Anda di halaman 1dari 15

GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER OKTOBER 2018

GMGF 2014
EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
1
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


KURSUS : Ekonomi dan Pembangunan
KOD KURSUS : GMGF 2014
JAM KREDIT : 4
PRA SYARAT : GMGF 1013 Ekonomi dalam Pengurusan Awam

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini mendedahkan pelajar tentang konsep dan teori-teori pembangunan. Selain
itu, kursus ini juga membincangkan kepentingan pembangunan terhadap negara sedang
membangun seperti Malaysia. Antara topik yang dibincangkan ialah corak dan ukuran
pembangunan, teori-teori pembangunan ekonomi, pengagihan dan sumber manusia,
tabungan, pelaburan dan aliran modal serta dasar-dasar pembangunan. Seterusnya,
kedudukan ekonomi Malaysia akan dibincangkan dengan dikaitkan kepada dasar-dasar
pembangunan yang digunakan.

OBJEKTIF KURSUS

Pelajar diharap dapat:

1. mengetahui konsep dan kepentingan pembangunan.


2. mengetahui teori-teori pembangunan ekonomi.
2. memahami isu-isu penting pembangunan secara konseptual dan teoritikal.
2. mengetahui peranan dasar-dasar strategik terhadap pembangunan ekonomi
Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat

1. menjelaskan konsep-konsep asas pembangunan termasuk negara maju dan


membangun, pertumbuhan, pembangunan dan globalisasi. (C2)
1. membezakan bagaimana pertumbuhan dan pembangunan diukur. (C4, P1, A3)
1. menghuraikan beberapa teori pembangunan ekonomi. (A4, C5, P2)
1. menjelaskan kedudukan dan ukuran kemiskinan dan ketaksaksamaan agihan. (C2)
1. membincangkan kepentingan pendidikan dan kesihatan dalam membangunkan
sumber manusia. (A2)
1. menerangkan kepentingan dan kegunaan tabungan, pelaburan dan sumber modal
dalam pembangunan. (C2, P1, 13)
1. menghuraikan strategi-strategi pengeluaran dan perdagangan yang berbeza. (A4,
C5, P2)
1. membincangkan isu-isu pembangunan ekonomi di Malaysia. (A2)

KAEDAH PENGENDALIAN KURSUS

2
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

Kursus ini dijalankan secara pembelajaran kendiri. Bahan kursus yang diberikan perlu
dijadikan sebagai rujukan utama kepada kursus ini. Seterusnya, pelajar juga
dinasihatkan untuk membuat rujukan tambahan untuk menambah pengetahuan
mengenai konsep-konsep asas yang digunakan dalam dasar fiskal. Hal ini agak penting
jika pelajar masih kurang jelas mengenai konsep-konsep ekonomi yang digunakan
secara langsung dalam kursus ini.

Bagi membantu pelajar memahami kandungan kursus ini dengan lebih jelas, empat sesi
perjumpaan antara pensyarah dan pelajar telah ditetapkan. Perjumpaan pada minggu
kelima (terakhir) diadakan bagi pelajar menduduki peperiksaan akhir. Pertemuan pada
empat sesi yang dijadualkan oleh pihak UPLK-UUM adalah bagi memudahkan
perbincangan dan soal-jawab antara pelajar dan pensyarah secara langsung. Oleh yang
demikian, pelajar diperlukan untuk membuat beberapa persediaan sebelum hadir ke
setiap perjumpaan. Antaranya:

 Membaca topik-topik yang ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.


 Membuat rujukan tambahan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan
dengan dasar fiskal.
 Bersedia melibatkan diri dalam perbincangan mengenai isu-isu
pencukaian dan perbelanjaan kerajaan ketika sesi perbincangan.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Bagaimanapun, jadual


tersebut tertakluk kepada pindaan. Maka, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan
UPLK-UUM untuk mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS

Tugasan 50 markah
Peperiksaan Pertengahan Semester 50 markah 60%

100 markah
Peperiksaan akhir 40%

Jumlah 100%

TUGASAN

Dua tugasan individu akan diberikan kepada para pelajar di mana tajuk yang
dikemukakan perlu dijawab dengan analitikal. Tugasan ini membawa 50 markah. Muka
hadapan (cover) tugasan pelajar hendaklah disediakan mengikut format yang
dilampirkan di mukasurat 8 dan 9.

Tugasan hendaklah diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan yang ditetapkan.


Penyerahan tugasan adalah seperti berikut:

Tugasan Pertemuan ke-3

3
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

Kelewatan menyerahkan tugasan adalah tidak dibenarkan. Jika kelewatan berlaku,


penalti dalam bentuk potongan markah akan dikenakan. Tiada tugasan yang dihantar
selepas 30 Disember 2018 akan diberi markah.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima. Tarikh, masa dan tempat
peperiksaan akan dimaklumkan kemudian. Kandungan peperiksaan adalah
komprehensif yang meliputi semua silibus kursus yang terdapat di dalam kursus ini.

RUJUKAN UTAMA:

Bahan GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN, Unit Pendidikan Luar Kampus,
Sintok: Universiti Utara Malaysia.

RUJUKAN TAMBAHAN:

Chamsuri Siwar, Surtahman Kastin Hassan & Norshamliza Chamhuri (2006). Ekonomi
Malaysia. (edisi ke-6). Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Chang, H. (2003). Globalisation, economic development and the role of the state.
Penang: Third World Network.

Leete, R. (2007). Malaysia: From kampung to twin towers 50 years of economic and
social development. Shah Alam: Oxford Fajar.

Nafziger, E.W. (2006). Economic development (4th ed.). New York: Cambridge
University Press.

Perkin, D., Radelet, S. & Lindauer, D. (2006). Economics of development (6th ed.). New
York: W.W.Norton.

Todaro, M. & Smith, S. (2006). Economic development (9th ed.). Harlow: Pearson
Education Limited.

4
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

TENAGA PENGAJAR

Hari dan masa


Pensyarah Telefon/emel Bilik
rundingan

04-9287962
Prof. Madya Dr.
Dengan Temujanji 017-3135086 3129
Azhar Harun
h.azhar@uum.edu.my

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER,


DAN PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER OKTOBER 2018

Per-temuan Modul Tempoh

 Pendahauluan kepada kursus

1. PENGENALAN: PRINSIP DAN KONSEP


PEMBANGUNAN
1.1. Klasifikasi negara
1.2. Maksud dan ukuran pertumbuhan
ekonomi
1.3 Maksud pembangunan ekonomi

26/10/18 2. TEORI-TEORI PEMBANGUNAN 5 jam


1..1. Teori-teori klasikal
1..2. Model pertumbuhan linear
1..3. Teori dan corak perubahan struktural
1..4. Revolusi pergantungan antarabangsa
1..5. Neoklasikal, revolusi semula pasaran bebas
Kajian kes: Korea Selatan dan Argentina
2.6 Model-model Kontemporari
Kajian kes: China

5
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

3.0 KEMISKINAN DAN ISU AGIHAN


3.1 Kemiskinan dan ketidaksaksamaan
3.1.1 Kemiskinan mutlak dan relatif
3.1.2 Ukuran
3.1.3 Kumpulan-kumpulan miskin
3.1.4 Pilihan dasar
3.1.5 Ketidaksaksamaan agihan dan
16/11/18 kesannya
3.1.6 Ukuran 5 jam
3.2 Pertumbuhan penduduk dan
pembangunan
Kajian kes: China dan India
3.3 Migrasi
3.4 Pendidikan
3.5 Kesihatan

4.0 SUMBER MODAL

4.1 Tabungan
4.2 Pelaburan
4.3 Bantuan Asing.

5.0 PENGELUARAN DAN PERDAGANGAN


5.1 Pertanian
5.2 Eksport komoditi utama
5.3 Teori-teori Perdagangan
5.4 Strategi-strategi Perdagangan
1. Penggantian Import
2. Pengalakkan Eksport
5.5 Kadar pertukaran wang asing
5.6 Strategi Perindustrian
5.7 Blok-blok Perdagangan
5.8 Kajian-kajian Kes

6
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

- Peperiksaan Pertengahan Semester

6.0 IMBANGAN PEMBAYARAN DAN


PENSTABILAN
6.1 Imbangan pembayaran
6.2 Isu dan Trend
14/12/18 6.3 Krisis hutang dunia 5 jam
6.4 Program-program Penstabilan
Antarabangsa
- Bretton Woods
- IMF
6.5 Kajian Kes

7.0 PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA


7.1 Sejarah dan perubahan
7.2 Struktur penduduk dan gunatenaga
7.3 Sektor-sektor ekonomi
 Sektor pertanian
 Sektor perindustrian
 Sektor perkhidmatan
11/1/19 7.4 Perdagangan antarabangsa 5 jam

8. ISU-ISU BERKAITAN PEMBANGUNAN


8.1 Isu Alam sekitar dan pertumbuhan mapan
8.2 Globalisasi
8.3 Prospek ekonomi Malaysia

Peperiksaan Akhir
10/2/19- 2 1/2 jam
17/2/19

7
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN PERTAMA


[ GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN]

1. Setiap pelajar perlu menyempurnakan tugasan pertama secara individu. Soalan-


soalan tugasan untuk tugasan akan diberikan pada pertemuan pertama. Pelajar
dikehendaki menjawab soalan tugasan dalam format yang akan diterangkan di
bawah.

2. Jawapan pelajar hendaklah ditaip menggunakan kertas berukuran A4 dengan


langkau satu setengah baris (1½ spacing). Jika menggunakan komputer pastikan
anda menggunakan tulisan (font) Arial berskala 12 mata sahaja.

3. Jawapan yang dikemukakan perlu jelas dan mudah dibaca oleh pensyarah. Jawapan
berunsur plagiat tidak dapat diterima.

4. Setiap pelajar bertanggungjawab memastikan helaian soalan dan pemarkahan


tugasan (seperti contoh yang diberi) disertakan bersama-sama dengan jawapan.
Pastikan pelajar menyusun kandungan tugasan mengikut urutan berikut:
 Muka hadapan (cover sheet) - rujuk contoh di muka surat
 Helaian soalan dan pemarkahan mengikut tugasan
 Kandungan jawapan
 Senarai rujukan yang digunakan.

5. Jawapan pelajar tidak perlu dijilid - memadai dikemaskan dengan menggunakan


stapler di sudut kiri kertas jawapan.

6. Pelajar dikehendaki menggunakan kertas berwarna biru bagi muka hadapan


(cover sheet) tugasan. Ini bertujuan memudahkan urusan pengenal pastian,
memudahkan pensyarah membaca keterangan yang dicetak dan seterusnya
membezakan tugasan pelajar PLK daripada pelajar-pelajar sepenuh masa.

7. Setiap helaian kertas jawapan perlu ditaipkan kod dan nama kursus, dan no. matrik
pelajar. Taipkan kod dan nama kursus di sebelah kanan atas (header) dan nombor
matrik di sebelah kanan bawah (footer). Ini bertujuan menjamin keselamatan
sekiranya terdapat helaian kertas jawapan pelajar yang tercerai.

8. Penilaian dilakukan berdasarkan jawapan yang dikemukakan, gaya persembahan,


kebolehbacaan, isi perbincangan dan format keseluruhan tugasan.

9. Tugasan mesti diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan ketiga.

10. Tugasan ini mempunyai markah bernilai 15 Markah

8
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN KEDUA


[ GMGF 2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN]

A. . Setiap pelajar perlu menyempurnakan tugasan kedua dengan menjawab soalan-soalan


seperti dalam lampiran 1 GMGF 2014 (sebanyak 58 soalan). Untuk mengelakan
daripada copi dan paste dan supaya pelajar boleh mengingati tugasan yang di buat,
tugasan tersebut perlu ditulis melalui tulisan tangan (Hand writing). Soalan-soalan
sebanyak 51 soalan ini juga diberikan pada pertemuan pertama.

B. Jawapan yang dikemukakan perlu jelas dan mudah dibaca oleh pensyarah.

C. Tugasan kedua juga mesti diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan


ketiga.

D. Tugasan ini mempunyai markah bernilai 15 Markah

9
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

Contoh muka hadapan tugasan pertama (Cover sheet)

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN PERTAMA

GMGF 2014
EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

DISEDIAKAN UNTUK

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA :
NO. MATRIK :
PUSAT :

10
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

NAMA NO. MATRIK

SEMESTER OKTOBER 2018 PUSAT PACE/UUM

SOALAN TUGASAN PERTAMA


Satu topik masing-masing yang berkaitan GMGF 2014
EKONOMI DAN
dengan kursus akan disediakan oleh
PEMBANGUNAN
pensyarah, Tugasan adalah seperti di
bawah :

1. Tajuk berkaitan dengan bahan utama ARAHAN:


pengeluaran negara atau aktiviti-aktiviti
1. Tugasan ini membawa 15
utama negara. Tugasan dan
markah.
perbincangan akan mengandungi faktor-
faktor ekonomi seperti berikut :
2. Panjang tugasan ialah di
Pengeluaran dan pemasaran antara 12-15 muka surat.
Eksport dan Import
3. Bibliografi dinyatakan
Pelaburan, stok simpanan mengikut format American
Harga, Permintaan dan Penawaran Psychological Association.
Pelaburan asing atau faktor-faktor
ekonomi lain2 yang diperlukan

TARIKH AKHIR PENYERAHAN TUGASAN PERTEMUAN 3

TARIKH PENERIMAAN TUGASAN

NAMA PENSYARAH P.M. Dr. Azhar Harun

TAJUK MARKAH ASAS MARKAH DIPEROLEH

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN


Sila kepilkan helaian ini bersama-sama dengan tugasan anda

11
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

SOALAN TUGASAN KEDUA (15 MARKAH)

LAMPIRAN 1 (GMGF 2014)

1. Bincangkan aspek-aspek kritikal DPbN di dalam membasmian kemiskinan dan menyusun


semula masyarakat.

2. Bincangkan peranan sector-sektor ekonomi terhadap pembangunan ekonomi Malaysia pada


tahun 2020 seperti sector pertanian dan perlombongan, sector pembuatan, Sektor
perkhidmatan moden, Sektor perkilangan, Sektor perdagangan luar negeri

3. Bincangkan perbezaan diantara pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi.

4. Bincangkan strategi harga maksima dalam Dasar Penstabil Otomatik serta menggunakan rajah
untuk perbincangan.

5. Bincangkan polisi-polisi yang digunakan dalam strategi harga maksimum oleh pihak kerajaan
apabila berlaku lebihan penawaran atau permintaan dan kesan dari pelaksanaan strategi harga
tersebut.

6. Bincangkan sumbangan sector pembinaan dan sector perkhidmatan Malaysia terhadap KDNK
dan Guna Tenaga Negara serta eksport Negara

7. Bincangkan peralihan dan pembangunan ekonomi malaysia bermula dari era prapenjajahan,
era penjajah, era kemerdekaan, dan era baru kini.

8. Bincangkan Dasar kewangan kuantitatif seperti Nisbah Cadangan Minimum dan Mengubah
Kadar Bungan Dan Kadar Diskaun.

9. Bincangkan Dasar kewangan kuantitatif seperti Operasi pasaran terbuka, Simpanan Khas /
Rizab Berkanun, Funding.

10. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Pertukaran wang Asing ( KPA)

11. Tunjukkan rajah kesan eksport bersih positif ke atas keseimbangan pendapatan negara melalui
pendekatan, suntikan dan bocoran dengan menggunakan simbol-simbol berikut; Y =
Pendapatan, X = Eksport, M = Import, S = Tabungan, T = Cukai, G = Perbelanjaan Kerajaan
dan E = Tahap keseimbangan.

12. Tunjukkan rajah kesan eksport bersih negatif ke atas keseimbangan pendapatan negara melalui
pendekatan, suntikan dan bocoran dengan menggunakan simbol-simbol berikut; Y =
Pendapatan, X = Eksport, M = Import, S = Tabungan, T = Cukai, G = Perbelanjaan Kerajaan
dan E = Tahap keseimbangan.

13. Tunjukkan rajah kesan eksport bersih sifar (X = M) ke atas keseimbangan pendapatan negara
melalui pendekatan, suntikan dan bocoran dengan menggunakan simbol-simbol berikut; Y =
Pendapatan, X = Eksport, M = Import, S = Tabungan, T = Cukai, G = Perbelanjaan Kerajaan
dan E = Tahap keseimbangan.

12
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

14. Dalam kontek tenaga buruh di Malaysia, semua penduduk yang berada dalam lingkungan
umur 15-64 tahun dirujukkan sebagai tenaga buruh dimana terdapat tiga golongan penting
iaitu gologan bekerja, golongan menggangur dan golongasn luar tenga buruh. Sebutkan 3
kumpulan dari golongan bekerja.

15. Dalam kontek tenaga buruh di Malaysia, semua penduduk yang berada dalam lingkungan
umur 15-64 tahun dirujukkan sebagai tenaga buruh dimana terdapat tiga golongan penting
iaitu gologan bekerja, golongan menggangur dan golongasn luar tenga buruh. Sebutkan 2
kumpulan dari golongan menggangur.

16. Apakah factor-faktor yang menentukan fungsi eksport dan kenanpa fungsi eksport selari
dengan paksi pendapatan negara. Bincang dengan menggunakan rajah.

17. Kenanpa Fungsi import dapat ditunjukkan sebagai satu garisan yang mencerun ke atas dari kiri
ke kanan.

18. Apakah teras pembangunan dasar wawasan negara (dwn) ?

19. Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor yang diibahagikan kepada
tiga bahagian, iaitu sektor pertama, kedua, dan ketiga, bincang dan bandingkan peranan sector-
sektor ini.

20. Pola penduduk di Malaysia boleh dibahagikan mengikut beberapa ciri utama, bincangkan cirri
tersebut

21. Bincangkan Jenis-jenis Cukai Jualan (Aksais), (dibantu dengan mengguna rajah)

22. Bincang dan membuat perbandingan dianbtara Hutang Luar Negeri Dan hutang Dalam negeri.

23. Bezakan konsep kemiskinan relatif dan kemiskinan mutlak

24. Bincangkan ciri ekonomi pada masa penjajahan

25. Bincangkan Komponen-komponen Utama dalam Imbangan Pembayaran (BOP).

26. Bincangkan cukai tariff (dibantu dengan mengguna rajah)

27. Dalam kontek tenaga buruh di Malaysia, tidak semua penduduk yang berada dalam lingkungan
umur 15-64 tahun dirujukkan sebagai tenaga buruh, kerana ada di antara penduduk dalam
lingkungan ini dikelaskan sebagai di luar tenaga buruh atau tidak dikelaskan sebagai bekerja
atau menganggur. Sebutkan 5 kumpulan ini

28. Bincangkan Dasar kewangan kewangan kualitatif

29. Selain dari kadar tukaran tetap dan kadar tukaran bebas, terdapat beberapa jenis atau kaedah
perlaksanaan dalam kadar pertukaran mata wang asing (KPA) iaitu kadar tukaran alternative,
bincangkan.

30. Tunjukkan Perbezaan di antara Wang secara sempit, Wang secara luas dan Wang secara sangat
luas dalam komponen bekalan wang

13
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

31. Bincangkan keadaan dimana apabila ekspot bersih positif, keseimbangan ekonomi terbuka
adalah lebih tinggi dari ekonomi tertutup.

32. Bincangkan keadaan dimana apabila ekspot bersih negatif, keseimbangan ekonomi terbuka
adalah lebih rendah dari ekonomi tertutup.

33. Bincangkan Institusi bukan bank dan peranannya

34. Bincangkan Jenis Cukai Jualan Advalorem, (dibantu dengan mengguna rajah)

35. Rostow membahagikan proses pembangunan ekonomi kepada lima tahap pertumbuhan,
Bincangkan tahap-tahap pertumbuhan tersebut.

36. Bincangkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar (air, Udara , tanah dan sampah sarap) dari
pada sektor-sektor ekonomi (pertanian dan industry).

37. Analisakan kesan perbelanjaan kerajaan ke atas pelaburan, tabungan, kadar bunga dan
penggunaan agreget. Perbincangan disokong oleh rajah apabila kerajaan berbelanja secara
surplus.

38. Analisakan kesan perbelanjaan kerajaan ke atas pelaburan, tabungan, kadar bunga dan
penggunaan agreget. Perbincangan disokong oleh rajah apabila kerajaan berbelanja secara
deficit.

39. Bincangkan keadaan dimana apabila ekspot bersih sifar, maka keseimbangan ekonomi terbuka
akan sama dengan ekonomi tertutup.

40. Bincangkan kesan kepada ekonomi Negara sekiranya BOP sentiasa negative.

41. Bincangkan konsep globalisasi Perdangangan dalam pembangunan ekonomi serta impaknya.

42. Bincangkan konsep globalisasi Kewangam dalam pembangunan ekonomi serta impaknya.

43. Bincangkan TIGA (3) cara dalam melaksanakan dasar fiskal diskrisioner serta memberi contoh
yang sesuai.

44. Bincangkan polisi-polisi yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam strategi harga minimum
apabila berlaku lebihan penawaran atau permintaan dan kesan dari pelaksanaan strategi harga
tersebut.
45. Bincangkan 2 matlamat DEB.

46. Bincangkan 7 matlamat DWN

47. Bincangkan keadaan pembangunan ekonomi Malaysia semasa ‘PENGGANTIAN IMPORT”

48. Bincangkan keadaan pembangunan ekonomi Malaysia semasa ‘ORIENTASI EKSPORT”

49. Bincangkan dua cara untuk menentukan kadar pertukaran mata wang asing (KPA) dengan
menggunakan rajah

50. Bincangkan kriteria-kriteria negara membangun.

14
GMGF2014 Ekonomi Dan Pembangunan UPLK-UUM

51. Bincangkan kaedah atau trategi dalam dasar kewangan dan kaedah atau strategi dalam dasar
fiskal dalam menyelesaikan masalah ekonomi.

52. Dalam langkah membaiki Imbangan Pembayaran yang defisit akan berlaku kelemahan-
kelemahan dalam beberapa strategi yang dilaksanakan, Bincangkan kelemahan tersebut.

53. Bank Dunia (1997) menganggap negara membangun adalah negara yang kurang maju.
Bincangkan ciri-ciri negara membangun tersebut.

54. Bincangkan langkah-langkah di dalam mengatasi kemiskinan di luar bandar seperti Program
Ekstensifikasi dan Program Intensifikasi

55. Bincangkan maksud masalah utama dalam ekonomi seperti inflasi dan deflasi.

56. Lakarkan rajah yang menunjukkan kesan eksport bersih positif ke atas keseimbangan
pendapatan negara melalui pendekatan perbelanjaan agregat dan penawaran agregat (AE =
AS) dengan menggunakan simbol-simbol berikut; Y = Pendapatan, X = Eksport, M = Import,
S = Tabungan, T = Cukai, G = Perbelanjaan Kerajaan, C = penggunaan, I = pelaburan dan E =
Tahap keseimbangan.

57. Bincangkan ciri dalam pengukuran kemisikinan mutlak dan relatif.

58. Adam Smith telah menyenaraikan TIGA (3) faktor penting yang menyebabkan
produktiviti meningkat melalui pengkhususan, bincangkan.

15

Anda mungkin juga menyukai