Anda di halaman 1dari 5

4.

0 KAEDAH PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN: IKAN


4.1 KEPERLUAN PEMELIHARAAN IKAN
Sebelum memeliharan ikan, terdapat beberapa alatan, bahan dan makanan yang
diperlukan bagi memastikan proses pemeliharaan dan penjagaan ikan dapat
dilaksanakan dengan baik. Alalan, bahan dan makanan tersebut adalah seperti
berikut:
4.1.1 ALATAN DAN BAHAN

BI NAMA ALATAN GAMBAR FUNGSI


L
1. Aquarium a) Aquarium digunakan untuk
meletakkan perhiasan haiwan, pam.
b) Aquarium digunakan bagi mengisi air
dan makanan untuk haiwan kekal
hidup di dalamnya.
c) Pemilihan jenis akuarium adalah kaca.
d) Saiz akuarium adalah sederhana iaitu
20 hingga 40 gelen isipadu air (100-
200 liter).
e) Akuarium ini berbentuk segi empat
sama

2. Anti Klorin a) Untuk meneutralkan air iaitu


menghilangkan klorin yang ada
dalam air.
b) Klorin ini tidak bagus untuk ikan
hidup.
c) Di samping boleh tinggikan PH air -
Klorin juga akan menjadi racun
kepada ikan
d) Oleh itu, anti klorin akan
meneutralkan air untuk ikan kekal
hidup
3. Jaring ikan a) Jaring ikan ini adalah untuk
mengambil dan memindahkan ikan
dari aquarium ke bekas yang lain.
b) Jaring ikan digunakan apabila
aquarium hendak dibersihkan
c) Jarring ikan juga digunakan untuk
mengambil kotoran seperti habuk,
najis ikan dan jejentik (sekiranya
ada).

4. Sistem
pengudaraan a) Sebagai sistem pengudaraan
Pam udara digunakan untuk memberi
pengudaraan oksigen kepada ikan di
dalam akuarium.
b) Selain itu, ia membuat pengaliran
udara di dalam sentiasa berjalan dan
air sentiasa bergerak untuk
menampakkan suasana hidup.
c) Pam udara juga membantu
menstabilkan pH air.
d) Batu udara merupakan aksesori
yang menerima udara daripada pam
udara untuk disalurkan ke seluruh
akuarium.
5. Batu udara a) Batu udara juga merupakan aksesori
yang menerima udara daripada pam
udara untuk disalurkan ke seluruh
akuarium.
6. Tiub-tiub udara a) Tiub-tiub udara adalah tiub-tiub
akuarium plastik menghubungkan batu udara
dengan pam angin.
b) Angin disalurkan daripada pam
udara ke udara melalui tiub-tiub
udara.
c) Apabila pam udara beroperasi,
sistem ini akan berfungsi
sepenuhnya.
d) Ketika operasi, udara yang sampai
ke batu udara daripada pam udara
akan disembur keluar ke dalam air
akuarium, membuat air berkocak
membuak-buak.
e) Kocakan air memasuk dan
melarutkan oksigen ke dalam air
untuk digunakan oleh ikan.
f) Bekalan oksigen akan terhenti
apabila air akuarium berhenti
berkocak, oleh itu sistem
pengudaraan sangat penting.
g) Sistem pengudaraan perlu
beroperasi 24 jam.
7. Perhiasan
Batu hiasan a) Batu yang dipilih adalah bersaiz
sederhana kecil dan berupa batu
bukit bertujuan sebagai perhiasan
semata-mata.
b) Selain itu, batu ini berperanan untuk
menutup pandangan daripada
melihat akar-akar tumbuhan akuatik.
8. Kayu a) Kayu digunakan untuk mencantikkan
hiasan dalam akuarium
b) Saiz kayu yang akan digunakan
perlulah sesuai dengan saiz
akuarium
c) Kayu yang telah dipilih dan
dibersihkan boleh diletakkan di
dalam akuarium mengikut
kesesuaian.
9. Tumbuhan a) Mencantikkan akuarium
akuatik b) Menjadi tempat untuk ikan bertelur
(perhiasan)

10. Makanan
Palet ikan a) Makanan yang dipilih untuk diberikan
kepada ikan hiasan adalah makanan
rumusan daripada jenis pallet yang
bersaiz kecil.
b) Ini kerana bentuk makanan ini
sesuai dengan ikan yang dipelihara
bersaiz kecil dan saiz mulutnya juga
kecil.
c) Makanan rumusan jenis pallet ini
juga dipilih kerana ikan dapat
memakannya seterusnya
menghadamnya dengan baik.

4.1.2 Pengiraan kos alatan dan bahan

Bil Alatan/ Bah Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)


an
1. Aquarium 1 RM 14 RM 14
2. Anti Klorin 1 RM 5 RM 5
3. Jaring ikan 1 RM 2 RM 2
4. Sistem pengudaraan
Pam udara
Batu udara 1 Set RM 13.8 RM 13.8
Tiub-tiub udara akuarium

Perhiasan
5. Batu hiasan RM 12.50 RM 12.50
6. Kayu 1 set

7. Tumbuhan akuatik 1 set RM 9.90 RM 9.90


(perhiasan)

8. Makanan
Palet ikan 1 Paket RM 2.50 RM 2.50
9. Ikan 6 Ekor RM 0.70 RM 4.20
JUMLAH RM 63.90

4.1.3 Faktor yang perlu diambil berat dalam pemeliharaan ikan perhiasan
Bil. Faktor Catatan
1. Suhu, pemilihan lokasi Pada kebiasaannya ikan dapat hidup dengan baik pada
untuk menempatkan suhu pada 26ºC hingga 27ºC. Begitu juga dengan ikan
sangkar dan pengamatan hiasan di dalam akuarium. Suhu yang terlalu tinggi ataupun
cahaya. rendah boleh menyebabkan ikan mati. Jadi untuk
mengelakkan perkara ini berlaku, ikan hiasan seboleh-
bolehnya diletakkan pada suhu bilik. Maksudnya di sini
ialah jangan dedahkan akuarium ikan hiasan pada cahaya
matahari secara terus (direct sunlight). Sebagai contoh
letakkan aquarium di tepi tingkap yang dilindungi sedikit
dengan langsir.
2. Mengukur pH Air PH (pH) air ialah merujuk kepada kemasaman air. Ia diukur
Akuarium dari nilai 1 – 14. Nilai 1 bermakna paling masam atau
berasid (asidik). Nilai 14 pula bermaksud paling alkali. pH
air yang paling sesuai untuk akuarium ikan hiasan ialah di
antara 6.5 hingga 7.5. Pada kebiasaannya kertas litmus
digunakan untuk menentukan nilai pH.
Untuk memastikan akuarium ikan hiasan tidak terlalu
masam atau berasid (asiditik), nilai pH air perlu dipastikan
atau diukur dari semasa ke semasa.
3. Kebersihan Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air akuarium
ikan hiasan Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang
dipelihara.Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah
sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan
kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar
kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada
tumbuhan akuatik di dalam akuarium.Walau bagaimanapun
air akuarium yang nampak kotor atau berkeladak dengan
najis (perkumuhan) ikan perlulah dirawat atau dibersihkan
untuk mengelakkan bahan perkumuhan tadi daripada
menjadi racun kepada ikan hiasan.

4.1.4

RUJUKAN

Abdul Hamid Karim. (2005). Mudahnya Membuat Akuarium. Mahir Publication Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai