Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 1: ULASAN PENULISAN AKADEMIK

Secara individu anda dikehendaki untuk membuat ulasan tentang hasil penulisan (penulisan
akademik GPP1063) rakan anda dengan mengambil kira ulasan yang menyeluruh. Panjang
tugasan tidak melebihi 1000 perkataan.

1. Pengenalan

Kenal pasti tema karya yang ditulis & Objektif penulisan oleh penulis
Kenal pasti skop kajian, tempoh liputan kajian

1.1 Kandungan Ulasan

Nyatakan bidang umum bahan bacaan


Apakah hujah penulis bagi menyokong tema
Apakah penilaian pengulas tentang kejayaan penulis menyampaikan pendapat dan fakta
Apakah kaedah penyampaian bukti yang digunakan oleh penulis
Kenal pasti sumber penulisan (transkrip temu bual, surat khabar, jurnal, buku, rekod lapangan)
Kenal pasti kumpulan sasaran karya ditulis

1.2 Gaya bahasa & Nahu

Penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dengan cara betul


Penilaian menekankan kepada ciri-ciri wacana yang betul – mempunyai tujuan, berdasarkan
hubungan penutur dgn pendengar / penutur dengan masyarakat, mengandungi informasi baru
& ada susun atur yang sistematik).
Menggunakan ayat present tense dalam membincangkan tentang bahan bacaan dan
pengarang.
Menggunakan past tense untuk membincangkan tentang isi kandungan bahan bacaan
Tidak mengulangi maklumat yang terdapat dalam rujukan (cth nama pengarang & judul buku
berulangkali)
Menggunakan nama penuh bagi merujuk nama penulis sumber rujuk buat kali pertama
Menggunakan ayat aktif lebih banyak berbanding ayat pasif
Gaya penulisan mampu menarik perhatian pembaca untuk membaca dan memahami isi
kandungan yang hendak disampaikan penulis
Menunjukkan keutuhan semantik (makna perkataan), leksikal (pemilihan kata), gramatikal
(peraturan) & fonologi (bunyi)
Menggunakan jenis-jenis penanda wacana yang sepatutnya (penanda kronologi, organisasi,
idea)

1.3 Cara Mencatat Rujukan dan Citation

Bertepatan dengan format menulis rujukan Gaya APA (version 6)


Membuat citation dengan betul gaya APA (version 6)
Semua citation ada dalam Rujukan (bukan copy Paste)

1.4 Kesimpulan

Membuat keputusan mengenai kualiti karya yang dinilai berdasarkan aspek penulisan
akademik yang baik.
Kesimpulan jelas dengan menyatakan rumusan, pendapat dan cadangan.

Anda mungkin juga menyukai