Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Nasi Ayam

Nasi ayam boleh dikatakan sebagai salah satu hidangan yang paling terkenal di negara kita,
khususnya dalam kalangan masyarakat Cina. Nasi ayam dapat dicari di mana-mana tempat dan
sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia, terdapat berbagai-bagai jenis nasi ayam
termasuklah nasi ayam barbeku, Bebola Nasi Ayam dan nasi ayam panggang. Namun, kesemua
nasi ayam ini berevolusi daripada Nasi Ayam Hainan. Sebenarnya, Nasi Ayam Hainan berasal
daripada sebuah bandar bernama Wenchang yang terletak di Pulau Hainan, China. Padahal, nasi
ayam ini dinamakan Nasi Ayam Wenchang sempena ayam Wenchang yang popular di sana. Nasi
ayam Wenchang juga merupakan salah satu daripada empat hidangan yang paling popular dalam
masakan Hainan. Penduduk di sana sangat bangga akan hidangan tersebut dan kebiasaannya akan
menghidangkan makanan tersebut kepada tetamu dalam setiap majlis sebagai tanda penghormatan.
(Wahab 2018)

Makanan ini dibawa ke Asia Tenggara pada awal abad ke-20. Pada masa itu, orang-orang
Hainan mula merantau ke wilayah-wilayah di Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura dan
Malaysia. Di Malaysia, Nasi Ayam Hainan menular ke Ipoh, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau
Pinang sebelum disebarkan ke negeri lain. Berdasarkan maklumat yang dicari, orang-orang Hainan
menjual nasi ayam ini di tepi jalan. Mereka akan mengandar atau menjinjing dua bakul. Salah satu
bakul diisikan dengan ayam yang sudah direbus, manakala bakul yang kedua berisi nasi. Pada
kemulaannya, Nasi Ayam Hainan dijual oleh seorang dari Hainan yang bernama Wang Yi Yuan
di Singapura. Selepas itu, dia berpindah ke negeri Selangor dan membuka sebuah kedai di sana.
Pada masa itulah, Nasi Ayam Hainan dibawa ke negara kita dan teknik memasaknya diwarisi
sampai sekarang.

Selain daripada Nasi Ayam Hainan, Bebola Nasi Ayam juga mempunyai cerita yang
menarik. Berpuluh-puluh tahun dahulu, seorang nelayan bernama Hoe Kee mencerobohi kawasan
lautan Indonesia semasa menangkap ikan. Hal ini menyebabkan dia ditangkap dan dipenjara di
Indonesia, tambahan pula kapalnya juga dirampas oleh pihak Indonesia. Pada masa itu, isterinya
terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan keluarga. Mula-mulanya, dia menjual Nasi Ayam
Hainan kepada pekerja-pekerja di jeti Melaka. Namun, dia mendapati bahawa mereka sangat sibuk
sehingga tiada masa untuk menghabiskan sepinggan nasi ayam. Jadi, dia mengubahsuaikan nasi
ayam itu kepada bentuk bebola yang mudah dimakan. Inilah terhasil Bebola Nasi Ayam yang
termasyhur di negeri Melaka. (Pui Fun 2017)

Wahab, N 2018, Asal usul nasi ayam Hainan, Utusan Karya Sdn Bhd, viewed 2 August 2019,
<https://sajionline.com.my/asal-usul-nasi-ayam-hainan/>.

Pui Fun 2017, Ever wondered why Melaka’s chicken rice is shaped as a ball?, World of Buzz,
viewed 2 August 2019, <https://www.worldofbuzz.com/ever-wondered-melakas-chicken-rice-
shaped-ball/>.

Anda mungkin juga menyukai