Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK (C) MASJID TANAH Kod Sekolah: MBC 0057

1. Nama Guru TEY CUI XIAN


Teknologi dalam Pengajaran dan 3. Bidang: Teknologi Maklumat
2. Judul
Pembelajaran dan Komunikasi
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 6 jam

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan,
pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. Selain itu, buku juga
menerangkan aplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai media pengajaran, pengurusan
media dan sumber pendidikan. Ianya turut menghuraikan perkara-perkara tentang pengintegrasi
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Melalui pembacaan buku ini, guru dapat mempelajari tentang ilmu pengajaran dan pembelajaran
dalam bidang teknologi pendidikan. Penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran amat membantu guru dalam mencapai objektif pengajaran. Contohnya, cara
penggunaan dan fungsi media pengajaran seperti OHP, kamera, perakam video, bahan 2
Dimensi, bahan 3 Dimensi, alat suntingan video dan media interaktif. Selain itu, guru juga dapat
lebih memahami tentang hak cipta terpelihara dan trend-trend dalam teknologi pendidikan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Melalui pembacaan buku ini, guru boleh menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih lancar dan memberi imput terbaik untuk murid-murid. Ilmu yang diperolehi daripda
buku ini juga dapat diguna pakai dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran serta menjadikannya lebih menarik dan mampu menarik perhatian murid dengan
adanya pelbagai unsur teknologi dalam proses tersebut. Guru juga dapat mempelajari cara
pemilihan bahan, kaedah penggunaan, cara pengajaran, penghasilan serta penilaian secara
mudah dan sistematik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(TEY CUI XIAN) ( )
NORIATI A. RASHID, BOON PONG YING, SHARIFAH FAHRIAH SYED AHMAD, WAN KAMARUDDIN WAN HASSAN, 312

Anda mungkin juga menyukai