Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI UMUM

Pada umumnya pengalaman 2 bulan pertama di sekolah adalah sangat-sangat

berharga dan penting dalam pengadaptasian guru dengan budaya sekolah dan

Pengajaran & Pembelajaran (P&P) subjek yang ditugaskan. Program Pembangunan

Guru Baharu adalah satu inisiatif yang saya kira amat bagus dan melambangkan

keprihatian Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua pegawai dari peringkat

pusat, ke Pejabat Pendidikan Daerah dan dari sekolah sendiri.

Pementoran amat berkesan bagi saya kerana merasakan adanya ‘figure’ untuk saya

merujuk apa sahaja isu dan masalah yang saya hadapi selama saya menyesuaikan

diri kerana sememangnya sebagai guru baharu, segalanya adalah baru bagi saya.

Pengalaman semasa Praktikum dan Program Berasaskan Sekolah adalah sangat

terhad dan tidak merangkumi segala yang guru harus laksanakan secara realitinya

di sekolah. Dengan adanya mentor, saya tidak akan merasa malu untuk bertanya

kerana mentor sememangnya sedar akan keterbatasan saya.

Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan akan memastikan guru berkualiti dapat

dihasilkan dan membendung apa-apa masalah adaptasi yang seringkali dihadapi

guru baru. Sememangnya mencegah adalah lebih baik dan lebih mudah daripada

merawat.

Sepanjang fasa orientasi, saya merasakan bahawa saya telah mendapat

pengalaman yang sangat berharga dan saya bersedia menjadi guru untuk jangka

masa yang lebih lama. Tugas sebagai guru dirasakan amat sesuai bagi saya yang

berjiwa keibuan dan mengutamakan keluarga. Pelajar harus dianggap seperti anak

sendiri supaya didikan dapat dialirkan dengan ikhlas dan berkesan.


Selain P&P, saya menyedari tugas guru lebih besar dan banyak dari berada di

dalam kelas. Kita harus sentiasa bersedia memikul pengurusan sekolah secara

bekerjasama kerana kejayaan sesuatau sekolah adalah hasil usahasama semua

pihak, bukan hanya pengetua, atau sesetengah guru, atau pelajar sahaja. Semua

guru memikul tanggungjawab ini dah harus ikhlas dalam melaksanakan semua

tugas yang tidak terbatas kepada P&P sahaja. Ini juga memberi pendedahan kepada

saya tentang pengurusan organisasi yang cemerlang.


KEKUATAN / KELEMAHAN / KEKANGAN / HALANGAN / ISU BERBANGKIT

Saya merasakan maklumat yang disampaikan tidak selaras dan agak keliru apa

sebenarnya yang harus saya lakukan, contohnya folio ini, pada awalnya saya

berkefahaman ianya adalah untuk tempoh setahun. Tetapi saya agak terkejut

apabila diarahkan menghantar sebelum cukup tempoh 2 bulan kami ditempatkan di

sekolah. Tetapi tidak dinafikan taklimat bersama mentor tempoh hari sangat berguna

dan padat dengan informasi. Cuma mungkin ada sedikit aspek tentang pengurusan

maklumat kepada pihak sekolah perlu diselaraskan dengan lebih baik.

Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada selain menyiapkan

tugasan PPGB ini. Jadi guru mungkin agak tertekan dari segi priority kerja kerana

semuanya harus dilaksanakan secepat mungkin. Waktu P&P sudah memenuhi

waktu persekolahan/kerja guru jadi masa untuk membuat tugasan lain agak terhad.

Tetapi tidak dinafikan segalanya sangat mampu dilakukan oleh guru cuma mungkin

tekanan akan timbul.


CADANGAN

Saya mengharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi tentang

apa yang diingini oleh pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri sedikit keliru

apa yang saya harus tuliskan diruangan Bidang/Aspek.

Pada keseluruhannya, Program Pembangunan Guru Baharu ini amat bermakna bagi

saya kerana saya mendapat perhatian mentor dan pihak pengurusan sekolah serta

PPD dan membantu saya dalam menyesuaikan diri dengan budaya dan

persekitaran sekolah.

Anda mungkin juga menyukai