Anda di halaman 1dari 10

LEGAL ISSUE IN BUSINESS

FRSB2713
FASAL PENGECUALIAN

NAMA : MOHD SYAWAL BIN MOHAMAD AYUB


NO IC : 950303-12-6559
Abstrak

Salah satu cara atau kaedah bagaimana sesuatu pihak dapat mengelak risiko dan seterusnya
dikenakan membayar gantirugi atau pampasan adalah dengan cara mengemukakan suatu “fasal
mengecuali ” kepada pihak yang satu lagi. Kaedah atau cara ini banyak di gunakan dengan agak
meluas di dalam undang-undang tort dan juga kontrak fasal pengecualian berkait rapat dengan
perlindungan pengguna. Kontrak bentuk seragam dalam urusan pengguna menampakkan
penggunaan fasal-fasal yang dilabelkan sebagai ‘exemption’, ‘exclusion’, atau ‘exception’ atau
‘disclaimer’, bertujuan mengecualikan, membatasi, menghadkan hak, tugas, liabiliti dan remedi
yang mungkin timbul di bawah undang-undang.

Fasal pengecualian membawa maksud “mana-mana fasal dalam sesuatu kontrak atau terma
dalam satu notis yang memberikan pengertian menghadkan, mengecualikan atau mengubah
sesuatu liabiliti, tugas atau remedi yang mungkin, kalau tidak, timbul daripada hubungan yang
diiktiraf oleh undang-undang antara pihak-pihak, terutamanya dalam kontrak pembinaan.

Akta Kontrak 1950 tidak menyentuh tentang fasal pengecualian dan interpretasi fasal sebegini.
Dalam konteks jualan barang, fasal pengecualian adalah dibenarkan di bawah seksyen 62 Akta
Jualan Barangan 1957; “ jika apa-apa hak, tanggungjawab atau liabiliti timbul di bawah suatu
kontrak penjualan melalui penguatkuasaan undang-undang, ia boleh jadi dinegatifkan atau
diubah melalui perjanjian nyata atau melalui perjalanan urusan antara pihak-pihak atau melalui
penggunaan. Walaupun fasal pengecualian dibenarkan dalam kontrak jualan barangan, namum
Akta 1957 gagal untuk memperuntukkan prinsip-prinsip yang terpakai dalam mentafsirkan
fasal-fasal ini. Justeru itu, mahkamah tempatan berkecenderungan dengan isu pemakaian serta
pentafsiran fasal pengecualian dalam urusan kontrak.

PENDAHULUAN

Pada abad ke 21 ini, adalah jelas kuasa tawar menawar yang sebenarnya amat jarang wujud,
terutamanya diantara pihak-pihak di dalam kontrak perkhidmatan atau kontrak kerja. Ini
kerana biasanya satu pihak akan mengenakan beberapa syarat yang perlu dipatuhi atau
dipenuhi oleh pihak yang kedua jika pihak itu (pihak kedua) mahukan, dan oleh kerana pihak
kedua itu tiada pilihan maka mahu tidak mahu dia terpaksa menerima syarat-syarat tersebut in
toto (secara semuanya sekali).
Di antara syarat-syarat tersebut terdapat syarat di mana pihak pertama itu menafikan atau
mengecualikan dirinya daripada tanggungjawab tertentu. Maka di sinilah wujudnya kaedah
“mengecuali (atau menafi) tanggungjawab”.

Fasal tersebut mestilah terlebih dahulu dimasukkan sebagai terma ke dalam kontrak. Terdapat
dua cara utama memasukkan fasal ke dalam kontrak: (a) dokumen bertandatangan (b) notis

PRINSIP UMUM BERKONTRAK

Pada prinsip umumnya, apabila pihak-pihak berkontrak dan bersetuju tanpa syarat semua
terma-terma dan syarat-syaratnya maka ia mengikat pihak-pihak tersebut sepenuhnya, tanpa
mengira samaada terma-terma atau syarat-syarat itu memuaskan hati pihak-pihak ataupun
tidak.

Perkembangan yang berikutnya di dalam undang-undang kontrak ialah penggunaan borang


seragam yang telah diterima pakai secara meluasnya di dalam kebanyakan urusan kontrak
(seperti kontrak kerja pembinaan, kontrak perkhidmatan, kontrak bekalan, kontrak
pengangkutan, dan lain-lain). Kontrak sedemikian di kenali sebagai kontrak “berasaskan format
seragam kontrak” (Sales,1953: Gower, 1954; Turpin, 1956), yang telah mula digunakan
semenjak mula abad kesembilan belas (Guest, A.G. 1975), yang di kenali juga sebagai kontrak
pelekatan (Saleilles, 1901)1. Kontrak-kontrak sedemikian juga pada masa kini telah diiktiraf
pemakaiannya oleh mahkamah (Guest, A.G. 1975)2.

Seterusnya dalam menyediakan dokumen kontrak seragam itu pula, pihak berkenaan pada
prinsip amnya dibenarkan memasukkan fasal yang mengecuali atau menafi
kebertanggungjawabannya atas sesuatu kejadian atau perkara yang dinyatakan didalam
kontrak tersebut (yakni disebut juga sebagai “fasal pengecualian”).

PEMAKAIANNYA

1
Saleilles. 1901. De la Declaration de la Volonte.
2
Guest, A.G. (Ed.). 1975. Anson’s Law of Contract. Edisi Keduapuluh Empat. Oxford: Oxford University Press.
Jika satu pihak ingin mengecualikan dirinya daripada liabiliti, perkara utama dan pertama yang
dia perlu lakukan ialah memaklumkan kewujudan fasal pengecualian itu kepada pihak yang satu
lagi (Major, W.T.,1975; Padfield, C.F.,1970; Parker lwn. South Eastern Railway Company, 1877 3).
Ianya juga perlu jelas tentang apa yang dimaksudkan, dan tahap pemakaian termaklum tanpa
apa-apa lagi yang sebaliknya oleh pihak yang satu lagi.

Contoh:

Rajah 1.1 :

3
Major, W.T. 1978. The Law of Contract. Edisi Kelima. Plymouth: Mcdonald and Evans Ltd.
Borang tersebut menunjukkan fasal pengecualian yang mana kesannya, jika ada, ke atas hak
primer tertentu yang terakru. Dengan itu, di mana perkataan berhubung kualiti digunakan oleh
penjual barangan, satu pengecualian syarat, waranti, atau janji tentang kualiti, membantu
menentukan ke tahap manakah stipulasi oleh penjual itu membolehkan mengelak daripada
dikehendaki memberi pampasan bagi kualiti yang tidak memuaskan.

Rajah 1.2 :
Borang tersebut menunjukkan fasal pengecualian membataskan hak primer dan sekunder tanpa
menghalang mana-mana hak primer tertentu terakru. Contohnya di nombor 1 dan 2, limitasi
tentang masa dalam mana tuntutan boleh dibuat, dan limitasi tentang jumlah yang boleh dituntut

contoh borang tender sebagai rujukan. Borang tersebut menunjukkan syarat-syarat yang perlu
dipatuhi oleh penender supaya penender tersebut menjalankan tugas dan tanggungjawab
mengikut ‘’standard operating procedure’’ yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat. Hal ini
untuk menjamin supaya syarikat tersebut tidak mengingkari syarat yang telah ditetapkan .
Borang tersebut perlu ditandatangani oleh pihak yang berkuasa sebagai bukti pengesahan
projek tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Hal ini untuk menjamin jika berlaku
sebarang masalah atau kecederaan disebabkan oleh kelalaian sepanjang projek dilaksanakan.
Syarikat yang menganjurkan tender tersebut boleh menuntut pampasan jika berlaku sebarang
kecelakaan sepanjang projek dijalankan.

“apabila dokumen mengandungi terma kontraktual ditandatangani dengan itu, jika tiada frod,
atau saya tambahkan, salah nyataan, pihak yang menandatangani dokumen tersebut adalah
terikat, dan adalah tidak penting sama ada dia telah membaca dokumen itu atau belum.”

Dalam industri pembinaan, kaedah penafian liabiliti oleh satu pihak kepada pihak yang lain juga
merangkumi undang-undang kontrak dan undang-undang tort kecuaian. Contoh-contohnya
seperti berikut:

Contohnya fasal 7.2 borang PAM 19984, fasal 13 borang JKR 2035 dan fasal 9 borang CIDB 20006
di mana klien projek menafi atau mengecuali dirinya (dan memindah kepada kontraktor) atas
liabiliti berkaitan bayaran bagi hak paten. Begitu juga fasal 18.1 borang PAM 1998, fasal 32(a)
borang JKR 203 dan fasal 35.1 borang CIDB 2000 di mana klien projek menafi atau mengecuali
dirinya (dan meminda kepada kontraktor) bagi liabiliti atas apa-apa tuntutan akibat kecederaan
atau kematian mana-mana orang semasa pelaksanaan kerja. Seterusnya fasal 18.2 borang PAM
1998, fasal 32 (b) borang JKR 203, fasal 35.2 borang CIDB 2000 di mana klien projek menafi atau
mengecuali dirinya (dan memindahkannya kepada kontraktor) bagi liabiliti atas apa-apa
tuntutan akibat kerosakan harta mana-mana orang semasa pelaksanaan kerja.

4
Borang Seragam PAM 1998
5
Borang Seragam JKR 203
6
Borang Seragam CIDB 2000
Kontraktor menafi liabiliti atas kemalangan atau kecederaan kepada mana-mana orang (selain
pekerjanya) atau kerosakan harta mereka semasa memasuki kawasan tapak bina, misalnya
jalanraya baru atau jambatan baru yang sedang dibina tetapi pengguna jalanraya telah
melaluinya (menggunakannya). Kontraktor berkenaan biasanya akan meletakkan beberapa
papan tanda yang menyebut “Masuk Atas Tanggungan Sendiri” atau perkataan yang seerti
dengannya.

Setiap notis yang menyebut pelepasan tanggungan ini mestilah memadai atau mencukupi, serta
dapat difahami. Pihak yang ingin memasukkan fasal pengecualian mesti menuliskan notis
tersebut dengan jelas dan terang sehingga ia mudah diketahui oleh pengguna. Ia juga
menggunakan bahasa yang boleh dafahami oleh penguna.

Notis tersebut diberikan sebelum atau sewaktu kontrak. Notis berkaitan fasal pengecualian
yang diberikan selepas kontrak tidak boleh dianggap sebagai terma yang sah. Prinsip ini
berasaskan konsep asas kontrak yang tidak boleh ditokok tambah tanpa persetujuan bersama
selepas ia telah wujud secara sah.

Pihak yang menyerahkan dokumen dibenarkan mengecualikan dirinya daripada tanggungjawab


(Guest, A.G.19757) (samaada di bawah tort kecuaian atau di bawah kontrak), dan ianya
mengikat pihak yang menandatanganinya walau pun pihak itu tidak membaca fasal
pengecualian tersebut (L’Estrange lwn. Graucob, 1934).

Walau bagaimana pun, perkataan yang di guna didalam fasal pengecualian itu perlulah khusus
dan jitu. Juga, secara asasnya ianya perlulah di buat dan di maklumkan kepada pihak yang satu
lagi secara bertulis (Uff, J. 1985) 8. Jika ianya di buat secara umum dan luas maka biasanya
mahkamah akan mengetepikan fasal pengecualian berkenaan. Perkara ini pernah berbangkit
didalam kes White lwn. Blackmore(1972) di mana di putuskan perkataan, “walau atas apa-apa
sebab sekali pun” adalah amat luas untuk mengelakkan diri pihak itu daripada dikenakan liabiliti
kecuaian. Begitu juga jika ayat pengecualian itu tidak jelas (yakni kabur) maka ia juga tidak
boleh digunakan (White lwn. John Warwick & Co. Ltd., 1953).

7
Guest, A.G. (Ed.). 1975. Anson’s Law of Contract. Edisi Keduapuluh Empat. Oxford: Oxford University
Press.
8
Uff,J. 1985. Construction Law. Edisi Keempat. London: Sweet & Maxwell Ltd.
Dalam kes Photo Production Ltd. lwn. Securicor Transport (1978) 9, diputuskan jika ayat
kecualian atau penafian itu terlalu tidak munasabah, maka ia tidak boleh digunakan (yakni ayat
tersebut tidak terpakai).

Jika pula dokumen atau notis itu (yang mengandungi fasal penafian) tidak ditandatangani oleh
pihak yang satu lagi, misalnya dalam tort kecuaian, tetapi dipaparkan di tempat yang mudah di
lihat, maka fasal penafian tersebut adalah terpakai. Perkara ini telah pernah diputuskan dalam
kes White lwn. Blackmore (1972).

KESIMPULAN

Fasal pengecualian atau menafi liabiliti telah menjadi lumrah, termasuk di dalam kontrak
berformat seragam, dan juga di dalam tort kecuaian. Malah ianya semakin banyak digunakan
oleh pelbagai pihak dalam banyak bidang, terutamanya dalam bidang komersil. Namun ianya
perlulah diuruskan sewajarnya terutamanya tugas mempastikan pihak yang satu lagi maklum
(yakni tahu) mengenai wujudnya fasal penafian liabiliti tersebut.

Selain daripada itu, skop ayat yang di gunakan juga perlulah khusus. Namun walau apa pun
alasannya, kemasukan fasal penafian atau mengecualian liabiliti ini sepatutnya tidaklah boleh
digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak yang mengeluarkan (mengemukakan) notis
tersebut sehingga ketahap atau bidang penggunaan yang tidak munasabah.

Walau apa sekali pun, perlulah ditekankan bahawa nampaknya penggunaan fasal ini
menguntungkan pihak yang mengemukakan fasal tersebut kerana ia terlepas daripada
dikenakan liabiliti akibat kecuaiannya atau kegagalannya (dan sekali gus terlepas daripada
membayar gantirugi atau pampasan).

Dalam aspek yang lain pula, kewujudan fasal ini sebenarnya mengikis keyakinan pihak-pihak
yang berpotensi atau yang akan berurusan dengan pihak yang mengemukakan notis tersebut
dan berkemungkinan boleh pula menghilangkan peluang baik yang mungkin akan wujud
kepadanya jika notis atau fasal “menafi dan mengelak liabiliti” itu tidak ada. Lagi pun
kewujudan notis atau fasal tersebut menampakkan ketidak seimbangan keadilan dalam
9
Major, W.T. 1978. The Law of Contract. Edisi Kelima. Plymouth: Mcdonald and Evans Ltd
hubungan pihak-pihak terbabit. Arah aliran ini, jika tidak digunakan dengan betul, tentunya
tidak menyumbang kepada hubungan yang sihat dan saksama antara pihak-pihak.

Dan seseoarang itu harus membaca kontrak secara keseluruhannya dan memutuskan apakah
yang dia telah dipersetujui oleh pembuat janji. Walau apa sekali pun, perlulah ditekankan
bahawa nampaknya penggunaan fasal ini menguntungkan pihak yang mengemukakan fasal
tersebut kerana ia terlepas daripada dikenakan liabiliti akibat kecuaiannya atau kegagalannya
(dan sekali gus terlepas daripada membayar gantirugi atau pampasan).

RUJUKAN
1. http://www.hbp.usm.my/aziz/Mengecuali%20dan%20Menafi%20Liabiliti%20br.htm

2. www.hbp.usm.my/aziz/ArtikelFORMATSERAGAM.htm
3. https://www.coursehero.com/profile/SargentJellyfishMaster902/#/documents/cour
se/8071539

 Borang Seragam CIDB 2000


Dimana digunakan oleh kerajaan atau sektor swasta dalam  projek pembinaan.

 Borang Seragam JKR 203


Digunakan dalam projek pembinaan (yang melibatkan  sektor awam, yakni kerajaan
atau agensi kerajaan, sebagai klien projek), dan borang perjanjian seragam lantikan
subkontraktor yang dinamakan.

 Borang Seragam PAM 1998


Digunakan dalam pembinaan bangunan (yang melibatkan klien projek adalah sektor
swasta).

4. Guest, A.G. (Ed.). 1975. Anson’s Law of Contract. Edisi Keduapuluh Empat. Oxford:
Oxford University Press.

5. Padfield, C.F. 1970. Law Made Simple. London: W.H. Allen & Co. Ltd.

6. Rogers, W.V.H. 1992. Winfield and Jolowicz on Tort. London: Sweet & Maxwell Ltd.

7. Uff,J. 1985. Construction Law. Edisi Keempat. London: Sweet & Maxwell Ltd.

8. Saleilles. 1901. De la Declaration de la Volonte.

9. MUHAMMAD FATHI BIN YUSOF (m/s.61-m/s.62) https://people.utm.my/fathi/wp-


content/blogs.dir/561/files/2016/09/E-Book-Fathi-Yusof-Soal-Jawab-Undang-
undang-Kontrak-1.pdf

Anda mungkin juga menyukai