Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 2

MINAT PELAJAR TERHADAP SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN


KESIHATAN IPKGTI

1.0 PENGENALAN

1.1 KEKUATAN

Terdapat beberapa kekuatan dalam kajian ini salah satunya kajian ini adalah
‘sample survey’ yang diberi kepada bakal guru IPGKTI mempunyai beberapa
soalan aras tinggi (KBAT) yang membolehkan bakal guru menjadi lebih banyak
berfikiran luar kotak bagi mengajar murid-murid di sekolah.

Selain itu, responden memberikan cadangan-cadangan yang menarik


membolehkan pengkaji lebih mudah memahami dalam menjalankan sesuatu
kajian yang dilakukan terhadap pemberian maklumat pada masa akan datang.

Kajian ini juga memberikan impak yang positif sekiranya diaplikasikan kepada
semua murid di sekolah kerana subjek pendidikan jasmani ini penting dalam
pendidikan di Malaysia kerana berpegang teguh kepada Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang mementingkan (JERIS) iaitu Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

1.2 KELEMAHAN

Terdapat juga beberapa kelemahan dalam kajian yang telah dilakukan. Salah
satu kelemahannya adalah para pelajar tidak memberikan komen terhadap data
kualitatif kerana dalam kajian kerana terbukti bahawa hanya 20 daripada 25
orang yang memberikan tindak balas. Hal ini menjejaskan kajian yang telah
dilakukan terhadap responden.
2.0 JUSTIFIKASI

Di setiap sekolah terdapat beberapa pendapat mengatakan bahawa subjek Pendidikan


Jasmani dan Kesihatan merupakan subjek yang tidak perlu diambil berat dan dipandang
remeh. Sesetengah guru juga mengatakan bahawa subjek Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan subjek yang membuang masa dan perlu digantikan dengan subjek yang teras
seperti subjek Sains, subjek Matematik, Subjek Bahasa Melayu dan Inggeris. Oleh itu,
‘sample survey’ itu dibuat dalam kalangan bakal guru di IPGKTI untuk memberikan
pandangan kepada minat pelajar terhadap bakal guru di sini.

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan dan menjadikan kajian lebih baik
pada masa akan datang adalah dengan mewajibkan setiap responden menjawab setiap
cadangan pada persoalan yang diberikan kerana menjadi tanggungjawab untuk
memberikan jawapan yang tepat dan padat.

Cadangan lain untuk menjadikan kajian lebih baik adalah memberikan soalan pelbagai dan
beberapa soalan aras tinggi. Hal ini disebabkan oleh pemikiran aras tinggi oleh bakal guru
IPGKTI dapat memberikan impak yang besar kepada murid-murid di sekolah apabila
mengajar nanti.

Cadangan seterusnya adalah menjadikan ‘sample survey’ terbuka kepada semua pelajar
IPGKTI bagi mengenal pasti minat yang mendalam terhadap subjek Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan. Kajian yang dilakukan dapat peratusan yang lebih efektif dan memberikan
ketepatan dalam statistik asas.

Anda mungkin juga menyukai