Anda di halaman 1dari 2

6.

0 REFLEKSI UMUM

Pada umumnya pengalaman 3 bulan pertama di sekolah adalah sangat-sangat berharga dan
penting dalam pengadaptasian guru dengan budaya sekolah dan Pengajaran & Pembelajaran
(P&P) subjek yang ditugaskan. Program Pembangunan Guru Baharu adalah satu inisiatif yang
saya kira amat bagus dan melambangkan keprihatian Kementerian Pelajaran Malaysia dan
semua pegawai dari peringkat pusat, ke Pejabat Pendidikan Daerah dan dari sekolah sendiri.

Pementoran amat berkesan bagi saya kerana merasakan adanya ‘figure’ untuk saya merujuk
apa sahaja kekusutan dan masalah yang saya hadapi selama saya menyesuaikan diri kerana
sememangnya sebagai guru baharu, segalanya adalah baru bagi saya. Pengalaman semasa
Praktikum 4 bulan adalah sangat terhad dan tidak merangkumi segala yang guru harus
laksanakan secara realitinya di sekolah. Dengan adanya mentor, saya tidak akan merasa
malu untuk bertanya kerana mentor sememangnya sedar akan keterbatasan saya.

Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan akan memastikan guru berkualiti dapat
dihasilkan dan membendung apa-apa masalah adaptasi yang seringkali dihadapi guru baru.
Sememangnya mencegah adalah lebih baik dan lebih mudah daripada merawat.

Sepanjang fasa orientasi, saya merasakan bahawa saya telah mendapat pengalaman yang
sangat berharga dan saya bersedia menjadi guru untuk jangka masa yang lebih lama. Tugas
sebagai guru dirasakan amat sesuai bagi saya yang berjiwa kental dan mengutamakan
pendidikan berdasarkan konsep Guru Penyayang. Pelajar harus dianggap seperti anak sendiri
supaya didikan dapat dialirkan dengan ikhlas dan berkesan. Selain P&P, saya menyedari
tugas guru lebih besar dan banyak dari berada di dalam kelas. Kita harus sentiasa bersedia
memikul pengurusan sekolah secara bekerjasama kerana kejayaan sesuatau sekolah adalah
hasil usahasama semua pihak, bukan hanya pengetua, atau sesetengah guru, atau pelajar
sahaja. Semua guru memikul tanggungjawab ini dah harus ikhlas dalam melaksanakan
semua tugas yang tidak terbatas kepada P&P sahaja. Ini juga memberi pendedahan kepada
saya tentang pengurusan organisasi yang cemerlang.

KEKUATAN / KELEMAHAN / KEKANGAN / HALANGAN / ISU BERBANGKIT

Saya merasakan kekuatan hasil daripada program orentasi ini dapat menjadikan tugas guru
menjadi lebih lancar. Menambahkan ilmu pengetahuan guru baharu. Tugas guru lebih
sistematik dengan adanya program ini. Selain itu, tanggungjawab sebagai guru dapat
dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan memberikan keyakinan dan motivasi kepada guru
baharu.

Manakala kelemahan program ini ialah jadual program tidak dapat diikuti sepenuhnya
kerana kekangan masa yang timbul.

159
Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada selain menyiapkan tugasan PPGB
ini. Jadi guru mungkin agak tertekan dari segi prioriti kerja kerana semuanya harus
dilaksanakan secepat mungkin. Waktu P&P sudah memenuhi waktu persekolahan/kerja guru
jadi masa untuk membuat tugasan lain agak terhad. Tetapi tidak dinafikan segalanya sangat
mampu dilakukan oleh guru cuma mungkin tekanan akan timbul.

Isu berbangkit yang dihadapi ialah format Laporan PPGB tiada garis panduan yang khusus
untuk diikuti.

CADANGAN

Saya mengharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi tentang apa yang
diingini oleh pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri sedikit keliru apa yang saya harus
tuliskan diruangan Bidang/Aspek.

Pada keseluruhannya, Program Pembangunan Guru Baharu ini amat bermakna bagi saya
kerana saya mendapat perhatian mentor dan pihak pengurusan sekolah membantu saya
dalam menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran sekolah.

160

Anda mungkin juga menyukai