Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PENGARAH SEMPERNA SESI TEMUBUAL BERSAMA RTM BAGI PROGRAM KHIDMAT

MASYARAKAT

ILP Kota Bharu merupakan satu institut latihan TVET, terpanggil untuk menghasilkan Intubation Box,
Face Shield dan Mobile Disinfection Unit (MDU), bagi usaha melindungi petugas kesihatan dari
jangkitan Convid-19.

Usaha kemasyarakatkan ini adalah sejajar dengan saranan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia
dan di sokong sepenuhnya oleh pihak Kementerian Sumber Manusia yag menyarankan agar
menyumbangkan kepakaran masing-masing bagi membantu organisasi dan pihak-pihak yang
memerlukan bantuan bagi pencegahan penularan Convid 19 ini.

ILP Kota Bharu kali ini telah berjaya menyediakan sebanyak 10 Intubation Box dengan anggaran Tiga
Ratus Ringgit setiap satu bersedia untuk diedarkan di seluruh Hospital dan Klinik Kesihatan di Negeri
Kelantan ini. Hospital yang terawal menerima sumbangan dari kami iaitu Hospital Jeli dengan 2 unit
Intubation box yang telah di serahkan pada 7 April 2020 yang lepas.

Selain dari itu kami telah berjaya mengedarkan sebanyak 500 unit Face Shields di Hospital-hospital
kerajaan seperti Hospital Jeli, Hospital Tanah Merah, Hospital HRPZ2 dan Klinik-klinik Kesihatan dan
usaha ini akan diteruskan dengan menggangarkan sebanyak 1000 unit lagi Face Shield akan
diedarkan dalam minggu terdekat ini.

Satu lagi invosi yang pihak kami tengah jalankan iaitu Mobile Disinfection Unit yang kini dalam
peringkat uji lari ini bertujuan untuk penyahkuman bagi petugas-petugas di bahagian hadapan
sebelum dan selepas mereka menjalankan tugas mereka merawat pesakit Convid 19.

Saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada anak buah saya seramai 30 orang yang
bertungkus lumus bagi menjayakan usaha murni ini. Juga tidak lupa pada penyumbang yang memberi
sumbangan sedikit sebanyak kepada pihak kami dan seterusnya kepada Adtec Jerantut dan Adtec
Kulim yang telah memberi 3D frame face Shiled untu diedarkan di seluruh Kelantan. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai