Anda di halaman 1dari 14

Wednesday, November 6, 2013

SABAH MERDEKA DALAM MALAYSIA


KISAH PERJUANGAN RAKYAT SABAH MENENTANG PENJAJAH SEBELUM MERDEKA
Semangat Patriotisme yang tinggi dan jitu berhasrat untuk membebaskan diri secara kekerasan
daripada belenggu kuasa luar telah berlaku dan melakari kegemilangan sejarah Negeri Sabah sejak
akhir tahun 1700 lagi. Beberapa insiden yang telah terjadi yang tercatat dalam sejarah Negeri Sabah
yang boleh diambil perhatian seperti ;

1. Datu Tating menyerang penempatan Inggeris di Pulau Balambangan pada tahun 1775 .

2. Syerif Usman bertempur dan mempertahankan Teluk Marudu daripada serangan Inggeris pada
tahun 1845

3. Haji Saman menentang Inggeris di Sungai Membakut pada tahun 1846.

4. Datu Baginda Putih menentang Inggeris di Berhala, Sandakan pada tahun 1879.

5. Pengiran Syahbandar Hassan menentang Inggeris di Padas Damit, Beaufort pada tahun 1888

6. Sigunting menentang di Pantai Barat 1894 hingga 1905.

Datu Paduka Mat Salleh

7. Mat Salleh (Datu Paduka Mohamad Salleh Datu Balu) melancarkan perang ke atas Inggeris dan
berjaya menganggu gugat pentabdiran kolonialis selama enam tahun mulai 1894. Gerakannya
termasuklah di Sandakan, Pulau Gaya, Kota Belud, Ranau dan Tambunan. Pada masa menduduki
Tambunan, Mat Salleh memberikan kata dua kepada Inggeris memaksa untuk mengambil alih
Tambunan, beliau akan mengambil alih. Sandakan dan Labuan. Setelah kota pertahanan terakhir
Mat Salleh di Tambunan musnah oleh serangan bedilan Inggeris pada Januari tahun 1900, tapi
patriotism terus membara dikalangan saki-baki pengikutnya. Mereka terus bergerak menentang
Inggeris dari masa kemasa.

8. Mat Sator dan Mat Daud menyerang Inggeris di Kudat pada April 1900 dan

9. Kamuntang menyerang Tempasuk dan Menggatal pada Mei 1900 manakala Tinus, Sarah, Santara
dan Langkap bergerak di sebelah pantai Barat.

10. Pak Musa bergerak di Paitan dari tahun 1908 hingga 1913.

11. Inggeris juga telah menerima tentangan hebat daripada pahlawan Antanom di Rundum,
Pedalaman.

Di samping gerakan patriotism bercambah juga gerakan nasionalisme tanpa kekerasan yang mula
bertapak di Sabah selewat-lewatnya pada tahun 1890-an. Antaranya ialah gerakan dipelopori oleh “
The Mohammaden Association” yang bertindak menyatukan masyarakat Islam melalui gerakan
dakwa Islamiah di Sandakan. Ini diikuti oleh Pergerakan Persatuan Melayu Tawau (PKMT) bagi
menyatukan Melayu sekitar 1910-an.
walaupun gerakan nasionalisme melalui persatuan juga mendapat tekanan dan halangan, namun
penduduk Sabah semakin berani menonjolkan semangat nasionalismenya melalui gerakan sosio
politik sekitar pertengahan tahun 1930-an dengan masyarakat Melayu di Tanah Melayu
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM). Para penyokongnya bergerak melalui rangkaian
cawangannya di Jesselton, Tawau dan Labuan, tetapi ahlinya ada dari Sabah. Di Labuan juga wujud
gerakan nasionalisme melalui Kesatuan Melayu Muda. Penduduk Sabah lebih tertindas dan
menderita di bawah pemerintahan Jepun di negeri ini. Dengan itu, gerakan penentangan secara
kekerasan tercetus semula. Antaranya pelopornya ialah Tun Datu Mustapah Datu Harun dan Albert
Kwok. Mereka bangkit menentang Jepun melalui gerakan perang gerila. Datu Mustapha mewarisi
semangat juang Mat Salleh. Bagaimanapun kejayaan itu hanya sementara, apabila Albert Kwok
bersama-sama Charles Chan Chau Kong, Jules Stephen, O.T Panglima Ali dan lain-lain ditangkap dan
dihukum mati di Petagas, Putatan.

SEJARAH RINGKAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei,
Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun,
Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew,
Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun
begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan
Yew.

i. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan
Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah,
Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.
Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi.

ii. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM
memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan
memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan
ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini
kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat
syor perlembagaan baru

iii. Pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan
Malaysia.

Tunku sedang berucap di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel
Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan
dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.

iv. Pada 27 Februari 1963 JAK telah mengeluarkan laporannya. Laporan ini diterima dan diluluskan.

v. Pada 9 Julai 1963 berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London
vi. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

SEBAB PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Senario politik di Singapura


Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di
Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan
kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah
syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk
pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di
bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan
berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi
akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam
pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR
menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan
berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan
komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman
bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat
komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.

2. Senario politik di Sarawak


Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan
tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu
Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani.
Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah
dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat
pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang
diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

3. Mengimbangi penduduk
Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman
menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa
kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah
ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina.
Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada
penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.

4. Kemajuan ekonomi bersama


Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi
bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat
memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan
Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan
dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.

5. Mempercepatkan proses kemerdekaan


Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal
sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk
Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin
kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
REAKSI – REAKSI NEGERI TERLIBAT
1. Singapura
Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat
meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi
Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian,
Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah
mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai
penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura
menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan,
Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan
Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

2. Sabah dan Sarawak


Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi
menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP),
Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato' Mustapha
bin Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang
gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut
kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan
hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan
Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan
dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan
Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan
Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kedua-dua negeri menganggap
gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan
penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan
mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah
persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang
daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan
tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan
Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian,
Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah
Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

3. Brunei
Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh
A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi
jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga
merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di
bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan
yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa
rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana
Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB
melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan
oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri
ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin
sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei
menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu
membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam
tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling
rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju
menyertai Malaysia.

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)


JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis
Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew
(Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan
Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:
a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ) diPengerusikan oleh Donald Stephen


( Anggota Majlis Undangan Sabah ) menandatangani Laporan JPPM yang telah disiapkan yang
disaksikan oleh Tun Datu Mustapha , Ketua Menteri Singapore Lee Kwan Yew,

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan
mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961),
Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil
daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4
Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan
dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:
a.Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b.Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c.Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya Cobbold

Suruhan Jaya Cobbold yang tiba diLapangan Terbang Kuching pada 2 April 1962 di sambut oleh
Governer Sir William Goode

Suruhan Jaya Cobbold semasa membuat lawatan ke Jesselton terdiri daripada The Commission
Chaiman The Former Governer Of The Bank Of Englad Honourable Lord Cameron Cobbold , Sir
Anthony Abell Former Governer of Sarawak , Sir David Waltherson former Chief Secretary of Malaya
, Tan Sri Wong Paw Nee Chief Minister of Penang dan Tun Mohammad Ghazalie bin Shafie
Permenant Secretary to the Minister of Foreign Affair
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cameron Cobbold
(bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel ( bekas Gabenor
Sarawak ) dan Sir David Watherston ( bekas Ketua Setiusaha Tanah Melayu ) iaitu wakil British
,Muhammad Ghazalie Shafie ( Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri ) dan Dato' Wong Pow Nee
( Ketua Menteri Pulau Pinang ) iaitu wakil Tanah Melayu.
Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.

b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50
perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum
telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu
dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a. 1/3 menyokong ikut Malaysia

b. 1/3 menyokong dengan syarat

c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor
Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a. Nama persekutuan baru – Malaysia.

b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.

c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.

d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.

e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam
secepat mungkin.

f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan,


kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan
Negeri masing-masing.

g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing- masing membuat keputusan.

Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan
ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka
Perlembagaan Malaysia.
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord
Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil
British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang
mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.


b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang
dikeluarkan oleh Sabah.

i. 27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan

ii. 8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak

iii. 13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah
Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.

b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.


(Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila
Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan).

c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.

d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan
Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.

e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.


Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada
masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

4. Pengisytiharaan Malaysia

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa
rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO
ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai
penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore
menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963
Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70%
rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan
Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

PENENTANGAN GAGASAN MALAYSIA

1. Filipina

Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia,
Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina
mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun
1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan
Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah
Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau
bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga
mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia

Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit
menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya
pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan
mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan
menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi
renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan
Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula
pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat
Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.

16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan
konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia
melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.


b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang
termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian,
Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan
mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda
Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.
Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi
berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan
mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila
Suharto menggantikan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos
1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

SABAH MERDEKA DALAM MALAYSIA

“About one-third of the population of each territory strongly favours early realisation of Malaysia
without too much concern about terms and conditions. Another third , many of them favourable to
the Malaysia project, ask, with varying degrees of emphasis, for conditions and safeguards varying in
nature and extent: the warmth of support among this category would be markedly influenced by a
firm expression of opinion by Governments that the detailed arrangements eventually agreed upon
are in the best interests of the territories. The remaining third is divided between those who insist
on independence before Malaysia is considered and those who would strongly prefer to see British
rule continue for some years to come. If the conditions and reservations which they have put
forward could be substantially met, the second category referred to above would generally support
the proposals. Moreover once a firm decision was taken quite a number of the third category would
be likely to abandon their opposition and decide to make the best of a doubtful job. There will
remain a hard core, vocal and politically active, which will oppose Malaysia on any terms unless it is
preceded by independence and self-government: this hard core might amount to near 20 per cent of
the population of Sarawak and somewhat less in North Borneo”. - Lord Cobbold, Cobbold
Commission

Pada 15 September 1963 tepat jam 12.00 tengah malam Bendera British North Borneo telah
diturunkan yang disaksikan oleh Governer British yang terakhir di Sabah Sir William Allmond
Codrington Goode bersama-sama dengan kakitangan nya yang mana selepas itu mereka terus balik
ke – England. Beliau adalah Governer dan Commender in-Chief North Borneo 1960 – 1963.

Turut mengucapkan selamat jalan kepada Sir William Goode ialah Ketua Menteri Sabah yang
pertama Donald Stephen @Tun Fuad Stephen

Tun Datu Mustapha bin Datu Harun yang pada masa itu adalah sebagai Tuan Yang Terutama Negeri
Sabah turut sama memberikan ucapan selamat jalan kepada Sir William Goode.

Datuk Haris Salleh dan Orang awam dan juga pelajar turut sama mengucapkan selamat jalan kepada
Sir William Goode di Warft Kota Kinabalu ( Pelabuhan Kota Kinabalu )

Tun Hj.Abd.Razak bin Hussien selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu tiba di Kota Kinabalu pada
15 September 1963 sehari sebelum Upacara Rasmi PengistiharanKemerdekaan Sabah menerusi
Malaysia pada 16 September 1963 di Padang Bandaran Kota Kinabalu. Beliau disambut oleh YAB
Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephen di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Pengumuman dalam bahasa Cina tentang Deklerasi 10 perkara sebelum pengistiharan Kemerdekaan
ditandatangani yang disampaikan oleh Dato’ Wong Pow Nee Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tun Abdul Razak bin Hussien Timbalan Perdana Menteri ketika itu hadir sama dalam Majlis tersebut.
Sementara itu Tun Fuad Stephens sedang membacakan 20 perkara yang terkandung dalam
peristiharan Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia

Tun Datu Mustapha sedang membacakan Aku Janji dihadapan Ketua Hakim North Borneo sebagai
menyempurnakan acara pada hari tersebut

Laungan Merdeka telah dilaungkan sebanyak 3 kali

Ketua Menteri Menandatangani Surat Peristiharan Kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia

Tun Datu Mustapha selaku TYT Negeri Sabah menandatangani Peristiharan tersebut

PROCLAMATION OF MALAYSIA 1963


In the name of God, Lhe Compassionate, the Merciful.

Praise be to God, the Lord of the Universe, and may the benedicüon and peace of God be upon Our
Leader Muhammad and upon all His Relations and Friends.

WHEREAS by an Agreement made un lhe Ninth day of July in the year one thousand nine hundred
and sixty-three between the Federation of Malaya, the United Kingdom, North Bnmeo. Sarawak and
Singapore it was agreed that there shall be federated the States of Sabah. Sarawak and Singapore
with the Federation of Malaya comprising the States of Pahang, Trengganu, Kedah, Johore, Negri
Sembilan, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang and Malacca, and that the Federation shall
thereafter be called “Malaysia“;

AND WHEREAS it has been agreed by the parties lo the said Agreement that as from the
establishment of Malaysia the States of Sabah, Sarawak and Singapore cease to be colonies of Her
Majesty the Queen and Her Majesty the Queen shall relinquish Her sovereignty and jurisdiction in
respect of the three States;

AND WHEREAS there has been promulgated a Constitution for Malaysia which shall be the supreme
law therein;

AND WHEREAS by the Constitution aforesaid provision has been made for the safeguarding of the
rights and prerogatives of Their Highnesses the Rulers and lhe fundamental rights and liberties of
subjects and for the promotion of peace and harmony in Malaysia as a constitutional monarchy
based upon parliamentary democracy;
AND WHEREAS the Constitution aforesaid having been approved by a law passed by the Parliaments
of the Federation of Malaya and of the United Kingdom has come imo force on the Sixteenth day of
September in the year one thousand nine hundred and sixty-three;
Now in the name of God thc Compassionate, ihe Merciful, I, TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA IBNI
ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, Prime Minisier of Malaysia, with the concurrence
and approval of His Majesty the Yang di-Pertuan Agong of the Federation of Malaya, His Excellency
The Yang Pertuan Negara of Singapore, His Excellency the Yang Negara of Sabah and His Excellency
the Governor of Sarawak Do HEREBY DECLARE AND PROCLAIM on behalf of the peoples of Malaysia
that as from the Sixteenth day of September in the year one thousand nine hundred and sixty-three,
corresponding to the Twenty eighth day of Rabi’ul Akhir in the year of the Hijrah one thousand three
hundred and eighty-three, that MALAYSIA comprising the States of Pahang, Trengganu„ Kedah,
Johore, Negri Sembilan, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang. Malacca, Singapore. Sabah and
Sarawak shall by the Grace of God, the Lord of the Universe, forever be an independent and
sovereign democratic State founded upon liberty, and justice, ever seeking to defend and uphold
peace and harmony among its peoples and to perpetuate peace among nations.

Kuala Lumpur, Sixteenth day of September, 1963.

ISI KANDUNGAN 20 PERKARA


1. AGAMA
2. BAHASA
3. PERLEMBAGAAN
4. KETUA PERSEKUTUAN
5. NAMA PERSEKUTUAN
6. IMIGRESEN
7. HAK MENARIK DIRI
8. BORNEONISASI
9. PEGAWAI PEGAWAI BRITISH
10. KEWARGANEGARAAN
11. CUKAI DAN KEWANGAN
12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI / BUMIPUTERA BORNEO UTARA
13. KERAJAAN NEGERI
14. JANGKAMASA PERALIHAN
15. PELAJARAN
16. PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN
17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN
18. NAMA KETUA NEGERI
19. NAMA NEGERI
20. TANAH , HUTAN , KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

Perkara 1: Agama

Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi
agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai
agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo
Utara.
Perkara 2: Bahasa
· Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan

· Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia

· Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan
dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.
Perkara 3: Perlembagaan

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk


Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh
pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah
perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam
keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat
diperlukan.
Perkara 4: Ketua Persekutuan

Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan

"Malaysia" bukan " Melayu Raya "

Perkara 6: Imigresen

Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di
bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan
persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam
Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan
sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang,
kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia
di Borneo Utara.

Perkara 7: Hak Menarik Diri

Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.

Perkara 8: Borneonisasi

Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara
seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai-pegawai British

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan
perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh
orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Perkara 10: Kewarganegaraan

Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya
menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :

· Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
· Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7
daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"

· Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan
ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi
warganegara persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewangan

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai
sendiri.
Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara

Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang
diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak
semestinya digunapakai oleh Borneo Utara.

Perkara 13: Kerajaan Negeri

Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya
mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangkamasa Peralihan

Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan
Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran

Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus
diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat
kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan
kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan


Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada
keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah
perwakilan dari Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negeri

Yang Di Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negeri


Sabah.

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain


Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus
melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus
melibatkan Borneo Utara.

Memberikan tabik hormat kepada Kontinjen Perarakan sempena Hari Kemerdekaan Sabah pada 16
September 1963.

Persatuan – Persatuan murid-murid Sekolah dan orang awam turut hadir diPadang Bandaran Kota
Kinabalu sempena Peristiharan Kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia

Anda mungkin juga menyukai