Anda di halaman 1dari 29

NOR AINA BINTI ABDULLAH

M20171000721

KOD KURSUS:
QSE 6044
NAMA KURSUS:
PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN
TAJUK:
MODUL PENTAKSIRAN (SYARAHAN)
Sem2 Sesi 2018/2019

Disediakan Oleh:
NAMA NO MATRIK
Nor Aina Binti Abdullah M20171000721

Disediakan Untuk:

Profesor Madya Dr. Norkhalid Bin Salimin


NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SYARAHAN

TUGASAN 1

1. Pengenalan
Pentaksiran adalah satu proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan khusus
seperti ujian dan tinjauan yang digunakan untuk menentukan kesimpulan berdasarkan segala
penemuan daripada kaedah tersebut. Melalui pentaksiran yang terperinci, data yang diperoleh
dapat dijadikan kayu ukur untuk mengukur sesuatu persoalan atau kajian dengan lebih
terperinci dan numerik. Pentaksiran merangkumi proses penilaian yang mana penilaian adalah
satu proses dalam mengesan, mendapatkan, menyediakan maklumat yang berguna untuk
pertimbangan sesuatu keputusan. Proses membuat keputusan melibatkan pengumpulan data
yang bersesuaian atau berkaitan dengan objektif pembelajaran. Data yang diperoleh
berpandukan rujukan piawaian dan keputusan yang diputuskan adalah berdasarkan ketetapan
data serta piawaian hasil dari proses pengukuran melalui aktiviti pentaksiaran.

2. Konsep
Kaedah syarahan pula merupakan salah satu proses pengukuran dan pentaksiran yang mana
kita menganalisis dan menilai hasil pengolahan dan pembentangan sesuatu topik melalui
pengucapan awam. Kaedah ini memerlukan kita untuk menjalankan satu jenis kajian secara
holistik dan terperinci berkaitan dengan pengolahan idea yang seiring dengan tajuk serta
penerangan yang jelas akan idea yang dikemukakan beserta bahasa badan yang menyakinkan.

3. Waktu Pengajaran dan Pembelajaran


Guru mengajar kaedah melaksanakan syarahan, supaya pelajar peka dan mahir dalam
mengendalikan satu sesi syarahan dengan betul dan baik. Pelajar juga di ajar kaedah untuk
menyampaikan idea-idea yang relevan terhadap tajuk serta gaya badan yang sesuai
berdasarkan sifat dan situasi ayat yang ingin disampaikan. Selain itu, kriteria-kriteria yang perlu
ada dan dinilai dalam syarahan juga akan diterangkan kepada pelajar. Semasa proses PdPc
berlangsung pelajar digalakkan untuk berinteraksi dengan guru supaya mereka faham
kehendak tugasan yang diberikan dan kaedah pelaksanaannya dari masa ke masa.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Pelaksanaan
i. Para pelajar diberi 5 topik atau tajuk yang boleh dipilih oleh pelajar sebagai tajuk
syarahan.
ii. Pelajar diberikan masa 1 minggu untuk membuat persiapan dan berlatih.
iii. Para pelajar akan melaksanakan syarahan sewaktu PdPc.

Penilaian
i. Pelajar akan dinilai secara terus semasa menyampaikan syarahan, guru perlu mentaksir
hasil syarahan yang disampaikan oleh pelajar berdasarkan rubrik pemarkahan yang
telah dihasilkan.

4. Peranan Guru
i. Mengajar kaedah menyediakan teks syarahan yang mematuhi format supaya pelajar
boleh menghasilkan syarahan yang betul dan sesuai dengan tajuk yang dipilih.
ii. Menunjukkan kaedah untuk mencari isi-isi penting serta pengolahannya dalam
syarahan.
iii. Menunjukan cara gaya badan yang menarik dan bersepadan dengan isi dan ayat yang
disampaikan kepada pelajar supaya penyampaian lebih berkesan dan menyakinkan.
iv. Menerangkan kriteria-kriteria yang perlu dinilai kepada pelajar.
v. Guru harus mentaksir hasil tugasan yang diberikan berdasarkan rubrik pemarkahan
yang telah dihasilkan.

5. Peranan Pelajar
i. Mengakses dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber seperti internet, majalah
dan surat khabar yang berkaitan dengan sukan.
ii. Semasa proses PdPc berlangsung pelajar digalakkan untuk berinteraksi dengan guru
supaya mereka faham kehendak tugasan yang diberikan dan kaedah pelaksanaannya.
iii. Mencari isi-isi penting yang boleh digunakan untuk hujah dalam syarahan. Mendalami
intonasi suara dan gaya bahasa semasa menyampaikan syarahan supaya lebih
berkesan dan menarik.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

6. Kelebihan
i. Pelajar boleh mengumpul dan mengakses maklumat yang diperoleh dari pelbagai
sumber.
ii. Banyak membantu dan menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis
kerana ia memerlukan teknik penyampaian dan interaksi yang baik untuk menjamin
penyampaian sesebuah syarahan berkesan.
iii. Membantu pelajar untuk mendalami kemahiran berfikir aras tinggi kerana pelajar perlu
faham akan sesuatu hujah yang digunakan secara menyeluruh.

7. Kelemahan
i. Pelajar yang tidak mahir atau lemah dalam aspek penyampaian dan mempunyai tahap
keyakinan diri yang rendah akan mengalami masalah untuk melaksanakan syarahan.
ii. Penilaian prestasi pelajar tidak mudah kerana penilaian merangkumi banyak aspek yang
ditekankan.

8. Rumusan

Secara keseluruhannya, pengunaan kaedah syarahan ini boleh dilaksanakan sebagai satu jenis
pentaksiran yang mana dapat mengukur tahap penguasaan sesuatu topik atau tajuk serta
kemahiran berkomunikasi dan penyampaian yang ada pada pelajar. Selain itu, melalui penilaian
yang terperinci dapat memberi satu panduan kepada pelajar dalam mengenalpasti aspek yang
perlu dicapai semasa melaksanakan penyampaian syarahan.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

TUGASAN 2

1. Pengenalan
Pentaksiran haruslah menyeluruh dan pembinaan reka bentuk sesuatu pentaksiran amatlah
penting. Menurut Ryan & Miyasaka, 1995, pertaksiaran perlakuaan kebiasaannya dinilai
berpandukan tahap penguasaan dan keupayaan pelajar dalam melakukan kemahiran khusus
atau hasil yang dibuat oleh pelajar berdasarkan arahan yang diberikan. Oleh itu reka bentuk
sesuatu pentaksiran perlulan terperinci dan lengkap. Tugasan yang berbentuk ‘open-ended’
sesuai digunakan oleh guru atas sebab pelajar akan menggunakan tumpuan yang lebih tinggi
akan tugasan dan pelajar diberi kebebasan penuh dalam memilih cara atau teknik yang
digunakan dalam melaksanakan tugasan.

2. Reka Bentuk Pentaksiran


Reka bentuk pentaksiran yang digunakan adalah pentaksiran perlakuan. Dengan mempunyai
ciri ‘open-ended’, pentaksiran ini sesuai kerana merangkumi pelbagai aspek dalam kemahiran
berfikir aras tinggi. Antaranya menggunakan kemahiran yang lebih kompleks, aplikasi sterategi
yang khusus dalam menyelesaikan tugasan, penyelesaian masalah yang sesuai berdasarkan
individu atau kumpulan, serta kebebasan memilih oleh pelajar dan berasaskan standard (baker,
O’neil & Linn, 1993; dan Marzano et al., 1993).

3. Prosedur Penggunaan
a) Soalan-soalan syarahan yang diberikan oleh guru.
 Faedah – faedah mengamalkan diet yang seimbang.
 Punca – punca stress dalam kalangan pelajar
 Faedah – faedah bersukan
 Langkah - langkah membenteras gejala dadah
 Langkah –langkah membangunkan sukan negara

b) Borang penilaian syarahan


NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

c) Rubrik Permarkahan Syarahan

TAHAP
ITEM CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
PENILAIAN
1. IDEA/ ISI (30-25 markah) (24-18 markah) (17-11 markah) (10-1 markah)
(30 MARKAH)
- Kata aluan - Kata aluan - Kata aluan - Kata aluan
sangat menarik menarik kurang menarik tidak menarik
- Definisi tajuk - Definisi tajuk - Definisi tajuk - Definisi tajuk
sangat tepat tepat kurang tepat tidak tepat
- Gaya / Cara - Gaya / Cara - Gaya / Cara - Gaya / Cara
memulakan memulakan memulakan memulakan
pidato sangat pidato baik dan pidato kurang pidato tidak baik
baik dan keyakinan baik dan dan tidak
keyakinan amat tinggi keyakinan mempunyai
tinggi - Menyampaikan kurang keyakinan
-- 2 isi - Menyampaikan - Menyampaikan
Menyampaikan - Pengutaraan 1 isi hanya 1 isi
3 isi isi-isi yang - Pengutaraan - Isi tidak
- Pengutaraan sesuai. isi-isi yang relevan dan
isi-isi yang - kurang bernas terpesong.
sangat bernas Mengemukakan - - Pengutaraan
- data-data yang Mengemukakan isi-isi yang tidak
Mengemukakan amat minimum. data-data, dan bernas
data-data, dan - Rumusan baik bahan-bahan -
bahan-bahan - Kesan yang kurang Mengemukakan
yang sangat keseluruhan tepat serta data-data, dan
tepat serta meyakinkan kurang logik bahan-bahan
sangat logik penonton termasuk yang tidak tepat
termasuk huraiannya serta tidak logik
huraiannya - Rumusan termasuk
- Rumusan kurang baik huraiannya
sangat baik - Kesan - Rumusan tidak
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

- Kesan keseluruhan baik


keseluruhan kurang - Kesan
sangat meyakinkan keseluruhan
meyakinkan penonton tidak
penonton meyakinkan
penonton
2. BAHASA (20-15 markah) (14-10 markah) (9-5 markah) (4-1 markah)
(20 MARKAH)
- Penguasaan - Penguasaan - Penguasaan - Penguasaan
bahasa sangat bahasa baik, bahasa kurang bahasa tidak
baik, sangat jelas, dan tepat baik, kurang baik, tidak jelas,
jelas, dan - Gaya bahasa jelas, dan dan tidak tepat
sangat tepat yang berkesan kurang tepat - Gaya bahasa
- Gaya bahasa (menepati - Gaya bahasa yang tidak
yang sangat maksud yang yang kurang berkesan (tidak
berkesan hendak berkesan menepati
(sangat disampaikan) (kurang maksud yang
menepati menepati hendak
maksud yang maksud yang disampaikan)
hendak hendak
disampaikan) disampaikan)

3.PENYAMPAIAN (20-15 markah) (14-10 markah) (9-5 markah) (4-1 markah)


(20 MARKAH)
- Penyampaian - Penyampaian - Penyampaian - Penyampaian
persembahan persembahan persembahan persembahan
yang sangat yang lancar yang kurang yang tidak
lancar secara secara lancar secara lancar secara
keseluruhan keseluruhan keseluruhan keseluruhan
- Persembahan - Persembahan - Persembahan - Persembahan
sangat meyakinkan kurang tidak
meyakinkan penonton meyakinkan meyakinkan
penonton - Gaya penonton penonton
- Gaya penyampaian - Gaya - Gaya
penyampaian (Body penyampaian penyampaian
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

(Body Language) yang (Body (Body


Language) yang menarik Language) yang Language) tidak
sangat menarik kurang menarik ada.

4. SUSUNAN (10-9 markah) (8-7 markah) (6-4 markah) (3-1 markah)


IDEA/ISI
(10 MARKAH) - Susunan idea - Susunan idea - Susunan idea -- Susunan idea
yang sangat yang tertib yang kurang yang tidak tertib
tertib tertib
5. SUARA (10-9 markah) (8-7 markah) (6-4 markah) (3-1 markah)
(10 MARKAH)
- Suara sangat - Suara jelas - Suara kurang - Suara tidak
jelas - Nada baik jelas jelas
- Nada sangat - Sebutan dan - Nada kurang - Nada tidak baik
baik intonasi tepat baik - Sebutan dan
- Sebutan dan - Sebutan dan intonasi tidak
intonasi sangat intonasi kurang tepat
tepat tepat

6. ADAB (5 markah) (4 markah) (3 markah) (2-1 markah)


(5 MARKAH)
- menghormati -- Menghormati - Menghormati - menyentuh isu
dan tidak isu sensitif isu sensitif sensitif
menyentuh isu - menggunakan - menggunakan - menggunakan
sensitif bahasa yang bahasa yang bahasa yang
- menggunakan sopan kurang sopan kurang sopan
bahasa yang - mengamalkan
sopan dan nilai murni
beradab dalam
- mengamalkan penyampaian
nilai murni
dalam
penyampaian
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

7. BONUS (5 markah) (4 markah) (3 markah) (2-1 markah)


(5 MARKAH)
Tahap Markah
Cemerlang - Keseluruhan -Keseluruhan
80-100- Keseluruhan - Keseluruhan
Baik persembahan persembahan65-79 persembahan persembahan
Memuaskan 45-64
sangat teratur teratur. teratur. kurang teratur.
Lemah 25-44
Sangat Lemahdan tertib. - Penyampaian
0-24 - Penyampaian - Penyampaian
- Penyampaian penuh dengan penuh dengan lemah.
penuh dengan kesopanan kesopanan - penampilan diri
kesopanan - penampilan diri - penampilan diri tidak kemas
- penampilan kemas dan tidak kemas
diri kemas dan menarik
menarik

d) Pengskoran

4. Penilaian dan Rumusan


Syarahan akan dinilai berdasarkan pelbagai aspek yang mana mengukuhkan sesuatu
persembahan syarahan itu sendiri. Guru akan menjadi satu-satunya penilai hasil syarahan
pelajar. 20 orang pelajar tingkatan 2 sekolah SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya,
Selangor telah mengikut serta dalam Syarahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini.
Pemilihan populasi ini adalah kerana pelajar tingkatan dua telah dipilih secara rawak oleh
Panitia Pendidikan Jasmani untuk melaksanakan syarahan
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

TUGASAN 3

Markah keputusan Syarahan PJK Tingkatan 2


Nama murid Markah penuh Jantina
Abdul Bin Abdullah Sani 88 Lelaki
Salihin Bin Alimin 89 Lelaki
Zulkhairi Hamid 60 Lelaki
Hidayat Afiq Bin Hashim 90 Lelaki
Muhammad Amirul Bin Zamri 92 Lelaki
Sabri Bin Othman 88 Lelaki
Muhammad Adam Bin Salleh 89 Lelaki
Muhammad Aiman Bin Salleh 59 Lelaki
Mohd Jameel Bin Idris 89 Lelaki
Nurul Natasha Binti Saifudin 92 Perempuan
Danial Faris Qayyum 80 Lelaki
Aiman Ikmal Bin Abd Halim 93 Lelaki
Faiz Izzuddin Bin Zamri 93 Lelaki
Nazrin Adhim Bin Razali 88 Lelaki
Danish Ramlan 72 Lelaki

Markah Keseluruhan Syarahan

4, 0 hingga 30
27% 31 hingga 57
58 hingga 83
11; 73%
84 hingga 100

Rajah 1
Berdasarkan rajah 1, markah dari 0 hingga 30 iaitu amat lemah manakala 31 hingga 57
pula adalah sederhana, tidak ada pelajar yang mendapat markah keseluruhan dalam
kawasan ini. Seramai 4 orang pelajar (27%) mendapat markah 58 hingga 83 iaitu baik.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Bagi markah 84 hingga 100 iaitu tahap cemerlang 11 orang pelajar (73%) mendapat
markah ini.

Jadual 1 menunjukan pengskoran markah keseluruhan syarahan


Jadual 1

Jadual 2 menunjukkan Skala Pemarkahan Syarahan mengikut kriteria.


Skala Markah
Cemerlang Baik Sederhana Lemah
Aspek/ Kriteria
Idea/Isi 25 - 30 24 - 18 17 - 11 10 – 1
(30 Markah)
Bahasa 15 - 20 10 - 14 5-9 1–4
(20 Markah)
Penyampaian, persembahan, 39 - 50 28 - 38 15 - 27 1 – 14
adab dan bonus
(50 Markah)
Jadual 2

Jadual 3 menunjukkan bilangan syarahan pelajar yang dinilai berdasarkan Skala


Tahap Markah
Cemerlang 84 hingga 100
Baik 58 hingga 83
Memuaskan 31 hingga 57
Lemah 0 hingga 30

Pemarkahan mengikut kriteria

Cemerlang
Kriteria-Kriteria Baik Sederhana Lemah

Idea/Isi 11 4 0 0
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Bahasa 14 1 0 0
Penyampaian, Persembahan,
Adab Dan Bonus 12 1 2 0
Jadual 3

100
93
90

80
80 Cemerlang
73
70
Baik
60
Sederhana
50

40 Lemah
30 27

20
13
10 7 7

0 0
0
Idea/Isi Bahasa Penyampaian,
persembahan, adab
dan bonus
Rajah 2

Berdasarkan rajah 2, bagi Kriteria idea/isi, 73% responden mendapat skala cemerlang. Baki
27% responden mendapat skala baik dan 0% untuk skala sederhana dan lemah. Bagi kriteria
bahasa pula, 93% responden mendapat skala cemerlang dan 7% responden mendapat skala
baik. 0% responden mendapat skala sederhana dan lemah. Selain itu, untuk kriteria
penyampaian, persembahan, adab dan bonus, sebanyak 80% responden mendapat skala
cemerlang. Baki 7% responden mendapat skala baik. Selebihnya, 13% responden mendapat
skala sederhana sahaja.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Jadual 4 menunjukkan pola pilihan tajuk syarahan oleh responden


Tajuk Pilihan Soalan
Soalan 1
Faedah – faedah mengamalkan diet yang seimbang. 2
Soalan 2
Punca – punca stress dalam kalangan pelajar 0
Soalan 3
Faedah – faedah bersukan 9
Soalan 4
Langkah - langkah membenteras gejala dadah 3
Soalan 5
Langkah –langkah membangunkan sukan negara 1
Jadual 4
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Pilihan tajuk syarahan responden


Rajah
1; 7%
2; 13% 3

Tajuk 1
3; 20%
Tajuk 2
Tajuk 3
Tajuk 4
Tajuk 5

9; 60%

Berdasarkan rajah 3, 60% responden memilih tajuk 3 untuk digunakan dalam pensyarahan,
manakala 20% responden lain pula memilih tajuk 4. Baki peratusan responden yang lain
masing-masing memilih, 13% untuk tajuk 2, 7% untuk tajuk 1 dan 0% untuk tajuk 2.

Rumusan
Kesimpulannya, pelajar dapat memahami atau mempersembahkan ilmu konten melalui
syarahan. Kenbanyakkan pelajar mencatat pengskoran yang cemerlang dan ini membuktikan
pelajar dapat menguasai KBAT dalam mempersembahkan hujah dan member contoh yang
lebih logik dan relevan.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

TUGASAN 4

Kritikan artikel jurnal

JURNAL 1: MODEL PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN BAGI PERMAINAN KATEGORI


SERANGAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4

Isu atau permasalahan kajian


Amalan pentaksiran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah masa kini tidak memenuhi
kehendak Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebagaimana yang digariskan dalam buku panduan
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Selain itu, pentaksiran yang dijalankan tidak
secara holistik dan tidak menyeluruh. Tambahan pula, item-item yang dibina adalah tidak
holistik, tidak mencakupi setiap standard pembelajaran dan tiada Jadual Spesifikasi Ujian. Ini
menggambarkan bahawa data pencapaian standard prestasi pelajar yang dilaporkan adalah
tidak standard dan piawai.

Metodologi kajian
Model Pentaksiran Pembelajaran digunakan oleh guru ketika melaksananakan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Pelaksanaan model dilakukan sbayak lima siri pertemuan yang mana
pentaksiran juga dilakukan semasa kelas berlangsung. Sampel kajian melibatkan dua orang
guru Pendidikan Jasmani dan 30 orang pelajar sekolah rendah Tahun 4 dari sebuah sekolah
rendah dalam daerah Hulu Selangor, Selangor.
Sembilan orang panel pakar telah terlibat secara langsung dalam menentukan kesahan
kandungan instrumen kajian ini. Teknik persampelan bertujuan digunakan oleh penyelidik.
Seterusnya, kaedah pemilihan “Intact sampling” diaplikasikan dimana kesemua pelajar daripada
kelas yang diajar oleh sampel guru menjadi sampel kajian.
Instrumen kajian bagi Model Pentaksiran Pembelajaran mengandungi pentaksiran bagi
permainan kategori serangan yang dipecahkan kepada dua kaedah pentaksiran iaitu
pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Teori atau model kajian


Model Pentaksiran Pembelajaran ini dapat mengukur tahap pencapaian pelajar bagi kesemua
domain kognitif, psikomotor dan afektif. Sehubungan itu, Model Pentaksiran Pembelajaran ini
hanya menggunakan kaedah pentaksiran pemerhatian guru dalam mendapatkan skor tahap
penguasaan pelajar.
Model Pentaksiran Pembelajaran mengandungi pentaksiran bagi permainan kategori
serangan. DImana tiga kaedah pentaksiran iaitu pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran
sebagai pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran yang telah dikenalpasti.
Model Pentaksiran Pembelajaran dapat mengukur tahap pencapaian pelajar bagi
domain kognitif, psikomotor dan afektif. Lantaran itu, Model Pentaksiran Pembelajaran
menggunakan kaedah pentaksiran rakan sebaya, pentaksiran kendiri dan pentaksiran guru
sebagai kaedah dalam mendapatkan skor tahap pencapaian pelajar.
Model reka bentuk ADDIE (Rossett, 1987) yang terdiri daripada fasa Analysis (Analisa),
Design (Reka Bentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Pelaksanaan), dan
Evaluation (Penilaian) dijadikan panduan dalam membina Model Pentaksiran Pembelajaran.
Model ADDIE (Rossett, 1987) dan model Morrow et al. (2005) digunakan dalam menghasilkan
Model Pentaksiran Pembelajaran pada langkah pembangunan. Gabungan kedua-dua model ini
diubahsuai dalam pembinaan Model Pentaksiran Pembelajaran adalah berpandukan kepada
kajian Mohd Izwan, Norkhalid, dan Gunathevan (2015). Pengkaji berpandukan pembinaan
instrumen oleh Morrow et al. (2005) dalam mereka bentuk dan proses pembinaan item-item
dalam Model Pentaksiran Pembelajaran pada langkah pembangunan (development).

Dapatan kajian
Sesuatu ujian dikatakan mempunyai objektiviti yang tinggi apabila terdapat persetujuan yang
rapat di antara dua atau lebih penguji. Kebolehpercayaan untuk instrumen pentaksiran domain
kognitif adalah r = 0.93, domain psikomotor r = 0.90 dan domain afektif r = 0.75. Ini
menunjukkan bahawa kedua-dua penguji mempunyai nilai objektiviti yang tinggi.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Rumusan
Berdasarkan kepada dapatan kajian, Model Pentaksiran Pembelajaran ini adalah sesuai untuk
digunakan sebagai satu instrumen pentaksiran yang standard dalam menaksir tahap
penguasaan pelajar bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani. Dijangka
Model Pentaksiran Pembelajaran ini akan menjadi satu instrumen pentaksiran yang lebih
realistik, holistik dan boleh mengukur tahap penguasaan pelajar selari dengan kehendak
pentaksiran berasaskan sekolah sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.

JURNAL 2: IMPLEMENTING FORMATIVE ASSESSMENT IN PRIMARY PHYSICAL


EDUCATION: TEACHER PERSPECTIVES AND EXPERIENCES

Isu atau permasalahan kajian


Penilaian gabungan kebiasaannya boleh meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan jasmani di sekolah rendah. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit sahaja bukti
untuk mencadangkan guru sekolah rendah untuk menggunakan strategi penilaian ini secara
kerap dalam kelas pendidikan jasmani mereka. Kajian ini meneroka pengalaman guru sekolah
rendah menggunakan penilaian secara formatif untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas pendidikan jasmani mereka. Kajian ini juga mengkaji manfaat dan
cabaran yang dialami oleh guru-guru ini apabila mereka menggunakan penilaian dalam konteks
pendidikan jasmani sekolah rendah dan menganggap sokongan yang diperlukan untuk
memudahkan dan menggalakkan penggunaan penilaian yang tetap dalam pendidikan jasmani
sekolah rendah.

Metodologi kajian
Guru - guru sekolah rendah di Limerick (n = 2) dan Dublin (n = 3) mengambil bahagian dalam
temu bual berkumpulan dalam amalan dan pemahaman tentang penilaian dalam pendidikan
jasmani. Setiap guru kemudiannya merancang dan menyampaikan siri pelajaran di mana
penilaian dianggap berkait rapat dengan niat pembelajaran. Pengalaman mereka direkodkan
menggunakan jurnal reflektif (Limerick) dan kumpulan berfokus titik pertengahan temu bual
(Dublin). Kedua-dua kumpulan guru mengambil bahagian dalam kumpulan berfokus ketiga
,temu bual selepas pelajaran telah selesai. Analisis kualitatif oleh kedua-dua penyelidik ke atas
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

individu terlibat daripada data menggunakan kaedah perbandingan berterusan diikuti oleh
perbualan pada penjajaran penemuan. Kebolehpercayaan data adalah diatasi dengan
menggunakan teknik rakan sebaya maklum balas.

Dapatan kajian
Kemasukan penilaian dalam pengajaran pendidikan jasmani struktur disediakan dan
menumpukan kepada perancangan, proses pengajaran dan pembelajaran dan memberi kesan
positif kepada kedua-dua pembelajaran guru dan pembelajaran kanak-kanak. Strategi penilaian
tertumpu pelajar, dibenarkan untuk maklum balas yang berkaitan dengan kriteria penilaian dan
perancangan masa depan berdasarkan maklumat. Cabaran bagi guru-guru termasuk jumlah
masa yang diperlukan untuk merancang, kesukaran untuk mengakses penilaian sampel dan
membezakan penilaian untuk tahap kelas yang berbeza dan kebolehan.

Perbincangan dan ulasan


Para guru terbuka kepada kemungkinan menggunakan Strategi penilaian formal lebih dalam
pendidikan jasmani. Mereka mencadangkan bahawa menggunakan penilaian yang lebih dalam
pendidikan jasmani mungkin membantu orang lain untuk 'memandang pendidikan jasmani lebih
serius. Ia didapati boleh memberi kesan positif kepada subjek bagi pencapaian pembelajaran,
terutamanya bagi kanak-kanak kurang bijak dalam akademik. Strategi penilaian disediakan
berstruktur dan menumpukan kepada proses perancangan yang meningkatkan kualiti
pengajaran dengan menyediakan rangka kerja untuk segala proses pembelajaran. Perangkaan
strategi penilaian dan merancang peranan mereka dalam pelajaran pendidikan jasmani individu,
guru mendapati bahawa pelajaran mereka menjadi lebih berstruktur. berstruktur strategi
penilaian yang dirancang dalam pendidikan jasmani sekolah rendah menyediakan satu rangka
kerja yang meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan strategi penilaian adalah
pengalaman yang positif bagi kedua-dua guru dan kanak-kanak di kelas mereka dengan
menyediakan struktur yang membuat pembelajaran yang jelas dan membenarkan pembelajaran
yang akan diakui.
Penilaian membantu menumpukan kedua-dua guru dan kanak-kanak kepada niat
pembelajaran khusus pembelajaran, menyediakan maklum balas mengenai kemajuan kepada
guru dan pelajar dan disokong perancangan masa depan. Penggunaan strategi penilaian bukan
sahaja menyediakan satu struktur yang mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran, tetapi
pembelajaran dibuat dengan jelas kepada guru dan pelajar dengan cara mencadangkan
penilaian boleh dijadikan platfom untuk meningkatkan kedua-dua perspektif para peserta
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

pengalaman pendidikan jasmani mereka dan juga sebagai amalan pendidikan jasmani di
sekolah rendah.

JURNAL 3: PERBANDINGAN PENCAPAIAN MURID DALAM UJIAN SAINS


BERDASARKAN VERSI BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU

Isu atau permasalahan kajian


Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk kedua-dua matapelajaran Sains
dan Matematik kini telah membuat para pendidik dan ibu bapa gelisah dan runsing. Pelajar
terpaksa belajar konsep-konsep Sains dan Matematik dalam bahasa yang belum dikuasai yang
mana akan mengganggu pemahaman semasa pembelajaran berlangsung. Selain itu juga, guru
Sains dan Matematik dalam perkhidmatan sememangnya dilatih mengajar mata pelajaran
tersebut dalam bahasa Melayu. Sebahagian ibu bapa dan pendidik tidak menyambut baik
penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains kerana mereka
berpendapat bahawa pembelajaran melalui bahasa ibunda adalah lebih berkesan. Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor bahasa mempengaruhi
kesetaraan ujian walaupun ditadbirkan dalam dua bahasa yang berbeza namun kandungannya
masih sama.

Metodologi kajian
Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk kumpulan rambang setara. Setiap kumpulan
ditadbir menggunakan instrumen dalam bahasa yang berlainan. Dua ujian sains yang berlainan
dari segi bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijalankan kepada kedua-dua
kumpulan pelajar sekali sahaja.
Untuk mendapatkan dua kumpulan yang setara, pelajar-pelajar dalam setiap kelas telah
dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut nombor yang diberi. Pelajar yang diberi nombor
ganjil menjawab ujian versi bahasa Inggeris, sementara pelajar yang bernombor genap pula
menjawab ujian versi bahasa Melayu.Kajian ini menggunakan ujian Sains dalam dua versi
bahasa yang berlainan, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Kedua-dua versi ujian itu
mengandungi item-item objektif berbentuk aneka-pilihan. Item-item dalam ujian versi bahasa
Inggeris telah dipilih daripada item-item TIMSS (Third International Mathematics and Sciences
Study) yang dikeluarkan pada tahun 1999 dan tahun 2003, dan bersesuaian dengan sukatan
pelajaran Sains Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua di Malaysia.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Dua orang guru Sains yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Sains selama 15
tahun dan juga merupakan pemeriksa Sains untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR)
kemudian melengkapkan Jadual Penentuan Ujian untuk item-item yang dipilih. Mereka
memadankan item dengan sukatan pelajaran Sains Tingkatan Satu atau Tingkatan Dua. Item-
item yang didapati tidak sepadan dengan sukatan pelajaran dikeluarkan.
Setelah mengenal pasti item untuk versi bahasa Inggeris, item tersebut kemudian
diterjemah dan diadaptasi kepada versi bahasa Melayu. Penterjemahan dilakukan serentak
oleh dua orang guru sains dan seorang guru bahasa yang fasih dalam bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu. Ketiga-tiga penterjemah kemudian mengadakan perbincangan dan bersetuju
dengan ujian versi bahasa Melayu yang diterjemah. 10 buah sekolah di sekitar Pulau Pinang
terlibat dalam kajian ini. Lima adalah Sekolah Menengah Kebangsaan dan lima lagi Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan. Sekolah-sekolah yang terpilih telah menjalankan peperiksaan
akhir tahun sekolah dengan merangkumi sukatan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua.
Mengikut kriteria TIMSS gred 8, pelajar yang terlibat mesti melalui sekurang-kurangnya lapan
tahun pendidikan formal. Oleh itu, sampel kajian ini terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua
sahaja. Jumlah sampel dalam kajian ini adalah 1000 orang pelajar, 500 pelajar akan menjawab
ujian versi Bahasa Melayu dan baki selebihnya menjawab ujian versi Bahasa Inggeris. Kajian ini
dijalankan seminggu selepas peperiksaan akhir tahun iaitu pada akhir bulan Oktober dan awal
bulan November 2007.

Teori atau model kajian


Untuk menganalisis item ujian, dua jenis item statistik yang biasa telah digunakan (Zhu, 1998).
Jenis pertama dikenali sebagai item statistik klasik, iaitu kesukaran item dan indeks
diskriminasi. Namun, indeks jenis ini mempunyai kelemahan iaitu nilai-nilainya bergantung
kepada populasi. Keputusan analisis berubah apabila kumpulan kajian adalah berlainan
disebabkan pengetahuan dan tahap kemahiran sampel yang berlainan (Woldbeck, 1998).
Jenis kedua item statistik dihasilkan daripada penentukuran model Respon Item yang
mengandungi statistik kesukaran item, statistik tentukur ralat dan statistik kesepadanan item
(Kolen & Brennan, 1995). Selain daripada itu, mereka juga menyatakan bahawa statistik
kesepadanan item memberi anggaran sejauh mana sesuatu item mematuhi jangkaan model,
iaitu calon yang berpengetahuan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk memberi
jawapan yang betul. Penyetaraan ujian berdasarkan Teori Respon Item adalah berdasarkan
perbandingan parameter yang dianggar secara berasingan kemudian diletakkan pada satu
skala sepunya (Woldbeck, 1998). Analisis Keberbezaan Fungsi Item (DIF) biasanya digunakan
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

semasa proses pengadaptasian untuk mengenalpasti item yang mempunyai fungsi berlainan di
antara kumpulan yang menggunakan bahasa berlainan.

Dapatan kajian
Ini menunjukan bahawa kebanyakan item adalah lebih mudah dalam bahasa Melayu. Secara
keseluruhannya, pencapaian pelajar yang menjawab ujian versi bahasa Melayu adalah lebih
baik daripada pelajar yang menjawab versi bahasa Inggeris. Nilai sisihan piawai dan varian
versi bahasa Inggeris pula adalah lebih besar berbanding versi bahasa Melayu. Ini sepadan
dengan nilai skewness, yang lebih besar untuk ujian versi bahasa Inggeris. Walau
bagaimanapun, disebabkan nilai negatif yang wujud adalah agak dekat kepada nilai sifar, maka
pencapaian gagal atau batal.

Perbincangan dan rumusan


Dapatan kajian menunjukkan item untuk versi bahasa Inggeris adalah setara dengan item versi
bahasa Inggeris berdasarkan analisis kebolehan diskriminasi, aras kesukaran,
kebolehpercayaan, serta keberbezaan fungsi item (DIF). Selepas menentukan kesetaraan
kedua-dua item dalam ujian, perbandingan pencapaian untuk ujian versi yang berlainan bahasa
dapat ditentukan. Hasil perbandingan Penentukur parameter menggunakan Model Rasch juga
menyokong dapatan bahawa item 26 adalah lebih mudah dalam versi bahasa Inggeris. Dapatan
kajian menunjukkan item untuk versi bahasa Inggeris adalah setara dengan item versi bahasa
Inggeris berdasarkan analisis kebolehan diskriminasi, aras kesukaran, kebolehpercayaan, serta
keberbezaan fungsi item (DIF). Selepas menentukan kesetaraan kedua-dua item dalam ujian,
perbandingan pencapaian untuk ujian versi yang berlainan bahasa dapat ditentukan. Hasil
perbandinganmenunjukkan bahawa secara keseluruhannya perbezaan markah pelajar untuk
kedua-dua versi ujian adalah tidak ketara. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan
pencapaian pelajar dalam ujian versi bahasa Melayu adalah lebih baik berbanding dengan ujian
versi bahasa Inggeris. Dapatan ini memberi implikasi bahawa pentaksiran Sains perlu
diteruskan dalam dwibahasa untuk kumpulan pelajar tertentu. Akomodasi demikian dapat
membaiki kesahan ujian dan memastikan ujian membekalkan maklumat sebenar tentang
kebolehan pelajar dalam sains, terutama sekali pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris.
Namun, penggunaan dwibahasa mungkin lebih menguntungkan kumpulan yang tidak
disasarkan, iaitu mereka yang cekap dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

JURNAL 4: SEJAUH MANA ELEMEN-ELEMEN PENGAJARAN GURU MENGIKUT MODUL


PENTAKSIRAN DALAM SESI AMALI DI BENGKEL.

Isu atau permasalahan kajian


Mata pelajaran aliran vokasional yang tidak tertumpu kepada pembelajaran berbentuk teori
sahaja tetapi juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali di bengkel. Sistem Modul
pentaksiran Berasaskan Sekolah ini digunakan untuk mengukur prestasi pencapaian individu di
akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil temubual bersama guru bahan Binaan
sekolah menengah vokasional mengatakan para pelajar umumnya lebih fokus untuk
menyiapkan amali pentaksiran berbanding menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu,
kecenderungan utama pelajar dan guru adalah untuk menyiapkan fail pentaksiran berbanding
mendapatkan kemahiran secukupnya. Hal ini kerana ujian pentaksiran hanya memfokuskan
produk akhir pelajar berbanding teknik-teknik, proses atau kemahiran yang dimiliki pelajar
khususnya. Penyelidik mendapati terdapatnya permasalahan dari segi elemen-elemen
pengajaran guru mengikut Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam sesi amali kayu di
bengkel.

Metodologi kajian
Kajian ini bermatlamat untuk melihat elemen-elemen pengajaran guru berasaskan Modul
Pentaksiran Berasaskan Sekolah(MPBS) bagi sesi amali kayu di bengkel. Strategi kajian adalah
berbentuk kajian lapangan. Kaedah kajian adalah berbentuk kaedah mix method iaitu
pengumpulan data secara kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan borang soal selidik,
pemerhatian dan temubual. Data yang diperoleh dibentangkan dalam jadual taburan kekerapan,
peratusan, min, sisihan piawai untuk merumus dan mentafsir data secara lebih terperinci yang
mana berbentuk deskriptif.
Populasi kajian adalah terdiri daripada guru-guru vokasional di beberapa buah sekolah
menengah vokasional dalam negeri Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Kelantan dimana
ianya mewakili kawasan Utara, Selatan, Timur dan Barat. Persampelaan kajian adalah
berbentuk rawak bertujuan. Sampel bagi kajian ini adalah dalam lingkungan lima orang guru
Bahan Binaan dipilih dari setiap sekolah. Maka jumlah sebenar responden yang dipilih pengkaji
adalah seramai 100 orang.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Instrumen kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik dan temubual. Soal selidik adalah
berbentuk kajian kuantitatif manakala temubual adalah berbentuk kualitatif. Skala Likert
digunakan oleh pengkaji dalam instrumen soal selidik ini. Temubual yang akan dilakukan
secara berstruktur dan separa berstruktur. Temubual separa berstruktur dilakukan semasa
kajian awalan dan berstruktur semasa pengutipan data sebenar kajian.

Teori atau model kajian


Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (MPBS) disediakan dalam membantu guru pentaksir,
calon, pentadbir sekolah dan pihak yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran yang
dijalankan di sekolah. Modul pentaksiran mengandungi maklumat yang berkaitan dengan
organisasi dan syarat pentaksiran, instrument pentaksiran, panduan merekod dan menyimpan
eviden, panduan penskoran serta maklumat am bagi calon (Lembaga peperiksaan Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2009). Modul merupakan satu strategi kaedah pelajaran yang meliputi
aspek-espek pengajaran dan pembelajaran dimana ianya meliputi strategi penyusunan kaedah
pembelajaran dan pengajaran yang mengandung squencing mengikut urutan kaedah pelajaran,
dan synthesizing yang menunjukkan fakta, konsep, prosedur dan prinsip yang terkandung
dalam kaedah pembelajaran. Untuk merancang kaedah pembelajaran dan pengajaran, terdapat
lima kategori iaitu informasi verbal, keterampilan intelektual, strategi kognitif, sikap, dan
keterampilan. Strategi pengorganisasian terdiri daripada tiga tahap iaitu proses berfikir,
pembentukan konsep, intepretasi konsep, dan aplikasi prinsip. Strategi-strategi tersebut sangat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan hasil akhir
pembelajaran dan pengajaran (Endang, 2010).

Perbincangan dan rumusan


Dijangkakan para pelajar tidak dapat mempraktikkan elemen-elemen amali kayu sejajar dengan
panduan yang diberikan guru di dalam kelas. Antara faktor-faktor yang menyebabkan pelajar
tidak mempraktikkan panduan guru dalam mengendalikan amali kayu di bengkel adalah
kurangnya teknik yang berkesan dalam P&P dan terlalu terikat dengan modul dimana para
pelajar diwajibkan menyiapkan modul dalam jangka masa yang ditetapkan tanpa mengambil
kira teknik dan kecekapan pelajar menjalankan amali. Jalan penyelesaian adalah guru
mempelbagaikan sesi P&P dan pada masa yang sama berlandaskan Modul Pentaksiran
Berasaskan Sekolah supaya pelajar mempraktikkan teknik amali selaras seperti yang diajar
oleh guru . Para pelajar juga perlu melaksanakan sesi amali berulang-ulang kali sehingga
pelajar menguasai teknik yang diajar oleh guru tanpa tertumpu kepada modul sahaja.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

JURNAL 5: PENDEKATAN PENGAJARAN, GAYA BELAJAR DAN JENIS PENILAIAN


DALAM MATA PELAJARAN SAINS SUKAN DI SEKOLAH MENENGAH

Isu atau permasalahan kajian


Kaedah penilaian menggunakan ujian pen dan kertas adalah satu kebiasaan dalam sistem
persekolahan di Malaysia. Sehubungan itu, struktur penilaian bagi mata pelajaran ini melibatkan
peperiksaan berpusat di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.Struktur penilaian tersebut
memberikan maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar secara keseluruhan, tetapi tidak
memberikan maklumat tentang bagaimana pelajar perlu lakukan untuk meningkatkan prestasi
pembelajarannya. Persoalannya ialah sejauh manakah pencapaian akademik pelajar melalui
penilaian berorientasikan peperiksaan kebangsaan dapat menilai penguasaan pembelajaran
pelajar dalam Sains Sukan? Justeru, masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan ini adalah
untuk mengenal pasti sejauh mana pendekatan pengajaran guru, gaya belajar pelajar dan
penilaian mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan di Tingkatan 4.

Metodologi kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk diskriptif korelasi (ex-post facto) untuk mengenal pasti
pelaksanaan pendekatan pengajaran guru dan menentukan prevalens penilaian terhadap
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 di sekolah menengah.
Kaedah kajian adalah secara tinjauan melalui penggunaan soal selidik bagi mengenal pasti
faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan pengajaran, teknik pengajaran, pengetahuan
kandungan dan kaedah penilaian yang diamalkan guru dalam pengajaran Sains Sukan. Kaedah
soal selidik turut dilaksanakan terhadap pelajar Sains Sukan bagi mengenal pasti minat, gaya
pembelajaran dan kaedah penilaian yang telah dipelajari semasa mereka di Tingkatan 4.
Soal selidik untuk guru dan pelajar telah dihantar melalui pos kepada pentadbir sekolah
yang terpilih secara rawak. Soal selidik untuk guru dijawab oleh guru yang mengajar mata
pelajaran Sains Sukan, manakala soal selidik untuk pelajar, dikendalikan oleh guru yang
mengajar mata pelajaran Sains Sukan di sekolah yang terpilih dalam kajian ini untuk dijawab
oleh pelajar yang juga dipilih secara rawak. Kesemua soal selidik yang telah diisi dikembalikan
secara pos (self-address and stamped) kepada ketua penyelidik. Tempat kajian adalah di
sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia yang menawarkan mata pelajaran Sains Sukan.
Sebanyak 208 buah sekolah telah dipilih secara rawak mudah namun hanya 142 (70%) telah
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

menghantar maklum balas dan pemilihan sekolah adalah mengikut kouta bagi setiap negeri.
Sampel kajian terdiri daripada 208 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains Sukan di
Tingkatan 4 dan 2729 orang pelajar yang mengikuti mata pelajaran Sains Sukan
di sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajian
berupa soal selidik terhadap guru dengan nilai kebolehpercayaan α = .962 dan soal selidik
terhadap pelajar dengan nilai kebolehpercayaan α = .799.
Soal selidik untuk guru mengandungi bahagian demografi, pendekatan pengajaran dan
perlaksanaan penilaian dalam Sains Sukan. Set soal selidik bagi pelajar terbahagi kepada
demografi, minat terhadap mata pelajaran Sains Sukan, gaya pembelajaran dan persepsi
terhadap kaedah penilaian mata pelajaran Sains Sukan. Data kajian bagi mengenal pasti
pendekatan mengajar guru, gaya belajar pelajar, jenis penilaian dan pencapaian pelajar dalam
pelaksanaan mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 telah dianalisis menggunakan statistik
deskriptif

Dapatan kajian
Keputusan kajian mendapati pendekatan pengajaran guru dari segi strategi pengurusan
pengajaran adalah pada tahap sederhana, teknik pengajaran dan pengetahuan kandungan
guru dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 di sekolah menengah adalah pada tahap
tinggi. Kajian menggambarkan bahawa guru yang dikaji telah menguasai ilmu bidang yang baik,
terutama dalam pengetahuan kandungan, tetapi dari segi strategi pengurusan pengajaran
adalah pada tahap sederhana.
Selain itu, kajian ini turut mendapati pelajar di Tingkatan 4 mempunyai minat yang tinggi
terhadap mata pelajaran Sains Sukan serta cenderung kepada gaya belajar perseptual yang
melibatkan visual, auditori dan kinestetik tetapi pada tahap sederhana. Berdasarkan dapatan
kajian ini, dapat dirumuskan bahawa seseorang pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza-beza untuk memproses, mengorganisasi dan bertindak balas terhadap rangsangan
dari persekitarannya dalam mencapai sesuatu pembelajaran.

Perbincangan dan rumusan


Guru mata pelajaran Sains Sukan perlu menguasai tahap tinggi dalam konteks kurikulum dari
aspek pengurusan pengajaran, teknik pengajaran, kandungan pengetahuan dan kaedah
penilaian pembelajaran pelajar dalam bidang Sains Sukan. Penguasaan guru dalam konteks
kurikulum tersebut yang disesuaikan dengan pendekatan gaya belajar perseptual serta kadar
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

minat pelajar yang tinggi terhadap pelajarannya mempunyai hubungan yang signifikan dengan
pencapaian pembelajaran pelajar. Justeru, konteks kurikulum guru hendaklah dipelbagaikan.
dengan melihat gaya pembelajaran serta minat pelajar terhadap pelajarannya dan melibatkan
proses penilaian berupa pentaksiran secara alternatif bagi meningkatkan pencapaian
pembelajaran pelajar dalam Sains Sukan.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

LAMPIRAN

GAMBAR PENTAKSIRAN SYARAHAN


NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

RUJUKAN

Shahril, M., Jani, J., & Salimin, N. (2017). Performance Assessment Instrument (PAI) Model for
Badminton Based on Teaching Games for Understanding (TGfU). Advanced Science
Letters, 23(1), 160-164.

Rahman, M. N. A., bin Ishak, R., Ayob, J., Siraj, S., Alias, N., Aziz, R. A., & Ibrahim, R. (2017).
Transformasi Bentuk Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Bukuteks: Aplikasi Interprative
Structural Modelling (Ism). JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(2), 16-22.

Hassan, Z., & Abdullah, N. (2016). Penilaian Guru Sekolah Rendah di Daerah Kinta Utara
Terhadap Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Jurnal Pendidikan
Bitara UPSI, 9(2), 18-24.

Abu Bakar, N. Sejauh mana elemen-elemen pengajaran guru mengikut modul pentaksiran
dalam sesi amali di bengkel.

Ali, N. S., Izwan, M., & Shahril, J. J. (2015). Pedagogi dalam Pendidikan Jasmani Berasaskan
Stail Pengajaran.

Ní Chróinín, D., & Cosgrave, C. (2013). Implementing formative assessment in primary physical
education: Teacher perspectives and experiences. Physical Education and Sport
Pedagogy, 18(2), 219-233.

Jani, J., Boon, O. K., Madon, M. S., Ahmad, H., Khalid, N. H. M., & Ahmad, Y. (2010). Reka
bentuk pentaksiran alternatif dalam mata pelajaran sains sukan di sekolah menengah Malaysia.

Hwah, L. P., & Lan, O. S. (2009). Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Sains
Berdasarkan Versi Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu. Journal of Educators &
Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 24.
NOR AINA BINTI ABDULLAH
M20171000721

Jani, J., Ong, K. B., Madon, M. S., Ahmad, H., Khalid, N. H. M., & Ahmad, Y. (2009).
Pendekatan pengajaran, gaya belajar dan jenis penilaian dalam mata pelajaran sains sukan di
sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(2), 81-91.

Anda mungkin juga menyukai