Anda di halaman 1dari 19

KAE3013: Eksperesi Kreativiti Kanak-kanak

Tugasan individu 2

Berdasarkan Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995)


serta Viktor Lowenfeld (1947), perkembangan artistik kanak-kanak boleh
dikesan melalui lukisan figura yang mereka hasilkan.

(a) Bincangkan dengan lebih kritis tentang Teori Perkembangan Artistik


kanak-kanak.
(b) Kumpulkan SATU (1) lukisan figura bagi setiap peringkat umur berikut:
i- 3 tahun ii- 4 tahun iii- 5 tahun
iv- 6 tahun v- 7 tahun vi- 8 tahun
vii- 9 tahun viii- 10 tahun ix- 11 tahun
x- 12 tahun

Berdasarkan setiap lukisan itu, buat analisis tentang perkembangan


artistik kanak-kanak.

KUMPULAN : EL-Q02(A122PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

TING SIEW HONG D20112054289 086-330081,0109608310

NAMA TUTOR E-LEARNING : Encik Hasanul Isyraf bin Abdul Wahab

TARIKH SERAH : 22 April 2013

1
Isi Kandungan

Halaman

1.0 Pendahuluan 3
2.0 Bahagian (a) : Perbincangan Teori Perkembangan Artistik kanak-kanak 3
3.0 Teori-teori perkembangan artistik
2.1 Teori perkembangan yang dikemukakan oleh Viktor Lowenfeld 3

2.2 Teori perkembangan artistik yang dikemukakan oleh Lowenfeld dan


Britian 5

2.3 Teori perkembangan artistik yang dikemukan oleh Georges-Henri


Luguet 7

Bahagian (b): Analisis lukisan figura 8

1 Lukisan Evy Kong Wei Yin (3 tahun) 8

2 Lukisan Clemnet Tan (4 tahun) 9

3 Yii Chin Hoo (5 tahun) 10

4 Lukisan Koh Jeng Yrong (6 tahun) 11

5 Lukisan Kelly Kong (7 tahun) 12

6 Lukisan Esther Soo (8 tahun) 13

7 Lukisan Ephant Tan (9 tahun) 14

8 Lukisan Grace Ling Fang Yee (10 tahun) 15

9 Lukisan Shanice Kong (11 tahun) 16

10 Lukisan Janet Tiong (12 tahun) 17

Kesimpulan 18

Bibliografi 19

2
Bahagian (a) : Perbincangan Teori Perkembangan Artistik kanak-kanak

1.0 Pendahuluan

Teori merupakan pendapat yang dikemukakan oleh indivdu-individu untuk


menjelaskan sesuatu perkara. Istilah teori juga digunakan untuk memperjelaskan
pendapat, hipotesis ataupun spekulasi. Teori tidak semestinya bertunjangkan fakta dan
tidak juga konsisten dengan pengertian sebenar realiti.

Bidang seni merupakan bidang yang luas, subjektif dan abstraktif.


Perkembangan seni seseorang individu melibatkan proses estetik yang rumit. Sebagai
guru seni, kita perlu mengetahui teori yang berkaitan dengan pendidikan seni supaya
lebih memahami keadaan sebenar. Ini membantu dalam memilih pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pendidikan seni.

Pada awal tahun 1900, proses perkembangan artistik kanak-kanak mula


mendapat kesedaran di kalangan penyelidik, pengkaji, pendidik dan ahli psikologi.
Hasil kajian menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak mempunyai
peringkat-peringkat tertentu yang berkait rapat dengan umur dan kematangan kanak-
kanak.

2.0 Teori-teori perkembangan artistik

Terdapat ramai individu yang telah mengemukakan teori perkembangan


artistik kanak-kanak. Antara teori-teori yang terkenal telah diformulasikan oleh
Lowenfeld (1975), Al Hurwitz dan Michael Day (1995). Teori-teori ini mempunyai
persamaan di mana mereka telah menyatakan bahawa perkembangan artistik kanak-
kanak melalui transisi daripada peringkat scribbling ke representation.

2.1 Teori perkembangan yang dikemukakan oleh Viktor Lowenfeld

Menurut Hurtwitz dan Day (2001), perkembangan artistik kanak-kanak boleh


dirumuskan kepada 3 bahagian iaitu:

i- Peringkat manipulatif atau zaman awal kanak-kanak (2-4 tahun)

Hurtwitz dan Day mengatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini tidak
mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Maka lukisan yang dihasilkan lebih

3
merupakan contengan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga suka menconteng pada
dinding, di atas meja dan juga kertas lukisan dengan menggunakan pensil, pensil
warna dan krayon. Saya mendapati bahawa kanak-kanak suka menconteng pada
dinding adalah disebabkan belum biasa menunduk kepala untuk menghasilkan sesuatu
lukisan. Menconteng pada dinding yang berdepanan dengan aras ketinggiannya
adalah lebih selesa. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh dibimbing supaya
melukis pada kertas.

Contengan yang dibuat banyak menggunakan garisan dan kebanyakkannya


tidak menunjukkan apa-apa gambar jika tidak dibimbing. Peringkat contengan ini
pula dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:

a- Contengan garisan tidak terkawal

Contengan garisan tidak terkawal adalah disebabkan kanak-kanak belum


mempunyai daya kawalan pada garisan.

b- Contengan garisan terkawal

Contengan pada peringkat ini boleh menampakkan imej yang ingin dihasil
kerana garisan yang diconteng lebih terkawal.

c- Contengan rupa terkawal

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melukis imej yang sama kerana mereka
telah dapat mengawal rupa bentuk imej yang ingin dilukis.

d- Contengan rupa

Pada peringkat ini, kanak-kanak bukan sahaja pandai menghasilkan imej yang
sama berulangan, malah mereka juga dapat menyebut apa yang mereka lukis.

ii- Peringkat membuat simbol (6-9 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak amat terpengaruh dengan keadaan di


sekelilingnya. Maka, imej yang dihasilkan merupakan sesuatu yang biasa dilihatnya
seperti orang, rumah, bunga dan sebagainya. Lukisan figura yang dihasilkan oleh
kanak-kanak pada peringkat ini biasanya merupakan diri sendiri dan ahli keluarganya.

4
Kanak-kanak di peringkat ini juga boleh menggunakan warna terhadap imej
yang dihasilnya. Warna yang digunakan juga menepati imej yang dihasilkan tetapi
saya mendapati bahawa kebanyakkan cara mewarna adalah merupakan contengan dan
tidak begitu harmoni jika tidak dilatih.

iii- Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini pandai mencuba untuk melukis figura dengan
saiz yang betul. Mereka pandai melukis objek yang jauh dengan saiz yang lebih kecil
daripada objek yang dekat. Mereka akan mencuba untuk melukis dengan
menitikberatkan daya saiz sebenar sesuatu objek. Penggunaan warna juga lebih tepat
supaya lukisannya nampak unsur realistik.

Saya juga mendapati bahawa kanak-kanak pada peringkat ini suka meniru
gaya dan corak lukisan yang mereka minati. Terutamanya pada zaman kini, kanak-
kanak terdedah dengan banyak jenis bahan bacaan komik yang diterbitkan khas untuk
kanak-kanak.

2.2 Teori perkembangan artistik yang dikemukakan oleh Lowenfeld dan


Britian

Lowenfeld dan Britian telah mengemukakan teori perkembangan artistik yang


merangkumi kanak-kanak dalam lingkungan umur dari 2-14 tahun. Teori
perkembangan artistik yang dikemukakan dibahagi kepada 5 peringkat utama.

i- Peringkat scribbling (2-4 tahun)

Menurut Lowenfeld, kanak-kanak pada peringkat ini menghasilkan contengan


yang tidak terkawal. Kanak-kanak pada peringkat ini mula menconteng dengan
garisan yang lurus secara menegak dan melintang. Kemudian, mereka akan melukis
bulatan apabila koordinasi otot motor tangan mereka semakin matang.

ii- Peringkat Preschematic (4-7 tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini mula memperlihatkan peningkatan dalam


contengan yang dihasilkan. Contengan mereka berubah dari bulatan kepada melukis
objek yang terdapat di sekeliling mereka. Mereka mula melukis figura yang

5
mempunyai kareter tangan dan kaki yang dilukis seolah-oleh terapung dan saiz imej
yang dihasilkan juga berbeza-beza.

iii- Peringkat schematic (7-9 tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini mula menghasilkan lukisan mengikut skema


atau konsep tertentu. Mereka mula pandai membahagikan ruang kepada bahagian
satah udara dan tanah. Pemandangan satah bawah objek biasa disusun secara
melintang manakala objek udara dibiarkan kosong. Mereka juga suka berkongsi hasil
lukisan dengan rakan sebaya.

iv- Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula melukis imej secara realistik dan teliti.
Imej yang dihasilkan juga mula mengecil dari segi saiz dan mereka mula bersifat
kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula pandai membandingkan karya
sendiri dengan karya rakan sebaya. Ini menyebabkan mereka menjadi berhati-hati
dalam menghasilkan karya yang lebih berkualiti.

v- Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini mula peka dengan konsep realistik, konsep
kedudukan dan saiz rasional imej semasa menghasilkan lukisan mereka. Mereka
gemar meniru dan tidak suka menunjukkan lukisannya kepada rakan jika difikirkan
lukisan yang dihasilnya tidak memuaskan.

vi- Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-
17 tahun)

Pada peringkat ini, remaja mula memberi penekanan terhadap proses


penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Mereka telah pandai membuat
keputusan dan memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan kary seni mereka.

Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang dikemukan oleh Lowenfeld


lebih banyak berbincang kepada perubahan imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak.
Lingkungan umur yang dibincang lebih pendek jika dibanding dengan teori
perkembangan artistik kanak-kanak yang dikemukakan oleh Hurwitz dan Day. Maka

6
ia boleh memperlihatkan perubahan yang lebih spesifik mengikut peningkatan umur
kanak-kanak. Cuma teori perkembangan artistik kanak-kanak yang dikemuka oleh
Lowemfeld kurang membincangkan tentang kemahiran penggunaan warna oleh
kanak-kanak.

2.3 Teori perkembangan artistik yang dikemukan oleh Georges-Henri


Luguet

Georges-Henri Luguet juga berpendapat bahawa perkembangan artistik kanak-


kanak bermula pada peringkat contengan. Menurut Luguet, perkembangan dan
aktiviti melukis kanak-kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan
dan diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka. Terdapat 4 peringkat
perkembangan yang dikemukakan.

i- Peringkat Fortuitous Realism

Georges-Henri Luguet berpendapat bahawa contengan yang dihasilkan pada


peringkat ini telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek
sebenar. Keserupaan imejan yang dihasilkan adalah secara tidak sengaja.

ii- Peringkat Failed Realism

Peringkat ini mempunyai kesinambungan dari peringkat Fortuitous Realism


kerana Georges-Henri Luguet berpendapat bahawa imej yang dihasil pada peringkat
ini telah mempunyai penambahbaikan dan diperhalusi bagi mendapat imej yang
sebenar.

iii- Peringkat Intelectual Realisam

Menurut Georges-Henri Luguet, kanak-kanak pada peringkat ini mula melukis


mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Walaupun karya yang
dihasilkan lebih ringkas tetapi telah dilukis dengan agak baik.

iv- Peringkat Visual Realism

Pada peringkat ini, kanak-kanak mampu melukis imej yang mempunyai


perspektif dan kadar banding. Kanak-kanak pada peringkat ini juga mampu melukis
imej 3 dimensi dan ini dianggap satu kejayaan yang baik.

7
Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang dikemukakan oleh Georges-
Henri Luguet tidak menyatakan peringkat umur. Teorinya juga tidak membincangkan
secara mendalam tentang perubahan lukisan yang dihasilkan akibat pengaruh
pergerakan koordinasi mata dan tangan. Beliau juga tidak mengupas keupayaan
kanak-kanak dalam aktiviti mewarna.

Bahagian (b): Analisis lukisan figura

1 Lukisan Evy Kong Wei Yin (3 tahun)

Lukisan figura Evy merupakan satu bulatan besar yang menunjukkan garis
luaran kepala. Evy telah pandai melukis bulatan sebab dia telah masuk tadika awal
tahun ini. Dia telah diberi latihan untuk menyambungkan titik dan aktiviti mewarna.
Evy masih belum dapat mengawal tangannya untuk melukis mata, hidung dan mulut
secara tepat.

Berdasarkan lukisan yang dihasilnya, saya berpendapat bahawa Evy dapat


mengenali mata, hidung dan mulut sebab tanda ‘V’ dalam bulatan tersebut merupakan
mata dan bulatan yang kecil di tengah-tangah ‘V’ merupakan hidung. Garisan lurus
secara melintang merupakan mulut yang ingin dihasilkan oleh Evy.

8
2 Lukisan Clemnet Tan (4 tahun)

Clement yang berumur 4 tahun boleh mengawal tangannya dengan lebih


matang jika dibanding dengan Evy. Dia boleh memegang pensil dengan betul dan
sudah dapat melukis bulatan yang lancar. Setiap garisan yang dilukisnya boleh
bersambung pada setiap bahagian anggota badan. Cuma rambut yang dilukisnya
masih terapung di atas kepala.

Clement juga dapat melukis mata, hidung dan mulut pada kedudukan yang
betul. Cuma ketinggalan telinga yang terletak di bahagian tepi. Ini bermaksud kanak-
kanak pada peringkat umur ini belum mempunyai konsep 3 dimensi. Bahagian badan
yang dilukis juga tidak menunjukkan segmentasi dan tidak tahu melukis pakaian.
Bahagian tangan dan kaki boleh bersambung dengan bahagian badan tetapi hanya
dilukis dengan satu garisan tanpa menunjukkan ketebalan , jari tangan dan tapak kaki.

Clement belum pandai menyusun gambarnya pada ruang yang betul sebab
figuranya dilukis pada bahagian bawah kertas lukisan.

9
3 Yii Chin Hoo (5 tahun)

Chin Hoo yang belajar di tadika tahun 1 sudah pandai mengenali jantina.
Maka dia boleh melukis figura lelaki dan perempuan yang berbeza dari segi
kepanjangan rambut dan skirt yang cuba dilukis pada figura perempuan.

Chin Hoo juga mula pandai menunjukkan ketebalan yang dilukis pada
bahagian tangan dan cuba melukis jari pada bahagian kaki dan tangan tetapi bilangan
jarinya tidak betul. Bahagian badannya juga tidak menunjukkan segmentasi dan
pakaian perempuan cuma dilukis dengan bentuk segitiga yang bermaksud skirt.

Seperti Clement, Chin Hoo juga belum pandai menyusun lukisan figuranya
pada ruang yang tepat. Gambarnya tidak diletakkan di tengah-tengah tetapi berada di
sebelah kanan. Ruang di sebelah kiri dan bawah terlalu kosong pula.

10
4 Lukisan Koh Jeng Yrong (6 tahun)

Lukisan Jeng Yrong yang berumur 6 tahun masih menggunakan garisan yang
ringkas tetapi yang berbezanya dia sudah pandai menunjukkan segmentasi bahagian
badan yang lebih tepat. Tetapi kedudukan kaki kanan yang dilukisnya tidak terletak
di ruang yang betul sehingga kakinya ternampak seolah-olah bukan dipunyai oleh
badannya.

Jeng Yrong merupakan seorang budak perempuan yang suka cantik. Oleh itu,
dia cuba melukis ikatan reben yang disukainya. Figura yang dihasil juga merupakan
figuranya sendiri sebab dia juga merupakan seorang budak perempuan yang berambut
panjang.

Gambar Jeng Yrong diletak di tengah-tengah kertas lukisan, tetapi saiz


gambarnya terlalu kecil dan menyebabkan banyak ruang kosong yang tertinggal di
tepi. Ini menunjukkan bahawa Jeng Yrong masih belum yakin terhadap gambar yang
dihasilkannya.

11
5 Lukisan Kelly Kong (7 tahun)

Kelly ialah seorang budak perempuan yang berumur 7 tahun. Lukisannya


banyak berbeza dari saiz yang dilukisnya. Dia boleh melukis figura yang besar
mengikut saiz kertas lukisan yang diberi. Lukisannya juga hanya menggunakan
garisan yang ringkas tetapi dia boleh menghasilkan karya yang lebih kemas jika
dibanding dengan Jeng Yrong.

Figura Kelly cuba memperlihatkan emosi dirinya yang gembira kerana


katanya emak baru menghadiahkan seutas rantai yang cantik kepadanya.

Bahagian leher yang dilukis oleh Kelly adalah terlalu besar dan tangannya
terlalu kurus dan pendek. Dia tidak meluis kaki tetapi dilindungi oleh skirt yang
panjang.

Dari segi pembahagian ruang, Kelly boleh mengisi ruang kertas lukisan
dengan lebih baik sebab gambar yang dihasilkannya besar.

12
6 Lukisan Esther Soo (8 tahun)

Esther melukis abangnya yang memakai cermin mata dan berdiri tegak secara
tampan dan segak. Dalam perspektif Esther, abang ialah seorang yang berkebolehan
dan amat menjaganya. Maka, dia pun menghasilkan figura yang bergaya dalam
pandangan dirinya.

Lukisan Esther juga menggunakan garisan yang ringkas tetapi dia boleh
melukis figura dengan lebih terperinci dan saiz yang digambarnya juga cukup besar
untuk mengisi ruang kertas lukisan. Ini menunjukkan kanak-kanak pada peringkat
umur ini telah lebih yakin dan berani memaparkan lukisan mereka.

13
7 Lukisan Ephant Tan (9 tahun)

Lukisan Ephant Tan pula mula menujukkan gaya tersendirinya. Figura yang
dihasilnya mempunyai keunikan di bahagian bahu. Semua bahu yang dilukis adalah
rata dan tidak berbentuk curam. Ephant juga pandai membezakan setiap figura yang
dipersembahnya melalui corak rambut, pakaian, kasut dan matanya yang berbeza.

Walaupun Ephant masih menggunakan garisan ringkas untuk menghasilkan


lukisannya, tetapi berdasarkan lukisan yang dihasil, saya mendapati bahawa Ephant
tidak melukis dengan satu garisan yang berpanjangan tetapi garisan yang dilukisnya
terputus-putus dan disambung untuk mendapat rupa bentuk yang diingininya. Selain
daripada menggunakan garisan ringkas, Ephant juga pandai menghitamkan
sesebahagian lukisannya untuk menunjukkan perbezaan dari segi warna.

14
8 Lukisan Grace Ling Fang Yee (10 tahun)

Lukisan Grace kelihatan matang sebab dia menghadiri kelas lukisan di luar
sekolah. Dia bukan sahaja menggunakan garisan ringkas untuk melukis tetapi cara dia
memegang pensil juga berlainan. Dengan ini, dia boleh membuat lukisan figura
dengan ton warna yang dihasilkan melalui penggunaan pensil. Walau bagaimanapun
ton warna yang dihasilkan dengan menggunakan pensil ini belum berjaya
menunjukkan arah cahaya dan bayang yang tepat.

Lukisan Grace hanya menunjukkan bahagian kepala pada kertas lukisan yang
disediakan. Ini menunjukkan Grace pandai melukis dan yakin pada apa yang
dilukisnya. Dia telah melukis bahagian mata secara terperinci dan garisan yang
dihasilnya juga boleh menunjukkan sedikit gelombang pada rambutnya.

15
9 Lukisan Shanice Kong (11 tahun)

Shanice merupakan seorang budak yang berumur 11 tahun. Lukisannya


menampakkan kematangan tangannya untuk menghasilkan figura dalam pergerakkan.
Biasannya kanak-kanak pada peringkat ini hanya menghasilkan pergerakkan yang
kaku tetapi shanice telah memanupulasikan pergerakan figura dengan lancar.

Garisan yang dilukis oleh Shanice juga lebih lancar jika dibanding dengan
Ephant. Walau bagaimanapun, lukisan figura Shanice masih mempunyai bahagian di
mana nisbah dan imbangannya kurang tepat. Contohnya, kaki budak yang membawa
kotak itu tidak cukup panjang dan kedudukan tapak kakinya masih boleh diperbaiki.

16
10 Lukisan Janet Tiong (12 tahun)

Lukisan Janet pula amat dipengaruhi buku komik kesukaannya. Janet


mempunyai pemikiran yang kreatif sebab dia melukis figura di dalam sebuah gelas
kaca. Figura yang dihasil bercorak kartun akibat daya imaginasinya yang matang.

Janet boleh mengawal pergerakkan tangannya dengan baik dan melukis


dengan cepat. Garisan yang dihasilnya sangat lancar dan boleh menunjukkan cerita
yang ingin disampaikannya. Janet merupakan seorang budak yang pediam dan suka
membaca buku komik. Dia telah mula meniru figura dalam buku komiknya sejak dua
tahun yang lepas. Oleh itu, lukisannya mempunyai standard seperti lukisan remaja.

17
Kesimpulan

Perkembangan artistik kanak-kanak amat dipengaruhi oleh keadaan sekeliling


dan suasana mereka dibesarkan. Jika kanak-kanak diberi latihan pada awal umur,
mereka yang menerima latihan juga boleh melukis dengan lebih baik jika berbanding
dengan mereka yang tidak menerima latihan.

Menurut Hj. Iberahim Hassan (2000), guru perlu mengambilkira tentang


perkembangan individu seperti kreativiti, idea, persepsi seseorang pelajar. Oleh itu,
guru perlu mengetahui setiap jenis teori untuk mengenali murid-murid masing-
masing. Ini memudahkan guru untuk membuat persediaan pelajaran yang sesuai untuk
murid. Guru juga boleh menyediakan strategik pengajaran dan pembelajaran serta
sumber dan bahan yang sesuai untuk menarik minat murid. Dengan ini, guru akan
berjaya memotivasi dan membimbing murid untuk mempelajari pendidikan seni.

Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menghasil sebuah lukisan.


Pelukis yang pandai akan menyusun objek yang hendak dilukis mengikut saiz, bentuk
dan warna yang sesuai supaya dapat menjadikan lukisan tersebut menarik (Sobri
Jaafa,1996). Selain daripada itu, susunan atau gubahan, sudut pandangan, jarak objek,
bentuk objek, nilai estetika dan keaslian turut menjadi aspek yang penting dalam
pendidikan seni.

Pendidikan seni adalah satu matapelajaran yang penting dan boleh membantu
dalam pemikiran kreatif. Kanak-kanak juga boleh mententeramkan emosi mereka
semasa melakukan aktiviti seni. Aktiviti seni merupakan satu gejala yang positif bagi
tumbesaran dan perkembangan minda kanak-kanak.

18
Rujukan:

1 Day, M. Hurwitz, A. (2001). Children and their art; Methods for the
elementary school. Harcourt, Inc.

2 Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni: Matlamat dan


Kepentingannya, (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

3 Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-kanak


Berhubung dengan Pendidikan Seni. (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan
Musik). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

4 Prof Dr Haji Absul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat,


Zuraimi Zakaria (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak.
Open University Malaysia.

Artikel:
1 http://blog.unm.ac.id/rusli/about/artikel-publikasi/
2 http://www.sarjanaku.com/2010/12/teori-belajar.html

Sumber internet:

1 http://www.docstoc.com/docs/38859554/nota-padat-psv--HBAE1203
2 http://www.slideshare.net/RabiatulZahidahMohdZaidi/piaget-viktor
3 http://www.slideshare.net/safarinsalwa/pengertian-kreativiti
4 http://www.slideshare.net/aliasafia/laura-chapman

19

Anda mungkin juga menyukai