Anda di halaman 1dari 2

Skrip temu bual dengan nenek

Saya : Selamat pagi nenek, bolehkah saya menebual nenek untuk laporan kajian saya?

Nenek : Selamat pagi, boleh.

Saya : Pada pendapat nenek, apakah kepentingan pendidikan tidak formal?

Nenek : Pada pendapat saya, kepentingan pendidikan tidak formal ialah ia dapat mengisi
masa lapang. Dahulu, pada masa lapang saya, saya selalu menggunakan masa itu
untuk membuat bakul, bekas dan banyak lagi barang. Selepas itu, saya akan
menggunakan sistem barter untuk menukar barangan yang dibuat dengan orang lain
untuk menjimat duit kerana saya berkeluarga besar. Pendidikan tidak formal juga
boleh merapatkan hubungan terutamanya dengan ahli keluarga.

Saya : Oh…begitu. Tapi, bagaimanakah pendidikan tidak formal dapat mengeratkan


hubungan antara keluarga?

Nenek : Contohnya, semasa membuat bakul, saya selalu berbual – bual dengan adik - beradik
saya supaya saya tidak berasa bosan dan dapat mencepatkan masa yang berlalu.
Dengan cara ini, saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Saya : Bagaimanakah pendidikan tidak formal disampaikan?

Nenek : Pada zaman dahulu, pendidikan tidak formal disampaikan melalui pemerhatian dan
pengalaman oleh saudara – mara dan ibu bapa. Dulu, banyak perkara yang dapat
dipelajari ketika meluangkan masa dengan mereka. Contohnya, saya mempelajari cara
memasak pelbagai lauk seperti masakan melayu, india, cina, baba dan nyonya dan
kuih muih. Saya juga belajar pelbagai pantun tetapi pantang larang ialah kegemearan
saya . Sebagai contoh, nenek saya selalu memberitahu saya tidak boleh membuka
payung dalam rumah atau tidak memotong kuku pada waktu malam. Selain itu, saya
juga menolong mak saya menjahit baju yang berlubang, membuat pakaian baharu
untuk perayaan. Jika saya ada masa lebihan, saya juga akan menolong mak saya
membersih dan mengemas rumah untuk meringankan beban mak saya.

Saya : Oh…..baru saya faham. Terima kasih nenek kerana memberitahu saya dengan
tentang pendidikan tidak formal.

Nenek : Sama – sama.


Skrip temu bual dengan datuk
Saya : Selamat tengah hari datuk, bolehkah saya menebual datuk untuk laporan kajian
saya?
Datuk : Selamat petang. Boleh, tanya sahaja.
Saya : Pada pendapat datuk, apakah kepentingan pendidikan tidak formal?
Datuk : Pada pendapat datuk, pendidikan tidak formal penting kerana terdapat banyak
benda yang dapat dipelajari daripadanya. Satu daripada benda yang saya pelajari
ialah cara membuat jaring ikan dari datuk saya. Selain itu, saya juga mempelajari
cara membuat dan mereka kerusi dan meja dari bapa saya.
Saya : Wah…hebatnya datuk! Apakah perasaan datuk selepas mereka meja dan kerusi
tersebut? Adakah datuk masih menggunakannya?
Datuk : Setiap kali saya menggunakannya, saya akan berasa puas hati dan bangga kerana
benda yang saya sedang gunakan merupakan barang buatan saya sendiri mengikut
corak yang saya reka. Ya, meja dan kerusi di ruang tamu kita merupakan salah satu
benda yang telah saya buat dan masih dapat digunakan hingga sekarang.
Saya : Datuk, adakah datuk memiliki satu ladang dahulu?
Datuk : Mestila ada, saya memiliki ladang durian, ladang rambutan dan ladang mangga.
Pada setiap musim, kita akan mendapat buah – buahan yang sedap untuk dimakan.
Jika kita mempunyai buah yang berlebihan, saya akan menukarnya dengan orang lain
untuk mendapatkan makanan yang dikehendaki seperti ayam, sayur – sayuran dan
beras.
Saya : Adakah datuk mewariskan ilmu kemahiran datuk kepada anak – anak datuk?
Datuk : Ada. Saya dengan bapa kamu selalu meluangkan masa untuk pergi memancing ikan
dan membuat barangan daripada kayu.
Saya : Terima kasih datuk kerana telah berkongsi pengalaman dan memberitahu saya
tentang pendidikan tidak formal.
Datuk : Sama – sama.

Anda mungkin juga menyukai