Anda di halaman 1dari 5

1.

0 TAJUK
Pameran Bahan Inovasi Pendidikan Pemulihan Khas Matematik Mengenai Operasi
Tambah dalam Lingkungan 10 dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

2.0 PENGENALAN
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid sekolah rendah yang
menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran asas tertentu.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) oleh murid pada
peringkat awal amat penting bagi membolehkan mereka menimba ilmu pengetahuan dan
berkomunikasi dengan orang lain. Perbezaan dari segi minat, pengalaman, bakat,
kebolehan dan gaya belajar individu murid mengakibatkan ketidakcekapan segolongan
murid dalam menguasai sesuatu kemahiran yang tertentu berbanding dengan rakannya
yang biasa. Oleh itu, pendidikan pemulihan merupakan satu tindakan khusus yang diambil
untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi
pembelajaran dalam kelas untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Internship merupakan salah satu program latihan yang bertujuan untuk


membolehkan guru pelatih mengembangkan potensi diri serta mengaplikasikan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dalam sekolah. Guru pelatih telah
diberikan tanggungjawab untuk merancang, melaksana dan seterusnya menilai projek
yang berkaitan dengan PdP di dalam atau di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang boleh
dijadikan amalan dan budaya sekolah. Sehubungan dengan itu, saya dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah mengambil keputusan untuk melaksanakan
projek pameran bahan inovasi pendidikan pemulihan khas matematik mengenai operasi
tambah dalam lingkungan 10 dalam PdP.

Kaedah PdP yang berkesan dapat merangsang minat dan motivasi murid untuk
mencapai kecemerlangan dalam akademik. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang berinovasi dalam kelas juga dapat meningkatkan penglibatan aktif murid dalam
pengajaran. Namun begitu, kepentingan Pendidikan Pemulihan Khas ini sentiasa
diabaikan dan hal ini mungkin disebabkan kurang pendedahan sekolah terhadanya.
Justeru, pameran bahan inovasi dapat menjadi satu platform bagi meningkatkan lagi
martabat kelas Pendidikan Pemulihan Khas di sekolah rendah seterusnya dapat
memupuk minat murid-murid pendidikan pemulihan untuk berlajar dan selalu hadir ke
sekolah.
3.0 RASIONAL

Penganjuran program pameran bahan inovasi pendidikan merupakan satu wadah bagi
semua murid khususnya murid pemulihan khas dalam meningkatkan kreativiti dan minat
terhadap Pendidikan Pemulihan Khas. Hal ini demikian kerana penggunaan BBM yang
berinovasi dapat membantu murid dalam mengingat kembali apa yang dipelajari dan
menambahbaikkan amalan PdP. Kaedah penggunaan BBM yang berinovasi amat
diperlukan dan seharusnya menjadi rutin kepada setiap guru di sekolah untuk merancang
pengajaran kepada murid dalam semua subjek. Justeru, setiap guru patut bersikap kreatif
dan berinovatif dalam merancang setiap Rancangan Pengajaran Harian untuk mengajar
murid sekolah rendah agar proses PdP yang akan berlangsung menarik dan mencapai
obejktif pengajaran. Projek pameran bahan inovasi ini diharapkan dapat membantu murid
pemulihan khas dalam meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai operasi
tambah dalam lingkungan 10 dalam Matematik agar dapat mengaplikasikan apa yang
dipelajari dalam kehidupan seharian.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menerapkan minat dan kecintaan murid pemulihan khas dalam mempelajari
Pendidikan Pemulihan Matematik
4.2 Meningkatkan minat murid pemulihan khas untuk hadir ke sekolah
4.3 Meningkatkan penguasaan murid dalam Matematik mengenai operasi tambah
dalam lingkungan 10
4.4 Memberikan keseronokan kepada murid pemulihan khas untuk belajar selaras
dengan konsep bermain sambal belajar
4.5 Mempertingktkan dan meluaskan pengetahuan guru pelatih mengenai inovasi
dalam Pendidikan Pemulihan Khas
4.6 Meningkatkan daya kreativiti guru pelatih melalui idea-idea yang diperoleh daripada
bahan inovasi yang dipamerkan
4.7 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pengalaman baharu melalui aktiviti
pameran yang dilaksanakan
4.8 Meningkatkan kemahiran pengelolaan dan pengurusan aktiviti dalam kalangan guru
pelatih
4.9 Membentuk kerjasama dan hubungan sosial yang positif di antara guru pelatih
dengan warga sekolah
5.0 TARIKH

2 Mac 2020

6.0 TEMPAT PROJEK

Bilik Darjah Pendidikan Pemulihan Khas SJK(C) Sin Min Alor Setar, Kedah.

7.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK

Projek ini akan diberikan tumpuan kepada pameran pelbagai jenis bahan inovasi yang
digunakan dalam Pendidikan Pemulihan Khas Matematik mengenai operasi tambah
dalam lingkungan 10. Projek ini hanya melibatkan murid pemulihan khas khususnya murid
yang lemah dalam Matematik.

Terdapat beberapa perkara yang telah membataskan projek termasuklah penyediaan


bahan inovasi. Bagi menghasilkan BBM yang menarik dan kreatif, guru pelatih
memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan BBM yang pelbagai.

9.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Menggunakan bahan konkrit dalm mengukuhkan konsep asas kemahiran operasi tambah

Untuk meningkatkan tahap penguasaan murid lemah dalam sesuatu ilmu pengetahuan
serta aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran murid dalam pelbagai aspek seperti
kemahiran berfikir, komunikasi dan sebagainya.
. Piaget (1964) dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget juga berpendapat bahawa
murid yang tahap kognitifnya berada pada peringkat operasi konkrit memerlukan
pembelajaran yang disokong dengan kewujudan bahan konkrit. Murid dapat melibatkan
pelbagai deria seperti deria penglihatan dan deria sentuhan semasa mengeja dan
membaca perkataan KV+KVK dan seterusnya mewujudkan kefahaman terhadap
perkataan-perkataan tersebut.
. Secara ringkasnya aktiviti main dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang
bermakna kepada murid dan memberangsangkan perkembangan bahasa mereka.
10.0 RASIONAL
11.0 OBJEKTIF
12.0 TARIKH
13.0 TEMPAT PROJEK
14.0 SKOP DAN LIMITASI
15.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
16.0 ANGGARAN KOS
17.0 PELAN TINDAKAN
17.1 SEBELUM PELAKSANAAN PROJEK
17.2 SEMASA PELAKSANAAN PROJEK
17.3 SELEPAS PELAKSANAAN PROJEK
11.0 PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai