Anda di halaman 1dari 13

SOALAN 2

2.1 Kepentingan Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu Sekolah Rendah

Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati


sesuatu mata pelajaran iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar
berdasarkan objektifnya.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, berdasarkan teori-teori dan
pemerolehan bahasa, terdapat empat jenis pendekatan mengajar bahasa iaitu
deduktif, induktif, elektik dan komunikatik.

Pendekatan Deduktif

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, pendekatan deduktif


memerlukan guru untuk lebih mementingkan pengajaran undang-undang bahasa
daripada penggunaan bahasa. Beliau juga menyatakan bahawa pelajaran
bahasa dimulakan dengan huraian undang-undang bahasa sebelum guru
memberikan contoh-contoh menggunakan undang-undang itu dalam ayat.
Sebagai contoh, jika guru mengajar tajuk ”kata kerja”, guru akan memberi definisi
kata kerja terlebih dahulu sebelum menunjukkan contoh-contoh kata kerja dalam
ayat.
Terdapat banyak kepentingan penggunaan pendekatan deduktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satunya ialah penyampaian
generalisasi yang disampaikan pada permulaan pelajaran akan menjadikan topik
pembelajaran tersebut akan lebih mudah difahami. Selain itu, murid juga dapat
memberi contoh-contoh lain kerana pendekatan ini memberi peluang kepada
murid untuk memberikan contoh-contoh lain, asalkan contoh-contoh yang
digunakan adalah sesuai dan mencukupi. Selain itu, pendekatan deduktif juga
adalah beraneka jenis dan dalam aneka konteks, di samping bermakna dan

1
bukan semata-mata penghafalan. Selain itu, pendekatan ini juga tidak memakan
masa yang terlalu panjang pada satu-satu masa.
Pendekatan Induktif.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir menyatakan bahawa pendekatan induktif
mengkehendaki guru mengajar bahasa dengan cara menunjukkan penggunaan
unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh-contoh, sebelum membuat
generalisasi undang-undang unsur bahasa tersebut. Contohnya, jika guru
tersebut mengajar tajuk ”kata tunggal”, contoh-contoh kata tunggal akan
diberikan terlebih dahulu sebelum memberikan definisinya.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, pendekatan induktif


memerlukan guru untuk mendapatkan satu struktur isi yang hendak
disampaikan. Selain itu, pendekatan ini juga memudahkan proses pemahaman
kerana berdasarkan bahagian-bahagian isi yang saling berkait yang diberi dalam
satu struktur, guru menyusun satu turutan langkah-langkah penyampaian yang
logikal. Di samping itu, strategi penyoalan juga diadakan supaya guru dapat
menolong murid-murid membentuk konsep dan seterusnya membuat generaisasi
yang dikehendaki. Selain itu, pendekatan ini juga memerlukan guru memberi
latihan yang mencukupi untuk memberi peneguhan dan menguji kefahaman
murid.

Pendekatan Elektik

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir menyatakan bahawa pendekatan elektik
menggabungkan kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif untuk
menghasilkan satu strategi pengajaran. Contohnya guru memulakan pengajaran
dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek-aspek yang
hendak diajar serta ditambah contoh-contoh. Kemudian murid-murid didorong
untuk memberikan contoh-contoh lain dalam aspek yang hampir sama.

2
Kepentingan pendekatan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah murid dapat memberi contoh-contoh sendiri untuk menggambarkan
generalisasi-generalisasi yang telah diperoleh atas dorongan gurunya. Selain itu,
murid dapat meneguhkan pembelajaran dengan mengaplikasikan generalisasi
yang telah diterangkan serta contoh-contoh sendiri dikemukakan bagi
menunjukkan tahap penguasaan mereka.

Pendekatan Komunikatif

Menurut Hassan Basri Nik Ab. Kadir strategi pengajaran bahasa yang
diutarakan oleh pendekatan komunikatif ini adalah berasaskan proses
pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak. Tujuan seseorang kanak-kanak
memperlajari bahasa ibundanya adalah untuk memperolehi keperluan-
keperluannya.

Salah satu kepentingan pendekatan komunikatif ini ialah mengutamakan


kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan sahaja kecekapan bahasa
tetapi juga kecekapan komunikatif. Selain itu, pendekatan ini juga meliputi proses
kognitif dan interaksi. kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi bahasa
supaya mereka dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna kognitif
dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat. Selain itu, pendekatan ini juga
mengutamakan mengutamakan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya, selain
mempertimbangkan semua aspek, iaitu aspek linguistik, psikolinguistik dan
sosiolinguistik.

2.2 Kepentingan Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu Sekolah Rendah

Strategi merupakan kebolehan dalam memilih, menyusun dan mengurus


sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.
Terdapat empat strategi dala pengajaran dan pembelajaran. Kempat-empat

3
strategi tersebut ialah pembelajaran berpusatkan guru, pembelajaran
berpusatkan pelajar, pembelajaran berpusatkan bahan dan pembelajaran
berpusatkan projek.
1) Pembelajaran berpusatkan guru

Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya


menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan
memilih sumber pembelajaran bagi muridnya.
(http://mahirppb.tripod.com)

Terdapat beberapa kepentingan pembelajaran berpusatkan guru.


Antaranya ialah guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, guru menjadi penunjuk cara dan saluran
informasi relajar. Selain itu, guru juga dapat menguasai kelas. Relajar hanya
membuat apa yang disuruh oleh guru dan murid bertindak sebagai pendengar
dan penonton. Selain itu, interaksi komunikasi adalah sehala. Di camping itu,
kepimpinan guru adalah bersifat autokratik. Namun, strategi ini lebih
mementingkan pencapaian penghasilan guru mengajar

2) Pembelajaran berpusatkan pelajar

Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran


berpusatkan pelajar merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar
untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana
pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap
pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting
sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang
digunakan (Giam Kah How, 2000). Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan
pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai
individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin
dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan

4
persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru
yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan


erti kata lain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat
dalam komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan
pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya
sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan
bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya memantau dengan
mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar
pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya memberikan pemahaman konsep
baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial,
menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan
menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.

Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman


pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan
mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan
peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta
melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu
mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa
yang dipelajari oleh mereka

Selain kepentingan yang dijelaskan di atas, terdapat beberapa


kepentingan lain seperti berikut:

1) Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajarannya.

2) B ahan yang dipelajarinya mempunyai releven dan bermakna kepada pelajar. 

5
3) Keterlibatan dan penyertaan adalah penting dalam pembelajaran

4) Hubungan interpersonal antara para pelajar.

5. Guru sebagai fasilitator dan manusia sumber. 

6. Pelajar melihat dirinya berbeza sebagai hasil dari pengalaman pembelajaran 

7. Pengalaman pelajar bertemu dalam pembelajaran.

3) Pembelajaran berpusatkan bahan

Sesetengah strategi pengajaran berpusatkan bahan pelajaran berkait


rapat dengan stategi pemusatan guru. Misalnya strategi penggunaan kaedah
demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat
bantu mengajar epeti transperansi dan projektor.

Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait


rapat dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah
inkuiri penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu
melibatkan penggunaan radas dan bahan-bahan pembelajaran yang lain.

Kepentingan pendekatan berpusatkan bahan adalah ianya menggunakan


sama ada bahan pengajaran seperti carta, graf, slaid, perakam radio dan
sebagainya. Selain itu, pendekatan berpusatkan bahan pembelajaran seperti
buku teks, kad kerja, bahan-bahan bercetak dan Komputer juga digunakan
dalam strategi ini. Penggunaan alat bantu mengajar seperti ini dapat
merangsang kognitif pelajar untuk memahami pembelajaran tersebut. Atas
sebab itulah, bahan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, guru dan murid bergantung kepada bahan
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan atau digunakan. Proses interaksi
berlaku dengan aktif antara guru dan murid, murid dan murid dan guru dan murid

6
dengan bahan. Selain itu, murid juga dapat memupuk semangat berdikari
dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran guru. Di samping itu,
peluang interaksi antara murid juga adalah banyak. Hubungan social dapat
dicipta melalui strategi ini.

4)Pembelajaran berpusatkan projek

Pembelajaran berpusatkan projek adalah proses pembelajaran yang


berfokuskan tugasan amali secara sistematik atau terancang dalam jangkamasa
tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu
laporan yang betul.

Kepentingan pembelajaran berpusatkan projek ini adalah seperti yang berikut:

1) Membentuk interaksi yang positif dalam kalangan murid.


2) Memotivasikan murid sekaligus menarik minat dan tumpuan murid yang
kurang memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3) Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
4) Membantu pelajar menguasai kemahiran menyelesaikan masalah,
beromunikasi dan pengurusan diri.
5) Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
6) Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
7) Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya
pembelajaran yang berbeza-beza.

2.3 Kepentingan Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Mangantar Simanjuntak mendefinisikan kaedah sebagai prosedur yang


diikuti dalam menerapkan pendekatan. Othman Zakaria pula menyatakan
bahawa kaedah ialah menyampaikan bahan yan g tersusun mengikut kehendak

7
pendekatan yang telah ditentukan. Khatijah Abdul Hamid (1985) pula
menyatakan bahawa kaedah ialah strategi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta


sesuatu hasil seni seperti muzik, karangan dan sebagainya. Menurut Edward M.
Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik
yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada
waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj.
Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III :
Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan
untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan
oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah
dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan
kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Antara kepentingan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran


bahasa Melayu ialah seperti berikut:
1) Para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan
maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi
penting.
2) Mencapai taraf penguasaan kemahiran pelajar disamping menjamin
kekekalannya.
3) Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya
dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
4) Mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
5) Dapat memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis.
6) Pelajar dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

8
7) Pelajar berpeluang untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
8) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dalam kalangan pelajar.
9) Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan.
10) Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur.

Sebagai contoh, dalam kaedah bacaan dapat diterapkan teknik bercerita.


Ia merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar, di samping dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.

9
2.4 5 Teknik Pengajaran dalam Bahasa Melayu
1) Teknik Permainan Bahasa
Teknik ini mengaplikasikan bahasa dalam permainan.
Kekuatan Kelemahan
1) Penglibatan dalam permainan telah 1) Terdapat pelajar yang bermain
memberi peluang kepada pelajar tanpa mengambil kira aspek
memperolehi latihan intensif, pembelajaran pembelajaran.
bermakna dan sebagai alat dianogstik. 2) Guru tidak dapat mengawal
2) pelajar dapat menguasai ketiga-tiga keadaan kelas sekiranya pelajar
kemahiran berbahasa sekaligus. leka bermain.
3) Permainan bahasa mempunyai hala tuju 3) Berlaku pertentangan
yang bertepatan dengan sistem pendidikan di pendapat yang seterusnya
negara kita. membawa pertelingkahan dalam
kalangan murid.
Cadangan
1) Guru haruslah membahagikan murid kepada beberapa kumpulandan melantik
seorang ketua daripada kumpulan tersebut untuk tujuan kawalan kelas.
2) Guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk bercakap, di samping
memantau bahasa murid.
3) Guru haruslah memberikan aktiviti yang menarik supaya murid tertarik dengan
pengajaran guru.

2) Teknik Bersoal Jawab

10
Guru bersoal jawab dengan murid dan sebaliknya.

Kekuatan Kelemahan
1) Berupaya mewujudkan interaksi 1) Murid tidak memahami soalan yang
guru dengan murid secara berkesan. diutarakan.
2) Guru mengemukakan soalan-soalan 2) Tahap soalan adalah tidak dapat
yang berkaitan dengan isi pelajaran bertepatan dengan kognitif murid.
dan pelajar dikehendaki memberi 3) Murid tidak memberikan sebarang
tindakbalas yang sewajarnya. maklum balas terhadap soalan yang
3) Soalan-soalan yang dikemukan diutarakan.
memerlukan pelajar berfikir disamping 4) Murid mengutarakan soalan yang
dapat menguji dan menilai apa yang tiada kaitan dengan topik
diajar. pembelajaran.
Cadangan
1) Guru haruslah membuat persediaan soalan terlebih dahulu.
2) Guru memberikan ganjaran atas soalan yang dapat dijawab oleh murid.
3) Menasihati murid yang pasif di dalam kelas.

3) Teknik Inkuiri
Teknik ini merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan
atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
Kekuatan Kelemahan
1) Dapat menimbulkan daya refleksi 1) Murid tidak mahu membincangkan
dikalangan pelajar. sesuatu masalah tersebut.
2) merupakan satu kaedah pengajaran 2) Masalah sukar untuk diselesaikan.
bahasa yang dinamik untuk 3) Pelajar enggan bertanya sebarang
menimbulkan minat dan daya kreativiti soalan.
di kalangan pelajar kerana pelajar
sering mengemukakan soalan
‘bagaimana’.
3) melatih pelajar mengemukakan

11
pelbagai soalan.
4) memberi latihan yang sebenar
dalam proses kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis.

Cadangan
1) Guru haruslah memberi ganjaran atas kerjasama murid.
2) Guru hendaklah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan
seterusnya membicangkan masalah tersebut dalam kumpulan.
3) Menasihati pelajar yang enggan bertanya.

4) Teknik Bercerita
Pelajar belajar melalui teknik bercerita.
Kekuatan Kelemahan
1) Merupakan salah satu pendekatan 1) Terdapat pelajar yang masih tidak
yang sesuai digunakan untuk membina tahu membaca.
kecekapan berbahasa kerana cerita 2) Terdapat pelajar yang membaca
merupakan sesuatu yang dapat dengan laju.
menarik minat dan perhatian pelajar. 3) Guru memberi bahan yang kurang
2) Latihan pemahaman, perluasan sesuai dengan kognitif murid.
perbendaharaan kata dan tatabahasa 4) Murid berasa malu untuk bercerita di
dapat disampaikan. hadapan rakan-rakan.
3) Dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan
pelajar

Cadangan
1) Guru haruslah memberi ganjaran atas kerjasama murid.
2) Guru hendaklah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan
seterusnya memberikan bahan kepada murid untuk bercerita.

12
3) Menasihati pelajar yang malu untuk mencuba.
4) Guru hendaklah memberikan bahan yang sesuai sebagai bahan bacaan murid

5) Teknik Sumbangsaran.
Pelajar belajar melalui teknik menyumbang idea dan pendapat.
Kekuatan Kelemahan
1) Setiap pelajar diberi peluang untuk 1) Terdapat murid yang tidak berminat
mengemukakan seberapa banyak idea. untuk menyumbangkan idea.
2) Interaksi antara guru dan pelajar. 2) Murid berasa malu untuk memberi
3) Guru dapat mengetahui kemahiran idea di hadapan rakan-rakan.
berfikir muridnya. 3) Topik yang diutarakan adalah sukar
bagi tahap kognitif murid.
Cadangan
1) Guru haruslah memberi ganjaran atas setiap sumbangsaran murid.
2) Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
3) Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
4) Guru haruslah menasihati murid yang enggan menyumbang idea.

Kesimpulannya, keempat-empat pendekatan, strategi, kaedah dan teknik


adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya adalah
saling berkaitan dan merupakan asas dalam pembelajaran. Ia juga merupakan
asas bagi mencapai kehendak sistem pendidikan negara amnya dan falsafah
pendidikan khususnya. Oleh itu, seseorang guru haruslah bijak dalam
menggunakan keempat-empat pendekatan, strategi, kaedah dan teknik supaya
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna.

13

Anda mungkin juga menyukai