Anda di halaman 1dari 23

TUGASAN (70%)

SEMESTER SEPTEMBER 2019

KOD SUBJEK : MPU 3113

TAJUK SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK

PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA PELAJAR : SITI ATIQAH BINTI MOHD SIDIN

NOMBOR MATRIK : A30109190004

PROGRAM : BACHELOR OF EDUCATION – TEACHING ISLAMIC


STUDIES FOR PRIMARY SCHOOL (BEDTISPS)
FASILITATOR AKADEMIK : SITI UMAIRAH ALI HAMDAN

PUSAT PEMBELAJARAN : ASIA E UNIVERSITY (BEAUFORT)


BAHAGIAN A

PENGENALAN

Dalam Story of Advertising (1958) yang dipetik oleh Pollay (1978): “Pengiklanan adalah
cerita tentang manusia. Dari segi kebenaran, ianya menghuraikan tentang kehendak, citarasa,
kebiasaan, kelemahan, harapan dan tuntutan manusia. Dalam iklan, kita dapat melihat akan
perkara sebenar bagaimana manusia menjalani kehidupan sehari-hari pada abad yang lalu dan
keadaan mereka sekarang”. Malah, menurut Harper’s Weekly dalam sebuah keluarannya pada
tahun 1897 lagi telah memberi pandangan bahawa iklan merupakan cermin kepada kehidupan
yang sebenar. Hal ini dapat dilihat dalam iklan-iklan yang dihasilkan di Malaysia, yang mana
kandungan iklan-iklan berkenaan seringkali mengetengahkan budaya dan isu-isu yang terdapat
di Malaysia. Hal ini membolehkan penonton untuk memahami tentang apa yang hendak
disampaikan oleh iklan berkenaan, sekaligus dapat mempromosikan produk yang diketengahkan
itu.

Di Malaysia, terdapat badan-badan bukan kerajaan seperti Petronas dan juga Bank
Bumiputera-Commerce yang seringkali mengeluarkan iklan-iklan yang membawa mesej
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Iklan-iklan ini mampu
memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan beberapa aspek perpaduan yang mana ia
dapat menggambarkan realiti sebenar perpaduan di Malaysia, membangkitkan kesedaran
tentang kepentingan integrasi kaum, menerapkan nilai-nilai positif yang dapat diteladani oleh
setiap etnik di Malaysia serta membantu dalam membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni.
Hal ini sejajar dengan salah satu objektif penyiaran negara yang mana penyiaran merupakan
salah satu mekanisme dalam membantu mewujudkan perpaduan kebangsaan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Untuk tugasan ini, saya telah memilih sebuah video iklan di Youtube yang diterbitkan di
Malaysia. Iklan video ini berdurasi 45 saat dan video ini mengiklankan produk Nescafe. Iklan
video ini boleh didapati di saluran rasmi Nescafe Malaysia di Youtube.

1
LATAR BELAKANG VIDEO

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=ODwF7svY7g8

Pautan di atas merupakan pautan bagi video iklan saya telah pilih untuk tugasan ini.
Berdurasikan 45 saat, video ini mengiklankan produk Nescafe yang berlatar belakangkan
masyarakat di Malaysia. Nescafe merupakan produk yang dihasilkan oleh Nestle, dan syarikat
ini telah memperkenalkan produk ini pada 1 April 1938 di Switzerland. Dan pada masa kini,
Nescafe telah menjadi sebuah produk yang dipasarkan di serata dunia, termasuklah di Malaysia.
Negara kita sendiri juga mempunyai cawangan Nescafe di bawah Nestle.

Dari apa yang dapat dilihat di dalam iklan ini, adalah boleh dikatakan bahawa iklan ini
ditujukan kepada semua kelompok usia, terutamanya terhadap golongan yang gemar meminum
kopi. Dalam babak pertama iklan ini, kita boleh melihat sekumpulan wanita muda yang sedang
bersedia untuk menyertai sesuatu pertandingan. Oleh yang demikian, kumpulan sasaran bagi
iklan ini merangkumi kedua-dua jantina, iaitu lelaki dan perempuan. Seterusnya, babak yang
kedua menunjukkan suami isteri yang bekerja bersama-sama untuk membersihkan rumah
mereka. Begitu juga bagi babak yang ketiga yang menunjukkan sepasang suami isteri yang
bekerja di gerai jalan yang terpaksa menutup gerai mereka disebabkan hujan lebat. Pemaparan
babak-babak ini merupakan satu cara bagi iklan ini untuk menarik minat penonton tentang
produk yang diiklankan kerana produk Nescafe ditunjukkan untuk mengaitkan babak-babak
yang ditunjukkan ini antara satu sama lain.

Iklan ini tidak mempunyai dialog dan 100% bergantung kepada bahasa tubuh untuk
menunjukkan mesej yang hendak disampaikan kepada penonton. Muzik latar juga digunakan
untuk menaikkan suasana dalam video ini, dan penggunaan muzik boleh menarik perhatian
penonton terhadap apa yang sedang digambarkan di dalam video ini. Dan pada kemuncak video
ini, produk yang diiklankan, iaitu minuman Nescafe ditunjukkan. Dengan hanya penggunaan
pergerakan badan serta bahasa tubuh, penggunaan muzik latar serta potongan babak-babak di
dalam video ini, mesej berjaya disampaikan kepada penonton, sekaligus membantu mereka
memahami tentang apa yang hendak disampaikan.

2
URUTAN VIDEO

Video ini bermula dengan memaparkan tentang sekumpulan wanita muda yang sedang
bersedia untuk menyertai sesuatu pertandingan. Terdapat salah seorang dari kumpulan itu
menunjukkan riak muka ragu-ragu tentang apa yang akan dihadapi oleh kumpulan tersebut.
Kemudian, babak seterusnya pula dipaparkan, dan babak ini menunjukkan sepasang suami isteri
yang sedang mengemas ruang tamu rumah mereka untuk parti hari jadi.

3
Dalam babak ini, si isteri menunjukkan rasa tidak senang atau tidak puas hati tentang
apa yang mereka sedang lalui. Riak muka si isteri jelas menunjukkan bahawa dia tidak merasa
gembira semasa pasangan suami isteri itu sedang bekerja mengemas ruang tamu rumah mereka.
Seterusnya, babak yang ketiga pula ditunjukkan, dan babak ini juga memaparkan pasangan
suami isteri yang terpaksa mengemas jualan mereka di gerai jalanan disebabkan hujan lebat.

Pasangan suami isteri ini terpaksa menutup jualan mereka, iaitu makanan, menggunakan
lapisan plastik untuk melindungi jualan mereka dari hujan lebat. Adalah jelas kelihatan bahawa
si isteri tidak merasa senang dan kecewa disebabkan oleh hujan lebat yang memaksa mereka
untuk menutup gerai mereka untuk sementara waktu. Dalam ketiga-tiga babak ini, adalah jelas
kelihatan bahawa fokus bagi setiap babak ini ialah watak perempuan yang menunjukkan reaksi
negatif tentang apa yang mereka hadapi pada masa itu.

Kemudian, ditunjukkan pula babak yang mana segelas minuman Nescafe dibancuh dan
diberikan kepada watak si isteri dari babak yang ketiga. Watak yang membancuh minuman itu
ialah si suami yang kelihatan sedar tentang reaksi negatif yang sedang ditunjukkan oleh si isteri.
Semasa minuman itu dihidangkan kepada isteri, jelas kelihatan bahawa riak muka si isteri
berubah, dan mood watak ini menjadi baik disebabkan oleh minuman Nescafe yang dihidangkan
itu.

4
Seterusnya, video ini kembali kepada kumpulan wanita muda yang ditunjukkan dari
babak yang pertama, dan salah seorang dari mereka menyedari tentang kerisauan watak yang
diketengah itu tadi. Rakannya itu kemudian memberi minuman Nescafe dalam bentuk tin kepada
watak itu, dan mood watak itu berubah ceria disebabkan oleh tindakan rakannya itu.

Dan babak yang seterusnya menunjukkan pasangan suami isteri dari babak yang kedua.
Si isteri membancuh minuman Nescafe dan menikmati minuman tersebut, dan mood si isteri
menjadi baik sebaik sahaja dia meniknami minuman yang dibancuhnya itu. Kemudian video
tersebut fokus terhadap si suami dan anak perempuan mereka yang sedang meraikan hari jadi di

5
halaman luar rumah mereka sementara si isteri melihat mereka dari dalam rumah sambil
menikmati minuman yang dibancuhnya tadi.

Dari apa yang dapat dilihat, watak-watak yang difokuskan itu menunjukkan reaksi yang
lebih positif setelah mereka menikmati minuman Nescafe. Dan iklan ini berakhir dengan ayat
‘Hargai Detik Indah Dalam Hidup’, memberi video ini penutup yang memuaskan. Dengan
durasi selama 45 saat, penonton dapat melihat semua kandungan iklan video berkenaan.

6
ANALISIS SWOT

Analisis SWOT merupakan kaedah perancangan strategik yang menilai kekuatan


(Strength), kelemahan (Weaknesses), peluang (Opportunities) dan ancaman (Threats). Kaedah
ini digunakan untuk menentukan objektif sesebuah projek dan mengenalpasti faktor-faktor
dalaman dan luaran yang boleh memberikan impak yang positif atau negatif dalam mencapai
objektif yang ditentukan itu. Mereka yang menggunakan analisis SWOT selalu bertanya dan
menjawab soalan-soalan untuk menghasilkan informasi yang berguna bagi setiap kategori untuk
memastikan perkara yang dikaji itu dapat diterokai dari segi penggunaannya dan juga
kelemahannya.

Kekuatan (strengths) dan kelemahan (weaknesses) selalunya merupakan faktor dalaman


sementara peluang (opportunities) dan ancaman (threats) merupakan faktor-faktor luaran. Nama
SWOT ini merupakan akronim bagi keempat-empat parameter yang dikaji dalam teknik ini:

• Strengths: Ciri-ciri bagi sesebuah projek yang memberikan kelebihan berbanding benda
lain.
• Weaknesses: Ciri-ciri dagi sesebuah projek yang memberikan kelemahan berbanding
benda yang lain.
• Opportunities: Elemen dalam sesebuah persekitaran yang boleh dieksploitasi oleh projek
tersebut.
• Threats: Elemen dalam sesebuah persekitaran yang boleh mendatangkan masalah bagi
projek tersebut.

Oleh yang demikian, berpandukan kaedah analisis SWOT ini, video iklan yang saya kaji
boleh dianalisis dari sudut pandangan hubungan etnik di Malaysia untuk memastikan kelebihan
dan kekurangan yang dapat dilihat dari video iklan ini. Hal ini sekaligus membolehkan saya
untuk melihat keberkesanan video iklan ini dalam mengiklankan produk yang diketengahkan
dalam video ini.

7
Kekuatan (Strengths)

Sepertimana yang dapat dilihat dalam video iklan tersebut, adalah dapat dilihat bahawa
iklan tersebut mengiklankan produk yang diketengahkan tanpa penggunaan dialog. Hanya
dengan menggunakan isyarat visual, muzik dan juga suasana dalam video tersebut, mesej yang
hendak disampaikan mudah difahami oleh penonton. Penggunaan babak yang biasa dilihat oleh
masyarakat Malaysia juga membantu penonton untuk memahami tentang apa yang hendak
disampaikan. Seperti contoh, terdapat babak di dalam video iklan ini menunjukkan pasangan
suami isteri yang menjual makanan di gerai jalanan, dan penonton dapat berempati terhadap
watak-watak ini kerana mereka sudah biasa melihat gerai-gerai jalanan di dunia sebenar. Empati
para penonton terhadap watak-watak yang diketengahkan di dalam video iklan ini membolehkan
mereka untuk memberi perhatian terhadap apa yang disampaikan di dalam video iklan
berkenaan, sekaligus membolehkan mereka untuk melihat apa produk yang hendak ditengahkan
oleh iklan tersebut.

Kelemahan (Weaknesses)

Walaupun video iklan ini berkesan dalam menarik minat para penonton dengan
penggunaan adegan atau babak yang biasa mereka lihat, kelemahan yang dapat dilihat dalam
video iklan ini ialah kurangnya penggunaan watak-watak dari kaum atau suku etnik yang lain.
Walaupun tidak ada masalah dalam watak-watak yang diketengahkan dalam video iklan ini,
kepelbagaian kaum bagi watak-watak yang diketengahkan boleh menarik perhatian penonton-
penonton yang berbilang kaum. Selain itu, walaupun iklan video ini mengiklankan produk
minuman Nescafe, produk berkenaan tidak diketengahkan dengan lebih awal pada permulaan
video berkenaan, dan hal ini boleh membuat penonton keliru tentang apa produk yang hendak
dipromosikan melalui iklan berkenaan. Seharusnya, penonton hendaklah mengetahui tentang
produk yang hendak diketengahkan terlebih dahulu sebelum menonton kandungan iklan
berkenaan yang selebihnya. Hal ini menarik minat penonton tentang apa yang hendak
disampaikan melalui video iklan berkenaan. Isyarat visual yang sesuai membolehkan penonton
mengetahui tentang apakah produk yang diketengahkan oleh iklan tersebut, dan tanpa adanya

8
isyarat ini, penonton akan mengalami kesukaran untuk memahami tentang apa yang video iklan
tersebut hendak sampaikan.

Peluang (Opportunities)

Antara peluang yang boleh diambil oleh iklan video ini untuk mendapat sambutan yang
memberangsangkan dari penonton ialah pengetahuan masyarakat tentang produk minuman
Nescafe. Dalam masyarakat Malaysia, Nescafe merupakan satu jenama yang dikenali ramai
dalam lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, dengan adanya iklan ini, para penonton yang
juga ahli masyarakat di Malaysia yang tahu tentang jenama ini akan berminat dengan apa yang
ingin diketengahkan dalam iklan video berkenaan. Kesedaran penonton terhadap jenama
membantu menarik perhatian penonton, sekaligus menanam sifat minat para penonton untuk
mencuba produk yang diiklankan di dalam video ini. Selain itu, kerana iklan video ini boleh
didapati di Youtube, video ini boleh dikongsikan menggunakan pautan, dan hal ini
membolehkan penonton untuk menyebarkan iklan video ini kepada orang lain dengan
berkongsikan pautan video Youtube ini. Pautan ini boleh dikongsikan melalui e-mail, mesej dan
lain-lain cara.

Ancaman (Threats)

Elemen yang membawa masalah bagi iklan video ini ialah ketersediaan iklan ini terhadap
masyarakat di Malaysia. Iklan video ini boleh didapati di dalam saluran rasmi Nescafe Malaysia
di Youtube, tetapi bukan semua rakyat Malaysia mempunyai akses untuk membuka Youtube.
Untuk mencari iklan video ini di Youtube, penonton hendaklah mencari sendiri di ruangan cari
Youtube, dan kemungkinan mereka untuk menjumpai iklan video ini di muka hadapan laman
Youtube adalah rendah disebabkan oleh algorithma video Youtube yang dikira berdasarkan apa
yang telah ditonton oleh pengguna Youtube. Walaupun iklan ini juga dimainkan di televisyen,
pengguna Youtube tidak akan menjumpai iklan video ini dengan sendirinya disebabkan oleh
aturan yang telah ditetapkan oleh Youtube. Iklan video ini hanya boleh didapati oleh mereka
yang mencari iklan video ini melalui ruangan cari Youtube, menghadkan akses pengguna
Youtube terhadap iklan video berkenaan.

9
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penggunaan iklan video dapat menarik minat para penonton
dengan produk yang hendak dipromosikan, dan dengan penggunaan kaedah yang sesuai dalam
penyampaian iklan video berkenaan, penonton akan menjadi lebih minat terhadap produk yang
hendak diketengahkan itu. Mesej yang disampaikan oleh iklan video berkenaan adalah sesuai
terhadap masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, dan kandungan di dalam iklan video ini
membantu penonton untuk mengenali tentang apa yang hendak dipromosikan. Perkongsian
pautan juga membantu dalam menyebarkan iklan video ini kepada orang rama, sekaligus mampu
memberi pendedahan kepada mereka tentang produk yang hendak disampaikan melalui iklan
video ini. Walaupun terdapat masalah-masalah yang dihadapi yang telah dikenalpasti seperti
kekurangan kepelbagaian kaum dalam iklan video berkenaan dan juga ketiadaan akses yang
mudah bagi pengguna Youtube untuk mencari iklan video ini di muka hadapan Youtube, iklan
video ini berkesan dalam mencapai objektifnya, dan adalah dapat dikatakan bahawa iklan video
ini berjaya menarik minat penonton, sekaligus membantu dalam mempromosikan produk
minuman Nescafe yang diketengahkan di dalam iklan video berkenaan.

10
BAHAGIAN B

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sebuah peristiwa berdarah yang telah banyak
meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi, dan sosial masyarakat di Malaysia. Peristiwa 13
Mei 1969 ini bukanlah sebuah peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi ianya merupakan
suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelumnya. Secara
umumnya, peristiwa 13 Mei 1969 ini merupakan satu rusuhan antara orang Melayu dan Cina
yang disertai oleh orang India yang berlaku di Kuala Lumpur pada malam 13 Mei berikutan
pilihan raya umum ketiga (Safar Hasim, 1986). Menurut laporan rasmi, sebanyak 196 orang
terbunuh semasa rusuhan berkenaan, tetapi menurut sumber barat, jumlah mereka yang
terkorban hampir mencecah 600, dengan majoriti korban terdiri dari orang Cina (Time, 1969).
Rusuhan ini memaksa Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu untuk mengisytiharkan darurat
yang menyebabkan penggantungan Parlimen buat sementara waktu dari kerajaan Malaysia. Hal
ini juga menyebabkan kewujudan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertindak sebagai
kerajaan sementara bermula dari tahun 1969 sehingga 1971.

Peristiwa 13 Mei 1969 ini adalah penting dalam politik Malaysia kerana ianya membawa
kepada peletakan jawatan Perdana Menteri pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dan digantikan oleh timbalan beliau, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Perubahan tampuk
pemimpinan ini juga membawa kepada perubahan polisi kerajaan yang lebih memihak kepada
kaum Melayu dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan dalam
Rancangan Malaysia Kedua (1970-1990). Selain itu, Rukun Negara juga dibentuk pada 31 Ogos
1970 oleh MAGERAN, setahun selepas peristiwa rusuhan ini berlaku untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 ini telah banyak mempengaruhi corak kehidupan masyarakat di Malaysia
seperti hubungan sosial dan keadaan ekonomi negara. Adalah dapat dinyatakan bahawa
walaupun peristiwa 13 Mei ini merupakan sebuah tragedi hitam yang akan sentiasa tersemat di
minda rakyat Malaysia, peristiwa ini juga dapat dijadikan sebagai peringatan dan panduan
kepada rakyat Malaysia dalam hubungan etnik antara kaum di Malaysia.

11
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 ini ialah kesan
peninggalan penjajah Inggeris dan Jepun. Amalan diskriminasi yang diamalkan semasa
penjajahan Inggeris telah banyak merenggangkan hubungan di antara kaum di negara kita ini.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga menyumbang kepada berlakunya peristiwa ini kerana
ketidak adilan dalam layanan Jepun terhadap kaum-kaum Tanah Melayu yang didudukinya.
Terdapatnya layanan berat sebelah oleh tentera Jepun terhadap golongan Cina disebabkan oleh
peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, menyebabkan perasaan saling mendendami
antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Selain itu, dasar penjajah Inggeris
yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah
menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi
kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan
juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset
yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar
kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya, kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan
India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat
bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi
mereka tidak seimbang.

Selain itu, latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca
yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan
yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum
iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum
yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula
masing-masing berkiblatkan negara asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari negara China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi

12
keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati
oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Tambahan lagi, pertelingkahan antara parti politik serta perasaan tidak puas hati terhadap
hak istimewa orang Melayu juga menyumbang kepada peristiwa ini. Ketika pilihan raya umum
1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC gagal memperolehi majoriti
2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan
sebagai kemenangan yang besar bagi parti pembangkang. Oleh hal yang demikian, parti
pembangkang meraikan kemenangan mereka dengan mengadakan perarakan yang kemudiannya
menjadi perarakan yang provokatif terhadap kaum Melayu. Keistimewaan hak orang Melayu
adalah satu dari perkara yang sering menjadi dipersoalkan oleh golongan pembangkang,
terutamanya golongan bukan Melayu, dan hal ini adalah salah satu sebab terjadinya peristiwa
berdarah ini. Selain dari itu, isu penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan
juga isu bahasa tidak kurang penting menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei 1969.
Disebabkan Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melayu, hal ini
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat bukan Melayu kerana hal ini
dilihat seperti kaum Melayu diberi layanan yang lebih istimewa berbanding kaum-kaum yang
lain.

13
KESAN-KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Terdapat beberapa kesan yang dapat dilihat hasil dari peristiwa berdarah 13 Mei 1969
ini. Perkara yang paling ketara ialah wujudnya Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos
1970, setahun selepas berlakunya rusuhan kaum ini. Rukun Negara ini diisytiharkan sebagai
usaha dari kerajaan untuk menyemai semangat perpaduan antara masyakarat berbilang kaum di
Malaysia.

Selain itu, Dasar Ekonomi Baru juga diperkenalkan oleh kerajaan di bawah pimpinan
Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, dan dasar ini mempunyai tiga objektif, iaitu untuk
mencapai penyatuan nasional, harmoni dan integriti, perstrukturan semula sosioekonomi dan
juga mengurangkan tahap kemiskinan di dalam negara. Dasar ini adalah sebahagian dari
program tindakan afirmatif.

Tambahan lagi, Kuala Lumpur iaitu lokasi di mana rusuhan ini berlaku telah dijadikan
sebagai Wilayah Persekutuan dan seterusnya tidak lagi sebahagian dari negeri Selangor pada
tahun 1974, lima tahun setelah peristwa berdarah ini berlaku. Kuala Lumpur telah digantikan
oleh Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor pada tahun 1978.

Kesan dari rusuhan ini, Perdana Menteri pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, telah meletak jawatan pada 22 September 1970 dan telah digantikan oleh timbalan
Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Kemudian, Parti
Perikatan juga dibubarkan dan digantikan oleh Barisan Nasional, dan parti-parti pembangkang
seperti Gerakan, PPP dan PAS dijemput untuk menyertai parti gabungan ini.

14
PENGAJARAN DARI PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan sebuah peristiwa yang banyak memberikan
kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Dalam sesebuah negara,
hubungan etnik antara kaum yang berbagai adalah sangat penting dalam menjamin kestabilan
dan keamanan negara. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 ini boleh tercatat di dalam sejarah
pertelingkahan kaum yang telah menggariskan sempadan-sempadan atau had-had yang
seharusnya diteliti dan dipelihara oleh semua pihak agar peristiwa yang sama tidak berlaku lagi
pada masa akan datang.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969, faktor hubungan etnik yang harmonis adalah kunci
bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi negara dan kestabilan politik negara. Peristiwa
berdarah tersebut banyak mengajar kita bahawa kunci kepada kestabilan dan keamanan negara
terletak kepada status sosial yang kukuh di antara rakyat dan status negara sebagai sebuah negara
bangsa, tidak terletak semata-mata pada perkembangan ekonomi yang pesat dan kestabilan
politik yang mapan. Perkara yang paling penting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara
yang mempunyai masyarakat majmuk ialah usaha berterusan dari semua pihak dalam memupuk
dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.

Pengajaran daripada peristiwa tersebut antara lainnya ialah pergaduhan dan rusuhan
kaum tidak menguntungkan sesiapa pun. Tidak ada sesiapa pun yang boleh memperolehi
keuntungan dari pergaduhan antara kaum ini kerana pergaduhan dan rusuhan kaum ini hanya
boleh menyebabkan berlakunya kerosakan harta dan kehilangan nyawa. Walaupun terdapat
pihak yang mungkin cuba untuk mengambil kesempatan dari rusuhan kaum ini dari aspek
ekonomi dan politik, kebiasaannya rusuhan kaum ini tidak memberi sebarang manfaat kepada
semua pihak tidak kira dari mana-mana lapisan masyarakat. Keganasan bukanlah satu pilihan
yang baik untuk membuktikan siapa yang betul dan siapa yang salah, dan peristiwa ini
seharusnya tidak berlaku kerana peristiwa ini jelas merugikan semua pihak, sama ada yang
terlibat mahupun tidak terlibat. Selain itu, semua orang, sama ada yang terlibat dalam
rusuhan ini atau tidak juga terpaksa menanggung kerugian dari kerosakan harta dan
kehilangan nyawa. Peristiwa seperti ini mampu melumpuhkan kelancaran ekonomi dan

15
kestabilan politik sesebuah negara, selain mampu mengancam keamanan negara tersebut. Hasil
dari peristiwa berdarah ini, negara kita terpaksa melalui perintah darurat yang banyak
menyusahkan ramai pihak. Sudahnya, peristiwa ini turut menjadi sebuah rentetan hitam dalam
lipatan sejarah negara kita dan peristiwa ini berlaku hasil dari rasa tidak puas hati dari pihak-
pihak yang tertentu. Peristiwa ini akan kekal tersemat dalam sejarah negara sebagai sebuah
peristiwa pahit yang seharusnya menjadi pedoman kepada masyarakat Malaysia agar peristiwa
yang sama ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Selain itu, keharmonian kaum juga seharusnya diberikan penekanan yang serius
agar perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang. Keharmonian kaum
bermaksud semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa
merasakan bahawa kewujudan kaum yang lain memberi ancaman terhadap kaum sendiri.
Kesejahteraan dan keharmonian antara kaum ini hanya akan dapat dirasai oleh semua pihak
sekiranya semua pihak saling memahami di antara satu sama lain, terutamanya bagi masyarakat
dalam sesebuah negara majmuk. Sesetengah kaum seharusnya memahami hak-hak tertentu
kaum yang lain agar tidak berlaku sebarang rasa tidak puas hati dan tidak senang yang
berkemungkinan mampu memarakkan api kebencian dalam diri mereka. Peristiwa berdarah ini
berlaku disebabkan oleh api kebencian tersebut yang wujud disebabkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan masyarakat tentang hak-hak tertentu kaum yang lain. Kemudian, perpaduan
nasional dalam masyarakat juga perlu ditingkatkan. Dari segi definisi, perpaduan nasional
merupakan sebuah proses untuk menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya
rakyat sesebuah negara tersebut mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya.
Oleh itu, masyarakat di Malaysia seharusnya dipupuk untuk menjadi bangsa Malaysia yang
tidak hanya mewakili sesuatu kaum atau etnik tertentu sahaja. Mereka seharusnya dikenali
sebagai bangsa Malaysia dan tidak hanya dikenali sebagai etnik-etnik atau kaum-kaum tertentu
seperti Melayu, Cina, India, Iban dan lain-lain lagi. Hasil dari peristiwa ini, Rukun Negara telah
dibuat pada 31 Ogos 1970 sebagai usaha untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum ini. Adalah dapat dikatakan bahawa Rukun Negara merupakan sesuatu yang
dicipta hasil dari peristiwa berdarah 13 Mei 1969 ini, dan sekiranya peristiwa ini tidak berlaku,
Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip ini tidak akan wujud sehingga hari ini.

16
Tambahan pula, rakyat Malaysia seharusnya menghormati kaum-kaum yang lain.
Walaupun dengan fahaman, ras dan kepercayaan agama yang berbeza, rakyat Malaysia
seharusnya menghormati antara satu sama lain walaupun dengan perbezaan-perbezaan dalam
fahaman dan kepercayaan. Walaupun adanya perbezaan-perbezaan tersebut, ianya tidak
menghalang rakyat Malaysia untuk hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni. Demi
mengekalkan keharmonian di antara kaum, masyarakat seharusnya tidak menyentuh isu-isu
sensitif yang berbaur kebencian dan rasis yang boleh menyebabkan rasa tidak puas hati dan
kebencian antara kaum dalam masyarakat sesuatu negara. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu
berlaku kerana kurangnya sensitiviti kaum-kaum tersebut terhadap kaum yang lain. Hal ini
menyebabkan wujudnya rasa tidak puas hati dan rasa benci di antara kaum-kaum tersebut.
Kemudian, selain hormat-menghormati antara satu sama lain, kaum-kaum yang berbeza ini
juga harus menunjukkan sifat toleransi antara satu sama lain dan juga menghormati adat
resam kaum lain. Perkara ini amatlah penting dan seharusnya diamalkan oleh semua pihak
sebagai rakyat Malaysia, tidak kira dari mana-mana kaum pun. Tidak kira apa sahaja fahaman
atau pegangan agama sesuatu pihak itu, sikap saling hormat-menghormati dan saling
menunjukkan sifat toleransi antara satu sama lain adalah digalakkan oleh semua pegangan, tidak
kira Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Sesuatu kaum yang memiliki pegangan atau
fahaman yang tertentu hendaklah tidak menunjukkan sebarang bentuk provokasi atau sebarang
bentuk hasutan berbaur kebencian terhadap kaum yang lain kerana perkara inilah yang berlaku
yang menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu.

17
KESIMPULAN

Menurut apa yang telah dinyatakan, adalah wajar sekiranya peristiwa berdarah 13 Mei
1969 ini menjadi pedoman bagi masyarakat Malaysia pada masa kini agar peristiwa yang sama
tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Sekiranya peristiwa ini berulang lagi, sudah
pastinya ianya akan merugikan banyak pihak dan juga akan mempengaruhi keadaan ekonomi,
politik dan sosial negara kita. Demi mengelakkan perkara tersebut dari berlaku, semua pihak
harus bertanggungjawab agar konflik di antara kaum ini tidak akan berlaku pada masa akan
datang.

18
BAHAGIAN C

Gambar di atas menunjukkan suasana di kawasan menjual ikan di Pasar Tamu Beaufort.
Pasar Tamu merupakan pasar yang biasanya diadakan secara mingguan di Sabah, dan para
peniaga di Pasar Tamu selalunya menjual hasil tani di pasar tersebut. Di Semenanjung Malaysia,
jenis pasar ini lebih dikenali sebagai Pasar Tani. Di Pasar Tamu, masyarakat bukan sahaja dapat
membeli barangan di pasar, malah dapat berinteraksi dengan ahli masyakarat yang lain.

19
Dari apa yang dapat dilihat di dalam gambar berkenaan, kita dapat melihat ramai orang
yang sedang melihat barangan yang dijual di pasar tersebut, iaitu ikan. Pasar ini terletak di bawah
bumbung zink yang boleh melindungi peniaga dan pembeli dari terik matahari dan juga hujan.
Barangan yang dijual, iaitu ikan dipamerkan untuk dilihat oleh pelanggan supaya mereka dapat
melihat ikan yang dipamerkan itu sebelum membeli. Hal ini juga membantu pelanggan untuk
melihat kesegaran ikan yang dipamerkan itu.

Adalah jelas di sini bahawa terdapat percampuran antara suku kaum etnik. Walaupun
mereka kelihatan hampir sama antara satu sama lain, kita boleh lihat adanya golongan wanita
yang memakai tudung dan yang tidak memakai tudung. Kebiasaannya, mereka yang tidak
memakai tudung ini ialah mereka yang berasal dari suku kaum etnik Kadazan Dusun, manakala
mereka yang memakai tudung ini biasanya berasal dari suku kaum etnik Bisaya dan Brunei.
Percampuran mereka semasa membeli barangan di Pasar Tamu menunjukkan bahawa mereka
merasa selesa berada dalam ruangan yang sama.

Dari sini, adalah boleh dikatakan bahawa walaupun adanya perbezaan suku kaum dalam
kalangan masyarakat di Beaufort secara khususnya, dan di Sabah secara amnya, mereka tidak
menghadapi masalah berhubungan dan berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini disebabkan
mereka sudah biasa berinteraksi antara satu sama lain, dan Pasar Tamu merupakan tempat yang
paling sesuai untuk melihat kesan perhubungan mereka antara satu sama lain. Tambahan lagi,
disebabkan keperluan mereka untuk membeli barangan di pasar berkenaan, mereka perlu
berkomunikasi antara satu sama lain. Terdapat beberapa contoh yang menunjukkan ketidak
sanggupan sesetengah individu untuk berinteraksi dengan orang lain disebabkan perbezaan
mereka, sama ada perbezaan etnik atau perbezaan agama, dan di Sabah, masalah ini jarang sekali
berlaku, dan hal ini sepatutnya dicontohi oleh semua jenis masyarakat di luar sana untuk
memupuk perpaduan antara ahli masyarakat.

Kesimpulannya, disebabkan oleh kebiasaan antara ahli masyarakat untuk berinteraksi


antara satu sama lain, perpaduan dan hubungan yang erat antara ahli masyarakat yang berbilang
kaum dan agama dapat dipertingkatkan.

20
RUJUKAN

Abdul Rahman Ismail (2011), 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Pollay, Richard W. (1978). Wanted: A History of Advertising. Journal of Advertising Research,


Vol. 18 Iss. 5.

Ramlah Adam (2004), Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Vengadesan, M (2008), May 13 1969: Truth and reconcilation. Petaling Jaya: The Star.

Wu, Min Aun & Hickling, R.H. (2003), Hickling’s Malaysian Public Law. Petaling Jaya:
Pearson Malaysia.

21
LAMPIRAN

Suasana di Pasar Tamu Beaufort

22

Anda mungkin juga menyukai