peluang untuk
berrtemu lagi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Azman

Karangan 33
Sebagai seorang pakar motivasi, anda telah diundang untuk
memberikan ceramah yang bertajuk, „Sekolahku, Rumahku‟.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Selamat sejahtera buat guru-guru dan murid-
murid sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas jemputan
pihak sekolah untuk saya memberikan ceramah yang bertajuk, „Sekolahku,
Rumahku‟.

Sebaik sahaja kita membicarakan mengenai „sekolahku‟ dan „rumahku‟ kita


sebenarnya memperkata perkara yang serupa. Rumah dan sekolah merupakan
tempat yang mampu memberikan pendidikan kepada pelajar. Justeru, pelajar yang
mampu menganggap sekolahnya umpama rumahnya, sudah psti pelajar itu mampu
belajar dengan lebih baik kerana hubungannya dengan pihak guru terjalin dengan
baik sama seperti hubungan rapat mereka dengan ibubapa. Hubungan yang positif
sebeginilah yang mampu memberikan impak positif kepada aspek pembelajaran
pelajar itu.

Selain itu, sekolah yang dianggap sebagai rumah sendiri mampu membentuk
sahsiah yang baik kepada pelajar tersebut. Amalan menjaga kebersihan, sikap
menghormati dan berdisiplin yang diamalkan di rumah dibawa ke sekolah
menjadikan murid-murid lebih berperibadi mulia.

Hadirin sekalian,

Sekolah merupakan gedung ilmu yang hanya menunggu untuk digunakan oleh
pelajar. Maka, pelajar yang selesa untuk menggunakan kemudahan sekolah ini
seperti di rumahnya pasti akan mendapat banyak manfaatnya. Perasaan keserasian
sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan pelajar di sekolah itu sesuatu yang
seronok dan merangsang minat untuk belajar.

Saya yakin jika semua informasi yang saya sebutkan tadi dapat difahami oleh
pelajar semua, maka impian kita untuk menjadikan sekolahku rumahku akan
menjadi kenyataan. Sebagai mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa
kejayaan sesuatu usaha itu banyak bergantung kepada kesungguhan dan kerjasama
semua pihak untuk mencapainya. Sekian, terima kasih.

Karangan 34
„Telefon merapatkan hubungan‟. Tulis sebuah karangan berdasarkan
tajuk yang diberikan.

Telefon merupakan hasil cipata seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexander
Graham Bell. Ciptaan beliau itu kini telah menjadi salah satu alat telekomunikasi
yang popular terutama kepada generasi muda. Kini akibat perubahan teknologi
yang canggih pelbagai jenis telefon telah muncul seperti telefon talian tetap,
mudah alih dan telefon awam.

Telefon masih menjadi pilihan ramai walaupun kini persaingan sengit daripada alat
telekomuniasi lain mula kelihatan. Alat ini menjadi pilihan kerana penggunaan
yang cepat dan mudah. Kewujudan alat ini menjadikan komunikasi antara manusia
begitu mudah dilakukan.

Selain itu, teknologi ini juga menjadikan hubungan keluarga dan manusia menjadi
semakin rapat kerana mudah untuk berhubung. Jarak yang jauh bukan lagi menjadi
halangan besar buat manusia untuk berkomunikasi menerusi telefon. Interaksi
manusia menjadi begitu dekat akibat penciptaan teknologi ini.

Malah, telefon juga memastikan setiap manusia menerima maklum balas tentang
sesuatu perkara dengan segera. Sebarang keputusan yang diambil oleh seseorang
itu boleh disampaikan kepada orang lain dengan pantas terutama dengan
penggunaan perkhidmatan pesanan ringkas (sms). Keadaan ini memastikan
tindakan yang lebih tepat mampu dilaksanakan kerana maklumat disampaikan
dengan segera.

Bukan sahaja telefon mudah dan moden tetapi kosnya yang murah menjadikan
hampir semua keluarga mampu memilikinya. Sudah menjadi satu kelaziman
remaja kini mempunyai telefon bimbit yang menjadi lambang peribadi mereka.
Harga yang murah menjadikan alat ini sesuatu yang perlu dalam kehidupan
manusia moden.

Kesimpulannya, telefon memudahkan perhubungan antara dua hala. Tamadun


manusia menerima impak yang positif daripada teknologi ini. Tanpa telefon
kemungkinan interaksi manusia tidak akan menjadi sebegini intim.

Anda mungkin juga menyukai