Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN i

1.0 Pengenalan 1
2.0 Teknik-teknik menulis karangan 2
2.1 Teknik kemahiran menulis karangan
2.2 Teknik LEA
2.3 Teknik Proses
2.4 Teknik Komunikatif
2.5 Teknik terkawal
3.0 Teknik kemahiran menulis karangan berdasarkan DSKP tatahp 2 6 - 10
4.0 Kesimpulan 11
Rujukan 12

1
1.0 PENGENALAN

Bahasa mendapat tempat dalam dunia pendidikan sejak manusia tahu berbahasa. Pada
umumnya, pengajaran bahasa telah menjadi kelumrahan di dunia pendidikan kerana
pengajaran bahasa mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan nusa dan
bangsa di dalam segala bidang. Dalam pengajaran bahasa, termasuk pengajaran Bahasa
Melayu, pihak berkuasa pendidikan dan guru-guru sering menghadapi berbagai masalah
dalam usaha untuk menjadikan para pelajar sebagai golongan yang mahir berbahasa
(Naziha, 2000). Kemahiran berbahasa yang ditekankan di dalam pengajaran bahasa terdiri
daripada kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis (Mackey, 2009). Antara
keempat-empat kemahiran ini, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling
kompleks dan sukar dikuasai. Kesukaran penguasaan kemahiran menulis ini juga selaras
dengan pendapat Greene (1999) yang menyatakan bahawa mengarang melibatkan proses
pemikiran yang paling rumit.

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa. Kemahiran menulis


merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa yang terdapat
dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Kemahiran ini hanya boleh
dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan
kemahiran membaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek
teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan
aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan
dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu,
kemahiran menulis ini mempunyai kepentingan sendiri. Walaupun kemahiran menulis ini
sukar dikuasai tetapi penguasaan kebolehan menulis akan membantu seseorang pelajar
mencapai kejayaan akademik dan juga kerjaya.

2
2.0 TEKNIK-TEKNIK MENULIS KARANGAN

Menulis karangan merupakan aktiviti penting dalam kemahiran menulis. Mengarang ialah
proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan sebagainya dalam bentuk simbol-
simbol secara bertulis. Za’ba (1952) mengatakan bahawa mengarang ialah kemahiran
menyususn dan menggubah kata-kata untuk dijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita.
Bagi Isahal Haron (1979), karangan bukan hasil kemahiran menggubah dan menyusun kata-
kata, sebaliknya ialah kemahiran penyampaian idea, fakta dan sebagainya yang terdapat
dalam pemikiran pengarang tersebut melalui perantaraan bahasa. Menurut Edward M.
Anthony mendefiniskan teknik adala satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan
oleh guru yang mencapai hasil segara yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa
bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar. Trknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan
yang dianuti. Terdapat beberapa teknik dalam pengajaran menulis karangan. Antara teknik
yang boleh digunakan adalah teknik kemahiran menulis karangan, teknik LEA, teknik proses
dan teknik komunikatif.

Teknik
Kemahiran
menulis
karangan

Teknik Teknik
terkawal LEA
Teknik-
teknik
menulis
karangan

Teknik Teknik
Komunikatif Proses

Rajah 1 : Teknik-teknik menulis karangan

3
2.1 Teknik Kemahiran Menulis Karangan

Teknik kemahiran menulis karangan merupakan salah satu teknik yang boleh memudahkan
penghasilan karangan. Teknik ini memberi penekanan kepada 4 aspek dalam penulisan
karangan. Empat aspek yang diberi penekanan adalah memahami kehendak soalan,
membuat rangka, menulis karangan dan menyemak karangan. Teknik ini lebih kepada satu
proses yang membantu murid dalam menulis karangan. Keempat-empat aspek ini adalah
sangat penting bagi menghasilkan satu penulisan yang lengkap (Ahmad Zaidee, 2010).
Murid-murid perlu menguasai semua aspek dalam kemahiran menulis karangan bagi
memudahkan proses menulis karangan. Guru mengajar kemahiran menulis karangan
secara berperingkat (Abdullah Hassan, 2009). Guru mengajar cara atau teknik untuk
memahami kehendak soalan serta kata kunci. Seterusnya, cara membuat rangka juga
sangat penting supaya ini akan membantu murid dalam penulisan yang lengkap dari segi
pendahuluan, isi serta penutup. Teknik kemahiran menulis karangan ini membantu murid
untuk tidak keliru dan hilang idea. Teknik ini membantu untuk mengurus masa bagi setiap
peringkat. Secara amnya, teknik ini sesuai digunakan kepada murid tahap 2. Hal ini
demikian kerana, murid tahap 2 lebih menulis karangan yang lengkap berbanding dengan
murid tahap 1. Oleh itu, teknik ini memberi penekanan kepada penulisan karangan yang
lengkap.

2.2 Teknik LEA

Teknik pengalaman bahasa atau dikenali sebagai teknik LEA memberi penekanan kepada
pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid dalam membaca. Yahya Othman (2005)
menyatakan, pengalaman murid-murid membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai
laras dan struktur ayat akan memudahakan murid mengenali teknik menulis karangan. Pada
peringkat interpretasi dan infrens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat
diperlukan untuk mentafsir makna yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah
mentafsir makna sekiranya bahan yang hendak ditulis berkaitan dengan sesuatu bidang
yang diketahuinya (Bloomfied, 1935). Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai
pengalaman atau pengetahuan tentang wayang kulit akan mereka menulis karangan
mengenai tajuk tersebut. Guru berperanan penting dalam teknik LEA. Hal ini demikian
kerana, tajuk karangan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai
dengan pengetahuan sedia ada mereka. Guru juga perlu memberi pengalaman kepada
murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri
daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Contohnya, guru boleh
mengadakan lawatan ke pusat sains Negara atu menunjukkan tayangan video pusat sains

4
Negara. Secara keseluruhannya, teknik ini menekankan pengalaman atau pengetahuan
sedia ada yang diperolehi melalui baca dalam menulis karangan.

2.3 Teknik Proses

Menurut Hii Yek Ming, penggunaan pteknik proses dalam pengajaran penulisan karangan
bukanlah satu yang baru. Nazir & Tuah Jah Tuan Yusof (2011), menerangkan bahawa
teknik proses berperanan penting dalam penulisan karangan yang mana murid dibantu
melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Teknik ini menekankan
interaksi di antara guru dengan murid melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model,
kerjasama rakan sebaya dan berdiolog mengenai teks (Hassan Mohd Ghazali, 2018). Guru
berperanan sebagai pembimbing dalam teknik proses ini. Sebagai contoh, guru memberi
tajuk kepada murid dan membantu mereka bagi menjana idea berdasarkan pengetahuan
sedia ada. Murid-murid digalakkan berinteraksi dengan rakan dan memilih bentuk karangan
yang sesuai. Guru memberi bimbingan agar murid-murid dapat menulis sesuatu yang
berkaitan dengan tajuk karangan secara pantas dan bebas. Selain itu, murid digalakkan
untuk menulis draf pertama. Murid memberi maklum balas kepada draf karangan pertama
sebelum menulis draf kedua. Guru memberi ulasan tentang kekuatan dan kelemahan
tentang draf karangan. Murid teruskan dengan menulis draf kedua dan murid dibimbing
untuk menyemak. Teknik ini merupakan satu teknik yang menekankan proses membuat
rancangan, membuat sekurang kurangnya 2 draf dan menyemak draf sebelum menyemak.

2.4 Teknik Komunikatif

Kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh
seseorang murid, iaitu keupayaan murid mengguna dan memahami bahasa secara wajar
dalam proses berkomunikasi dan berinterkasi dengan individu lain dan jalinannya dengan
konteks sosial (Ibrahim, 2010). Teknik ini menegaskan tentang seseorang yang sudah
mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang
gramatis (Aminah Ayob, 2008). Berdasarkan teknik ini, dapat dikatakan bahawa murid
menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain. Justeru, guru perlu memastikan dan
mengagalakkan murid menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka.
Dalam hal ini, guru harus menyatakan kepada murid bahawa penulisan yang dihasilkan
adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan murid di dalam bilik darjah. Teknik
ini agak mudah kepada murid supaya murid diminta untuk menggunakan pengalaman
kehidupan seharian seperti sambutan hari raya di rumah dalam penulisan karangan. Oleh
itu, murid berasa mudah untuk mengeluarkan isi. Guru juga boleh menggunakan teknik ini
semasa mengajar penulisan karangan secara ansur maju.

5
2.5 Teknik Terkawal

Teknik terkawal merupakan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru untuk membantu
murid menimba ilmu mengarang agar mereka dapat menguasai struktur karangan (Siti
Hajar, 2004). Contohnya, teknik ini dapat dilihat apabila guru memberi arahan untuk menulis
karangan berdasarkan gambar berisiri. Teknik ini menyeru murid untuk menulis karangan
dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru supaya murid
dapat menguasai struktur karangan dan penggunaan isi juga bertepatan dengan bahan
guru. Teknik terkawal mengetengahkan latihan-latihan bagi menulis karangan berpandukan
gambar yang akan membantu murid untuk menganalisis gambar untuk mendapatkan isi
atau maklumat penting dan mencatat maklumat tersebut untuk menghasilkan karangan yang
mantap (Taujul Ariffin, 2006). Teknik ini juga memandu dan mengawal murid dariada
melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun
begitu, murid masih diberi kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat
mereka sendiri. Melaui teknik ini, murid-murid dapat dielakkan daripada melakukan
kesalahan. Jelaslah bahawa, teknik terkawal ini sangat penting bagi menguasai struktur
karangan kerana penguasaan struktur karangan merupakan perkara asas dalam
menghasilkan karangan yang berkualiti.

6
3.0 TEKNIK KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BERDASARKAN DSKP TAHUN 6

Teknik kemahiran menulis karangan merupakan satu teknik yang sangat sesuai digunakan
kepada murid tahap 2. Teknik kemahiran menulis merupakan satu cara yang membantu
murid dalam penulisan karangan lengkap (Mohd Daud, 2004). Berdasarkan DSKP Bahasa
Melayu, murid-murid yang menulis karangan lengkap adalah murid tahun 5 dan 6. Merujuk
kepada jadual 1, berikut merupakan contoh Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang menunjukkan penulisan karangan yang lengkap. Oleh itu, jelas bahawa,
teknik kemahiran menulis karangan ini membantu murid tahap 2 dalam penulisan karangan
yang lengkap. Teknik kemahiran menulis karangan mempunyai empat aspek utama iaitu
mentafsir tajuk soalan, rangka karangan, menulis karangan dan menyemak karangan.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam 3.7.2 Menghasilkan penulisan deskriptif


pelbagai genre dengan betul dan rencana dengan menggunakan bahasa
yang betul

Jadual 1 : SK dan SP DSKP Bahasa Melayu Tahun6

Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, mentafsir bermaksud keterangan atau


penjelasan mengenai sesuatu perkara. Mentafsir tajuk soalan dimana murid-murid perlu
membaca dan memahami tajuk atau soalan yang diberi (Raminah Sabran, 2004). Murid-
murid perlu jelas terhadap kehendak soalan sebelum membuat rangka. Hal ini demikian
kerana, murid-murid dapat menetap fokus mereka terhadap sesuatu perkara atau kehendak
soalan bagi memudahkan proses mencari isi. Selain daripada memahami kehendak soalan,
murid juga perlu faham bentuk soalan sama ada jenis berformal atau tidak berformal. Murid
haruslah memilih tajuk yang benar-benar dikuasai dan boleh dihuraikan. Hal ini demikian
kerana, kebanyakkan murid memilih tajuk yang tidak dikuasai sepenuhnya akan
menyebabkan kehilangan idea. Guru perlu mengajar untuk mengenal pasti kata kunci
kehendak soalan (Asiah, 2014). Sebagai contoh guru boleh mengajar teknik mengenal pasti
kehendak soalan seperti kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan. Sebagai contoh,
Standard Pembelajaran 3.7.2 seperti dinyatakan dalam jadual 1, murid dikehendaki menulis
satu karangan deskriptif. Contoh soalan adalah seperti Sekolah anda telah mengadakan
‘Hari Sukan’. Tuliskan sebuah karangan mengenai sambutan hari sukan di sekolah anda.
Murid harus mentafsir soalan dengan format karangan, pengalaman hari sukan serta
mengingat kata kunci iaitu kehendak soalan terletak diakhir ayat. Sehubung dengan itu,

7
murid-murid dapat memberi lebih perhatian dalam ayat akhir untuk mengetahui kehendak
soalan. Teknik ini harus diajar kepada murid supaya murid tidak keluar tajuk serta tidak
membuang banyak masa dalam proses mentafsir tajuk soalan. Pengaplikasian teknik ini
wajar dilakukan di dalam bilik darjah apabila guru menggunakan teknik langsung seperti
mana guru mengedarkan soalan yang berlainan kepada setiap kumpulan. Murid-murid
membaca dan memahami kehendak soalan. Setiap murid menulis atau menggaris kata
kunci kehendak soalan dalam kertas kerja supaya mereka tidak ketinggalan tajuk. Selepas
murid menggaris kata kunci, guru juga boleh memilih murid dari setiap kumpulan bagi
menyenaraikan kata kunci yang menerangkan kehendak soalan. Kumpulan yang tidak dapat
mengenalpasti boleh dibimbing oleh guru bagi mencari kata kunci. Teknik pengajaran ini
sudah semestinya melibatkan semua murid secara aktif di dalam bilik darjah dan mengajar
mereka pelbagai kata kunci untuk memahami soalan

Seterusnya, merangka karangan. Rangka karangan merupakan rancangan isi-isi


penting yang hendak dibincang atau dihurai dalam sesebuah karangan (Asmah, 2008).
Setalah membaca dan memahami soalan murid dikehendaki membuat rangka karangan.
Terdapat pelbagai cara bagi membuat rangka karangan seperti peta minda, contengan,
mencatat isi penting serta isi sampingan dan sebagainya. Pengguaan peta minda semasa
membuat rangka karangan merupakan satu cara yang sangat efektif (Amirul Ayob, 2008).
Hal ini demikian kerana, isi-isi penting dilihat dengan lebih teratur dan bersistematik. Kemas
tidak semestinya merujuk kepada tulisan yang cantik tetapi penyusunan idea yang teratur
dari isi yang sangat penting kepada isi sampingan. Murid yang menggunakan peta minda
untuk membuat rangka karangan mempunyai kelebihan tersendiri seperti mereka tidak perlu
membuang masa dalam mencari isi yang telah dibincang. Guru perlu mengajar peruntukkan
masa untuk merangka karangan supaya murid tidak keliru. Selain daripada itu, merangka
karangan boleh dibuat dalam bentuk menyenaraikan semua isi penting secara ringkas yang
mungkin. Murid-murid tidak perlu mencatat ayat penuh yang tidak mempunyai kesalahan
gramatis. Guru perlu mengajar murid untuk mencatat isi penting secara ringkas dimana
murid perlu memahami dan dapat menjana idea setelah membaca isi penting yang
disenaraikan. Isi juga perlu disusun mengikut kepentingannya. Hal ini demikian kerana,
adakalanya murid menulis isi sampingan atau tidak penting pada bahagian atas karangan.
Ini akan menjejaskan imej karangan dan memberi gambaran seperti mana murid itu tidak
dapat mengurus isi-isi penting. Oleh itu, murid-murid harus mencatat isi penting mengikut
urutan. Perkara ini juga membantu murid supaya tidak keliru. Selain daripada mencatat isi
penting secara ringkas, murid-murid boleh mencatat kata kunci huraian. Hal ini demikian
kerana, perkara ini dapat membantu murid daripada kehilangan idea terhadap sesuatu isi
penting. Murid-murid juga boleh mencatat contoh yang sesuai bagi isi yang akan dihuraikan.

8
Cara ini membantu murid untuk menjimatkan masa semasa menulis karangan. Cara ini jiga
dapat memastikan murid-murid tidak mengulngi isi yang sama. Hal ini demikian kerana,
semasa membuat rangka karangan murid mudah untuk membaca isi penting. Sehubung
dengan itu, peringkat kemahiran menulis karangan ini iaitu merangka karangan sesuai
digunakan kepada murid tahun 6 kerana, murid-murid tahun 6 telah mempelajari cara
membuat peta minda. Sebagai contoh, DSKP tahun 5 Standard Kandungan 3.5 Mencatat
maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dan Standard
Pembelajaran 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul untuk membuat carta alir. Murid telah
mempelajari cara membuat peta minda dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu tahun
5. Oleh itu, mereka mudah untuk membuat rangka karangan dalam peta minda. Guru juga
boleh mengajar teknik menulis karangan ini dengan menggunkan teknik bergambar (N. Ardi
Setyanto, 2010). Hal ini demikian kerana, guru menunjukkan bahan ransangan seperti
gambar kepada murid dan minta mengeluarkan isi-isi penting dan nyatakan dalam carta
atau peta supaya tidak ketinggalan isi-isi penting. Sebagai contoh, guru menunjukkan
gambar pencemaran alam sekitar dan minta murid untuk mengeluarkan isi punca
pencemaran alam sekitar serta membuat rangka dalam peta. Oleh itu, sudah jelas bahawa
penggunaan teknik membuat rangka karangan merupakan sangat sesuai dan penting
kepada murid dalam penulisan karangan.

Selain itu, teknik menulis karangan. Setelah merangka karangan murid dikehendaki
menulis karangan. Menulis karangan merupakan salah satu aspek yang penting dan besar
dalam kemahiran menulis karangan. Terdapat 3 aspek penting dalam menulis karangan iaitu
pendahuluan, penulisan isi dan penutup (Mastura Badzis, 2008). Pendahuluan merupakan
permulaan atau pengenalan kepada sesuatu karangan. Murid perlu menulis pendahuluan
dalam satu perenggan yang mempunyai empat atau limat ayat sahaja. Perkara yang perlu
ada dalam pendahuluan adalah tajuk karangan atau isu secara umum serta huraian tajuk
dengan isu yang releven dengan keadaan semasa. Guru perlu mengingatkan murid agar
tidak masukkan isi penting dalam pendahuluan. Rangka pendahuluan dapat membantu
murid bagi tidak masuk ke dalam isi penting serta keluar tajuk. Ayat terakhir pendahuluan
haruslah menyatakan kehendak soalan seperti punca-punca, langkah-langkah dan
sebagainya. Seterusnya, penulisan isi dalam karangan. Setiap isi perlu dihurai secara
terperinci berdasarkan perenggan berserta dengan contoh yang releven. Perenggan isi perlu
dimula dengan menyatakan isi pokok atau persoalan yang akan dihuraikan. Isi pokok yang
telah dinyatakan dalam ayat pertama perenggan isi perlu dihurai secara terperinci. Murid-
murid perlu mengemukakan bukti dan contoh yang releven dengan isu yang dibincangkan
dalam isi pokok. Perenggan isi ini perlu diakhiri dengan rumusan ringkas tentang idea yang
dikemukan dalam isi yang dihuraikan. Sesuatu karangan perlu diakhiri dengan penulisan

9
pentup. Penutup merupakan satu bahagian yang penting seperti mana pendahuluan dan isi.
Penutup ini biasanya dilihat seperti pendapat atau pendirian seseorang individu terhadap isu
yang dibincangkan. Perenggan penutup ini perlu dimulakan dengan rumusan atau
kesimpulan menyeluruh tentang perbincangan isi. Murid juga perlu menyatakan cadangan
atau sasaran mereka terhdapa isu yang dibincangkan (Raminah Sabran, 2004). Murid perlu
menulis karangan mengikut urutan rangka yang telah dibuat supaya isi-isi penting tidak
tercicir. Teknik menulis karangan ini sangat sesuai digunakan kepada murid tahun 6 kerana,
biasanya murid tahun 6 dikehendaki menulis karangan yang lengkap berbanding dengan
murid tahap 1. Sebagi contoh bagi Standard kandungan dan standard pembelajaran yang
dinyatakan dalam jadual 1. Murid diberi tajuk soalan seperti punca pencemaran air. Murid
dikehendaki menulis karangan rencana. Guru boleh menggunakan teknik imlak dalam
mengajar teknik menulis karangan. Guru menampal pendahuluan, 4 isi penting dan penutup
berserta dengan rangka huraian dan contoh di hadapan kelas. Satu murid dari setiap
kumpulan tampil ke hadapan untuk membaca rangka isi tertentu. Wakil itu tidak dibenarkan
menulis dan mereka hanya boleh mengingat. Setalah baca isi dan rangka huraian wakil
kumpulan perlu kembali ke kumpulan untuk memberitahu isi dan rangka yang telah dibaca.
Ahli kumpulan bincang rangka bagi menulis perenggan. Setalah siap menulis, setiap wakil
kumpulan perlu membaca petikan masing-masing dan murid kumpulan lain mencatat balik
perenggan yang dibaca. Akhir pengajaran, setiap murid mendapat satu karangan yang
lengkap. Guru juga membuat merangka dan menulis karangan dalam bentuk yang sama.
Sebagai contoh, guru minta murid untuk membuat rangka karangan dan murid akan
menukar rangka itu dengan kumpulan lain bagi menulis karang dengan teknik mengimlak.
Aktiviti imlak ini sudah semestinya melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran serta melibatkan semua kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, aktiviti ini dilihat sebagai satu aktiviti yang
sempurna dan sesuai kepada murid tahap 2. Hal ini kerana, murid tahap 2 merupakan murid
yang menguasai kesemua kemahiran bahasa yang diperlukan dalam teknik ini.

Aspek yang terakhir dalam kemahiran menulis karangan adalah menyemak


karangan. Menyemak karangan merupakan satu aspek dimana murid perlu dilakukan
sebelum menghantar sesuatu karangan kepada guru. Murid dikehendaki menyemak bagi
memastikan tidak mempunyai sebarang kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan
imbuhan, struktur ayat dan kesalahan lain dari aspek tatabahasa (Shahadah, 2011). Selain
daripada kesalahan tatabahasa murid juga perlu menyemak karangan dengan membaca isi-
isi penting supaya tiada tertinggal isi penting. Hal ini demikian kerana, kadangkala murid
berasa kalut dengan menulis karangan dan tertinggal isi penting. Oleh itu, menyemak
karangan adalah sangat penting dalam kemahiran menulis karangan. Guru juga perlu

10
mengajar murid untuk menyemak keseluruhan karangan dimana karangan yang ditulis
memenuhi kehendak soalan. Murid perlu mengambi berat terhadap perkara-perkara kecil
seperti pembahagian perenggan dan pemilihan kata yang tepat. Hal ini demikian,
penggunaan kata yang kurang tepat menyebabkan isi yang ingin disampaikan kurang jelas
atau salah faham. Murid memerlukan pengetahuan yang luas tentang aspek tatabahasa
seperti penggunaan istilah, tanda baca, perkataan majmuk dan sebagainya. Guru boleh
menggunakan aktiviti dimana murid itu sendiri akan menanda karangan rakan. Murid perlu
meyemak karangan rakan secara berkumpulan. Setelah menyemak wakil daripada setiap
kumpulan perlu menampil ke hadapan untuk mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh
rakan serta pembetulan. Kerja kumpulan ini membantu murid kurang aktif atau lemah dalam
tatabahasa mempelajari daripada ahli kumpulan lain. Selain daripada itu, murid-murid bukan
hanya mengenali aspek tatabahasa yang betul tetapi mereka juga mengetahui kesalahan
lazim. Oleh itu, aktiviti ini secara langsungnya melibatkan semua murid secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Jika tinjau dari aspek yang berbeza, murid yang
menyemak karangan rakan juga akan berasa teruja untuk mengenal pasti kesalahan. Bagi
menyemak karangan rakan, murid-murid haruslah mahir dalam tatabahasa. Secara tidak
langsung, perkara ini akan membantu murid itu sendiri semasa menulis karangan. Murid-
murid juga perlu menyalin kesalahan lazim yang disenaraikan oleh rakan pembentang serta
pembetulan kesalahan supaya mereka boleh merujuk semasa menyemak karangan. Hal ini
demikian kerana, murid yang tidak menguasai tatabahasa boleh merujuk senarai yang
dicatat semasa menyemak karangan. Teknik-teknik seperti ini sudah semestinya membantu
murid dalam menyemak karangan. Aktiviti ini juga sangat sesuai bagi pembelajaran abad ke
21 dan murid tahap 2. Hal ini demikian kerana, murid tahap 2 mahir dan dapat menyemak
karangan mereka sendiri dan juga rakan berbanding dengan murid tahap 1. Murid yang
menyenarai kesalahan lazim serta pembetulan juga tidak perlu mengharap guru untuk
membantu dalam mengenalpasti kesalahan mereka sendiri. Mereka boleh merujuk buku
sendiri bagi menyemak karangan. Oleh itu, guru hanya berperanan sebagai pembimbing.
Aktiviti ini juga menggalakan murid untuk berkomunikasi serta memberi peluang kepada
murid untuk bertanya soalan. Sudah jelas bahawa, teknik kemahiran menulis karangan ini
sangat sesuai kepada murid tahap 2 khususnya tahun 6. Hal ini demikian kerana, murid
tahun enam memerlukan kemahiran menulis karangan yang betul dan mudah
(Hashim,2010). Setiap murid perlu menguasai keempat-empat aspek penting dalam teknik
ini bagi menulis karangan yang baik.

11
4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penulisan karangan merupakan satu komponen pendidikan bahasa


Melayu yang sangat penting. Hal ini disebabkan komponen ini mampu menjadikan seorang
murid itu dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Ini juga membantu murid
tersebut untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Guru perlu menggunakan teknik
pengajaran yang bersesuaian dengan murid agar dapat memberikan ilmu yang berkualiti
kepada murid. Pengajaran guru yang cekap dapat melahirkan penulis-penulis terbaik dalam
dunia penulisan. Pengaplikasian teknik yang banyak ataupun tidak bersesuaian boleh
memberikan impak yang negatif seperti menyeluruh bagi mengajar teknik menulis karangan
dan strategi tersebut perlulah holistik dan menepati kriteria pengajaran. Oleh itu, penulisan
karangan mampu menjadikan seseorang murid itu lebih mahir dalam bidang bahasa Melayu

12
RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:
PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.

Ahmad Zaidee Laidin. (2010). Isu-isu Perancangan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Asiah Bt. Abu Samah. (2014). Buku Panduan Khas Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Asmah Hj Omar. (2008). Panduan Bahasa yang Betul dan Baik. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Aminah Ayob.et.al. (2008). “Pemprosesan Penulisan Bahasa” dalam Koleksi Artikel.


Universiti Malaya: Fakulti Bahasa dan Linguistik.

Amirul Akhbar. (2015). Isu-isu Penulisan Karangan. Universiti Kebangsaan Malaysia:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloomfield, Leonard. (1935). Language Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia (1992). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hassan Mohd Ghazali. (2018, November 12). “Guru hendak mengguna teknik untuk
memudahkan pelajar”. Berita Harian, 17.

Ibrahim Elfiky. (2010). Terapi Komunikasi Efektif (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Mohd Daud. (2004). Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

13
N.Ardi Setyanto. (2010). Interaksi dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Siti Hajar. (2004). Bahasa Melayu dan Penyelesaiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Tajul Ariffin. (2006). Kritikan Teori dan Penulisan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan
Pustaka.

Mastura Badzis. (2008). Ke Arah Pembentukan Kurikulum Bahasa Melayu. Selangor:


Selangor Word Press.

Raminah Sabran. (2004). Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor: Emeritus Publication.

Hashim Musa. (2010) Jurnal Pendekatan Berpusatkan Murid dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu.

Shahadah. (2011). Pendekatan, Kaedah dan Strategi Pengajaran. Selangor: Emeritus


Publication.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Panduan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan Jilid 4. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-


2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran.


Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

14

Anda mungkin juga menyukai