Anda di halaman 1dari 12

02/1

Bahagian A
(20 Markah)

Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan
daripada Bahagian C.

Soalan 1 hingga 15
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kakak meletakkan ___________ agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.

A. pemukul
B. pengandar
C. penyandar
D. penyendal

2. Kedengaran ombak menderu dan ____________. bunyi riaknya di tepi pantai.

A. menderam
B. mendesau
C. menderau
D. mendesing

3. “Jangan ________ apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal,” kata
jurulatih kepada pasukan Harimau Muda.
A. cuak
B. ngeri
C. culas
D. seram

4. ___________tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dan dimakan
anai-anai.
A. Jejari
B. Kekisi
C. Tetupai
D. Kekuda

5. Kudin menggunakan beberapa ____________ kain untuk membuat layar kapalnya.

A. helai
B. keping
C. kajang
D. lembar

2
02/1

Soalan 6 berdasarkan gambar di atas.

6. Kemalangan itu berlaku _____________ di atas jambatan.

A. nyaris-nyaris
B. benar-benar
C. tepat-tepat
D. betul-betul

7. Perlawanan hoki itu tetap diteruskan ____________ hujan lebat.

A. malahan
B. justeru
C. namun
D. kendatipun

8. Para pedagang yang berlabuh di Melaka menggunakan ________untuk

berkomunikasi antara satu sama lain.
A. bahasa Melayu
B. Bahasa Melayu
C. Bahasa melayu
D. bahasa melayu

9. Rizal sangat gemar _____________ laksa Johor yang dibuat oleh ibunya.
A. kepada
B. akan
C. tentang
D. terhadap

10. Ibu memasak nasi _____________untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.
A. halus
B. empuk
C. lembut
D. lembik

3
02/1

11. Fikiran Amar masih ____________ sama ada hendak turut serta dalam
perkhemahan itu atau tidak.
A. susup-sasap
B. bolak-balik
C. gelap-gelita
D. gembar-gembur

12. Sultan _____________ pemimpin yang banyak berjasa kepada negara itu bintang
kebesaran.
A. menghadiahi
B. menghadiahkan
C. menganugerahi
D. menganugerahkan

13. Puan Miazatul tetap cekal menghadapi segala cabaran dalam dunia perniagaan,
______________ terpaksa bersaing dengan usahawan lelaki.
A. jika
B. hingga
C. apabila
D. walaupun

14. Minyak masak yang lama tidak digunakan akan mengeluarkan bau ____________
A. hapak
B. pering
C. tengik
D. sengit

15. Pasangan pengantin diraja itu duduk di atas _______________ sebaik-baik sahaja
diarak oleh pasukan kompang istana.
A. peterana
B. mahligai
C. singgahsana
D. takhta

4
02/1

Soalan 16 – 20,
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pilih jawapan yang paling sesuai.

Pada era globalisasi dan serba moden ini, sektor pertanian sememangnya
memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Sektor pertanian membekalkan
bekalan makanan kepada kita. Sesungguhnya sektor pertanian telah menjamin bekalan
yang yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang
berpatutan. Beras tempatan yang dihasilkan menjadi keperluan asas makanan rakyat.
Dengan adanya sektor pertanian, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada
makanan import seperti beras dan sayur-sayuran dari negara asing.

Selain itu, sektor pertanian juga dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor pertanian bukan sahaja meningkatkan jumlah
pengeluaran eksport, bahkan dapat mengurangkan import serta menambahkan pendapatan
negara. Hal ini sekali gus mengurangkan pengaliran keluar wang negara kepada negara
lain.

Dalam usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor

moden, dinamik, dan kompetitif, sektor pertanian hendaklah banyak menghasilkan produk
pertanian yang berasaskan keperluan pengguna. Dalam konteks ini, produk dan pasaran
utama perlulah dikenal pasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa
pengguna. Sebagai contohnya, penanaman pokok tongkat ali, pengeluaran susu kambing
dan halia mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.

Seterusnya untuk membangunkan sektor pertanian, teknologi dan kaedah pertanian

moden perlulah digunakan. Sebagai contohnya, kaedah penanaman atau penternakan
moden dan penggunaan peralatan pembungkusan serta pemasaran perlu diperkenalkan.
Semua pihak hendaklah bekerjasama supaya sektor pertanian di Malaysia dapat
dimajukan.

16. Apakah maksud mentransformasikan yang terdapat dalam petikan?

A. menukar
B. mengubah
C. mengganti
D. menggabung

17. Berikut adalah sumbangan sektor pertanian kecuali

A. meningkatkan hasil pendapatan negara
B. membekalkan makanan
C. mengurangkan kebergantungan kepada negara asing
D. meningkatkan import

5
02/1

18. Sektor pertanian dapat dimajukan apabila

A. mengimport bahan makanan dari luar
B. teknologi moden hendaklah digunakan
C. eksport bahan makanan ke negara asing
D. kekalkan teknik pertanian tradisional

19. Peribahasa yang sesuai untuk rangkai kata Semua pihak hendaklah bekerjasama
A. bagai anjing dengan kucing
B. bagai pinang dibelah dua
C. bagai tikus membaiki labu
D. bagai aur dengan tebing

20. Sektor pertanian menjamin hal-hal berikut kecuali

A. kekayaan petani
B. bekalan mencukupi
C. bekalan bermutu tinggi
D. bahan makanan berkhasiat

Bahagian B
(25 Markah)
Jawab semua soalan
Soalan 1 hingga 10
Pilih jawapan yang betul.
1. Pilih pola ayat bagi ayat berikut:

Gajah itu mengganggu penduduk Kampung Pandan.

A. FN + FN
B. FN + FK
C. FK + FK
D. FN + FA

2. Pilih ayat yang betul dari segi tatabahasa.

I Buku itu dibaca oleh ayah saya.

II Novel itu dibaca oleh saya.
III Ular itu dipukul oleh Muthu.
IV Ular itu kami pukul.

A. I dan II sahaja
B. I, II, dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, III, dan IV sahaja

6
02/1

3. Pilih peribahasa yang sama maksud dengan: pergaduhan antara adik-beradik

yang tidak berpanjangan.

I Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

II Cencang air tiada putus, pancung abu tak berbekas
III Biduk lalu kiambang bertaut.
IV Air yang dicencang tidak akan putus.

A. I, II, dan III sahaja

B. I, dan III sahaja
C. 1, III, dan IV sahaja
D. I, II, III, dan IV sahaja

Soalan 4 hingga 7

Tanda ( / ) jika ayat itu tiada kesalahan ejaan dan tanda ( X ) jika ayat itu
mengandungi kesalahan ejaan.

4. Ayah membeli senaskah surat khabar semalam. ( )

5. Pasar raya itu mengadakan jualan perabisan. ( )

6. Kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat. ( )

7. Guru Bahasa Melayu itu menghadiahkan saya sekotak pensel. ( )

7
02/1

Soalan 8 hingga 10
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
teliti.

Sekarang dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya kepada
dirinya dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren
seperti anaknya sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan dirinya yang
mengakibatkan Oren kehilangan ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan
anak-anaknya memelihara kucing telah dipadamkan. Sebaliknya, dia yang membawa Oren
pulang ke rumah.
Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa
pulang Kelabu sebagai sebahagian ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak
kucing jantan itu mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke
rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain.
Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya.
Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering
menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka
menyendiri dan pendiam semakin tersisih.
Hari terus berlalu, Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap kali dia
pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya
mengangkatkan kepala apabila melihat tingkah laku Kelabu.
Sejak kedatangan Kelabu juga Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah makanan
dahulu dan setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh
Kelabu.
(Dipetik daripada cerpen Oren, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan
1)

8. Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah perbezaan sifat antara Kelabu dengan
Oren? (2 markah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

9. Nyatakan dua pengajaran yang dapat anda nyatakan dalam petikan di atas.
(2 markah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
10. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menyayangi haiwan?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(4 markah)

8
02/1

NOVEL
(10 markah )
Soalan 11
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1

(i) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini

(ii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
(iii) Pelari Muda, Karya Ghazali Ngah Azia
(iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I

11. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan tema dan dua persoalan
yang terdapat dalam novel tersebut.

9
02/1

Bahagian C
( 15 Markah )

Arahan: Bahagian C terdiri daripada dua soalan, iaitu Bahagian C ( soalan 1 ) dan
Bahagian C (soalan 2). Anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja

Soalan 1

Berdasarkan gambar di bawah, jelaskan faedah industri pelancongan. Ulasan

anda hendaklah tidak lebih daripada 80 hingga 100 patah perkataan.

ATAU

10
02/1

Soalan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang faedah
permainan tradisional kepada remaja. Ringkasan anda hendaklah tidak lebih daripada 80
patah perkataan.

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat
dijual beli serta memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu
menekuninya. Namun begitu, permainan tradisional semakin lama semakin tidak
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
permainan tradisional dianggap kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak.
Oleh sebab itu, kita mestilah mengetahui faedah permainan tradisional kepada
remaja.
Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi
masa lapang remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli-belah
dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional dapat
mengelakkan situasi tersebut daripada berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu permainan
tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan
belajar untuk menghargai masa.
Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim
antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan dapat dieratkan sewaktu
bermain permainan tradisional. Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga
bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Dengan cara ini,
remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.
Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman. Semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan kelemahan
kawan, serta lawan mereka. Permainan wau misalnya, dapat membentuk semangat
kerjasama antara satu sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat membentuk
prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing. Remaja juga dapat
memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat mengenali dan
mempelajari seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal yang demikian,
seni warisan bangsa ini tidak akan pupus ditelan zaman kerana tidak lapuk dek hujan, tidak
lekang dek panas.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja.
Permainan tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua
pihak perlu bekerjasama agar generasi muda zaman ini menjadikan permainan tradisional
sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa. Permainan tradisonal masih relevan dalam
zaman globalisasi ini.

(Diubahsuaikan daripada rencana Faedah Permainan Tradisional Kepada Remaja, Dewan

Siswa, DBP, September 2018)

11

12

-KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT-

Disediakan oleh:

.............................
(Norazliana Binti Reffin)
Guru Bahasa Melayu

Disemak oleh:

.............................

Disahkan oleh:

..............................

13

Anda mungkin juga menyukai