Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BANDAR TAWAU II Kod Sekolah: XBA3069

MUHAMMAD HAIRUL AKMAL BIN BASIRIN


1. Nama Guru
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Teknologi pendidikan boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang kompleks dan terangkum
meliputi manusia, prosedur, idea, alat dan organisasi untuk menganalisis masalah menilai,
mengelola usaha penyelesaian masalah yang berhubung dengan semua aspek pembelajaran.
Somekh dan Davis 1997:97 mengatakan bahawa guru berperanan penting dalam pembelajaran
disekolah. Guru merupakan fasilitator dan pengurus kepada proses pembelajaran. Oleh itu,
penggunaan teknologi sebagai alat pembelajaran bergantung kepada perkembangan profesion
pengajaran tersebut. Dalam pada itu, dengan bantuan teknologi, guru harus gilap aspek nilai
kerjasama, disiplin dan kerajinan dalam diri murid. Teknologi dapat menarik minat murid untuk
belajar. Murid juga dapat mengakses sendiri maklumat yang diperlukan, dan guru memantau
proses pencarian itu tadi. Murid juga dapat belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan
sepenuhnya bantuan guru. Kreativiti murid dapat dijana apabila menggunakan aplikasi microsoft
untuk pelbagai tujuan antaranya merangka idea dalam peta minda, bina jadual belajar,
pembentangan kumpulan dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Ilmu dan teknologi pendidikan tidak dapat dipisahkan. Bagai aur dengan tebing yang amat akrab
dan bersilang kait. Ilmu tanpa teknologi pendidikan akan rapuh begitu jua sebaliknya. Apa yang
penting disini, cara penggunaan teknologi ini mestilah betul dan berlandaskan tujuan yang baik.
Murid harus diterapkan dengan amalan menyayangi dan menjaga harta benda sekolah,
berdisiplin ketika menggunakan, dan kerjasama diantara murid supaya menghasilkan sesuatu
dapatan yang terbaik. Melahirkan generasi yang celik IT dapat memastikan mereka ini dapat
bersaing secara sihat dalam era perindustrian 4.0.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Melalui buku ini, guru diterangkan tentang kepentingan teknologi dalam membantu proses
pembelajaran. Perkongsian idea dalam suatu organisasi dapat dimudahkan dan menjimatkan
kos. Guru dapat berkongsi cara pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan melalui
penggunaan teknologi bersama rakan dalam sebuah sekolah. Guru dapat berkongsi bahan
pembelajaran, lembaran latihan, dan pelbagai lagi melalui aplikasi teknologi masa kini. Murid
yang mahu dihasilkan adalah murid yang berinovatif, kreatif, berani kehadapan, dan mampu
bersaing diperingkat negara mahupun global.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................................... ........................................................
(MUHAMMAD HAIRUL AKMAL BIN BASIRIN) ( )

Anda mungkin juga menyukai