Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC DAMANSARA Kod Sekolah:BBC8402

1. Nama Guru
MUHAMMAD NAZEEM BIN ISMAIL
2. Judul 3. Bidang: ILMU PENDIDIKAN
GURU DAN CABARAN SEMASA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menerangkan isu dan cabaran pendidikan semasa yang perlu dihadapi oleh setiap warga
pendidik masa kini. Pelbagai isu-isu yang dibincangkan termasuklah pendemokrasian pendidikan,
globalisasi dalam pendidikan, intergrasi nasional, pengaruh perkembangan tmk dan gejala sosial
dan sebagainya. Buku ini juga menjelaskan pengaruh perkembangan tmk dengan kepelbagaian
media dan mencari punca gejala sosial masa kini. Halangan integrasi serta keperluannnya turut
dibincangkan dalam buku ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Pembaca perlu tahu tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapai dalam usaha negara
menghadapi persaingan yang hebat pada masa depan. Dengan itu, usaha kerajaan dan para
pendidik perlu melengkapkan generasi yang akan datang dengan ilmu pengetahuan melalui
aplikasi teknologi maklumat dan multimedia untuk melahirkan generasi yang kuat dan berdaya
saing. Generasi tersebut akan mampu berfikir secara kristis dan kreatif, berdaya saing,
mempunyai nilai moral yang tinggi serta mampu menangani gelombang perkembangan dan
perubahan masa kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Guru perlu mendedahkan murid-murid dengan pdp yang berteraskan keilmuan yang berkualiti
dan nilai-nilai moral. Ini penting untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis,
pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keempat-empat elemen ini menjadi
pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras dengan kehendak negara untuk
mencapai Wawasan 2020 pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MUHAMMAD NAZEEM BIN ISMAIL) ( )
ms28 RUZINA AMRUN

Anda mungkin juga menyukai