Anda di halaman 1dari 31

LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/1

LOMPATAN HIDRAULIK,
KEGUNAAN LOMPATAN
HIDRAULIK, PENGIRAAN DAN

Unit
FORMULA LOMPATAN
HIDRAULIK, PENGIRAAN
KEHILANGAN TENAGA DAN
TENAGA YANG LESAP

Objektif Am:

 Mempelajari dan memahami aspek-aspek lompatan

hidraulik dalam saluran terbuka, kegunaan dan jenis

lompatan hidraulik, persamaan lompatan hidraulik

dan masalah-masalah yang berkaitan dengan

lompatan hidraulik.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

 Menyenaraikan kegunaan lompatan hidraulik

 Menyenaraikan jenis lompatan hidraulik

 Menerbitkan persamaan lompatan hidraulik

 Menentukan ukur dalam lompatan hidraulik

 Menentukan kehilangan tenaga dan kuasa lompatan hidraulik

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/2

Input 1

10.0 Pengenalan

Aliran saluran terbuka boleh berubah dari keadaan sub-kritikal

menjadi super-kritikal. Transisi (transition) seperti ini berlaku apabila

aliran mengalir melalui pintu sluis atau apabila terdapat perubahan

terhadap geometri dasar saluran. Dalam kedua kes ini perubahan aliran

subkritikal menjadi superkritikal berlaku tanpa kehilangan tenaga yang

banyak. Maknanya transisi ini berjalan dalam keadaan lancar.

Aliran saluran terbuka juga boleh bertukar dari keadaan

super-kritikal menjadi sub-kritikal. Transisi ini walaubagaimanapun

melibatkan kehilangan yang besar. Transisi super-kritikal kepada

sub-kritikal berlaku dengan terjadinya peningkatan mendadak kedalaman

aliran. Peningkatan mendadak kedalaman aliran dalam jarak yang dekat ini

dipanggil lompatan hidraulik (hydraulic jump) . Keadaannya alirannya amat

bergelora dengan pemerangkapan udara ke dalamnya. Kehilangan tenaga

yang besar berlaku dalam proses ini akibat dari kegeloraan aliran.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/3

Lompatan hidraulik berlaku apabila aliran super-kritikal bertukar

menjadi aliran sub-kritikal. Keadaan aliran sebelum lompatan adalah super

kritikal iaitu ukur dalam alirannya lebih kecil daripada ukur dalam kritikal

(y1 < yc) atau nombor Froude aliran sebelum lompatan lebih besar daripada

satu (Fr1 >1).

Keadaan aliran selepas lompatan ialah keadaan sub kritikal atau ukur

dalam alirannya lebih besar daripada ukur dalam genting (y 2 > yc) atau

nombor Froude aliran selepas lompatan lebih kecil daripada satu (F r2 < 1).

Alurlimpah

Lompatan
hidraulik
Takungan
Bendul

apron
alurlimpah

Rajah 10.1 Lompatan hidraulik di atas apron


alurlimpah

Dalam kes seperti ini, aliran super kritikal yang laju di tukar menjadi

aliran subkritikal yang perlahan. Ini dicapai dengan mengwujudkan lompatan

hidraulik di atas apron alurlimpah melalui pembinaan bendul (sill).

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/4

10.1 Keadaan Yang Boleh Menyebabkan Kejadian


Lompatan Hidraulik Berlaku

a) Pada dasar sebuah struktur hidraulik dimana aliran


super-kritikal masuk kedalam kolam penenang (stilling basin).

b) Dihilir sebuah flum genting, dimana halaju aliran


(super-kritikal) deras berubah kepada tenang (sub-kritikal).

c) Di hilir pintu masuk dimana aliran deras (super-kritikal)


bertemu aliran tenang (sub-kritikal).

d) Dalam sebuah terusan, sebuah penapis sampah (trashrack)


boleh menyebabkab aliran dihilir menjadi deras dan apabila
balik semula ke aliran normalnya lompatan hidraulik akan
berlaku.

10.2 Kegunaan Lompatan Hidraulik


Terdapat banyak kegunaan lompatan hidraulik dalam kerja-kerja
praktik kejuruteraan. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut:-

a) Kegunaan lompatan hidraulik yang sangat penting ialah untuk

melesapkan tenaga pada aliran dalam alur limpah suatu

empangan. Pengurangan tenaga melibatkan pengurangan halaju

aliran dan oleh itu proses kerokan dan hakisan pada dasar

saluran di hilir alurlimpah boleh dikurangkan.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/5

b) Kerja-kerja lencongan aliran air daripada terusan ke terusan

dalam sistem pengairan pertanian memerlukan satu kenaikan

aras air. Oleh itu lompatan hidraulik merupakan suatu

penyelesaian untuk menaikan aras air ini.

c) Lompatan hidraulik digunakan untuk menambahkan berat air

(aras air yang lebih tingi menjadikan air lebih berat) di atas

apron untuk mengurangkan tekanan angkat ( uplift pressure)

dan ini mengurangkan ketebalan apron konkrit yang diperlukan

untuk struktur di atas tapak telap air.

d) Dalam kerja-kerja rawatan bekalan air atau rawatan air sisa,

bahan-bahan kimia dicampurkan ke dalam air berkenaan

dengan kehadiran lompatan hidraulik kerana lompatan

hidraulik membentuk pusaran air yang mencampurkan

bahan-bahan kimia ke dalam air.

e) Kejadian lompatan hidraulik boleh memerangkap udara dan ini

adalah sesuai untuk pengudaraan air yang dibekalkan

ke bandar-bandar.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/6

f) Lompatan hidraulik digunakan untuk menyingkirkan poket

udara daripada bekalan air dan seterusnya mengelakkan

sendat udara (air locking).

10.3 Jenis-Jenis Lompatan


Jenis-jenis lompatan dikelaskan mengikut nombor Froude sebelum

lompatan, Fr1 (Chow, V.T., 1959).

Rajah 10.2 di bawah menunjukkan jenis-jenis lompatan.

a) Rajah 10.2(a)

Fr1 = 1 – 1.7 Lompatan Mengalun (Undular)

b) Rajah 10.2(b)

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/7

Fr1 = 1.7 – 2.5 Lompatan Lemah (Weak)

c) Rajah 10.2(c)

Fr1 = 2.5 – 4.5 Lompatan Berayun (Oscillating)

d) Rajah 10.2(d)

Fr1 = 4.5 – 9.0 Lompatan Tetap (Steady)

e) Rajah 10.2(e)

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/8

Fr1 > 9.0 Lompatan Kuat (Strong)

Aktiviti 10a

SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA……!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS


DI HALAMAN BERIKUTNYA.

Soalan 10a.1 Apakah yang dimaksudkan dengan kejadian


lompatan hidraulik?

Soalan 10a.2 Bagaimanakah keadaan aliran ketika berlakunya


kejadian lompatan hidraulik?

Soalan 10a.3 Apakah yang anda faham tentang aliran super-


kritikal dan aliran sub-kritikal.

Soalan 10a.4 Bagaimana kehilangan tenaga yang besar berlaku


di dalam kejadian lompatan hidraulik?

Soalan 10a.5 Berikan 2 keadaan yang membolehkan kejadian


lompatan hidraulik terjadi.

Soalan 10a.6 Nyatakan 3 kegunaan lompatan hidraulik dalam


praktik kejuruteraan.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/9

Maklumbalas
Aktiviti 10a

Soalan 10a.1

Lompatan hidraulik terjadi apabila berlakunya transisi aliran iaitu aliran

super-kritikal kepada aliran sub-kritikal iaitu dengan peningkatan

mendadak kedalaman aliran dalam jarak yang dekat.

Soalan 10a.2

Keadaan alirannya adalah amat bergelora.

Soalan 10a.3

Aliran sub-kritikal ialah aliran yang tenang dan dalam manakala aliran

super-kritikal pula mempunyai aliran yang deras dan cetek.

Soalan 10a.4

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/10

Kehilangan tenaga yang besar berlaku kerana semasa kejadian lompatan

hidraulik, keadaan aliran adalah amat bergelora.

Soalan 10a.5

a) Pada dasar sebuah struktur hidraulik di mana aliran


super-kritikal masuk ke dalam kolam penenang
(stilling basin).

b) Di hilir sebuah flum genting, di mana halaju aliran


(super-kritikal) deras berubah kepada tenang (sub-kritikal).

c) Di hilir pintu masuk di mana aliran deras (super-kritikal)


bertemu aliran tenang (sub-kritikal).

d) Dalam sebuah terusan, sebuah penapis sampah (trashrack) boleh


menyebabkab aliran di hilir menjadi deras dan apabila balik
semula ke aliran normalnya lompatan hidraulik akan berlaku.

Soalan 10a.6

Terdapat banyak kegunaan lompatan hidraulik dalam kerja-kerja praktik


kejuruteraan. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut:-

a) Kegunaan lompatan hidraulik yang sangat penting ialah untuk


melesapkan tenaga pada aliran dalam alurlimpah suatu empangan.
Pengurangan tenaga melibatkan pengurangan halaju aliran dan

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/11

oleh itu proses kerosakan dan hakisan pada dasar saluran di hilir
alurlimpah boleh dikurangkan.

b) Kerja-kerja lencongan aliran air daripada terusan ke terusan


dalam sistem pengairan pertanian memerlukan satu kenaikan aras
air. Oleh itu lompatan hidraulik merupakan suatu penyelesaian
untuk menaikan aras air ini.

c) Lompatan hidraulik digunakan untuk menambahkan berat air


(aras air yang lebih tinggi menjadikan air lebih berat) di atas
apron untuk mengurangkan tekanan angkat ( uplift pressure)
dan ini mengurangkan ketebalan apron konkrit yang diperlukan
untuk struktur di atas tapak telap air.

c) Dalam kerja-kerja rawatan bekalan air atau rawatan air sisa,


bahan-bahan kimia dicampurkan ke dalam air berkenaan
dengan kehadiran lompatan hidraulik kerana lompatan
hidraulik membentuk pusaran air yang mencampurkan
bahan-bahan kimia ke dalam air.

d) Kejadian lompatan hidraulik boleh memerangkap udara dan ini


adalah sesuai untuk pengudaraan air yang dibekalkan
ke bandar-bandar.

e) Lompatan hidraulik digunakan untuk menyingkirkan poket


udara daripada bekalan air dan seterusnya mengelakkan
sendat udara (air locking).

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/12

Input 2

10.4 Persamaan Lompatan Hidraulik

Lompatan hidraulik

y2 V2
F1 y1 V1
F2

Rajah 10.2 : Analisis Isipadu Kawalan

Penyelesaian masalah berkaitan lompatan hidraulik tidak boleh

diperolehi menggunakan rajah tenaga tentu. Sebalinya ia diperolehi

berdasarkan persamaan momentum dengan menganalisis isipadu kawalan

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/13

untuk lompatan hidraulik. Dalam analisis isiapadu kawalan ini,

beberapa anggapan dibuat;

a) Aliran di hulu dan hilir lompatan adalah seragam.


b) Tegasan riceh di dasar saluran adalah sifar.
c) Saluran adalah horizontal. Walaupun begitu, ujikaji
menunjukkan bahawa terbitan (persamaan) yang diperolehi
boleh digunakan untuk saluran bercerun sederhana.

Analisis ini adalah untuk menerbitkan kedalaman di hilir (y 2) sebagai fungsi


kedalaman di hulu (y1) dan halaju di hulu (V1).

Lebar saluran = 1 unit


V1 = halaju purata di keratan 1
V2 = halaju purata di keratan 2
y1 = kedalaman di keratan 1
y2 = kedalaman di keratan 2
F1 = daya hidrostatik di keratan 1
F2 = daya hidrostatik di keratan 2

Daya Hidrostatik

Daya hidrostatik F1 dan F2 dikira berdasarkan persamaan yang telah


diterbitkan sebelum ini, iaitu;

F   g hs A

y
hs 
2

A  y ( untuk satu unit lebar )

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/14

1
Oleh itu ; F1   g y12
2

1
F2   g y 22
2

Persamaan Kesinambungan;

Untuk satu unit lebar saluran:-

Q V y  q

q1  V1 y1
……………………………………………………… Persamaan 10.1

q1  q 2  q

V1 y1  V2 y 2
y1
V2  V ……………………………………………………… Persamaan 10.2
y2 1

Hukum Newton Ke 2:

Kadar momentum dikira berdasarkan persamaan yang diterbitkan unit


sebelumnya.

Jika  adalah kadar momentum, maka,

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/15

  QV   q V

 1   qV1

 2   qV2

Hukum Newton ke 2 menyatakan bahawa daya paduan yang bertindak


terhadap isipadu kawalan adalah bersamaan dengan kadar perubahan
momentum.

Oleh itu;

F   2  1

F1  F2   qV2   qV1
1
`  g  y12  y 22    q  V2  V1 
2

1
` g  y12  y 22   q  V2  V1  ………………………………… Persamaan 10.3
2

Penyelesaian persamaan (10.1), (10.2) dan (10.3) menghasilkan:-

1 y 
g  y12  y 22    V1 y1   1 V1  V1 
2  y2 

 2V12 y1 
y  y 
2
1
2
2   y  y2 
 g y2  1

 V12   y12 
 y1  y2   y1  y2   2  g y   y   y1  y2 
1 2

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/16

V1
Nombor Froude di hulu : Fr1  g y1

V12
F 
r1
2

g y1

q2 Untuk saluran terbuka segiempat


Fr22 
gy23 formula berikut boleh digunakan
untuk menentukan nombor Froude
di hulu dan hilir aliran saluran
terbuka

 y12 
Oleh itu ; y 1  y 2   2  Fr 1 
2
 
 y2 

 y2 
 2   y1  y 2   2 Fr21
 y1 

2
 y2   y2 
      2 Fr21
 y1   y1 

2
 y2   y2 
      2 Fr21  0
 y1   y1 

Persamaan ini boleh di selesaikan menggunakan formula kuadratik.

Jawapan (solution) yang negatif adalah mustahil secara fizikal. Oleh itu

jawapan yang relavan adalah;

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/17

y2 1

y1 2
 1  8 Fr21  1 ………………………………… Persamaan 10.4

y1
y2

1
2
 1  8 Fr2
2 1 
……………………………………… Persamaan 10.5

10.5 Kehilangan Turus Dalam Lompatan


Kehilangan turus dalam lompatan hidraulik (E L) diperolehi dengan
mengira perbezaan tenaga tentu di hulu lompatan dengan di hilir lompatan.

E1  E 2  E L

E L  E1  E 2 …………………………………………… Persamaan 10.6

 V12   V22 
E L   y1     y 2   ……………………… Persamaan 10.7
 2g   2g 

Kehilangan turus juga boleh di kira berdasarkan Persamaan 10.8


di bawah. Kedua Persamaan 10.6 dan 10.7 sepatutnya memberikan jawapan
yang sama1.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/18

 y 2  y1 
3

EL 
4 y1 y 2
…………………………………………… Persamaan 10.8

Kuasa yang terlesap (dissipated) dalam lompatan hidraulik (P)


ditentukan menggunakan persamaan berikut 2:

P  Q  E L Watt
…………………………………………… Persamaan 10.9

Contoh Permasalahan 10.1

Air mengalir dengan halaju 16 m/s melalui sebatang terusan segiempat.


Kedalaman aliran ini adalah 30 cm. Bendul (sill) yang dibina di hilir menyebabkan
lompatan hidraulik terjadi. Kira kedalaman dan halaju di hilir lompatan.
Berapakah kehilangan turus dan kehilangan kuasa lompatan ?

Penyelesaian;

Tentukan Nombor Froude di hulu, berdasarkan persamaan berikut;


V1 16
Fr1    9.33
gy1  9.81 0.30
Dapatkan kedalaman di hilir dengan menggunakan persamaan berikut;
y1
y2

1
2
 1  8 Fr22  1 
 0.30 
1  8 9.33  1  3.81
2
y2   
 2 

Dari persamaan keterusan ;

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/19

A1V1  A2V2
By1V1  By2V2

y1v1  0.3016
V2    1.26m / s
y2 3.81

EL 
 y2  y1  3 
3.81  0.30 3
 9.46m
4 y1 y2 4 0.30 3.81

Kehilangan kuasa dalam lompatan.


Dari persamaan ;
P  QEL   0.3016  9810 9.46
 445452.5W
 445.5kW

Contoh Permasalahan 10.2

Air mengalir sebanyak 18 m3/s secara genting lampau (super kritikal) dalam
saluran segiempat tepat 4 m lebar. Satu lompatan hidraulik jenis berayun berlaku
dalam saluran ini dimana Nombor Froude sebelum lompatan ialah 3.5. Kirakan
tinggi lompatan ?

Penyelesaian;

Bagi saluran segiempat tepat, kadar aliar per unit lebar diberikan
oleh persamaan;
Q 18
q   4.5m3 / s
B 4
q  yv
y  q/v
y  4.5 / y
……………………… (1)

dari persamaan nombor Froude, Fr,

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/20

v
Fr 
gy
3.5 9.81 y   v
2
v
9.81 y 
12.25
v2
y1 
120.17
……………………… (2)

(1) = (2)

4 .5 v2

v 120.17
v  540.77
3

v  8.147 m / s

Oleh itu, gantikan v dalam (1)

4.5
y1 
8.147
 y1  0.552m

y2 diperolehi dari persamaan,

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/21

y2
y1

1
2
 1  8 Fr2
1 1
y2
y1
2
1  8 Fr2
1 
 1

0.55 
1  8 3.5   1
2
  
2  
 2.470 m

Oleh itu, tinggi lompatan ,yj

y j  y2  y1
 2.470  0.552
 1.918m

Contoh Permasalahan 10.3

Rajah di bawah menunjukkan sebuah saluran segiempat tepat yang lebarnya


5.0m adalah seperti dalam rajah. Air mengalir dengan kadarlir 40 m 3/s.
Ukurdalam air selepas lompatan mencapai aras ukur dalam normal.

Cari  :-
a) Ukur dalam sebelum lompatan
b) Tinggi lompatan
c) Kehilangan turus tenaga semasa lompatan
d) Buktikan bahawa lompatan boleh berlaku
e) Namakan jenis lompatan

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/22

Permukaan aliran

Permukaan aliran

Q y1 yO
SO = 0.01
n = 0.013 SO = 0.0005
n = 0.011

Penyelesaian;

a) Ukurdalam sebelum lompatan

Untuk saluran segiempat, ukur dalam sebelum lompatan boleh


ditentukan dengan menggunakan persamaan berikut;

y1
y2

1
2
 1  8 Fr22 
 1 danFr22 
q2
3
gy2

Diberi ukur dalam selepas lompatan y2 ialah ukur dalam normal,yO.

Untuk menentukan ukur dalam normal, gunakan formula manning………

Q = 40 m3/s B=5m
Q = Q/B = 40/5 = 8 m3/s/lebar

Dari formula Manning,

1
F2   g y 22
2
A = (B)(y) = 5(yo) = 5yo
R = P/A di mana P = 2yo + 5 dan A = 5 yo

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/23

2 yo  5
R 
5 yo
 0.011 40
2/3
 5yo 
5 yo   
 5  2 yo  0.0005

yo boleh di dapati dengan kaedah cuba ralat iaitu dengan menggantikan


beberapa nilai yo

Maka, yo = 3.151

Oleh kerana ukur dalam selepas lompatan y2, adalah ukur dalam normal,
maka nilai y2 bersamaan 3.151 m

Nombor Froude selepas lompatan, Fr2 ,

Fr 2 
 40 / 5 2  0.209
 9.81 3.151 3

……… didapati nombor Froude selepas lompatan Fr2 < 1.

Jika dimasukkan ke dalam persamaan;

a) Ukur dalam sebelum lompatan,Y1.

y1
y2

1
2
 1  8 Fr22 1 
 3.151  
1  8 0.209   1
2
y1   
 2 
y1  0.998m

b) Oleh itu tinggi lompatan, yj , didapati dari persamaan………

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/24

y j  y2  y1
 3.151  0.998
 2.153m

c) Kehilangan turus tenaga, EL, didapati dari persamaan………

EL 
 y2  y1 
3

y 3j
4 y1 y2 4 y1 y2

EL 
 2.153 3

4 0.989  3.151
E E  0.793m

d) Jenis lompatan ditentukan oleh nombor Froude sebelum lompatan,


Fr1, iaitu;
1/ 2
 q2 
Fr1   3 
 gy1 
  40 / 5 2 
1/ 2

  
3 
 9.81 0.989  
 2.56

e) Jenis lompatan ialah jenis lompatan berayun.

Syabas ….anda telah berjaya


Aktiviti 10b sampai ke tahap menguji
pemahaman anda dalam input
2. Sila jawab beberapa soalan
dalam aktiviti 10b.

Aktiviti

10b.1
Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.
Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/25

Anda dikehendaki menyatakan formula beserta simbol dan unitnya yang


berkaitan dengan lompatan hidraulik seperti berikut ;
1) Untuk menentukan kedalaman(ukurdalam) di hulu dan di hilir
2) Kehilangan turus tenaga
3) Kehilangan Kuasa
4) Tinggi lompatan

Aktiviti

10b.2

Air mengalir 13450 l/s dalam saluran segiempat tepat 10 m lebar. Tenaga
tentu sebelum dan selepas lompatan masing-masing 3.10 m dan 2.17 m. Kirakan
kuasa yang hilang semasa lompatan.

Aktiviti

10b.3

Air mengalir melalui saluran terbuka horizontal dengan kedalaman 0.6m.


Kadarlir adalah 3.7 m3/s setiap meter lebar. Mungkinkah lompatan hidraulik
terjadi? Jika lompatan terjadi, kira kedalaman di hilir lompatan serta kuasa
terlesap di dalamnya.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/26

Aktiviti

10b.4

Satu lompatan hidraulik berlaku dalam sebuah saluran segi empat tepat 3.2m
lebar. Ukur dalam sebelum lompatan ialah 0.72m. Jika kadar alir ialah 13.5 m 3/s,
tentukan;

a) Ukur dalam selepas lompatan.


b) Jenis lompatan.
c) Kehilangan turus tenaga.
d) Kehilangan kuasa.

Maklumbalas
Aktiviti 10b

Sila semak jawapan untuk aktiviti 10b dalam


maklum balas ini………Usaha lagi kalau jawapan
anda tidak berjaya.
Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.
Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/27

Aktiviti 10b.1

Jawapan (a)
y2 1

y1 2
 
1  8 Fr21  1

y1
y2

1
2
 1  8 Fr2
2 1 

Jawapan (b)
 y 2  y1 
3

EL 
4 y1 y 2

Jawapan (c)
P  Q  E L Watt

Jawapan (d)
y j  y2  y1

Aktiviti 10b.2

Jawapan : P = 51458.55 Watt

Aktiviti 10b.3

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/28

Jawapan :

Nombor Froude sebelum lompatan, Fr1 = 2.534 > 1 maka lompatan


hidraulik terjadi.

Kedalaman di hilir lompatan, y2 = 1.879 m

Kuasa yang terlesap, P = 16878.105 Watt

Aktiviti 10b.4

Jawapan :

a) y2 = 1.914 m
b) Lompatan jenis lemah
c) EL = 0.31 m
d) P = 41 kW

Penilaian
Kendiri

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/29

Soalan 1

Air mengalir dalam sebuah terusan segiempat tepat yang mempunyai lebar
3.0m, Manning,n, 0.025 dan cerun dasar 0.0005 dengan kadarlir 5.6 m 3/s.
Satu pintu sluis diletakkan dalam terusan ini supaya satu lompatan hidraulik
berlaku beberapa meter di hilir pintu ini. Ukur dalam selepas lompatan mencapai
aras ukur dalam normal.
Kira;
a) Ukur dalam sebelum lompatan.
b) Kehilangan turus tenaga.
c) Kehilangan kuasa.
d) Namakan jenis lompatan ini.

Soalan 2

Air mengalir dengan kadarlir 18.0 m 3/s dalam sebuah terusan segiempat
tepat 4.0 m lebar. Satu lompatan hidraulik jenis berayun dikehendaki berlaku
untuk aliran ini dengan nombor Froude sebelum lompatan 3.5.
Kira tinggi lompatan.

Soalan 3

Satu lompatan hidraulik berlaku dalam sebuah sluran segiempat tepat.


Ukur dalam sebelum dan selepas lompatan ialah masing-masing 0.6m dan 1.5m.
Kira ukur dalam genting.

Soalan 4

Nisbah ukur dalam jodoh satu lompatan hidraulik yang berlaku dalam
sebuah saluran segi empat tepat ialah 5.4. Kira nombor Froude sebelum dan
selepas lompatan. Namakan jenis lompatan yang terjadi.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT
10/30

Soalan 5

Air mengalir dengan kadarlir 17 m3/s dalam sebuah saluran segi empat
tepat. Satu lompatan hidraulik dirancang supaya berlaku dalam aliran ini dengan
kehilangan turus tenaga sebanyak 1.2m dan nisbah ukur dalam jodonya 0.33. Kira
tinggi lompatan dan kira lebar saluran ini.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
LOMPATAN HIDRAULIK C4009/UNIT 10/31

Maklumbalas
Penilaian Kendiri
Soalan 1

Jawapan : y2 = 0.133 m , Lompatan kuat, EL = 7.82 m,


P = 429.6 kW

Soalan 2

Jawapan : yj = 1.91 m

Soalan 3

Jawapan : yc = 0.98 m

Soalan 4

Jawapan : Fr1 = 4.16 , Fr2 = 0.3313, lompatan berayun

Soalan 5

Jawapan : yj = 3.53 m, lebar (B) = 0.96 m

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B.


Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi

Anda mungkin juga menyukai