Anda di halaman 1dari 18

“ Sama ada kejurulatihan, mentoring, latihan, ataupun kaunseling,

perbezaan hanya dari segi gaya kepimpinan dan pendekatan yang


digunakan. Namun, semuanya mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu
memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi seorang atau kumpulan.
Walau bagaimanapun, manusia ini pelbagai ragam. Tiada satu pendekatan
kepimpinan yang dikatakan terbaik. Kita perlu menggunakan pendekatan
atau gaya kepimpinan yang bersesuaian mengikut situasi yang kita sedang
hadapi. “

Coaching & Mentoring Dalam Pendidikan


COACHING DAN MENTORING DALAM PENDIDIKAN
Konsep Asas, Peranan, Proses, Membina Kepercayaan

Apakah coaching?

Coaching adalah mengenai keupayaan seseorang bertanya soalan yang betul daripada
memberikan jawapan yang betul. Coaching pada asasnya menggunakan gaya perbualan
berstruktur yang dibantu dengan pendekatan mendengar, menyoal dan memberi maklum
balas serta membuat pemerhatian berkesan untuk membantu Orang yang Di Coach
(coachee) meneroka dan memahami diri, potensi serta keadaan mereka sendiri. Seterusnya
membolehkan mereka mencari penyelesaian mereka sendiri.

Coaching adalah satu bentuk pembelajaran, di mana coach menyokong coachee untuk
mewujudkan suasana pembelajaran dan pembangunan kendiri dengan cara yang memberi
manfaat kepada mereka dan organisasi mereka. Mengapa coaching penting berlaku di
tempat kerja? Coaching adalah sesuatu yang melihat ke depan, fokus kepada hasil
pembelajaran dan bagaimana hendak ke sana.

Coaching bukanlah pembelajaran yang berstruktur di mana ahli terapi atau pakar yang akan
memberikan jawapan. Coaching meletakkan tanggungjawab belajar terhadap coachee,
dengan coach membantu coachee menggunakan bahan sumber yang ada dalam diri
coachee sendiri untuk mencari jawapan dari dalam.

1
Seorang coach yang mahir akan menggunakan gabungan pelbagai teknik termasuklah
mendengar, menyoal, memberi maklum balas dan mungkin membuat pemerhatian.
Keseluruhan pengalaman coaching harus menjadi satu perkara yang positif walaupun ada
ketikanya coach harus menyediakan diri coachee untuk dicabar kerana dengan mengakui
keperluan untuk berubah dan menetapkan keperluan menangani perkara ini akan
menjadikan coachee benar-benar memberi komitmen, membangun dan bergerak ke depan.
Apakah yang anda maksudkan dengan komitmen? Bagaimanakah komitmen dapat dibina
dalam diri anda?

Perbandingan Coaching Dengan Mentoring

Sering pengertian terhadap coaching dan mentoring bertukar ganti penggunaannya,


walaupun terdapat beberapa persamaan, ia adalah penting untuk mengenal pasti perbezaan
utama. Kedua-duanya adalah ditakrifkan sebagai satu proses dua hala yang melibatkan
pembinaan hubungan yang baik berasaskan kepada kepercayaan.

Walau bagaimanapun, seorang mentor dijangka menyampaikan kepakaran mereka kepada


mentee, menerangkan atau menjadi model, cara yang sebelum ini telah berkesan, dan
bukannya menggalakkan mentee untuk melakukan sesuatu yang baru. Sebaliknya, coach
tidak semestinya perlu menjadi seorang pakar dalam lapangan coachee itu, dan kerap kali
ianya tidak. Seorang coach adalah pakar dalam melaksanakan coaching.

Coaching adalah tentang memberi kuasa, motivasi secara individu kepada coachee untuk
mencari penyelesaian oleh diri mereka (coachee) sendiri. Coaching juga usaha memastikan
coachee dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk pembangunan diri dan seterusnya
organisasi.

Perbandaingan Coaching Dengan Kaunseling

Coaching juga boleh dibezakan daripada kaunseling. Tetapi mari kita mulakan dengan
melihat apa persamaan yang ada: Ianya menggunakan satu set kemahiran yang sama
(mendengar, menyoal, menyoal siasat dan lain-lain); setiap orang meletakkan hubungan di
tengah-tengah tempat kerja; setiap orang mengakui pentingnya persetujuan dengan
sempadan.

Walau bagaimanapun, perbezaan utama adalah coaching menganggap coachee menyedari


keperluan untuk membangunkan diri mereka sendiri yang pada dasarnya berupaya untuk
berfungsi dengan lebih baik di tempat kerja.

Coaching lebih banyak berfokus kepada hasil, manakala kaunseling biasanya lebih tertumpu
pada proses. Ini diterjemahkan ke dalam sempadan yang berbeza untuk kaunseling
berbanding coaching.

Mengapa coaching penting di tempat kerja?


 Coaching dilihat sebagai pelengkap kepada penyelesaian yang lain-lain. Di antara
faedah- faedah yang berkaitan dengan coaching:
 Memberi kuasa kepada individu (coachee) dan menggalakkan mereka untuk
mengambil tanggungjawab sendiri;
 Menyediakan mereka dengan kit alat untuk membuat keputusan sendiri, dan
mengambil tindakan;
 Membawa kepada peningkatan prestasi kerja, motivasi dan kepuasan kerja;
 Menyediakan hasil matlamat kerja.

2
Pendedahan coaching akan menggalakkan coachee untuk menerima pakai pendekatan ini
apabila mereka bekerja dengan orang lain. Ini seterusnya membantu membina budaya
coaching dalam organisasi.

Peningkatan Prestasi

Hasil coaching adalah untuk mengupayakan coachee. Pulangan pelaburan adalah tinggi
apabila coachee berupaya melaksanakan tindakan bagi mencapai matlamat yang telah
dipersetujui dengan menggunakan segala potensi yang ada dalam diri mereka dan mereka
sendiri yang memilih dan membuat keputusan. Coach membantu coachee menggunakan
potensi yang ada dalam diri mereka untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri dan
bukannya coach menyelesaikan masalah coachee.

Coach Berperanan Sebagai Papan Suara Tersendiri yang Membuka Pintu Coachee

Kekuatan dan keberkesanan coaching amat berkaitan dengan tahap keterbukaan dan
kepercayaan antara coach dan coachee. Sifat hubungan tidak sahaja tentang hasil, tetapi
membantu seorang individu untuk lebih memahami diri mereka sendiri dan daripada sini
untuk berkembang dan berubah sebagai seseorang individu.

Faedah Coaching

Di sekolah, membangunkan kemahiran coaching membantu pemimpin sekolah untuk


memenuhi kompetensi seorang pemimpin berprestasi tinggi bagi membangunkan sekolah
berprestasi tinggi. Sebagai contoh, kemahiran ini membolehkan pemimpin sekolah untuk:
 Menguruskan guru dan kakitangan sokongan secara berkesan untuk mewujudkan
satu pasukan yang berprestasi tinggi
 Menyediakan kepimpinan dengan hala tuju, matlamat pasukan dan maklum balas
secara individu
 Memudahcara latihan dan pembangunan kemahiran yang sesuai dalam pasukan
 Menggalakkan pembangunan peribadi dan membantu orang lain untuk belajar
 Memupuk komunikasi dua hala yang berkesan.
Coaching boleh memberi manfaat kepada sekolah dengan:
 Menyokong kejayaan yang lebih gemilang
 Meningkatkan komitmen dan kepuasan guru dan kakitangan sokongan yang boleh
membawa kepada peningkatan prestasi dan pengekalan
 Melengkapkan pengurus dan pemimpin dengan alat yang berkesan untuk
menangani perubahan
 Membolehkan semua orang untuk menangani konflik dengan cara yang positif dan
telus
 Menunjukkan kepada guru dan kakitangan bahawa sekolah komited untuk
membangunkan mereka dan membantu mereka meningkatkan kemahiran
 Menyokong mereka yang dinaikkan pangkat untuk berjaya dengan tanggungjawab
baru dan menjadi seorang yang bertanggungjawab
 Menyokong pelaksanaan latihan lain dan membangunkan outcome
 Meningkatkan pembangunan dan pengurusan sumber manusia
Mereka yang menerima coaching mendapat manfaat dengan:
 Belajar untuk bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah mereka sendiri
 Membangunkan kesedaran kendiri dan mendapat perspektif baru mengenai
keupayaan
 Meningkatkan kemahiran kerja yang berkaitan dan prestasi

3
 Menangani isu-isu peribadi yang mungkin menjejaskan prestasi mereka di tempat
kerja
 Belajar bagaimana untuk mengenal pasti dan bertindak berdasarkan keperluan
pembangunan
 Mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan menerima tanggungjawab
 Menjadi lebih berkesan dan tegas dalam berurusan dengan seseorang
 Mempunyai impak yang positif terhadap hubungan interpersonal
 Memperolehi kemahiran dan kebolehan baru
 Membangunkan keupayaan menyesuaikan diri untuk berubah
 Mengurangkan tahap tekanan.
Coaching memberi manfaat kepada pasukan dengan:
 Menggalakkan komunikasi dan maklum-balas antara ahli pasukan
 Membangunkan keterbukaan kepada cara-cara bekerja yang baru
 Bekerja dalam budaya berkongsi pemahaman, kemungkinan, pilihan dan membuat
keputusan
Pemimpin sekolah mendapat manfaat daripada menggunakan coaching dengan:
 Mengambil masa untuk memahami sesuatu isu yang mempengaruhi prestasi ahli
pasukan / rakan sekerja
 Menunjukkan komitmen untuk menyokong dan membangunkan kemahiran,
pengetahuan dan kebolehan ahli pasukan / rakan sekerja
 Membangunkan kemahiran yang penting dan boleh dipindah milik di seluruh peranan
sama ada dalam kerja dan di luar
 Membangunkan hubungan kerja yang berkesan dengan guru dan kakitangan yang
menjadikan tanggungjawab mengurus mereka lebih membina dan memberi ganjaran
 Membangunkan persalingan layanan dalam hubungan kerja yang membawa kepada
peluang-peluang bagi delegasi yang berkesan
 Menggalakkan pengurusan perubahan yang berkesan dan kepimpinan penyelesaian
masalah
Anda Coaching Bila Membantu Coachee (Orang Yang Dicoach) …
 Merapatkan jurang ketajaman fikiran, kepakaran, prestasi dan kecekapan.
 Membuat penemuan kendiri.
 Mencari penyelesaian kreatif sendiri.
 Menemukan cara berfikir yang baru.
 Mencari cara mengekalkan atau menambahbaik prestasi mereka.
 Memberi komitmen terhadap pembangunan personal dan menghargai kejayaan
mereka.
Bila Melaksanakan Coach

Peranan sebagai seorang coach adalah lebih baik digunakan untuk interaksi yang bertujuan
menggerakkan coachee ke hadapan dengan menggunakan semua idea dan penyelesaian
daripada coachee sendiri. Peranan coach adalah untuk membantu coachee mendapatkan
gambaran dan kefahaman mengenai topik perbualan, bukan untuk menyelesaikan masalah
untuk dia. Berfokuskan kepada penyelesaian oleh coachee sendiri.

Membuat anjakan mental kepada peranan sebagai seorang coach memerlukan anda;
 Melepaskan kedua-dua apa dan bagaimana
 Hapuskan berat sebelah dan prasangka
 Menjadi kurang ego, dan
 Hapuskan kekusutan semasa mengendalikan sesi

4
Siapa Coach

Seorang coach ialah sesiapa juga individu yang mempunyai keinginan untuk membantu
orang lain berjaya dan bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk bekerja melalui proses perbualan, menggunakan pendekatan coaching.

Perspektif Seorang Coach


 Fokus terhadap coachee
 Fokus terhadap proses
 Fokus terhadap jurang
 Fokus terhadap masa depan
Tahu Bila Tidak Menjalankan Kerja Coach
 Coaching bukanlah kaunseling
 Coaching bukanlah konsultan
 Coaching bukanlah coaching berkaitan sukan
Tidak Boleh Dicoach
 Secara berterusan menyalahkan orang lain, proses, prosedur atau persekitaran
ke atas prestasi atau tingkahlaku yang buruk.
 Tidak mengambil kebertanggungjawaban personal.
 Tidak mengambil tanggungjawab tambahan.
 Jarang menyempurnakan tugas yang diberi.
 Sentiasa mempertahankan diri.
 Secara berterusan marah dan geram.
 Sentiasa main peranan sebagai mangsa.
 Berulangkali menolak untuk dicoach atau menyatakan yang ia tidak berminat dalam
coaching atau pelan pembangunan.
 Enggan terlibat dalam proses kajian semula prestasi.
 Secara berterusan mencipta masalah dalam pasukan.
 Sentiasa menentang.
 Secara berterusan mengacau.
 Berterusan tidak berlaku komunikasi.
 Tidak menghormati rakan sekerja atau anda.
 Berterusan meminta maklumbalas, namun tetap bertindak balas bila diberi.
 Berterusan tidak dapat dihubungi atau tidak hadir bekerja.
 Mempunyai keupayaan berfikir yang rendah untuk memberi alasan dan memproses
maklumat.
Bagaimanakah berurusan dengan orang tidak boleh dicoach?
 Main peranan sebagai pengurus yang tegas.
 Ambil kebertanggungjawaban terhadap hubungan coaching dan secara serius
lihat tahap kepercayaan coach / coachee.
 Dicadangkan untuk program bantuan, ahli terapi atau kaunseling.
 Berusaha untuk kurangkan ego dan kekalkan objektif, menjaga emosi anda.
 Upah coach luar.
 Dapatkan coachee untuk memilih coach yang betul.
Pada Akhir sesi Coaching, coachee dapat...
 Berasa berkuasa dan bermotivasi untuk bertindak dengan cara lebih produktif dan b
ertanggungjawab dengan memiliki situasi, tingkahlaku dan hasil yang difahami.

5
 Bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang perlu berlaku da
n bagaimana untuk berlaku.
 Memperkembangkan kemahiran yang ada dan membinanya berdasarkan kekuatan.
Manfaat Coaching

Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, tanpa coaching?


Coaching menguatkan hubungan kerja dan mewujudkan individu dan pasukan berprestasi ti
nggi.

Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, tanpa coaching?

Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, dengan coaching?

Sumber: “Effects on Productivity in a Public Agency,” Public PersonnelManagement, W inter


1997;Neil Rackham, “The Coaching Controversy,”Training and Development Journal, November 1979

6
Kepentingan Coaching
Kepentingan Coaching & Mentoring Dalam Pendidikan

Mengapa coaching penting di tempat kerja?


 Coaching dilihat sebagai pelengkap kepada penyelesaian yang lain-lain. Di antara
faedah- faedah yang berkaitan dengan coaching:
 Memberi kuasa kepada individu (coachee) dan menggalakkan mereka untuk
mengambil tanggungjawab sendiri;
 Menyediakan mereka dengan kit alat untuk membuat keputusan sendiri, dan
mengambil tindakan;
 Membawa kepada peningkatan prestasi kerja, motivasi dan kepuasan kerja;
 Menyediakan hasil matlamat kerja.
Pendedahan coaching akan menggalakkan coachee untuk menerima pakai pendekatan ini
apabila mereka bekerja dengan orang lain. Ini seterusnya membantu membina budaya
coaching dalam organisasi.

Peningkatan Prestasi

Hasil coaching adalah untuk mengupayakan coachee. Pulangan pelaburan adalah tinggi
apabila coachee berupaya melaksanakan tindakan bagi mencapai matlamat yang telah
dipersetujui dengan menggunakan segala potensi yang ada dalam diri mereka dan mereka
sendiri yang memilih dan membuat keputusan. Coach membantu coachee menggunakan
potensi yang ada dalam diri mereka untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri dan
bukannya coach menyelesaikan masalah coachee.

Coach Berperanan Sebagai Papan Suara Tersendiri yang Membuka Pintu Coachee

Kekuatan dan keberkesanan coaching amat berkaitan dengan tahap keterbukaan dan
kepercayaan antara coach dan coachee.Sifat hubungan tidak sahaja tentang hasil, tetapi
membantu seorang individu untuk lebih memahami diri mereka sendiri dan daripada sini
untuk berkembang dan berubah sebagai seseorang individu.

Faedah Coaching

Di sekolah, membangunkan kemahiran coaching membantu pemimpin sekolah untuk


memenuhi kompetensi seorang pemimpin berprestasi tinggi bagi membangunkan sekolah
berprestasi tinggi. Sebagai contoh, kemahiran ini membolehkan pemimpin sekolah untuk:
 Menguruskan guru dan kakitangan sokongan secara berkesan untuk mewujudkan
satu pasukan yang berprestasi tinggi
 Menyediakan kepimpinan dengan hala tuju, matlamat pasukan dan maklum balas
secara individu
 Memudahcara latihan dan pembangunan kemahiran yang sesuai dalam pasukan
 Menggalakkan pembangunan peribadi dan membantu orang lain untuk belajar
 Memupuk komunikasi dua hala yang berkesan.
Coaching boleh memberi manfaat kepada sekolah dengan:
 Menyokong kejayaan yang lebih gemilang
 Meningkatkan komitmen dan kepuasan guru dan kakitangan sokongan yang boleh
membawa kepada peningkatan prestasi dan pengekalan
 Melengkapkan pengurus dan pemimpin dengan alat yang berkesan untuk
menangani perubahan

7
 Membolehkan semua orang untuk menangani konflik dengan cara yang positif dan
telus
 Menunjukkan kepada guru dan kakitangan bahawa sekolah komited untuk
membangunkan mereka dan membantu mereka meningkatkan kemahiran
 Menyokong mereka yang dinaikkan pangkat untuk berjaya dengan tanggungjawab
baru dan menjadi seorang yang bertanggungjawab
 Menyokong pelaksanaan latihan lain dan membangunkan outcome
 Meningkatkan pembangunan dan pengurusan sumber manusia
Mereka yang menerima coaching mendapat manfaat dengan:
 Belajar untuk bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah mereka sendiri
 Membangunkan kesedaran kendiri dan mendapat perspektif baru mengenai
keupayaan
 Meningkatkan kemahiran kerja yang berkaitan dan prestasi
 Menangani isu-isu peribadi yang mungkin menjejaskan prestasi mereka di tempat
kerja
 Belajar bagaimana untuk mengenal pasti dan bertindak berdasarkan keperluan
pembangunan
 Mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan menerima tanggungjawab
 Menjadi lebih berkesan dan tegas dalam berurusan dengan seseorang
 Mempunyai impak yang positif terhadap hubungan interpersonal
 Memperolehi kemahiran dan kebolehan baru
 Membangunkan keupayaan menyesuaikan diri untuk berubah
 Mengurangkan tahap tekanan.
Coaching memberi manfaat kepada pasukan dengan:
 Menggalakkan komunikasi dan maklum-balas antara ahli pasukan
 Membangunkan keterbukaan kepada cara-cara bekerja yang baru
 Bekerja dalam budaya berkongsi pemahaman, kemungkinan, pilihan dan membuat
keputusan
Pemimpin sekolah mendapat manfaat daripada menggunakan coaching dengan:
 Mengambil masa untuk memahami sesuatu isu yang mempengaruhi prestasi ahli
pasukan / rakan sekerja
 Menunjukkan komitmen untuk menyokong dan membangunkan kemahiran,
pengetahuan dan kebolehan ahli pasukan / rakan sekerja
 Membangunkan kemahiran yang penting dan boleh dipindah milik di seluruh peranan
sama ada dalam kerja dan di luar
 Membangunkan hubungan kerja yang berkesan dengan guru dan kakitangan yang
menjadikan tanggungjawab mengurus mereka lebih membina dan memberi ganjaran
 Membangunkan persalingan layanan dalam hubungan kerja yang membawa kepada
peluang-peluang bagi delegasi yang berkesan
 Menggalakkan pengurusan perubahan yang berkesan dan kepimpinan penyelesaian
masalah
Anda Coaching Bila Membantu Coachee (Orang Yang Dicoach) …
 Merapatkan jurang ketajaman fikiran, kepakaran, prestasi dan kecekapan.
 Membuat penemuan kendiri.
 Mencari penyelesaian kreatif sendiri.
 Menemukan cara berfikir yang baru.
 Mencari cara mengekalkan atau menambahbaik prestasi mereka.

8
 Memberi komitmen terhadap pembangunan personal dan menghargai kejayaan
mereka.
Bila Melaksanakan Coach

Peranan sebagai seorang coach adalah lebih baik digunakan untuk interaksi yang bertujuan
menggerakkan coachee ke hadapan dengan menggunakan semua idea dan penyelesaian
daripada coachee sendiri. Peranan coach adalah untuk membantu coachee mendapatkan
gambaran dan kefahaman mengenai topik perbualan, bukan untuk menyelesaikan masalah
untuk dia. Berfokuskan kepada penyelesaian oleh coachee sendiri.

Membuat anjakan mental kepada peranan sebagai seorang coach memerlukan anda;
 Melepaskan kedua-dua apa dan bagaimana
 Hapuskan berat sebelah dan prasangka
 Menjadi kurang ego, dan
 Hapuskan kekusutan semasa mengendalikan sesi
Siapa Coach
Seorang coach ialah sesiapa juga individu yang mempunyai keinginan untuk membantu
orang lain berjaya dan bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk bekerja melalui proses perbualan, menggunakan pendekatan coaching.

Perspektif Seorang Coach


 Fokus terhadap coachee
 Fokus terhadap proses
 Fokus terhadap jurang
 Fokus terhadap masa depan
Tahu Bila Tidak Menjalankan Kerja Coach
 Coaching bukanlah kaunseling
 Coaching bukanlah konsultan
 Coaching bukanlah coaching berkaitan sukan
Tidak Boleh Dicoach
 Secara berterusan menyalahkan orang lain, proses, prosedur atau persekitaran
ke atas prestasi atau tingkahlaku yang buruk.
 Tidak mengambil kebertanggungjawaban personal.
 Tidak mengambil tanggungjawab tambahan.
 Jarang menyempurnakan tugas yang diberi.
 Sentiasa mempertahankan diri.
 Secara berterusan marah dan geram.
 Sentiasa main peranan sebagai mangsa.
 Berulangkali menolak untuk dicoach atau menyatakan yang ia tidak berminat dalam
coaching atau pelan pembangunan.
 Enggan terlibat dalam proses kajian semula prestasi.
 Secara berterusan mencipta masalah dalam pasukan.
 Sentiasa menentang.
 Secara berterusan mengacau.
 Berterusan tidak berlaku komunikasi.
 Tidak menghormati rakan sekerja atau anda.
 Berterusan meminta maklumbalas, namun tetap bertindak balas bila diberi.
 Berterusan tidak dapat dihubungi atau tidak hadir bekerja.

9
 Mempunyai keupayaan berfikir yang rendah untuk memberi alasan dan memproses
maklumat.

Bagaimanakah berurusan dengan orang tidak boleh dicoach?


 Main peranan sebagai pengurus yang tegas.
 Ambil kebertanggungjawaban terhadap hubungan coaching dan secara serius
lihat tahap kepercayaan coach / coachee.
 Dicadangkan untuk program bantuan, ahli terapi atau kaunseling.
 Berusaha untuk kurangkan ego dan kekalkan objektif, menjaga emosi anda.
 Upah coach luar.
 Dapatkan coachee untuk memilih coach yang betul.
Pada Akhir sesi Coaching, coachee dapat...
 Berasa berkuasa dan bermotivasi untuk bertindak dengan cara lebih produktif dan b
ertanggungjawab dengan memiliki situasi, tingkahlaku dan hasil yang difahami.
 Bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang perlu berlaku da
n bagaimana untuk berlaku.
 Memperkembangkan kemahiran yang ada dan membinanya berdasarkan kekuatan.

Manfaat Coaching

Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, tanpa coaching?


Coaching menguatkan hubungan kerja dan mewujudkan individu dan pasukan berprestasi ti
nggi.

Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, tanpa coaching?

Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, dengan coaching?

10
Sumber: “Effects on Productivity in a Public Agency,” Public PersonnelManagement, W inter 1997;Neil
Rackham, “The Coaching Controversy,”Training and Development Journal, November 1979.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

11
Kemahiran Coaching
Kemahiran Coaching

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.


Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang
coach. Antara kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang coach (SIP+) ialah:

1) Bahasa badan yang bersesuaian

Memperbaiki bahasa tubuh dapat membuat perbezaan yang besar ketika seseorang menilai
kepribadian anda. Bahasa tubuh yang baik dapat menunjukkan bahwa anda memiliki
kemampuan, daya tarikan dan hati yang bersih. Sebagai contoh : jika anda sering
tersenyum, anda akan merasakan lebih bahagia. Jika anda duduk dengan tegap, anda akan
merasakan lebih bertenaga. Jika anda melambatkan gerakan anda (tidak terburu-buru),
anda akan merasakan lebih tenang.

Secara kasarnya, bahasa tubuh terdiri dari bagaimana cara anda duduk, cara anda berdiri,
cara anda menggunakan kedua tangan dan kaki anda, serta apa yang anda lakukan ketika
berkomunikasi dengan seseorang. Di bawah ini adalah beberapa bahasa tubuh yang perlu
anda sebagai coach perlu perhatikan ketika berbicara dengan coachee :

a) Jangan silangkan kaki dan tangan anda.

Anda mungkin sudah sering mendengar bahwa menyilangkan tangan atau kaki dapat
menunjukkan bahwa anda tertutup terhadap lawan bicara anda dan ini tidak menciptakan
hubungan pembicaraan yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.

b) Lakukan bertentang mata, namun bukan merenungnya.

Dengan melakukan kontak mata pada lawan bicara anda dapat membuat hubungan
pembicaraan menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang
mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan merenungnya (terus menerus),
kerana akan membuat lawan bicara anda menjadi gelisah.

c) Buatlah jarak antara kedua kaki anda.

Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri maupun duduk
menunjukkan bahwa anda cukup percaya diri dan nyaman dengan posisi anda.

d) Santaikan bahu anda.

Ketika anda merasa tegang, anda akan merasakan juga ketegangan di kedua bahu anda.
Biasanya terlihat dari posisi bahu yang sedikit terangkat dan maju ke depan. Cobalah untuk
mengendurkan ketegangan dengan menggerakkan bahu anda dan mundurkan kembali
posisinya ke belakang atau bersandar.

e) Mengangguk ketika lawan bicara anda sedang berbicara.

Mengangguk menandakan bahwa anda memang sedang mendengarkan. Namun bukan


bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) layaknya burung pelatuk :),
kerana anda akan terlihat seperti dibuat-buat.

12
f) Jangan membongkok, duduklah dengan tegak.

Membongkok menandakan bahwa anda tidak gairah, dan tegak disini maksudnya adalah
tetap dalam keadaan santai, tidak tegang.

g) Tersenyum dan tertawa.

Bercerialah, jangan terlalu serius. Santai, tersenyum bahkan tertawa jika seseorang
menceritakan sesuatu hal yang lucu. Orang akan cenderung mendengarkan anda jika anda
terlihat sebagai orang yang positif. Namun juga jangan menjadi orang yang pertama kali
tertawa jika anda sendiri yang menceritakan cerita lucu nya, kerana anda akan terkesan
gugup dan seperti minta dikasihani. Tersenyumlah ketika anda berkenalan dengan
seseorang, namun jangan pula tersenyum terus menerus kerana anda akan dianggap
menyimpan sesuatu dibalik senyuman anda.

h) Jangan terburu-buru.

Ini boleh berlaku untuk apa saja. Bagi anda yang mempunyai kebiasaan berjalan dengan
cepat, cubalah sesekali untuk memperlambat jalan anda. Selain anda akan terlihat lebih
tenang dan penuh percaya diri, anda juga akan merasakan tingkat stress anda berkurang.

i) Hindari gerakan-gerakan yang menunjukkan bahwa anda gelisah.

Seperti menyentuh muka anda, menggoyang-goyangkan kaki anda atau mengetuk-ngetuk


jari anda di atas meja dengan cepat. Gerakan-gerakan semacam itu menunjukkan bahwa
anda gugup dan dapat mengganggu perhatian lawan bicara atau orang-orang yang sedang
berbicara dengan anda.

j) Efektifkan penggunaan tangan anda.

Daripada anda menggunakan tangan anda untuk hal-hal yang dapat mengganggu perhatian
lawan bicara anda, lebih baik anda menggunakan tangan anda untuk membantu
menjelaskan apa yang anda sampaikan.

k) Jangan duduk terlalu dekat.

Bagaimana mengetahui seseorang sedang berbohong, merubah posisinya menjadi terlalu


dekat pada lawan bicaranya dapat menandakan bahwa ia sedang menyembunyikan
sesuatu atau mempunyai maksud tertentu. Selain itu tentu saja akan membuat lawan
bicaranya menjadi tidak selesa. Jagalah selalu jarak ’privacy’ antara anda dan lawan bicara
anda.

2) Pertanyaan & kefahaman

Soalan-soalan yang digunakan dalam proses coaching tidak sama dengan soalan seharian.
Dalam perbualan harian, tujuan soalan adalah untuk mendapatkan maklumat. Melalui
soalan yang tepat, coachee akan dapat mencapai matlamat yang sebenarnya.

“Apabila saya menyoal seseorang, saya perlu menunjukkan minat terhadap mereka. Apabila
saya mendengar seseorang, saya membuat mereka berasa perkara mereka ucapkan
sesuatu yang menarik, mereka mempunyai idea dan pendapat yang hebat.”

13
Coaching ialah satu proses memudahkan.Sebagai coach, anda perlu mencungkil keluar
sesuatu yang terbaik daripada seseorang dan memaksimumkan potensi mereka. Untuk
mencapai matlamat itu, coach menyoal.

a) Tujuan soalan adalah untuk:

i. menjelaskan matlamat

ii. mendapatkan maklumat

iii. mencetuskan sikap suka ambil tahu

iv. anjak perspektif, melihat perspektif baru,

v. mengenal pasti orang penting dan hubungan

vi. mendapatkan maklum balas

vii. membuat keputusan

viii. menyediakan sokongan

ix. mewujudkan sikap kesegeraan dan mendorong tindakan

b) Merangka soalan

Bertanya soalan berkualiti akan mendapat jawapan berkualiti “… ringkas, ada tujuan dan
menawarkan penerima peluang untuk refleksi, penemuan, belajar”.

Soalan “Mengapa" Tidak membantu dalam coaching.

c) Terdapat lima jenis soalan


i. Terbuka
ii. Tertutup
iii. Bersih
iv. Memimpin
v. Bersifat menghakim.
d) Soalan Terbuka

i) Terdapat soalan terbuka dan tertutup. Setiap soalan menghasilkan maklumbalas yang
berbeza. Soalan-soalan terbuka biasanya membuahkan kerjasama dan perkongsian
idea. Soalan terbuka digunakan untuk:

Meninjau alternatif : Apa akan berlaku jika. . . .. ?

Mendedahkan sikap atau keperluan: Bagaimana perasaan anda mengenai


kepunyaan anda sehingga kini?

Membuat huraian: Apakah masalah-masalah utama mengenai latihan sambil berkerja


anda?

ii) Mengunakan soalan terbuka apabila anda mahu memahami perasaan orang lain atau
anda mahu orang lain mendapatkan penyelesaian bagi dirinya. Melalui soalan anda

14
mungkin dapat mencungkil masalah dengan lebih mendalam dan akhirnya membantu anda
merumuskan jawapan yang lebih baik.

iii) Soalan-soalan terbuka menggalakkan coachee mengkaji lebih mendalam dan meneroka
lebih lanjut masalah yang dihadapkan.

iv) Contoh Soalan Terbuka ; Apa?, Bagaimana?, Siapa?, Bila?, Di mana?, Mengapa?

e) Apakah kaedah soalan yang perlu dielakkan

i) Menyoal, bukannya menyoal siasat.

ii) Elakkan mengemukakan satu soalan selepas satu soalan.

iii) Coaching bukan memberi anda lesen untuk menyoal siasat. Sebaliknya, membuat
pernyataan; menghargai apa yang coachee telah sebut dan tawarkan maklum malas
konstruktif sebelum menyoal soalan lain.

3) Kemahiran mendengar untuk mendapat sesuatu maklumat.

a) Definisi

Kemahiran mendengar merujuk kepada aktiviti memberi tumpuan kepada sesuatu maklumat
yang didengar, difahami, ditafsir dan memberikan tindak balas yang teratur samada dalam
bentuk lisan dan bukan lisan. Seseorang coach akan menjadi pendengar yang baik jika
beliau berupaya mendengar, memahami dan menilai maklumat dari coachee semasa
perbincangan professional berlaku.

b) Bagaimana coach yang hebat mendengar?

Coach yang hebat akan sentiasa mendisiplinkan diri untuk mendengar secara berfokus,
mengelak perasaan prejudis, tidak bertindak menilai dan sentiasa berlatih dengan
kemahiran memberi refleksi yang baik.

c) Cara menjadi pendengar yang baik dan aktif !

i) Tunjukkan tingkah laku mendengar dengan aktif. Contoh : mengambil nota, tidak
menganggu kecuali memohon penjelasan.

ii) Menggunakan bahasa badan yang sesuai. Contoh : duduk dalam posisi sentiasa
bersedia mendengar

iii) Ekspresi muka yang santai dan mudah didekati. Contoh : senyum dalam keadaan yang
sesuai.

iv) Gunakan hubungan mata yang mesra. Contoh : mengekalkan tumpuan mata

v) Pada ketika yang sesuai ulangi kembali yang telah didengar. Contoh : “Apa yang dengar
adalah……..”

15
d) Kemahiran mendengar dan hubungannya dengan teknik menyoal dan mendapatkan
‘feedback’.

Semasa sesi coaching berjalan, coachee mempunyai emosi yang berbagai. Contohnya
perasaan takut, tidak yakin dan keliru kalau-kalau ideanya ditolak, ataupun
bermasalah dengan orang lain dalam organisasi itu. Bagaimana coach boleh mengesan
emosi di sebalik percakapan coachee? Apakah sokongan yang boleh diberikan kepada
coachee ? Contoh kemahiran mendengar boleh dikaitkan dengan teknik menyoal dan untuk
mendapatkan ‘feedback’ adalah seperti berikut:

i) Mendengar lantas menyoal untuk membina keyakinan diri coachee. Contoh : “Encik X,
anda mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam kerjaya. Anda boleh lakukannya”

ii) Mendengar lantas menyoal untuk mengurangkan ketakutan coachee kepada kegagalan.
Contoh : “Saya fikir jika anda berusaha bersungguh-sungguh walaupun sukar, anda pasti
berpuas hati di kemudian hari”

iii) Mendengar lantas menegaskan bahawa kemajuan dan kejayaan mesti ada konflik.
Contoh : “Anda mesti memberi pandangan dalam mesyuarat. AJK mungkin tidak bersetuju
dengan idea anda. Tetapi itu masalah mereka, bukan masalah anda”

iv) Mendengar lantas mencabar keupayaan coachee supaya berjaya. Contoh : “ Jika bukan
sekarang, bila lagi…?”

e) Bagaimana coach melayani coachee dengan baik?

i) Menghormati (Respect)
- menghormati hak coachee bahawa mereka mempunyai pendapat mereka sendiri
- memahami bahawa pendapat coachee akan menjadi penting kepada mereka.
- mengelakkan prasangka.
ii) Menjaga masa sebenar (Real Time)
- tunjukkan minat kepada situasi/masalah coachee.
- mendengar dengan aktif.
- beri tumpuan kepada fokus perbincangan semasa.
- fokus mendengar dan menahan diri dari membentuk soalan.
iii) Mengaitkan ( Relate )
- mengenalpasti dan memahami sudut pandangan coachee.
- menyesuaikan diri dengan apa yang coachee perkatakan.
- menunjukkan responsif dengan menggunakan komunikasi. Contohnya “OK”.
- menunjukkan empati seperti ekspresi muka atau ungkapan mudah seperti “tepat sekali”,
“saya lihat” dan sebagainya.
iv) Mengambarkan kembali ( Reflect )
- menunjukkan kebolehan sebenar coach membawa keluar coachee daripada kekeliruan.
- keupayaan coach membongkar sebarang kesamaran dan membantu coachee melerai isu-
isu sebenar. Mungkin melibatkan aspek perasaan dan pemikiran.
- Caranya ialah dengan menggunakan perkataan yang menunjukkan coach memahami,
menggalakkan coachee terus bercakap, merasai kekecewaan coachee, mendapatkan
penjelasan semula dan menyemak pemahaman isu yang dibincangkan.

4) Kemahiran Memberi maklumbalas

16
Seorang coach perlu cekap memberi maklumbalas semasa membimbing coachee.

a) Spesifik dan berfokus berdasarkan data


b) Pemahaman yang berterusan
c) Memeriksa perasaan dan emosi
d) Meringkas dan merumus
e) Membina dan menjelaskan
f) Memberi ruang untuk maklum balas berterusan

5) Komunikasi

Berkomunikasi adakah kemahiran berhubung dengan manusia yang sangat diperlukan oleh
seorang coach. Kemahiran komunikasi seorang SIP+ memainkan peranan penting bagi
kejayaan proses coaching. Antara kemahiran komunikasi yang dimaksudkan ialah:

a) Kemahiran mengguna bahasa yang jelas dan tepat


b) Kemahiran menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai
c) Kemahiran membuat pengesahan / kepastian dan membuat penjelasan

6) Kualiti individu (personel)

Kejayaan dan keberkesanan coaching adalah berhubung rapat dengan kualiti individu SIP+
itu sendiri. Unsur-unsur berikut perlu ada pada seorang SIP+.

a) Ada unsur humor


b) Empati dan bina hubungan mesra / jelekit (rapport)
c) Tidak menghukum
d) Memberi perhatian dan menyokong
e) Jujur
f) Bersemangat mendorong
g) Optimis

7) Kemahiran memerhati

Apakah pemerhatian? Pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat tentang objek,


peristiwa, pergerakan, sikap dan fenomena menggunakan satu atau lebih deria

a) Kekuatan Pemerhatian
i) Terus dan paling tepat mengukur tingkah laku
ii) Menyediakan maklumat langsung
iii) Mudah untuk disiapkan, menjimatkan masa
iv) Boleh digunakan dalam persekitaran semula jadi atau eksperimen

b) Halangan Pemerhatian

i) Mungkin memerlukan latihan


ii) Kehadiran pemerhati boleh mewujudkan keadaan buatan
iii) Berpotensi untuk berat sebelah
iv) Berpotensi untuk mengabaikan aspek bermakna
v) Berpotensi untuk salah-tafsir
vi) Kesukaran untuk menganalisis

c) Merekodkan pemerhatian anda?

17
i) Ianya tidak cukup baik hanya memerhati, anda perlu merekodkan pemerhatian. Anda
mungkin menggunakan …
ii) Panduan pemerhatian
iii) Lembaran perekodan
iv) Senarai semak
v) Nota lapangan
vi) Gambar
vi) Kombinasi di atas

d) Apakah yang anda perhatikan

i) Dalam diri anda sendiri


- Kederiaan fizikal
- Monolog dalaman anda
- Bahasa badan
- Kesepadanan / ketulinan
- Emosi
ii) Dalam diri coachee anda
- Ekspresi muka
- Bahasa badan: postur tubuh, perubahan kedudukan, gerak isyarat tangan, anggukan kepala,
ketegaran / kekenduran
- Proksemik (cabang ilmu yang merasa perlu untuk ditetapkan antara diri mereka dan orang
lain) – penggunaan ruang
- Paralingustik: nada suara, kelantangan, intensiti, pengucapan bukan berbentuk perkataan,
corak pengucapan

Rumusan

Jangan beritahu seseorang untuk berubah. Ia tidak berfungsi. Anda tidak boleh memaksa
seseorang untuk percaya dan memberi respons terhadap maklum balas yang anda beri
kepada mereka dengan cara anda jangkakan. Jangan membazir masa anda memberitahu
coachee anda yang mereka harus melakukan ini, mereka harus selesaikannya atau mereka
perlu melakukannya.

18

Anda mungkin juga menyukai