Anda di halaman 1dari 5

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSITITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Semester 2 Tahun 1

PENTAKSIRAN ALTERNATIF JUN 2020

KOD KURSUS
EDUP3033
:
KURSUS : MURID DAN PEMBELAJARAN

TARIKH : 3 JUN 2020


HARI : RABU
MASA : 10 JAM
WAKTU : 9.00 PAGI – 7.00 PETANG
JUMLAH MARKAH : 100

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


SULIT EDUP3033

PENTAKSIRAN ALTERNATIF BAGI KURSUS INI TERDIRI DARIPADA 2 (DUA) SOALAN


ESEI YANG PERLU DIJAWAB DALAM TEMPOH YANG DIBERI.
____________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA CALON:
BACA DENGAN TELITI DAN PATUH ARAHAN-ARAHAN BERIKUT:
Pentadbiran Peperiksaan
● Soalan Peperiksaan Alternatif bagi kursus EDUP3033 ini akan diberikan kepada calon
pada pukul 8.30 pagi pada 3 Jun 2020 melalui WhatsApp kelas.
● Calon perlu mengesahkan penerimaan soalan tersebut kepada pensyarah melalui
medium yang sama.
● Peperiksaan bagi kertas soalan EDUP3033 Murid dan Pembelajaran akan
dilaksanakan daripada pukul 9.00 pagi – 7.00 petang.
● Calon perlu akur kepada masa yang ditetapkan bagi menjawab soalan tersebut iaitu
selama 10 jam.

Penulisan
● Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words
menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris.
● Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah
kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
● Anda boleh membuat rujukan dari mana-mana medium yang autentik menggunakan
format serta peraturan menggunakan sitasi gaya A.P.A terkini.
● Jawapan bagi setiap soalan perlu tidak melebihi 850 patah perkataan.
● Amalan plagiat tidak dibenarkan.

Penghantaran Jawapan
● Calon perlu menghantar jawapan masing-masing kepada pensyarah masing masing
pada atau sebelum pukul 7.00 petang 3 Jun 2020.
● Satu peringatan (done) perlu dihantar kepada pensyarah masing masing melalui
WhatsApp kelas tentang penghantaran tersebut dan pensyarah masing masing akan
mengesahkan penerimaan jawapan anda.
● Semua jawapan mesti diserahkan secara email kepada pensyarah masing masing
seperti berikut:
o G2.1 dan G2.5 Pn Norliza bt Jaafar (norliza@ipgkik.edu.my) (HP: 0 19-272 7036)
o G2.2 dan G2.6 Dr Chin Mei Keong (mei_keong@ipgkik.edu.my) (HP: 016-2173029)
o G2.3 dan G2.8 Dr Liza Isyqi bt Ramli (liza@ipgkik.edu.my) (HP: 010-552 3343)

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


SULIT EDUP3033

o G2.4 dan G2.7 Dr Lee Phaik Gaik (phaik_gaik@ipgkik.edu.my) (HP: 012-651 0417)
● Penghantaran jawapan yang lewat dari pukul 7.00 petang 3 Jun 2020, tidak akan
diterima
● Calon diminta menyimpan satu salinan lembut dan satu salinan bercetak sebagai
sandaran (backup) sekiranya fail yang di e-mel rosak.

SOALAN
(100 Markah)

Jawab semua soalan.


Soalan 1 dan 2 berdasarkan kajian kes di bawah.

KAJIAN KES

Cikgu Aini mengajar di SK Damansara Jaya, Petaling Jaya. Beliau mengajar mata
pelajaran Sains dan Matematik Tahun 4. Beliau merupakan guru yang sangat dedikasi
dan selalu memastikan murid memahami apa yang diajar dan objektif pembelajaran
tercapai. Di dalam aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), beliau memastikan
semua murid aktif dalam aktiviti PdPc yang dijalankan. Beliau berpendapat bahawa
murid perlu aktif dan membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan
daripada guru sahaja jika mahu belajar. Cikgu Ani sering menghubung kait
pengajarannya dengan kehidupan sebenar murid agar pembelajaran menjadi lebih
bermakna. Semasa aktiviti PdPc, murid selalu digalakkan membuat generalisasi dan
menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.

Pada awal tahun, PdPc Cikgu Ani berjalan lancar tetapi kebelakangan ini
prestasi muridnya menurun. Murid mengambil masa lebih lama untuk membuat aktiviti
ataupun kesimpulan. Murid sudah tidak lagi aktif seperti biasa. Apabila masa yang
diperuntukkan untuk aktiviti akan berakhir, murid-murid akan membuat keputusan yang
tergesa-gesa dan menyelesaikan tugas dengan cepat. Maka, kualiti tugasan yang

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


SULIT EDUP3033

diharapkan oleh Cikgu Aini tidak tercapai. Sebelum ini, pencapaian murid adalah sangat
baik, murid aktif dalam mengambil bahagian, bekerjasama dan inisiatif belajar tinggi.
Situasi ini menyebabkan beliau berasa bimbang.

Beliau bercadang hendak membincangkan perkara ini bersama-sama muridnya


tetapi beliau belum berkesempatan melakukannya. Kelakuan murid-murid kelas beliau
adalah luar biasa. Cikgu Aini tertanya-tanya apa yang harus beliau lakukan supaya
kelasnya kekal seperti awal tahun.

Analisis kajian kes kelas Cikgu Aini dan jawab soalan esei 1 dan 2.

1. Huraikan teori pembelajaran yang telah diaplikasi oleh Cikgu Aini dalam
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Kemudian, beri
cadangan teori pembelajaran yang boleh digunakan oleh Cikgu Ani supaya kelas
beliau lebih interaktif dan menyeronokkan murid-murid.

Beri justifikasi anda tentang teori pembelajaran yang dicadangkan beserta


contoh-contoh yang relevan.

Panjang penulisan anda tidak melebihi 850 patah perkataan

(50 Markah)

2. Cadangkan satu perspektif motivasi yang paling sesuai digunakan dalam PdPc
untuk membantu Cikgu Ani mengatasi masalah murid-muridnya. Berikan
justifikasi tentang jenis perspektif motivasi yang telah anda cadangkan.

Berdasarkan perspektif motivasi yang telah anda pilih, rancang satu aktiviti
PdPc yang boleh dilaksanakan oleh Cikgu Ani bagi meningkatkan motivasi
murid-muridnya untuk belajar.

Panjang penulisan anda tidak melebihi 850 patah perkataan

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


SULIT EDUP3033

(50 Markah)

Soalan Tamat

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

Anda mungkin juga menyukai